Berfikir biar logik,berbicara biar bertempat,berpolitik biar berpada,menulis biar berisi,berdakwah biar betul...pangkat dan harta bukan segalanya...
Tuesday, April 10, 2012
Surga,Hidup dan Mati ..Nik Ajis yang tentukan.Munfiknya Ulama' PAS..Ikut PAS Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Duania dan Akhirat.
Ee ingin agar semua memperhalusi Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.(Shahih Muslim No.3438) ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang tidak menyukai sesuatu pada pemimpinnya, maka hendaklah ia bersabar. Karena sesungguhnya siapa yang memisahkan diri dari jemaah walau sejengkal lalu ia mati, maka kematiannya adalah kematian jahiliah.
Renungkanlah Hadis riwayat Jabir bin Samrah ra. ia berkata:
Aku bersama ayahku menemui Rasulullah saw.. lalu aku mendengar beliau bersabda: Sesungguhnya urusan ini tidak akan berakhir sebelum dua belas orang khalifah memerintah mereka. Kemudian beliau berbicara dengan suara perlahan sehingga aku tidak dapat mendengarnya. Lalu aku bertanya kepada ayahku: Apakah yang beliau katakan? Ayahku menjawab: Semua khalifah itu berasal dari kaum Quraisy.
Ee kekadang pelik dengan Nik Ajis yang mengaku sebagai ulama' namun sikap dan tutur katanya langsung tidak melambangkan seorang ulama'.Apa yang keluar dari mulutnya hanyalah sumpah seranah,maki hamun sehingga Allah Tuhannya pun dilebelkan sebagai mencarut dan samsing.Ee tetap hormat Nik Ajis sebagai seorang tua yang tahu agama tapi sikap dan budi perketinya langsung tidak mencerminkan apa yang diamalkannya.Jikalau tidak silap Ee pada tahun 2009 sewaktu lepas solat Hari Raya Idul Adha Nik Ajis telah meminta Allah membetulkan hati PM Najib dan minta Allah memusnahkan PM Najib dan pengikut2nya.Sepatutnya di hari baik bulan baik bermaaf-maafan antara satu sama lain sebaliknya Nik Ajis sebagai yang tua dan tahu agama mengajar pengikutnya bersikap kurangajar.Apakah ini wajah sebenar seorang ulama'?..Layakkah beliau digelar sebagai Tok Guru Mursid?..Layakkah beliau dijadikan contoh yang baik?..Pada pendapat Ee patutlah penyokong-penyokongnya sentiasa bersikap kurang ajar dengan mengeluarkan maki hamun, sumpah seranah sewaktu berkempen mahupun berada dalam ruangan maya ini.Islam tidak pernah mengajar kita mendoakan sesuatu yang tidak baik waimah kepada musuh sekali pun.Ee katakan disini apa yang dikatakan oleh Nik Ajis seumpama Allah itu dibawah bidang kuasa beliau dan menerima arahan dari beliau juga merasakan doanya sentiasa dimakbulkan Allah.Sikap yang begitu angkuh,sombong yang ada pada diri Nik Ajis pada Ee akan memakan diri beliau sendiri.Apa yang Ee nampak apa yang didoakan oleh Nik Ajis sedikitpun tidak kena pada PM Najib sebaliknya beliau yang sering keluar masuk wad.Tidak sedarkah lagi petunjuk dari Allah?..Paling Ee pelik bila Nik Ajis mempertikaikan kejadian diri sendiri dan seolah beliau mengatur Allah agar menjadikan dirinya sendiri mengikut acuan sendiri apabila berasa malu untuk mengaku sebagai orang Melayu..sedangkan Nabi saw yang berdakwa menentang kaumnya sendiri (kaum Quraisy) tidak pernah menyesal kerana dilahirkan sebagai orang Quraisy.Ee ingin ingatkan kepada semua yang terutama Nik Ajis dan kepada penyokong taksub PAS bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Jika Allah mahu mengurniakan PAS memimpin kerajaan negara ini sejak dari mula merdekah lagi Allah telah kurniakan hakikatnya..Hakikat Allah lebih perkenan mengurniakannya kepada UMNO sebagai peneraju utama kerajaan hari ini..sedarlah..bukalah hati dan fikirkanlah segala yang tersurat mahupun tersirat..Allah Maha Adil..
