Wednesday, April 11, 2012

Penyokong PAS Berputih Mata nak laksana Hudud..Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..



Ee sentiasa memikirkan bolehkah nasib kaum Melayu Islam diperjudikan di tangan PAS sedangkan parti itu dan para pengikutnya sentiasa dalam keadaan kalut dan cepat hilang kewarasan dari segi pertuturan yang kasar,suka mencarut,memaki hamun dan sangat suka meletakan kesalahan sendiri kepada orang lain.Apa yang Ee boleh katakan pemimpin  PAS tidak mempunyai pendirian dan terlalu mudah dibuli terutama dari DAP an PKR,tetapi pada masa yang sama mendakwa mereka sebagai penyelamat.Ee nyatakan nasib orang kaum Melayu tidak boleh diberi pada parti yang mudah melatah dalam membuat sesuatu keputusan. Pada pandangan Ee PAS sentiasa tidak sedar atau dalam keadaan sedar dibuli oleh mereka yang mengambil kesempatan daripada pemimpin2 PAS yang suka melatah dan kepetahan pemimpin PAS menggunakan Islam sebagai senjata politik mereka.Dalam sedar dan tidak sedarnya pemimpin PAS sebenarnya menjadi dalang kepada perpecahan perpaduan ummah yang sememangnya menjadi kemahuan pemimpin DAP untuk mencucuk jarum bagi melempiaskan nafsu untuk berkuasa di bumi yang dahulunya datuk nenek moyang mereka tumpang untuk mencari rezeki.

Bukanlah maksud Ee untuk membuka kembali segala aib pemimpin PAS yang mereka semua sedar namun kerana terlalu kemaruk untuk berkuasa mereka cuba menutup pekong yang dibuat sendiri dengan putar belit dan kelebihan berdebat dengan mengunakan Islam sebagai senjata politik mereka.Jika dulu bila Karpal Singh yang menjadi barah bagi PAS apabila menjadi manusia pertama yang menentang PAS dalam perjuangan menegakan negara Islam walau hakikatnya negara telah diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia dengan mendakwa "Langkah mayatnya dahulu baru boleh menegakkan negara Islam".Maka segala makian,hamunan yang keluar dari mulut para pemimpin dan Penyokong PAS terutama Maha Dewa Nik Ajis sehingga beliau menyifatkan DAP sebagai "Bapak Segala Syaitan" dan sebaginya.Pas telah dibuli oleh Karpal Singh seorang yang jelas menentang pembentukan negara Islam tapi kini menjadi pujaan penyokong pembangkang. Pernah suatu ketika penyokong pembangkang telah bertakbir menyambut kedatangan Karpal Singh.Namun apa yang Ee nampak PAS begitu mudah mereka memaafkan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh Karpal Singh dulu... Yang untung Karpal Singh dan DAP. Penyokong Melayu mereka bertambah sedangkan sokongan orang Melayu terhadap parti Melayu berpecah-pecah dan ini akan melemahkan Islam dan politik Melayu itu sendiri.Apa yang ada dalam fikiran mereka pemimpin PAS mahu merampas Putrajaya yang pada suatu masa dulu mereka sendiri yang kan melelong Putrajaya jika mereka dapat berkuasa kelak namun hakikatnya mustahil kerana kursi yang mereka miliki lebih ciput dari DAP dan lebih ciput dari PKR.Pertanyaan Ee mampukah PAS membawa untung nasib kaum Melayu dan Islam jika negara berPerdana Menterikan salah seorang dari kalangan Lim?..

Apa yang Ee boleh kata PAs kini semakin dibuli oleh Lim Kit Siang yang begitu menonjol dengan menobatkan anaknya Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Setelah berjaya menawan Pulau Pinang setelah PAS menjadi pengkianat bersama PKR menghasut Melayu membantunya setelah beberapa kali dalam PROJEK TANJUNGNYA mendapat kegagalan. Namun dalam keadaan semasa politik tanah air yang melihat segala kepincangan yang berlaku di Pulau Pinang dan di tiga negeri  lain yang diperintah oleh Pakatan Haram begitu kelam kabut dan semakin ramai pemimpin mereka dan penyokong mereka yang keluar parti .Keadaan ini membuatkan Pakatan Haram terutama DAP semakin tidak mendapat kepercayaan rakyat pada PRU 13 yang akan berlansung tidak berapa lama lagi.Namun apa yang Ee boleh katakan denyut nada terakhir DAP kembali dipulihkan hasil bantuan PAS yang jelas semakin lazat menjilat ludah-ludahnya yang dahulu.Pada pandangan Ee DAP jelas tak akan rugi apa-apa kerana jumlah kerusinya banyak yang ruginya orang Melayu.Jikalau bertambah, ia satu bonus hasil bantuan PKR danPAS. Yang penting, PAS telah memberi rangsangan kepada DAP untuk meneruskan agenda anti-Islam dan Melayu-nya.Pada pandangan Ee sebaliknya DAP walaupun PAS sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. Pada Ee DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam...yang ruginya kaum Melayu sendiri.

Pada pandangan peribadi Ee kebergantungan PAS kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.Jika dulu mereka sanggup berputih tulang untuk melaksanakan kononnya hukum hudud dan keinginan mendirikan sebuah negara Islam acuan mereka namun kini mereka melupakan semuanya bila telah bersetuju bersama untuk tidak melaksanakanya mengikut apa yang telah tertera dalam "Kitab Jingga" pada 2009. Dari permerhatian Ee maka "Berputih Matalah" penyokong taksub PAS ingin melihat wujudnya sebuah negara Islam acuan PAS dan perlaksanaan undang2 Hudud acuan PAS.Dan apa yang Ee boleh katakan "Janganlah nanti menyesal kemudian hari bila kaum sendiri tertindas dan agama Islam di hina dan agama Kristian pula sebagai agama rasmi negara".

Apa yang Ee ingin katakan apabila pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor baru2 ini, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan PAS kini menjadi keldai tunggangan tetapi terhutang budi kepada DAP.Atas sebab itulah pada pandangan Ee kepimpinan PAS hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat  walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.Dan apa yang Ee boleh katakan atas sebab itulah PAS Selangor sanggup menerajang keluar Hasan Ali yang memperjuangkan isu murtad,arak dan judi, kerana PAS terlalu takut kehilangan DAP dan mereka pula yang diterajang keluar dari pakatan haram.Apa yang Ee boleh katan sebenarnya PAS bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malahan tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam..Pandangan jujur Ee PAS kini terlalu ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti PAS. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka. memalukan dan begitu menjijikan.Sedarlah! wahai bangsaku marilah kita bersatu dalam 1 Malaysia dalam menyatakan sokongan kita kepada kerajaan pimpinan UMNO pada PRU 13 kelak yang telah abnyak berjasa kepada Agama,Bangsa dan Negara..Kerajaan pimpinan UMNO yang Berjiwa Rakyat yang sentiasa adil kepada semua rakyat yang berbilang kaum dan bangsa tanpa mengira walaupun penyokong politik pembangkang tetap diberi bantuan dan bimbingan sehingga mendapat kejayaan..Inilah kerajaan yang dapat menjamin kita semua menjadi rakyat yang maju dan sentiasa menjadikan rakyat negara ini hidup dalam rukun dan damai.Bersatulah!..

No comments:

Post a Comment