"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
Ee keliru dan seolah tidak percaya bahawa seorang yang boleh dianggap faham tentang hukum hakam boleh berkata sesuatu yang boleh menjatuhkan Aqidah seseorang.Apa yang Ee pelajari selama ini kita sebagai seorang Islam wajib memohon pertolongan (Doa) dari Allah.Dalam Al Quran mahupun hadis menyuruh seseorang itu agar menjauhi syaitan namun sebaliknya Nik Ajis sudi menerima syaitan sebagai temannya.
Nabi saw memerintahkan ummatnya melalui Abu Zar r.a dengan bersabda bermaksud :--
"Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".Abu Zar r.a.
Pengajaran dari hadis tersebut yang Ee difahamkan oleh ustaz adalah kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.Begitu juga Ee diterangkan bahawa sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai "syaitan manusia".Oleh itu ustaz menerangkan kepada Ee agar berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan "syaitan manusia" ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada kejahatan mereka.Dalam hal yang sedemikian pada pendapat Ee Nik Ajis sebenarnya telah mengikut dan terikut segala bisikan syaitan yang menjadi teman kepada beliau selama ini dan atas sebab itulah segala percakapannya bukan melambangkan diri Nik Ajis yang sebenarnya. Sedarlah! wahai semua dan cubalah hayati Firman Allah dalam surah Al An'aam ayat 121 yang bermaksud :--
" .... dan sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu membisikan kepada pengikutnya, supaya kamu membantah (menghasut) kamu, dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik".
Ee berpendapat bahawa akibat terlalu menerima segala bisikan rakan karibnya (Syaitan) Nik Ajis semakin jauh meninggalkan segala yang dipelajarinya sehinggakan tidak dapat mengenal anta kaca dan permata.Ee katakan ini berlandaskan fakta bagaimana Nik Ajis menangi isu pemecatan Hasan Ali dalam PAS pada 8hb Januari 2012 yang lalu.Hasan Ali yang lantang memperjuangkan Islam dalam menangi isu murtad,arak dan judi di Selangor sangat2 tidak di senangi oleh rakan sekongkol PAS iaitu DAP dan PKR.Maka untuk menjagai hati dua kekasih yang melebihi kasih kepada yang Maha Esa maka Hari ini Nik Ajis dengan lantangnya telah mengatakan bahawa Hasan Ali tidak patut menyuarakan keadaan yang berlaku di dalam PAS kepada Media UMNO.Nik Ajis yang mendengar bisikan rakan syaitannya menyatakan bahawa setiap kenyataan perlu mendapat persetujuan daripada Pemimpin Parti Diperingkat Negeri dahulu.Begitu juga apabila Mustafar Ali pula mengeluarkan kenyataan di Stesen Rasmi PAS iaitu Harakahdaily dengan menyifatkan Hasan sebagai terperangkap dengan agenda UMNO untuk memecah belahkan Parti.Pada Ee inilah akibatnya bila berkawan dengan syaitan yang sentiasa membisikan agar membuat fitnah kepada sesama bangsa dan seagama dengan lawak sengal kebodohan arahan Anwar dan DAP.. UMNO juga disalahkannya..
Pada Ee keiklasan yang ditunjukan oleh Hasan Ali yang berjuang menegakan kedaulatan Islam dari penghinaan DAP dan Anwar Ibrahim begitu dicemburui Nik Ajis yang takut kehilangan Anwar dan DAP bagi melangsungkankan kesenambungan politiknya yang semakin menyembam tanah.Untuk itu Nik Ajis memberikan ingatan kepada Hasan supaya menjaga mulut. Ternyata Nik Ajis telah nyanyuk dan mengikut bisikan syaitan rakan baiknya kerana tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Ee ingin bentangkan fakta bahawa Hasan Ali telah berada dalam PAS sejak dari zaman Fadhil Noor kira2 15 tahun yang lalu.Nik Ajis lebih percayakan Anwar(PKR) dan DAP yang baru diijab kabulkan sebagai suami nombor satu dan dua PAS.Pendapat Ee adalah sesuatu yang cukup sial kepada PAS dan penganutnya apabila suara hasutan syaitan dari luar PAS untuk menendang Hassan telah berjaya mempengaruhi isu yang sepatutnya diselesaikan secara kekeluargaan.
Telah banyak kali Ee katan bahawa bila kena atas batang hidung sendiri tau pula puak2 PAS ni meroyan dan bagaikan orang gila ISIM.Pendapat Ee dan mungkin juga semua inilah realiti PAS, bila sesuatu yang mungkar berlaku dalam parti maka semua ahli diminta membisu walaupun perkara tersebut salah dan berdosa. Puak PAS diajar untuk tidak menyatakan kebenaran. Kerana itulah FITNAH berleluasa dalam PAS !..