Renungkanlah Hadis riwayat Abu Musa ra..(Shahih Muslim No.3402) ia berkata:
Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki anak pamanku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang berambisi memperolehnya.
Pada pendapat Ee kesombongan,keegoan,dan kegilaan Nik Ajis untuk berkuasa dan membalas dendam terhadap UMNO tidak berhenti disitu saja malah turut sanggup berkawan dengan syaitan,iblis atau pun jin jika mampu menjatuhkan UMNO.Memikirkan kelebihan syaitan yang menyerupai DAP maka dihalalkan apa saja demi tercapai matlamat beliau untuk menghancurkan UMNO. Apa yang Ee nampak oleh kerana terlalu gilakan sokongan bukan Islam,maka nama Allah dan Quran dilacurkan oleh PAS.Sehinggakan ustaz2 Lim dan Lingam yang tidak pernah mengucap dua kalimah syahadat dibenarkan membaca keratan Al Quran dan Hadis mengikut acuan mereka menghentam sesama bangsa Melayu dan seagama.Maka bersorak,bertakbir anak2 didik Nik Ajis mendengar bangsa seagamanya dimaki hamun dik ustaz2 DAP Laknatullah.Ee juga merasa hairan bila Adun Bogel Elizebert pun boleh naik pentas PAS apabila diampunkan dosa oleh Nik Ajis.Paling menarik, Nik Ajis sayang gila babi pada menantu beliau Arifahmi hingga menghalalkan nepotisme dan rasuah yang dilakukan oleh anak menantu beliau.Dimana fikiran beliau yang dikatakan bertaraf ulama' sehingga sanggup membela Anwar Ibrahim yang telah rosak aklaknya bila menyokong keselamatan Yahudi musuh Allah dan umat Islam yang nyata.Ulama' politik PAS seperti Nik Ajis yang sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal asalkan mendapat keuntungan politik sehinggakan nak membela Anwar menghalalkan hubungan dengan Yahudi.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tidak berapa hari Ketua Pemuda PAS pula mengharamkan hubungan dengan Yahudi walau apa cara sekali pun..Itu pun tidak nampak atau telah membuta tulikan pemberian pancaindera oleh Allah SWT?..Maha suci Allah..
Renungkanlah Hadis riwayat Ibnu Umar ra.(Shahih Muslim No.3408):
Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya.
Apa yang Ee ketahui dan semua maklum seperti biasa, apabila terdesak dan tertekan, Nik Ajis akan segera berpaling dan menyerang UMNO/BN. UMNO/BN akan dipersalahkan atas apa-apa sahaja, termasuklah menantu kesayangannya, Ariffahmi ambil rasuah dan melakukan penyelewengan di Kelantan dengan menggunakan PMBK. Nik Ajis tidak akan bertanggungjawab dan tidak mahu bertanggungjawab, sepertimana dia tidak mahu bertanggungjawab terhadap tahap kebersihan fizikal Kelantan yang sudah hampir setaraf dengan mutu tandas awam di seluruh Indonesia.Nik Ajis dalam satu kenyataan menyalahkan UMNO kerana kononnya UMNO yang menghalang perlaksanaan Akta Murtad. Katanya lagi, kerana kesombongan UMNO, maka akta tersebut tidak dapat diwujudkan.Sebagai orang tua dan dikatakan ulama' sepatutnya dalam kes yang melibatkan kepentingan Islam dalam kes murtad,arak dan judi yang diperjuangkan oleh Hasan Ali..sebaiknya mereka yang memperjuangkannya dibantu bukannya diherdik dan ditendang terajang..mereka yang menghalang kena nasihatkan dan sebagainya..sebaliknya menyokong pula agar Hasan Ali diterajang keluar dari PAS..Tapi sebaliknya apabila peguam kes murtad Lina Joy S. Ambiga yang pernah ditentang dik PAS satu masa dulu dengan mengadakan perarakan dan menuduh UMNO tidak menyokong,tidak ikut Islam dan sebagainya bila menganjurkan agar rakyat menderhaka kepada kerajaan pimpinan UMNO dalam bersih 2.0 Nik Ajis sanggup berganding bahu mengeluarkan pelbagai fatwa dan sama2 menghasut rakyat menyertainya..kadang kala Ee runsing bila memikirkan masih ada lagi ulama' munafik setarap Abdullah bin Ubay di zaman kebangkitan Islam era moden ini..masih berfikiran ulama' kah Nik Ajis ni?..Ee sebenarnya tidak merasa hairan mengapa Nik Ajis sanggup mengeluarkan kata-kata itu, sungguhpun secara jelas, Nik Ajis berbohong dan menipu.Pada pendapat Ee Sudah menjadi darah daging ulama' PAS ini untuk menipu dan berbohong kerana pegangan hidupnya adalah berbohong demi kuasa dan berdusta demi mengekalkan jawatan!..
