Pada Ee sebenarnya PAS sepatutnya lebih memahami bahawa dosa-dosa yang telah mereka longgokan selama ini akan terus memusnahkan kedudukannya sebagai sebuah parti Islam setelah berbaik-baik dengan DAP yang tidak pernah boleh menerima syariat Islam dan nilai-nilai Islam. Tetapi, PAS lupa bahawa dirinyalah yang paling banyak melakukan dosa kepada orang Melayu sehingga tertutup mindanya untuk memperkatakan bahawa apa sahaja yang dibuat oleh PAS itu betul dan benar sedangkan secara sedarnya belum pun lahir satu pun tindakan yang boleh dibanggakan sejak parti itu lahir di bumi bertuah ini lebih 61 tahun lalu.Iaitu sejak dari Presiden pertamanya Ustad Hj Ahmad Fuad Hassan sehinggalah kini Hadi Awang.
PAS semakin bercakaran sesama sendiri dan sanggup membuang sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan parti termasuk menyingkirkan ulama' untuk digantikan dengan kalangan pemimpin sekular yang menyamar mendaulatkan Islam. Lihatlah betapa sepinya pandangan dan ulasan kumpulan sekular dalam PAS ketika pemimpin ulama' tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Pembangkang mengenai sokongan menjaga keselamatan Israel.Cubalah kita renungkan akan kata2 Bekas Orang Kuat PAS dan juga salah seorang tokoh PAS yang disanjung oleh penyokong setia PAS satu ketika dulu :--
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Penyokong Pas diminta bermuhasabah dan tidak bersikap terlalu taksub kepada parti.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, ini kerana agenda Islam yang dilaungkan parti itu semakin tidak tidak jelas dan perjuangan yang dilakukan tidak lebih sekadar retorik politik.
Katanya, walaupun mendukung nama Islam, pendekatan Pas adalah sama seperti parti-parti politik lain dengan matlamat utamanya mendapatkan kuasa.
"Sumbangan Pas kepada Islam terlalu sedikit. Selain slogan retorik 'Membangun Bersama Islam', Pas tidak mempunyai agenda terperinci dan konsep perjuangannya berubah dari semasa ke semasa.
"Saya nasihatkan penyokong Pas yang taksub ini agar bermuhasabah diri dengan Allah, fikirkan apa sebenarnya Islam, apa agenda Pas dan apa sumbangannya selain daripada retorik-retorik politik," katanya..
Baru-baru ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menyatakan Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.
Menurut Nakhaie, pendirian Pas yang menolak kerjasama dengan UMNO juga dipersoalkan kerana parti itu sanggup mengadakan pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jauh lebih sekular.
"Orang masih boleh ditipu lagi dengan alasan ini adalah strategi, tetapi semakin lama, semakin ketara kepalsuan dalam perjuangan Pas dan permainan ini semakin berbahaya," katanya.
Pada Ee apa yang cuba dilakukan oleh pemimpin PAS memperjuangkan sesuatu yang tidak benar hanya untuk kepentingan politik mereka sendiri. Penyampai dan penyebar berita yang fasiq menyebarkan berita dusta itu supaya pengikut dan penyokong PAS yang taksub akan percaya pada berita-berita dusta. Mereka mencipta keadaan supaya rakyat membenci kerajaan sehingga menganggap segala yang kerajaan lakukan tidak ada yang betul. Mereka membuatkan rakyat melihat kerajaan sebagai pemerintah yang zalim.
Pada pandangan Ee mereka merancang rusuhan dengan sikap yang sangat provokatif supaya pihak polis mengambil tindakan dan dengan itu pihak polis akan disalahkan seterusnya kerajaan dipersalahkan kerana membiarkan tindakan ganas. Soalnya, jika rusuhan itu tidak dilakukan apakah perkara sedemikia akan berlaku?.. Mujur generasi muda dewasa ini sangat celik media sosial tidak lagi percaya kepada lakonan yang pihak pembangkang lakukan untuk memburuk-burukkan kerajaan sebagaimana yang mereka lakukan dengan menghasut pelajar UPSI agar merusuh dan tipu helah mereka semasa menyertai Bersih 2.0 anjuran S.Ambiga atas arahan Anwar.
Ee ingin bawakan satu kesah yang berlaku atas hasutan pemimpin PAS mengeluarkan pelbagai fatwa yang songsang lagi mengelirukan..Ee ingin ceritakan bagaimana pengikut PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.Ee dimaklumkan bahawa semua ini telah didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.
"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah PAS pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," begitu juga Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.
"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya."Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu,Mereka (penceramah PAS) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," akuinya.
Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal PAS di Kampung Gong Tinggi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman tidak berapa lama dulu.
Bukanlah niat Ee nak bangkitkan perkara berkenaan dengan segala fatwa ulama' PAS namun demi kesedaran dan apabila mendengar segala titah ucapan Sultan Terngganu Sultan Mizan Zainal Abidin baru2 ini yang meminta semua pehak jangan agar menghormati Agama Islam dan jangan sampai berlaku perpecahan ummah dan berlaku sembahyang dua Imam lagi.Yang peliknya bila mengulas para pemimpin PAS menabur lagi fitnah bahawa UMNO yang memulakannya. Inilah pemimpin PAS yang munafik.
Apa yang Ee hendak katakan bahawa PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.Ee juga mempunyai pendapat bahawa apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah,menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan asal usul siasiyyah/prinsip politik dengan qadaya siasiyyah/isu-isu politik.Bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam,menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al Khawarij,iaitu satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al Rasyidin.
Apa yang Ee nampak jikalau Nik Ajis dia orang anggap sebagai wali dalam PAS,Hadi Awang pula mereka anggap sebagai Malaikat dan Anwar pula dah macam keramat hidup yang berimej alim serta warak.Cubalah kita tengok dewasa ini para penyokong pembangkang terutama PAS melihat bahawa Nik Ajis,Hadi Awang dan Anwar seolah Malaikat yang tidak pernah melakukan sebarang dosa.Apa yang Ee faham bahawa soal salah atau betul semua dah diketepikan semata-mata kerana sifat taksub melampau pada Nik Ajis,Hadi awang dan Anwar.Pada pendapat Ee berkemungkinan hati penyokong taksub Pakatan ni semua dah gelap dan buta.Ee sebenarnya Hairan bin ajaib juga kerana semua sifat taksub melampau ni dihalalkan pulak oleh ulama'-ulama' PAS. Cubalah tanya Nik Ajis atau Hadi Awang apa hukumnya seseorang tu wala’ melampau dan juga taksub membabi buta kepada manusia?..Jawaban yang mudah pada Ee pasti ulama'-ulama' dalam semak samun akan berkata tak salah asalkan mereka tu masih penyokong PAS.Jika UMNO pula mereka akan lebelkan sebagai syirik dan sebagainya..Inilah pempin PAS..
Pada pendapat Ee cuba kita renungkan saja bagaiman Saiful yang bersumpah dengan Mubahalah dengan penuh keiklasan namun sumpah itu dipertikaikan pula..Mereka akan belitkan segala2nya agar berpehak kepada Anwar. Permasalahan yang Ee ingin timbulkan kenapa Anwar,Azmin Ali dan isterinya Samsidar tidak berani bersumpah dalam menegakkan kebenaran dengan cara Mubahalah demi membersihkan segala tuduhan kepada mereka jika mereka berada dalam kebenaran?..
Kekadang Ee tersenyum dan gelak sendiri bila melihat gelagat para penyokong PAS bila berkumpul bersama Pak Lebai,Imam Besar mereka Anwar mahu pun ulama' PAS membawa watak kononnya pendakwah Islam bertasbeh, berjubah,berserban,berjanggut sejemput dan berdahi hitam namun di tangan mereka membawa bendera roket (DAP) sambil mulut berzikir menjerit-jerit "Puterajayaaa...Puterajayaaa..Puterajayaaa...." Apa yang Ee ketawakan bukan sekadar mengetawakan saja tetapi berfikir Hadi Awang meminta agar melakukan "Bai'ah" dalam usaha untuk ke Putrajaya tapi hakikat yang sebenarnya siapa yang mereka "Bai'ahkan"?.. sedangkan jika diukur kursi yang dipertandingkan hanya sedikit berbanding DAP dan PKR.Mereka kata memperjuangkan Islam dan ingin menegakan negara Islam dan hudud tapi dalam "Buku Jingga tidak sebut itu semua?..Bagaimana nak jadi Perda Menteri jika Kursi cuma "Ciput" berbanding DAP?..Isk..Isk..Apakah mereka akan memBai'ah Perdana Menteri kalangan Lim yang jelas agamanya..Sedangkan jika diukur keseluruhan DAPlah yang paling banyak kursi dipertandingkan sejak dari PRU 12..Lebih dari PKR dan PAS..Isk..Isk..Pada pendapat Ee takanlah DAP nak lepaskan peluang jika kursi mereka lebih dari PKR dan DAP pada PRU 13 kelak?..Ee ingin ingatkan kepada penyokong PAS berfikirlah dengan matang macamana nak bentuk negara Islam dan hudud dan bagaimana nak lantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin PAS bagi melaksanakan apa yang dijanjikan..jika PAS masih ditakuk lama "Kursi Ciput" berbanding DAP..Apa yang Ee fikirkan sebenarnya Hadi Awang secara tidak langsung mengajak para Pemimpin dan Penyokong2 PAS berBai'ah dengan menyokong DAP sebagai peneraju negara kerana pasti dan sepastinya kursi yang dipertandingkan lebih banyak DAP dari PKR mahupun PAS dan sepastinya Perdana Menteri adalah dikalangan Lim kerana mereka adalah "Majoriti bukannya Minoriti" ..Pada Ee nilah PAS tidak pernah berfikir apa yang dibuat kena tarik batang hidung macam lembu dik DAP masih tidak faham bukti nyata semasa PRK Sarawak..Faham2lah wahai penyokong PAS kamu semua dah kena tipu sejak dari zaman sebelum merdekah..Sedarlah!..Fikirkanlah jangan sampai Agama,Bangsa dan Negara tergadai oleh hasutan DAjjal2 Pembangkang terutama PAS yang memperdagangkan Islam dalam memecahkan "Perpaduan Ummah" yang kita pelihara selama ini..Janganlah sampai seperti "Pak Kaduk menang Sabung Kampung pula Tergadai"..Janganlah sampai "Bila sudah Terjadi Menyesal pun sudah Tidak Berguna ..Air mata Darah sekalipun keluar tidak berguna..Renung2kanlah..fikir2kanlah marilah kita bersatu dalam 1 Malaysia dengan menyokong kerajaan pimpinan UMNO yang telah terbukti keiklasannya dalam mentadbir negara tanpa mengira bangsa mahu pun agama adil lagi saksama.. Bersatulah! demi Agama,Bangsa dan Negara..
No comments:
Post a Comment