Monday, October 31, 2011

Fatwa Hadi Awang bertentangan dengan Firman Allah dan Sabda Nabi saw..Untuk mentaati Pemimpin..



Ee dan rakyat negara ini masih ingat lagi tentang amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang mengenai hukum menentang UMNO dan kewajipan PAS melawan kerajaan. Amanat tersebut telah dipegang oleh puluhan ribu pengikut PAS dan menjadi panduan kepada kebanyakan mereka(Ahli2 PAS) hingga kini.Akibatnya di serata kampung dalam negara ini kebanyakan Ahli PAS tidak suka bergaul dengan masyarakat lainnya kecuali dengan mereka yang menyokong PAS sahaja..Inilah antara kesan fatwa Hadi Awang dan Ee katakan inilah perbuatan jahat yang tidak terampun dosanya selagi Hadi Awang tidak berjumpa atau memohon maaf secara terbuka kepada seluroh rakyat Malaysia yang telah dipecah-belahkannya..

Seluruh umat Islam mahu pun yang bukan Islam dapat melihat akan kesannya..melalui amanat inilah perpecahan dikalangan umat Islam semakin parah hinggakan berlakunya sembahyang dua imam di dalam masjid yang sama. Perbuatan melabelkan setiap ahli UMNO sebagai kafir juga berleluasa kerana Hadi di dalam amanatnya telah menggambarkan sebagai syahid jika mati ketika menentang UMNO.

Ee dapat rasakan bahawa amanat yang pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang tersebut dalam satu ceramah di Banggol Paradong rupanya masih terpakai sehingga ke hari ini. Walaupun Hadi Awang pernah cuba untuk berdalih menafikan amanatnya yang banyak menimbulkan kecelaruan dan perpecahan umat Islam negara ini, namun ia tak cukup untuk menafikan bahawa PAS telah menyumbang kepada penyelewengan aqidah para pengikutnya..Pada pendapat Ee Hadi Awang harus mengakui akan kesilapannya dalam mengeluarkan fatwa yang membawa bencana kepada umat Islam negara ini..Ingatlah mengakui kesalah bukan beerti kita kalah..

Apa yang Ee katakan ini semuanya penuh bukti dan fakta bahawa amat tersebut masih lagi penuh kekeliruan ini dibuktikan sendiri oleh Hadi Awang masih berpegang kepada amanat yang pernah diucapkannya berpuluh tahun dahulu.Semasa Allahyarham Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang mati akibat sakit jantung di dalam demonstrasi menentang kerajaan dalam Bersih 2.0 telah dikatakan sebagai seorang Syuhada serta mati syahid oleh Hadi Awang.

Hadi juga berkata bahawa arwah juga dikatakan mampu memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat nanti kerana telah meninggal didalam keadaan menentang kezaliman.Ee ingin bertanya apakah arwah meninggal ketika memerangi musuh Islam sehingga boleh digelar sebagai seorang Syuhada dan mati syahid?..apakah Hadi Awang nak menderhaka kepada Nabi saw dengan mengingkari Al Quran mahupun hadis?..

 Hadis Nabi saw yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu" ..

Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. 

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.

Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836).

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Apa yang kita sedia maklum, perhimpunan haram Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini oleh peguam murtad Ambiga tetek besar dianjurkan untuk menentang kerajaan dan mendapat bantahan dari ramai pihak. Pihak yang berhimpun di ibunegara tersebut bukanlah berkumpul untuk berperang dengan pihak kafir tapi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan kerajaan Islam...

Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut) 

Apa yang Ee ketahui dan perhalusi selama ini segala fatwa yang dibuat oleh Pemimpin2 PAS sangat bertentangan dengan firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang menyuruh kita mentaati pemimpin bukannya menentangnya.Mereka membuat fatwa hanya semata untuk memancing undi agar mereka berkuasa dengan memperkudakan Islam sebagai senjata utama mereka.Ingatlah PAS hanya sebuah parti politik bukannya pendakwah yang memperjuangkan Islam.Mereka hanya mengunakan agama sebagai menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" semata melangsungkan tuntutan nafsu serakah untuk berkuasa sehingga sanggup diperkudakan oleh DAP laknatullah yang terang dan nyata adalah seteru utama umat Islam negara ini.DAP berniat untuk berkuasa dan berjanji akan menukarkan Perlembagaan Negara dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi seperti yang dibongkar baru-baru ini.

Apa yang Ee pelajari dan ketahui di dalam Al Quran dan hadis menyatakan Nabi Musa hanya diarahkan berdakwa kepada Firaun bukan memeranginya kerana menjatuhkan sesuatu kerajaan itu tugas Allah bukan tugas manusia.Kita manusia buat kerja manusia beribat dengan penuh keiklasan bukannya mencampuri urusan Allah..Surga dan Neraka itu semuanya urusan Allah SWT..Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana janganlah kita teripu dengan mereka yang berjubah,berserban,bertasbih.berkopiah,berdahi hitam dan berjanggut sejemput yang menjadi dajjal2 untuk menyesatkan akidah dan keimanan yang kita jaga selama ini...Iklas kerana Allah dalam melakukan ibadat adalah sebaik-baiknya amalan..Renung-renungkanlah..

Tuesday, October 25, 2011

Pemimpin DAP Persendakan Al Quran dan Hadis Pemimpin PAS dan Penyokong bertakbir Menyokongnya..



Firman Allah dalam Al Ma'idah ayat 57 yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman!Janganlah kamu melantik orang yang menjadikan agamamu sebagai bahan ejekan dan permainan,(iaitu) di kalangan orang yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang yang kafir(orang musrik) itu sebagai pemimpin dan bertakwalah kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman".

Sebaik saja DAP dapat memerintah Pulau Pinang dengan nada mengejek dan menghina Lim Guan Eng mempersendakan kononnya akan mengikut cara pemerintah Khalifah Umar bin Abdul Aziz maka bertakbirlah para HamPAS.Hakikatnya hanya mainan bibir untuk mengula-gula penyokong PAS yang begitu taksub.

Dalam mengejar kepentingan politik, pemimpin PAS dan PKR sanggup bersekongkol dengan pemimpin kafir DAP yang secara terang-terangan menghina Islam. Apabila pemimpin DAP memetik kata-kata hadis dan al-Quran dalam ceramah mahupun dalam Persidangan DUN seperti yang berlaku di Selangor, pemimpin PAS dan PKR yang beragama Islam bertepuk tangan tanda terhibur. Sedangkan hakikatnya, tujuan pemimpin DAP yang menggunakan hadis dan al-Quran adalah sebagai mempersendakan agama Islam khususnya orang Melayu.Dimanakah maruah kita sebagai seorang Islam apabila Ng Suee Lim Cina DAP yang tidak pernah mandi wajib dan mengambil wuduk mempersendakan bacaan ayat suci Al Quran dengan bacaan tunggang langgang dan seberono.

Seingat Ee, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat.

Ingatlah pemimpin-pemimpin DAP bahawa agama Islam bukanlah agama yang mudah dipermainkan. Malah pengikut Islam tidak pernah menghina agama lain. Jadi, usahlah pemimpin DAP menjadikan agama Islam itu sebagai agama yang mudah dipermainkan. Jangan hanya kerana politik, pemimpin DAP boleh sewenang-senangnya mempermainkan agama Islam. Islam agama yang suci dan murni.

Bagaimana larangan yang begitu jelas dari Allah ini langsung tidak di ambil kesah oleh Para pemimpin PAS.Mereka begitu taksub untuk terus bersetongkol dengan DAP yang begitu jelas mengunakan mereka untuk berkuasa.Dimanakah maruah Islam yang selama ini diperjuangkan oleh PAS kerana kuasa sanggup memperdagangkan agama sendiri.Mana Maruah! Agama dan Bangsa..Jangan kerana keduniaan PAS dan Penyokong taksubnya sanggup membutakan mata,hati dan memekakkan telinga.. Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Renung-renungkanlah..

Monday, October 24, 2011

Beberapa Keanehan dan Kebodohan yang Terdapat dalam PAS



1)Keanehan Nik Ajis mengatakan Allah Tuhannya Mencarut dan Samsing..Allah itu Esa..sifat manusia tidak boleh disamakan dengan sifat Allah..Allah itu bersifat Yang Maha Lembut,Yang Maha Penyantun,bersifat Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

2)Mereka Pemimpin PAS melebihi kuasa Allah dalam menentukan nasib seseorang itu sama ada masuk Surga atau Neraka.Mereka mendakwa bahawa mengundi PAS masuk surga..Sedangkan Surga dan Neraka itu hanya Allah yang layak menentukannya.Allah itu bersifat Maha Menentukan Hukum.Allah itu bersifat Maha Mengetahui lagi Maha Adil..

3)Kebodohan yang paling nyata dalam PAS bila bercakap asyik putar sana putar sini..
Dalam sehari "Pusing Bulatan" agaknya lebih 100 kali..Pada Ogos 1963 Dewan Ulama' PAS membuat fatwa semasa bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan "Orang2 Islam berkongsi dengan orang kafir memerintah negara adalah kafir".Mereka tujukan fatwa ini kepada Kerajaan Barisan Nasional.Mereka meludah kelangit bertaburan jatuh kemuka mereka sendiri bila PAS kini bersetongkol dengan DAP kafir Laknatullah.

Firman Allah dalam Al Ma'idah ayat 40 yang bererti :-

"Tidakkah kamu tahu,sesungguhnya Allahlah yang memiliki kerajaan langit dan bumi,diseksaNya sesiapa yang dikehendakiNya dan diampuniNya bagi sesiapa yang di kehendakiNya.Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Renung-renungkanlah...

Hukum Terhadap Pengacau dan Perusuh Keamanan Menurut Al Quran..


Jika ikutkan apa yang berlaku pada Bersih 2.0 tidak berama dulu boleh diHukumkan sebagai Pengacau keamanan kepada negara.Mereka tidak mengikut nasihat Nabi Saw dalam Hadisnya dan Perintah Allah dalam Al QuranNya supaya mentaati pemerintah dan menjaga keamanan negara.Perusuh atau Pengacau mengikut Surah Al Ma'idah ayat 33 yang bererti :

"Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi,hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang negeri yang demikian itu(sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia dan akhirat mereka beroleh seksaan yang besar."

Antara yang dipercadangkan oleh Al Quran untuk menangani permasalahan ini adalah dengan cara 1.)Perusuh itu diBunuh  2.)Perusuh itu disalib 3.)Perusuh itu diPotong Tangan dan Kakinya secara bersilang atau pun 4) Perusuh itu diBuang negeri..Jika diikutkan hukum mungkin antara orang pertama yang mendahului hukum itu adalah Presiden PAS Hadi Awang kerana dia antara orang yang memahaminya barulah diikuti yang lain Naib Presidentnya Mat Sabu,Anwar dan HamPAS yang lainnya.Agak-agaknyalah Hadi Awang,Mat Sabu,Anwar Ibrahim dan HamPAS yang lain tu kini macamana agaknya Ya..Renung-renungkanlah.. 

Sunday, October 23, 2011

Hadi Awang Putar Cerita Drama Tamil..Hehehe..Nik Ajis buka semula Cerita Anwar Purno Anwar dan Amoi Cina..Hehehehe..



Nik Ajis yang terkenal dengan gelaran "Ulama' Gila-gila Bahasa" Sekali dijadikan kambing Hitam oleh PAS dalam menutup "Pekong Busuk " yang semakin mekar harumnya dalam PAS..Selepas kesilapan Presidennya Hadi awang berpaling 360 darjah dari Pejuangan membentuk negara Islam dan Hudud kepada Negara Berkebajikan..Begitu juga dengan kebodohan Naib Presidennya Mat Sabu mengangkat kominis sebagai wira negara..Maka isu Hudud PAS dihidupkan kembali menjelang PRU semua itu untuk menutup kelemahan dalaman PAS yang semakin bercelaru..Hehehe..
Sebelum PRU mereka buka balik "Cerita Lapuk Hudud PAS" yang semakin mereput dimamah usia macam Nik Ajis..Habis je pilihan raya maka berkuburlah cerita Hudud PAS macam bak kata Hadi Awang Hukum Hudud 0.0001 daripada hukum Islam.. Hehehe..bukan Ee yang cakap Hadi awang yang cakap...Ini yang dikatakan Hadi Awang Putar Drama Tamil Nik Ajis pula buka Cerita Purno Anwar Ibrahim dengan Amoi Cina..Hanya HamPAS yang tidak pernah sedar tentang di sebalik cerita Purno Anwar Ibrahim dengan Amoi Cina.. Hehehe..Kan main Wayang namanya tu...

Saturday, October 22, 2011

Kemunafikan dan penuh Retorik PAS semata mengangkat Wajah Ulama' tidak lebih dari bayangan Abdullah bin Ubai Tokoh Munafik..



Ee ingin menerangkan bahawa rakyat negara ini terutama mereka yang menyokong Parti PAS sejak turun menurun, generasi demi generasi kena tipu hampir saban malam, saban minggu, saban bulan dan saban tahun.Mereka Pemimpin PAS akan memulakan syarahan dengan ucapan assalamualaikum, memetik sepatah dua ayat al-quran dan kemudiannya mula memaki hamun, memfitnah dan mambawa berita yang beliau sendiri tidak pasti benar bagi tujuan menimbulkan fitnah dalam masyarakat, diakhiri syarahan mereka dengan perjuangan Islam kononnya ingin melaksanakan hudud mengikut lunas demokrasi negara ini. Penutupnya maka menyeru pengikut papa kedana supaya menderma ke arah jihad untuk melaksanakan hudud dan mengubah perlembagaan yang mereka panggil kafir.

Pada Ee persoalannya bolehkah semua ini dipercayai? Bolehkah sebuah parti yang tidak pernah bertanding kerusi parlimen untuk mendapat majoriti 2/3 mengaku untuk melaksanakan hudud dan mengubah perlembagaan?.. Dengan apa mereka hendak lakukan jika mereka menang semua kerusi yang mereka bertanding pun tidak cukup simple majoriti apatah lagi untuk mendapat 2/3 majoriti bagi melaksanakan idealisme perjuangan mereka?..Dalam pilihan raya lepas Pas hanya bertanding 60 kerusi. Simple majoriti sahaja memerlukan 98 kerusi manakala 2/3 pula memerlukan 128 kerusi parlimen. Kalau menang semua pun 60 kerusi masih tak boleh memerintah atau buat apa apa pun. Ini parti nak perjuangkan Islam?..Pada Ee ini parti penipu besar.

Pada Ee mereka Ini semuanya adalah kerja penipu dalam ceramah yang dilakukan hampir 24jam dengan menjaja Tin Milo kosong meminta sedekah rakyat kononya untuk berjihat.. mereka hanya mempersendakan ayat al-Quran dan hukum Allah bagi mendapat keuntungan dunia semata-mata. dengan meletakkan slogan perjuangan Islam dan hukum Allah sekian banyak antara mereka meraih eluan berjumlah puluhan ribu ringgit setiap bulan.Mereka inilah golongan yang diingatkan Allah bahawa menjual ayat al-Quran untuk keuntungan dunia yang sedikit..Memalukan dan memualkan.

Penipuan demi penipuan dalam PAS dapat dilihat bukan saja dalam PRU mahu pun PRK tetapi juga sepanjang masa. Mereka pemimpin mahupun penyokong tegar tidak pernah melaksanakan sepenuhnya hukum hakam yang ada dalam Al Quran mahupun hadis.Apa yang mereka lakukan hanya pembohongan dalam kehidupan penuh dengan kepura-puraan.Dalam Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk bercakap bohong dan penuh berdolak dalik penuh kemunafikan.Setiap sesuatu hukum itu penuh dengan ketegasan dan begitu mendalam pertimbangannya.

Pada Ee kenyataan atau apa yang dikatakan fatwa oleh penyokong2 PAS yang dikeluarkan oleh ulama'2 PAS begitu memesongkan dan penuh dengan kekeliruan.Jika sifat manusia disamakan dengan sifat Ketuhanan Yang Maha Esa itu adalah salah dan sangat keterlaluan jika mengatakan bahawa Allah Mencarut dan bersifat jahat iaitu samsing seperti yang difatwakan oleh Nik Ajis.Begitu juga jika urusan surga dan neraka boleh ditentukan sendiri oleh manusia dimana letaknya keadilan Allah itu sendiri.Begitu juga bagaimana Hadi Awang mengeluarkan fatwa bahawa Mati Menentang UMNO ada lah Jihat bagi PAS.Layakkah seseorang yang memilih untuk menyertai PAS akan masuk surga dan mereka yang tidak menyokong mereka digelar sebagai kafir.Pada Ee inilah Penipuan yang terbesar PAS terhadap umat Islam negara ini.