Renungkanlah Hadis riwayat Abu Hurairah ra.(Shahih Muslim No.3417) yang bermaksud:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Barang siapa yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang mendurhakai perintahku, maka berarti ia telah mendurhakai Allah. Barang siapa yang mematuhi pemimpin berarti ia telah mematuhiku dan barang siapa yang mendurhakai pemimpin berarti ia telah mendurhakaiku.
Ee ingin terangkan dengan jelas..sejelasnya Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengusulkan undang-undang anti murtad pada 1988 dan sekali lagi membuat usul pada tahun 1999 di Parlimen. Bagaimanapun, usul tersebut tidak mendapat sambutan, malah ditentang keras oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bukan beragama Islam, baik dari kalangan Barisan Nasional, apatah lagi DAP. Punca sebenar akta tersebut tidak diluluskan telah diketahui. Malangnya, para pemimpin PAS tidak berani langsung untuk menyatakan perkara sebenar.Pada pndangan Ee Nik Ajis selaku Mursyidul Am juga cuba memesongkan sejarah, sepertimana para pengikut PAS cuba memesongkan kewujudan parti tersebut dengan menyatakan PAS terhasil daripada muzakarah ulama' pada hal sebenarnya PAS di tubuh kerana perebutan kuasa dalam UMNO dan mereka yang menubuhkan PAS berasa kecewa disebabkan tidak dapat berkuasa.
Ee ingin tekankan disini bahawa menyalahkan UMNO adalah cerita paling mudah dan taktik paling murah yang boleh dilakukan oleh Mursyidul Am PAS itu.Apa yang Ee ketahui bahawa Mursyidul Am yang hidupnya penuh dengan dendam kesumat, bermula dengan dendam kerana tidak mendapat jawatan yang diidamkan dalam perkhidmatan kerajaan selain Penyelia KEMAS.Nik Ajis juga berdendam kerana kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh BERJASA bukannya PAS ketika PAS berada dalam Barisan Nasional, dan dendam terbesarnya apabila PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional kerana gelagat pemimpin PAS yang lebih sibuk mencari pengaruh dan kedudukan untuk parti tersebut berbanding bekerja sebagai komponen kabinet, terus bermaharajalela sekalipun kubur dan liang lahad semakin dekat dengan Nik Ajis.
Renungkanlah Hadis Nabi saw riwayat Muslim dan Tabrani yang bermaksud :--
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu."
Renungkanlah lagi Hadis riwayat Ibnu Umar ra.(Shahih Muslim No.3423)bermaksud:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Kewajiban seorang muslim adalah mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai atau pun tidak disukai, kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajiban untuk mendengar serta taat.
Ee masih ingat ketika Tun Mahathir menjadi PM Nik Ajis begitu lantang meminta agar Tun berundur dulu dan beliau berjanji akan berundur sebaik Tun berundur hakikatnya sudah dua PM selepas Tun,bukankah itu pembohong,penipu dan bersifat munafik namanya?..Layakkah seorang pembohong,penipu dan munafik digelar ulama'?..Jadi Ee tidak hairanlah jika anak2 didik Nik Ajis juga akan jadi seorang yang pembohong ,menipu dan munafik sebab gurunya adalah mempunyai sifat2 tersebut.
Renungkalah Hadis riwayat Abdullah ra.. (Shahih Muslim No.3430) ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya akan muncul sepeninggalku sifat egois (pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri sendiri) dan beberapa perkara yang tidak kamu sukai. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kepada seorang dari kami yang mengalami zaman itu? Beliau menjawab: Laksanakanlah kewajiban kamu dan mohonlah kepada Allah yang menjadi hakmu.
