Berfikir biar logik,berbicara biar bertempat,berpolitik biar berpada,menulis biar berisi,berdakwah biar betul...pangkat dan harta bukan segalanya...
Monday, April 9, 2012
Ulama' PAS sekadar Ulama' Auta senang kata Putar Alam saja..Ikut PAS Sesat..Ikut Islam Selamat Dunia dan Akhirat..Fikirkanlah..
Renungkanlah Sabda Nabi SAW bermaksud :--
"Akan datang pada suatu zaman di mana Islam tidak tinggal melainkan namanya sahaja. Tiada lagi al-Quran kecuali tulisannya sahaja. Masjid yang dibina besar dan hebat tetapi kosong daripada hidayah Allah. Ulamak mereka adalah terdiri daripada manusia paling jelek dikalangan makhluk yang ada dibawah langit, dari mulut ulamak ini timbul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu kembali kedalam lingkungan mereka".
Ee masih ingat lagi..dan apakah rakan semua masih ingatkah lagi pada 'Amanat Haji Hadi' sekitar tahun 70an yang beliau menuduh UMNO sebangsa dan seagama kafir kerana bekerjasama dgn MCA dan MIC? Fatwa-fatwa songsang Nik Ajis dan berbagai2 fitnah oleh pemimpin2 PAS sejak dari dulu hingga sekarang?.. Kini Nik Ajis, Hadi Awang bersama golongan ulamak PAS sedang berada didalam kegelapan terutama sejak dikuasai oleh kaum Anwarinas atau Professional? Apatah lagi sejak tidur sebantal mimpi di siang hari fitnah dimalam hari bersama2 DAP dan PKR dalam ceramah2 mereka.
Jika selama ini PAS dan Pakatan HARAM pembangkang sering melabelkan anggota beruniform di Malaysia seperti Polis, FRU, Rela dan juga Askar sebagai talibarut kerajaan. Malah ada juga di gelar anjing kerajaan kerana melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka.Namun dalam PRK di Bagan Pinang satu ketika dulu, PAS dan Pakatan Haram pembangkang secara TAK TAHU MALU kembali menagih undi dari anggota beruniform ini.Inilah PAS yang tidak tahu dan tidak kenal erti malu..mereka sanggup menjilat bahkan sanggup melakukan apa saja asal dapat kuasa walau sedikit sanggup jilat..Jika dulu DAP musuh yang tidak akan dimaafkan dunia dan akhirat oleh para pemimpin PAS terutama Nik Ajis sehingga DAP disamakan dengan Bapak segala syaitan..namun kini Bapak segala syaitan inilah yang menjadi teman sebantal dipeluk dicium..Alangkah munafiknya..
Pada Ee dalam bab nak menghalalkan sesuatu yang haram kita serah saja pada PAS,oleh kerana nak mempertahankan Mat Sabu dengan komunis presidenPAS dah mula bukak langkah songsang melawan arus menghalalkan cara.Ee ingin bawakan ucapan Hadi Awang bagi mempertahankan Mat Sabu dalam isu mengangkat komunis sebagai wira negara.
Nabi pun dianggap pengkhianat oleh Hadi Awang..
MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
"Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT," tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.," jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah
Pada Ee apakah halnya nak samakan perjuangan Nabi saw dengan Mat Sabu yang terang2 mengangkat komunis sebagai wira yang patut disanjung.Jika selama ini ulama sebagi penyambung lidah para nabi namun lain halnya pada kononnya ulama' PAS yang seorang ini yang tidak pernah basi dalam mengeluarkan pelbagai fatwa yang songsang serta memesongkan akidah.Pada Ee kalaulah komunis perintah Malaysia, puak PAS semua dah mampus dibunuh oleh komunis kerana pada komunis, Agama menghalang fahaman mereka.Tidak adalah bangsat PAS memakai kopiah,berserban, bertasbeh kerana takut dibunuh komunis.Rasa Eelah bisnes jual kopiah pun tak lakulah.
Semua ketahui kerajaan pimpinan UMNO berjuang dan berjaya mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris di samping memerangi pengganas komunis dari memerintah negara.Kerajaan pimpinan UMNO juga berjaya membebaskan Sabah dan Sarawak dari Inggeris dan komunis.Pada Ee ini adalah bukti sahih kerajaan pimpinan UMNO memerangi komunis yang benci pada keagamaan.Dan demi memastikan rakyat serta agama Islam dapat berkembang dengan baiknya di bumi bertuah ini namun sebaliknya kini pemimpin Pas memuja komunis.Kerajaan pimpinan Umno yang berjuang mengusir jahiliah dalam bentuk komunis tapi Pas begitu meloyakan dengan sikap memujanya. Sokong DAP sokong Komunis dan sosialis. Berkawan dengan setan...Ee masih ingat lagi bagaimana Nik Ajis pernah kata Sosialis itu adalah Adik Komunis, sebab itu dia tak mahu parti PSRM bertanding di kota bahru masa PRU 2004 kini mereka pula yang sanggup menjadi penjilat dan tukang basuh punggung..Inilah PAS yang sentiasa memutar belitkan fakta asalkan mereka dapat keuntungannya..
Ee pernah tonton di dalam kaca tv bagaimana orang Cina mengajar anjingnya melakukan sesuatu tugas.Mereka balingkan tulang atau kayu jauh-jauh kemudian anjing dengan penuh bergaya berlari mengejar tulang atau kayu itu dan digonggongnya dan dibawa kepada tuannya lalu tuannya mengusap-usap kepala anjing dengan penuh megah kerana anjingnya berjaya dilatih dan taat pada tuannya.Apa yang Ee tonton sama dengan PAS yang sanggup mengikut segala arahan DAP melawan tidak sekali.Sehinggakan Hasan Ali yang selama ini memperjuangkan isu murtad,arak dan mempertahankan Islam terpaksa diterajang oleh PAS semata menunjukan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Pertuanan DAP.Inilah PAS yang kononnya tertubuh oleh mereka yang kononnya dari golongan Ulama' hakikatnya hanya sekadar Ulama' Alif,Ba,Ta saja.Langsung tidak ada sifat memperjuangkan Islam hanya sekadar bertopengkan Islam berlagukan kata nista umpat keji memecah belahkan perpaduan ummah saja.Pada Ee Sebab tu lah akhir-akhir ni orang-orang bukan Islam berani menghina Islam dengan membaca keratan Al Quran mahupun hadis dan khususnya Nabi Muhammad saw dengan bermaca- macam gelaran.Langsung tidak ada kesedaran...Pada Ee Ulama' PAS sekadar Ulama' Auta senang kata Putar Alam saja...
Bangunlah! wahai anak bangsaku marilah kita sama-sama berganding bahu bersama bersatu dibawah satu payung pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO demi memertabatkan kembali agama,bangsa dan negara yang telah diperlekehkan oleh dajjal2 pembangkang yang sentiasa busuk hati dengan kejayaan yang kita kecapi selama ini.Marilah kita pastikan mereka terkubur dalam PRU 13 kelak agar negara kita yang dicintai ini dapat berdiri gagah di persada dunia.
Bersatulah!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment