Ee telah banyak kali katakan dalam artikel2 yang lalu dan tidak takut untuk mengatakannya sekali lagi bahwa semua lapisan rakyat tanpa mengira tua,muda dan apa anutan agama mereka dalam negara ini, harus sedar bahawa kerjasama pakatan pembangkang tidak akan berpanjangan kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu dan menyeleweng rakyat.Ee ingin semua agar mengimbas kembali sejarah yang telah membuktikan sepanjang mereka bergabung sama ada di dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif atau terbaru Pakatan Rakyat semuanya berkubur dalam satu kubur yang mereka korek sendiri.Apa yang Ee ingin katakan bahawa mereka cuba meniru kerajaan UMNO yang saling berkerjasama dan begitu taat setia dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.Pada Ee mereka pakatan pembangkang cuba utk tidur sebantal dan cuba utk mendapatkan mimpi yang sama namun hakikatnya bila dapat mimpi yang hampir sama bila di pertengahan mimpi tiba2 mereka terjaga lalu membawa haluan masing2..inilah hakikatnya bila bersatu dalam Patan Haram yang takut untuk didaftarkan..
Ee bukan maksud mempertikaikan apa yang hak dan tidaknya..namun apabila Ee lihat segala perjuangan palsu PAS dalam memertabatkan siar Islam dan banga Melayu Islam di negara ini berakhir mengikut saja segala arahan dari DAP yang menjadi parti "King dalam Pakatan Haram" kerana kelebihan kursinya berbanding dengan PKR dan PAS walau pun Awar sebagai ketua pembangkang tetapi itu hanya atas dasar helah DAP untuk memenangi hati pengundi Melayu. Anwar yang begitu mengidamkan kerusi Perdana Menteri begitu teruja bila diangkat sebagai ktua pembangkang walau pada dasarnya tidak layak namun kerana kebodohannya dan kebodohan pemimpin PAS lainnya tidak sedar bahawa mereka sebenarnya diperkudakan oleh DAP utk memenangi hati pengundi Melayu mengundi DAP..DAP kononnya memperjuangkan Melayu walau hakikatnya tidak ada Melayu dalam hati pemimpin2 DAP terutama Lim Kit Siang anak didik Lim Kuan Yew.Ini semua Ee buktikan apabila apabila melihat pemimpin DAP berada di barisan hadapan menyokong tuntutan Dong Zong,pada Ee terbukti ini adalah golongan pemimpin yang bermuka2. kita tidak payah bercakap mengenai konsep 1Malaysia BN, kerana tindakan DAP ini sekaligus menghapuskan konsep 'Malaysian Malaysia' mereka sendiri..
Ee ingin terangkan ini adalah satu penghinaan kepada bangsa Melayu kerana tidak ada seorang pun guru berbangsa Melayu atau bangsa lain dibenarkan atau layak mengajar sekolah Cina...Ee rasakan segala tuntutan mereka itu melampau dan menunjukan sifat perkauman yang menebal mereka dan kerasisan mereka terhadap kaum Melayu.. antara tuntutan mereka iaitu..
Memindah keluar semua guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Mandarin peringkat SPM dari sekolah rendah Cina.. Menyediakan kursus khas untuk guru Bahasa Mandarin yang mengajar Bahasa melayu (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, bagi membolehkan mereka layak untuk mengajar ketiga-tiga matapelajaran Bahasa Mandarin, BM dan BI..Membuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai guru boleh berbahasa Mandarin yang diperlukan sekolah Cina..Mengkaji semula Akta Pendidikan bagi memastikan sekolah vernakular diberi status yang sama dan dijamin kedudukannya sebagai sebahagian sistem pendidikan kebangsaan.
Ee ingin kongsikan kesedihan yang dirasai oleh seorang sahabat yang mana anak kesayangan dan menjadi harapan keluarga kerana ingin bergaya dan terlalu ikutkan nafsu sanggup dijadikan alat bagi menarik sokongan rakyat mengundi pembangkang dengan berdemonstrasi menghapuskan PTPTN dengan sedikit imbalan ..Memalukan..memalukan.. memalukan..itu yg Ee boleh katakan..Seorang sahabat yg di mana seorang anak gadisnya yg sama2 berdemonstrasi dan berkemah di dataran menuntut dimansuhkan PTPTN dan telah dipanggil balik oleh keluarganya membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya menerima upah dari pehak pembangkang.Menurutnya tuntutanmereka di dalangi oleh Anwar dan mereka dijamin keselamatannya oleh kuncu2 Anwar yg mengawasi mereka 24 jam.Menurut anaknya menerima upah pendahuluan sebanyak Rm 500.00.Terus terang juga dikatakannya sebahagian dari peserta sebenarnya adalah orang luar dan tidak ada kena mengena dgn kegiatan pelajar.Ee sebenarnya telah faham semua ini ada agenda politik..Inilah kerja pembangkang menghasut pelajar yg kesempitan utk memenuhi impian nafsu serakah utk ke Putrajaya..Insaflah!..wahai pelajar..sebenarnya ibubapa kamu hantar kamu belajar dgn penuh harapan agar kamu jadi orang berguna dgn segala kepandaian yg dipelajari..bukannya menjadi pengkianat bangsa dgnmengikut segala hasutan pehak yg berkepentingan..Sedarlah!..lihatlah di sekeliling berapa kerat bangsa lain yg ada bersama menyertai kamu..sedarlah kamu dipergunakan semata utk menjatuhkan bangsa dan maruah bangsa kamu sendiri..Sedarlah...
Bila ini semua berlaku apa yang dapat Ee katakan ini semua adalah salah Anwar dan pemimpin2 PAS yang sanggup bersetongkol denga DAP yang begitu jelas prinsip perjuangan mereka yang begitu perkauman sejak dari berlakunya 13 Mei mereka begitu menghina bangsa Melayu samada mereka sedari atau sengaja buat2 tidak sedar.Pada Ee dalang semua ini adalah Anwar Ibrahim yang bila berucap pada bangsa Melayu akan kononnya memperjuangkan nasib Melayu dan bila berucap pada bangsa lainnya menghina bangsa sendiri..dan ini juga salahnya terletak pada bahu pemimpin2 PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tapi apabila Cina2 DAP berucap mengunakan sebaris dua keratan Al Quran dan hadis yang ditafsir mengikut selera mereka memaki hamun Melayu Islam mereka gembira bersorak bertakbir sehingga menepuk2 tanah melelehkan air mata gembira kerana musuh nyata sesama bangsa dan seagama dicaci maki..Inilah Islamnya Melayu PAS..Ee ingin bawakan bagaiman penilaian orang Amerika terhadap seorang Anwar kaki pembohong.. kaki temberang..dan boleh dinobatkan sebagai 'Maharaja Kelentong' seperti dalam artikel Ee yang lalu..
6 MEI — Blog The New Ledger, Amerika Syarikat membuat komen negatif terhadap sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh digambarkan dalam konteks sikap manusia sebagai "talam dua muka".
Di dalam negara, beliau menonjolkan dirinya sebagai seorang yang anti-Amerika dan anti-Yahudi, tetapi sebaik saja keluar dari bumi negara ini, beliau bertukar wajah.Penulis blog itu, Rachel Motte menganggap selama ini Anwar pro-Amerika dan mempunyai ramai kenalan daripada kalangan Yahudi Amerika, termasuk Paul Wolfowitz dan bekas Naib Presiden, Al Gore.
Tulisan Motte yang berbau kecaman itu antara lain didorong sikap Anwar yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat firma perhubungan awam dan pro-Israel, APCO Worldwide serta kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel.Anwar cuba mengabui mata rakyat dengan kenyataan bercanggah untuk mendapatkan sokongan rakyat, tetapi beliau lupa sebenarnya mempunyai ramai sahabat Yahudi Amerika. Dalam mengatur langkah politiknya, Anwar nampaknya terperangkap dengan tindak tanduknya sendiri.Beliau mengharapkan dengan mencemuh APCO beliau mendapat simpati daripada rakyat, tetapi beliau lupa rakan-rakannya di luar negara memerhatikan tingkah laku dan setiap kata-katanya.
Anwar tidak boleh bersembunyi daripada segala kata-kata dan tindakannya kerana semuanya bukan lagi rahsia. Ia sudah menjadi bahan berita. Anwar sanggup mencerca kerajaan kononnya dikatakan menggunakan khidmat APCO semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat supaya menyokong perjuangan pembangkang.Sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, sikap Anwar memang difahami. Beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah hanya untuk kepentingan politik. Beliau seolah-olah terdesak mendapatkan sokongan rakyat atas alasan tertentu dan perkembangan politik dalam negara.Apa yang dinanti-nantikan ialah sejauh mana PAS dan DAP boleh bertahan dengan sikap politik Anwar yang berbelit-belit itu. Sanggupkah mereka terus ditipu dengan sikap tidak berpendirian Anwar terhadap isu hubungan antarabangsa itu.
Walaupun sikap lidah bercabang ini bukan asing di kalangan pemimpin politik terutama berikutan perbezaan faktor komposisi kaum, agama atau sebagainya, Anwar pula membuat cemuhan itu tanpa memikirkan beliau meludah ke langit.
Dalam politik, seseorang dinilai dari segi pendiriannya. Mereka yang sering bertukar pendirian adalah pemimpin yang lemah. Mereka yang mempunyai dua pendirian berbeza pula adalah golongan tidak berprinsip.Berikutan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Barack Obama di Washington bulan lalu, Anwar agak tertekan. Beliau melihat bahawa Amerika Syarikat mula memahami sikap Malaysia terhadap negara itu. Amerika Syarikat pula melihat Anwar kini sudah bertindak keterlaluan.Dengan perubahan sikap Amerika Syarikat yang menganggap Malaysia kini lebih konstruktif dan bersedia bekerjasama dengan negara kuasa besar itu, apa juga hujah pembangkang tidak lagi dianggap jujur.Mereka tidak lagi percaya kepada kata-kata Anwar seperti ramai di kalangan ahli parti itu keluar kerana tidak lagi percaya kepada pemimpin mereka.
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
Apa yang Ee boleh katakan marilah kita sama2 bersatu dalam 1 Malaysia pada PRU 13 yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.dan marilah kita kuburkan segala pembohongan mereka Pakatan Pembangkang dalam satu kubur dengan memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agamanya.Bersatulah!..
No comments:
Post a Comment