Ee juga masih ingat lagi pada tarikh 22hb disember 2008 Husam Musa telah mengeluarkan kenyataan dalam berita bernama yang mengesahkan akan persetujuan pas bahawasanya hukum hudud bukanlah polisi politik pakatan.Namun disangkakan panas hingga kepetang rupa2nya hujan ditengah hari tidak sampai tiga hari Nik Ajis pula mendakwa nak buat hudud di Kelantan sampai hari ni pun tidak terlaksana..Ee nak tanya pada semua ni siapa yang pembohong Husam Musa ke Nik Ajis yang pembohong?..Jika sebelum ni asyik tuduh Tun Mahathir sebagai penyebab hudud tak boleh dijalankan kini Tun dah bersara kenapa tidak dilaksanakan setelah lebih 21 tahun berkuasa di Kelantan?..Air pun kotor..janji tinggal janji..
Renungkanlah Sabda Nabi SAW bermaksud :--
"Akan datang pada suatu zaman di mana Islam tidak tinggal melainkan namanya sahaja. Tiada lagi al-Quran kecuali tulisannya sahaja. Masjid yang dibina besar dan hebat tetapi kosong daripada hidayah Allah. Ulamak mereka adalah terdiri daripada manusia paling jelek dikalangan makhluk yang ada dibawah langit, dari mulut ulamak ini timbul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu kembali kedalam lingkungan mereka".
Ee juga masih ingat pertengkaran antara Nik Ajis dengan Mohd Nor Deris semasa di rumah ayah Omar bekas Adun Galas dari parti Semangat 46 (1990-1995).Semasa dia dalam kereta untuk keluar dari perkarangan sekolah, pengundi kiri kanan tepi jalan menyindir dengan suara kuat.Dengan selamba orang berkopiah kata, " MB sombong, tak pandang kito. Sedapla tok guru duduk dalam keto besar. Aircon pulak. Putih muka cermin pun tak buko."Sebaik saja dia sampai ke rumah Ayah Omar, Nik Aziz bersama 20 pengikut termasuk Nik Amar naik untuk masuk ke rumah.Rupanya Mohd Nor Deris menunggu dalam rumah. Semalam Nik Ajis bersalam-salaman dengan mereka dalam rumah, sampai giliran untuk Mohd Nor Deris.Mohd Nor enggan bersalaman. Katanya pada Nik Ajis..
"Tokse sale. Mu kena tobat dulu.
"Mu banyak buak benda tak beto. Hak kuca sana kuca sini. Nyanyuk …“
N.Ajis menjawab balik, "Kita tengok sapa mati dulu, mu dulu aku ko? Kita jumpa kat akhirat.
Dengan angkuh, Nik Aziz turut berkata, "Sapa masuk syurga? Mu masuk dulu atau aku mampuh dulu? Kita jumpa di akhirat.”
Renungkanlah Hadis riwayat Abu Hurairah ra.. (Shahih Muslim No.3429) bermaksud:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: Dahulu Bani Israil itu dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi mangkat, maka akan digantikan dengan nabi lain. Dan sesungguhnya tidak ada seorang nabi pun setelahku dan akan muncul para khalifah yang banyak. Mereka bertanya: Lalu apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi saw. menjawab: Setialah dengan baiat khalifah pertama dan seterusnya serta berikanlah kepada mereka hak mereka, sesungguhnya Allah akan menuntut tanggung jawab mereka terhadap kepemimpinan mereka.
Ee ingin mengajak semua perhalusilah bahasa Nik Ajis layakkah beliau yang dikatakan seorang ulama' bercakap takbur seolah surga, hidup dan mati itu beliau yang menentukannya?...Layakkah???..Ingatlah jika ikut PAS kamu sesat..Ikut Islam kamu akan selamat dunia dan akhirat..Marilah kita bersatu dalam 1 Malaysia sama2 menyokong kerajaan pimpinan UMNO yang telah terbukti banyak berjasa kepada Agama ,Bangsa dan Negara.Kerajaan pimpinan UMNO yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agamanya.Fikir2kanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment