Saturday, October 22, 2011

Kemunafikan dan penuh Retorik PAS semata mengangkat Wajah Ulama' tidak lebih dari bayangan Abdullah bin Ubai Tokoh Munafik..



Ee ingin menerangkan bahawa rakyat negara ini terutama mereka yang menyokong Parti PAS sejak turun menurun, generasi demi generasi kena tipu hampir saban malam, saban minggu, saban bulan dan saban tahun.Mereka Pemimpin PAS akan memulakan syarahan dengan ucapan assalamualaikum, memetik sepatah dua ayat al-quran dan kemudiannya mula memaki hamun, memfitnah dan mambawa berita yang beliau sendiri tidak pasti benar bagi tujuan menimbulkan fitnah dalam masyarakat, diakhiri syarahan mereka dengan perjuangan Islam kononnya ingin melaksanakan hudud mengikut lunas demokrasi negara ini. Penutupnya maka menyeru pengikut papa kedana supaya menderma ke arah jihad untuk melaksanakan hudud dan mengubah perlembagaan yang mereka panggil kafir.

Pada Ee persoalannya bolehkah semua ini dipercayai? Bolehkah sebuah parti yang tidak pernah bertanding kerusi parlimen untuk mendapat majoriti 2/3 mengaku untuk melaksanakan hudud dan mengubah perlembagaan?.. Dengan apa mereka hendak lakukan jika mereka menang semua kerusi yang mereka bertanding pun tidak cukup simple majoriti apatah lagi untuk mendapat 2/3 majoriti bagi melaksanakan idealisme perjuangan mereka?..Dalam pilihan raya lepas Pas hanya bertanding 60 kerusi. Simple majoriti sahaja memerlukan 98 kerusi manakala 2/3 pula memerlukan 128 kerusi parlimen. Kalau menang semua pun 60 kerusi masih tak boleh memerintah atau buat apa apa pun. Ini parti nak perjuangkan Islam?..Pada Ee ini parti penipu besar.

Pada Ee mereka Ini semuanya adalah kerja penipu dalam ceramah yang dilakukan hampir 24jam dengan menjaja Tin Milo kosong meminta sedekah rakyat kononya untuk berjihat.. mereka hanya mempersendakan ayat al-Quran dan hukum Allah bagi mendapat keuntungan dunia semata-mata. dengan meletakkan slogan perjuangan Islam dan hukum Allah sekian banyak antara mereka meraih eluan berjumlah puluhan ribu ringgit setiap bulan.Mereka inilah golongan yang diingatkan Allah bahawa menjual ayat al-Quran untuk keuntungan dunia yang sedikit..Memalukan dan memualkan.

Penipuan demi penipuan dalam PAS dapat dilihat bukan saja dalam PRU mahu pun PRK tetapi juga sepanjang masa. Mereka pemimpin mahupun penyokong tegar tidak pernah melaksanakan sepenuhnya hukum hakam yang ada dalam Al Quran mahupun hadis.Apa yang mereka lakukan hanya pembohongan dalam kehidupan penuh dengan kepura-puraan.Dalam Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk bercakap bohong dan penuh berdolak dalik penuh kemunafikan.Setiap sesuatu hukum itu penuh dengan ketegasan dan begitu mendalam pertimbangannya.

Pada Ee kenyataan atau apa yang dikatakan fatwa oleh penyokong2 PAS yang dikeluarkan oleh ulama'2 PAS begitu memesongkan dan penuh dengan kekeliruan.Jika sifat manusia disamakan dengan sifat Ketuhanan Yang Maha Esa itu adalah salah dan sangat keterlaluan jika mengatakan bahawa Allah Mencarut dan bersifat jahat iaitu samsing seperti yang difatwakan oleh Nik Ajis.Begitu juga jika urusan surga dan neraka boleh ditentukan sendiri oleh manusia dimana letaknya keadilan Allah itu sendiri.Begitu juga bagaimana Hadi Awang mengeluarkan fatwa bahawa Mati Menentang UMNO ada lah Jihat bagi PAS.Layakkah seseorang yang memilih untuk menyertai PAS akan masuk surga dan mereka yang tidak menyokong mereka digelar sebagai kafir.Pada Ee inilah Penipuan yang terbesar PAS terhadap umat Islam negara ini.


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, PAS melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam dan hudud hanyalah satu retorik untuk mengkelabui mata rakyat agar mengundi mereka.Jika nak melaksanakan Hudud mereka sepatutnya mengerakkannya di Kelantan dahulu dan sepatutnya Kelantan menjadi model sebuah negeri berkebajikan.. jika PAS benar-benar ingin melaksanakannya konsep negara berkebajikan selepas diberi peluang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.Namun hakikatnya "Kosong".. Hudud PAS hanya dipertengahkan setiap kali nak diadakan PRU saja.Sebaliknya tiada apa-apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah itu sehingga sekarang hanya satu Retorik saja.Apa yang Ee difahamkan bahawa kerajaan Kelantan nak melakukan kebajikan terhadap rakyatnya pun tidak terbuat inikan pula nak menubuhkan Negara Berkebajikan.Ee difahamkan hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyatnya..Mana perginya duit Tin Milo yang sering dikutip setiap kali berceramah di keseluruh pelusuk Tanah Air???..

Pada Ee berasaskan perkembangan yang berlaku di Kelantan cadangan untuk membina sebuah negara berkebajikan hanya satu slogan untuk mengelirukan rakyat apabila gagal dengan slogan membina sebuah negara Islam disebabkan tekanan DAP.Pada Ee PAS penuh dengan Kemunafikan dan penuh dengan retorik semata untuk mengangkat Wajah2 Pemimpin yang kononnya dari golongan Ulama' tapi sebaliknya tidak lebih dari bayangangan Abdullah bin Ubai salah seorang Tokoh Munafik zaman Rasulullah saw..

No comments:

Post a Comment