Ee nak bawakan keratan2 dari kata-kata Nik Ajis yang Ee sifatkan akibat dari bisikan syaitan yang menjadi teman kepadanya.Agar dapat menjadi iktibar kepada kita jangan asyik dengar bisikan teman syaitan yang menyesatkan..
Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963 Nik Ajis berfatwa bahawa :--
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" ..Sehingga kini Ee tidak tahu apa pula hukumnya bila PAS bersekedudukan dengan DAP sewaktu tercetusnya 13 Mei angkara DAP dan PAS.. Begitu juga bersekedudukan sewaktu bersama DAP sejak dari PRU 12 sehingga kini apalah agaknya hukumnya Ya..
Berita Harian 12 Mei 1999.Nik Ajis berkata bahawa "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam".. Nak kata nyanyuk mungkin juga.."Tun Mahathir sudah lama bersara"..Nik Ajis yang bertongkat dan kadang kala berjalan terpaksa dipapah masih lagi gilakan pangkat dan bercita-cita menjadi PM.."cukup2lah..Dah Tua dah!"..
Ceramah Nik Ajis Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir"..Inilah akaibat mendengar bisikan syaitan sanggup mengeluarkan fatwa mengkafirkan sesama seagama.Nik Ajis merasakan bahawa PAS adalah agama.Dan penganutnya lebih Islam dari yang Islam.Nik Ajis melebihi Nabi dalam menjatuhkan hukum.
4 Ogos 2001 Nik Ajis berkata dalam satu wawancara bersama akbar Utusan :--
"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.Apa ni?..bila berceramah sana sini kata nak tubuh negara Islam dan menyalahkan UMNO tidak menyokong dan pelbagainya fitnah kepada UMNO..,tak sokong hudud dan sebagainya bila nak bersekedudukan bersama DAP cakap lain pula?..nak kata mabuk Nik Ajis ni kerana terlebih hidu kentut puak DAP yang tidak pernah basuh agaknya?...
Nik Ajis Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999 berfatwa bahawa :--
"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." Pada Ee jika nak berpolitik..politiklah janganlah Allah Tuhan yang telah dinyatakan syahadat kepadaNya dibawa ketempat politik dan di rendahkan martabat keTuhananNya semata mengikut Hawa nafsu bisikan syaitan..Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..
Nik Ajis Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999 berkata:--
"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…"Inilah kata2 yang Ee sifatkan sebagai "Pembohongnya Bapak Nahwu PAS"..Sentiasa berdolak dalik menuduh,memfitnah UMNO bila depan penganut PAS di belakang lainnya sanggup menjual agama asalkan dapat apa dicitakan..Inilah akibat mendengar nasihat dari syaitan iblis yang bersarang dalam hati Pak Ulama' PAS Nik Ajis..
Nik Ajis Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999 berkata :--
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."..Kurang ajar punya orang tua..janganlah kerana terdesak disebabkan segala ajaran songsang kepada penganut PAS sehinggakan penganut yang berpakaian jubah,berserban,bertasbih,berdahi hitam dan berjanggut sejemput sentiasa bercakap biadap,lucah,mencaci mencarut ,memaki hamun sesama bangsa dan seagama Islam di Perhinakan..Islam tidak pernah mengajar penganutnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci..Rasanya belum pernah ustaz2 yang mengajar Ee atau mungkin semua mengajarkan bahawa Agama Islam menyuruh penganutnya mencarut, mencaci waimah kepada musuhnya sekali pun.Pada Ee nampak sangat pembohongnya Bapak Nahwu PAS dan terlalu berlebihan dalam menerima nasihat dari syaitan iblis yang menjadi teman setianya.Pada Ee jika nak dihuraikan satu persatu fatwa2 songsang akibat bisikan syaitan oleh Nik Ajis jenuh rasanya menulis dan kemungkinan kekeringan dakwat belum tentu selesainya.Fikir2kanlah..Renungkanlah "Ikut Agama PAS kamu akan Sesat..Ikut Agama Islam Kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat".. Bersatulah! dalam 1Malaysia marilah kita sama2 menghapuskan kesesatan Agama PAS dengan bersatu berganding bahu menyokong Kerajaan Pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada Agama Islam mengangkat memertabat Islam Malaysia sehingga dunia mengistiraf negara sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Menjadikan negara maju dan menjadikan Ekonomi negara semakin kukuh sehinggakan rakyatnya hidup harmoni bersatu tanpa mengira kaum dan agama.Bersatulah!...bersatulah demi Agama,Bangsa dan Negara..
No comments:
Post a Comment