Thursday, April 19, 2012

Jangan Terlepas Kuasa. Kelak Melayu Islam Mengemis di negara sendiri..Ikut PAS sesat.Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..



Ee ingin menasihatkan agar orang Melayu Islam, jangan jadi pengkhianat bangsa melayu dan agama Islam dengan menjadi ahli DAP. Inilah pandangan peribadi Ee. Bagi Ee, sekiranya orang melayu menjadi ahli DAP dan membiarkan diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik DAP, mereka sebenarnya adalah pengkhianat bangsa melayu.Cubalah kita fikirkan bagaimana kelak jika sekiranya DAP yang mendapat bantuan dari PAS dan PKR menguasai bumi Malaysia dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia dari kalangan Lim.Cuba fikirkanlah apa yang mungkin terjadi kepada orang Melayu Islam .Mungkin orang Melayu Islam hanya dijadikan Menteri Besar saja dan hanya mampu berkuasa dari segi bidang hal ehwal agama Islam, tidak ubah seperti yang berlaku ketika zaman penjajah British satu ketika dulu.

Ee berfikir bahawa situasi yang merisaukan ini akan berlaku apabila di kalangan Melayu Islam pembangkang, kita ambil contoh PAS mengambil keputusan untuk membentuk kerajaan campuran bersama DAP. Tetapi, PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP, sungguhpun kuasa mereka kelak akan jauh lebih kecil dari DAP.Mengapakah PAS bersikap degil sedemikian rupa?..Apakah kerana dendam yang begitu lama dipendam mereka sanggup melihat Melayu Islam yang mungkin juga anak cucu,cicit mereka tidak terbela kelak?..Ingatlah sekali kita terlepas kuasa bukan mudah untuk kita merampasnya kembali..Cukuplah moyang,datuk ,nenek,ibu dan bapa kita terjajah satu waktu dulu..janganlah kita pula terjajah oleh kebodohan kita yang memilih membai buta dan mengikut segala hasutan,janji manis dajjal2 pembangkang yang terlalu kemaruk untuk berkuasa.

Terus terangkan Ee kelicikan politik DAP mempergunakan Melayu Islam dengan menaburkan janji manis dan mempergulakan pemimpin2 Islam PAS dan PKR terutama Nik Ajis dan Anwar Ibrahim adalah sangat merbahaya.Kita lihat saja bila DAP mula berpengaruh dan dapat menawan Pulau Pinang,Selangor PKR dan PAS hanya menjadi sebagai budak suruhan saja sedangkan segala keputusan DAP yang buat.Di Pulau Pinang sendiri rakyat terutama Melayu Islam semakin tertindas sehinggakan Azan subuh yang selama ini berkumandang di masjid2 mahupun surau2 diarahkan tidak mengunakan pembesar suara oleh DAP dengan mengkeldaikan Jabatan agama Islam Johor untuk membuat perkeliling.Dan lebih malang masalah ini mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari Nik Ajis dengan memberikan fatwa menyokong usaha tersebut.

Kadang kala Ee terfikir kenapa dan mengapa Pakatan Pembangkang yang terdiri dari DAP,PKR dan PAS masih tidak mahu mendaftarkan gabungan mereka seperti yang dibuat oleh Barisan Nasional..Pakatan mendabik dada kononnya nak membela nasib rakyat tapi sedarkah mereka bahawa mereka merupakan pertubuhan haram yang tidak berdaftar setaraf dengan "Kongsi Gelap".Apa yang Ee fikirkan patutlah segala tindak tanduk mereka seolah "Samsing" mereka begitu berani menentang arus pehak berkuasa diperlekehkan..menghasut rakyat buat demontrasi itu..ini..menghasut pelajar yang sepatutnya duduk belajar agar jadi samsing berdemontrasi menentang kerajaan..Apa yang Ee boleh katakan ini semua adalah helah DAP untuk menguasai negara pada PRU 13 kelak dengan memperkudakan Melayu2 yang kurang berfikir terutama pemimpin dan penyokong PAS yang terlalu kemaruk untuk membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan UMNO sehingga sanggup melakukan apa saja asalkan mendapat kuasa yang sedikit.Apa akan jadi jika ditakdirkan PRU 13 kelak DAP mempunyai lebihan kerusi berbanding PKR dan PAS dan mendapat majoriti untuk memerintah negara ?...Ee ingatkan kepada semua memilih kerajaan bukan semudah menukar pakaian..Ee juga ingin ingatkan bahawa memilih kerajaan bukan semudah menukar kereta..ingatlah jangan kerana terlalu berdendam dan kerana terlalu mengikutkan desakan nafsu serakah sanggup melihat anak bangsa yang memerlukan pembelaan kita semua merana di negara sendiri..Janganlah sampai anak, cucu ,cicit kita kelak meludah dan mengencingkan kubur kita kerana kta menjadi pengkianat kepada mereka..Sedarlah!..marilah kita sama2 bersatu dalam 1 Malaysia dengan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan UMNO pada PRU 13 kelak yang telah terbukti banyak berjasa kepada semua tanpa mengira bangsa dan agamanya..bersatulah!..

No comments:

Post a Comment