Saturday, October 8, 2011

Perinsip Perjuangan UMNO tidak pernah berubah apa yang berubah hanya Pembaruan demi Agama, Rakyat dan Bangsa..



PAS akan mengalami kerugian di dalam PRU 13 kelak kerana pengundi Melayu atas pagar sudah pasti terfikir, kenapa perlu memberikan undi bagi memperkukuhkan PAS, kalau parti itu sekadar mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP.

Ee ingin bertanya ke mana politik Melayu selepas ini?.. Itulah persoalan yang bermain di fikiran Ee, apabila segala usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya dua parti Melayu terbesar iaitu Umno dan PAS duduk semeja berunding, hancur berderai...

Ee berpendapat bahawa PAS mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri dalam arena politik tanah air. Mungkin selama ini, Pas tidak pernah memerintah negara tetapi sekurang-kurangnya tiga buah negeri termasuk Terengganu sudah pernah berada di dalam genggaman Pas.

Ee berfikir dan tertanya wajarkah Pas dilayan seolah pengemis sedemikian rupa oleh DAP dan PKR ?.. PAS sepatutnya sedar ia bukanlah sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang atau terpaksa 'menyembah' kedua-dua parti berkenaan untuk menegakan hudud dengan mengadaikan maruah perjuangan yang dipegang selama ini semata mahu berkongsi kuasa.

Pada pendapat Ee Penasihat PKR Anwar Ibrahim  lebih mengutamakan DAP dan atas sebab itulah, dalam soal apa sekali pun, Anwar mendahulukan DAP. Beliau tidak pernah fikir apa pandangan dan pendirian Pas.Anwar seperti biasa dengan penuh putar alamnya membelakangkan Pas termasuk dalam soal calon utama sebagai PM jika pakatan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pada Ee ini dapat dilihat daripada Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) II daripada pemimpin DAP adalah isyarat awal kepada mereka (PAS).Pada pandangan Ee yang jelas, ia adalah isyarat awal kepada PAS bahawa selama ini, parti itu hanya dijadikan alat untuk mendapat sokongan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ee berpendapat inilah hakikat yang perlu difahami oleh pemimpin dan ahli PAS yang begitu taksub menyanjung kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan keyakinan mereka terhadap parti sendiri semakin luntur. Mereka begitu percaya hanya dengan bekerjasama dengan kedua-dua parti itu sahaja, PAS akan mampu menjadi sebuah parti yang kuat mereka sudah kabur dengan ketokohan pemimpin sendiri, sebaliknya lebih menyanjungi Anwar.

Sikap itulah yang membuka laluan kepada PKR dan DAP untuk memandang Pas 'sebelah mata' sahaja. Apa juga yang mereka lakukan, mereka tidak akan memikirkan pendirian atau pegangan PAS.Seperti yang diketahui umum bagaimana DAP melalui Karpal Singh dan Lim Guan Eng begitu lantang melantak Ulama' Pikon Nik Ajis bila membawa kembali hudud kepentas politik tanah air baru2 ini.

Apa yang kita lihat kesudahannya, ia mendatangkan kerugian politik kepada PAS apabila dianggap hanya menjadi 'Pak turut' dalam pakatan pembangkang.Persoalan yang Ee ingin timbulkan kini sampai bilakah Pas akan merelakan dirinya diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP?..

Apa yang Ee lihat sebelum ini pun, sama ada PKR atau DAP, mereka tidak pernah mempedulikan perasaan PAS, walaupun ketiga-tiga parti bersama-sama berada di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.Ee berpendapat dan menasihatkan dalam keghairahan Pas untuk terus mempertahankan kerjasamanya dengan kedua-dua parti tersebut, akhirnya janganlah PAS akan menerima nasib yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Pada Ee tidak kiralah pandangan peribadi atau tidak tetapi yang pasti Anwar sudah ada kecenderungan untuk meminggirkan suara PAS apabila memutuskan bersama DAP tidak wujud pembentukan hudud atau pembentukan negara Islam dalam kamus buku jingga...inilah akibatnya bila terlalu menjadi budak belasahan sehinggakan setiap yang hendak dibuat terpaksa berlutut memohon simpati...

Congak dan sifir politik masa kini memang hebat. UMNO perlu undi Cina, PAS perlu undi Cina, PKR perlu undi PAS, manakala DAP perlu undi Melayu. Penentunya ialah Cina, bila PAS dan UMNO dipisahkan jauh ibarat bumi dan langit atau syurga dan neraka.Itu kehendak DAP yang menggunakan Anwar untuk mengesahkan bahawa UMNO dan PAS memang tidak boleh di beri ruang berbicara walau pun mereka seagama. Anwar telah berjaya membuktikan tugas nya.

 Pada Ee PAS tergoda dengan slogan UBAH oleh DAP... Kini PAS berubah...dari memperjuangkan penubuhan Negara Islam kepada negara berkebajikan...dari memperjuangkan hudud terpaksa tunduk dengan tekanan DAP...Pada Ee apa yang berjaya dilakukan oleh PAS kejayaannya mengangkat dengan menjadikan kominis sebagai Pejuang Negara..Jelas yang PAS kemaruk kuasa dunia dan PAS pun ada keinginan nak letak Nik Ajis sebagai PM atau Hadi Awang sebagai PM...

Ee bukanlah orang yang amat taksub pada UMNO. Tetapi teras perjuangan UMNO menjaga kepentingan hak-hak Islam dan Melayu begitu menambat hati..Satu perinsip UMNO yang membuatkan kita semua semakin sayang dan setia kepadanya tidak pernah berubah dalam soal perjuangannya walau pun zaman semakin berubah..walau pun didesak atau terdesak perinsip tidak pernah berubah apa yang diubah hanya pembaruan untuk menaikan taraf Islam,rakyat dan negara.. Syabas UMNO...UMNO tetap di hati rakyat..Apa tah lagi selepas pembentangan Bajet Sejahtera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6hb Okt 2011 bersamaan hari Jumaat baru-baru ini..

Bajet yang belum pernah berlaku dalam sejarah Tanah Air yang merangkumi segenap lapisan rakyat cukup praktikal, realistik dan begitu terancang serta terperinci.Dan banyak menyaksikan ransangan pertumbuhan ekonomi.Inilah pendekatan yang tidak pernah dilaksanakan lagi.Bajet yang begitu mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat desa mahu pun bandar.Begitulah kerajaan UMNO/ Barisan Nasional yang meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.Satu Bajet yang begitu kena dengan temanya Dasar Transformasi Nasional..Terbukti kerajaan UMNO/ Barisan Nasional benar-benar peka keperluan rakyat. Tahniah! Kerajaan UMNO/ Barisan Nasional..InsyaAllah UMNO/Barisan Nasional akan kembali mendapat mandat memerintah Negara dalam PRU 13 dengan lebih bergaya ...

No comments:

Post a Comment