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, PAS melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam dan hudud hanyalah satu retorik untuk mengkelabui mata rakyat agar mengundi mereka.Jika nak melaksanakan Hudud mereka sepatutnya mengerakkannya di Kelantan dahulu dan sepatutnya Kelantan menjadi model sebuah negeri berkebajikan.. jika PAS benar-benar ingin melaksanakannya konsep negara berkebajikan selepas diberi peluang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.Namun hakikatnya "Kosong".. Hudud PAS hanya dipertengahkan setiap kali nak diadakan PRU saja.Sebaliknya tiada apa-apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah itu sehingga sekarang hanya satu Retorik saja.Apa yang Ee difahamkan bahawa kerajaan Kelantan nak melakukan kebajikan terhadap rakyatnya pun tidak terbuat inikan pula nak menubuhkan Negara Berkebajikan.Ee difahamkan hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyatnya..Mana perginya duit Tin Milo yang sering dikutip setiap kali berceramah di keseluruh pelusuk Tanah Air???..

Pada Ee berasaskan perkembangan yang berlaku di Kelantan cadangan untuk membina sebuah negara berkebajikan hanya satu slogan untuk mengelirukan rakyat apabila gagal dengan slogan membina sebuah negara Islam disebabkan tekanan DAP.Pada Ee PAS penuh dengan Kemunafikan dan penuh dengan retorik semata untuk mengangkat Wajah2 Pemimpin yang kononnya dari golongan Ulama' tapi sebaliknya tidak lebih dari bayangangan Abdullah bin Ubai salah seorang Tokoh Munafik zaman Rasulullah saw..

Thursday, October 20, 2011

PAS Mentalkinkan diri sendiri Pada Muktamar baru-baru ini..



Pada Ee Muktamar Pas yang baru berakhir baru-baru ini sudah mentalkinkan perjuangan PAS itu sendiri. PAS apabila bersekongkol dengan kafir DAP Laknatullah dan PKR kini menjadi parti sekular. Inilah balasan Allah Taala apabila menuduh dan menfitnah UMNO sebagai parti sekular.Meludah kelangit akhirnya air ludah Pemimpin2 PAS bertaburan kemuka mereka sendiri..

Pada Ee PAS bukan lagi sebuah parti yang menjanjikan suatu gagasan berlandaskan Syariat Islam dan Sunah Nabi Muhamad s.a.w sebaik-baik sahaja bersekedudukan secara Haram dengan DAP kafir laknatullah dan bermukah pula dengan PKR, parti penganut fahaman pluralisme yang sanggup menyamaratakan segala-galanya demi segenggam kuasa politik. Depan boleh, belakang boleh, kiri boleh, kanan pun boleh. Semuanya rata sama rasa.

Pada mereka orang UMNO yang mengucap syahadah yang sama, bersembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan menyembah Allah yang Satu dijadikan sasaran dan musuh utama yang harus dihancurkan kerana sudah berjanji setia dengan DAP kafir laknatullah semata kerana tamakkan kuasa dan terlalu mengikutkan bisikan syaitan.Begitu mudah agama digadai apabila fatwa Nik Aziz … Bukan Sahaja Dengan DAP, dengan Syaitan pun Pas sanggup bersahabat untuk menjatuhkan BN/UMNO!.Inilah kemunafikan pemimpin2 PAS yang begitu terang mengingkari Al Quran dan Hadis agar mengeratkan ikatan sesama Umat Muhammad agar Islam itu semakin mekar di bumi Allah ini.

Pada Ee mereka bukan saja mentalkinkan PAS dengan menyajikan sisa-sisa buangan toksid untuk menjadi bahan jamah tekak ular mereka, bahkan mereka juga sanggup menjadi Juru Jual Pesta Lelong dengan memperlelongkan segala prinsip perjuangan Islam selama ini semata mengikut kemahuan DAP kafir Laknatullah..Agama dan bangsa diPerlelong demi meraih ikatan kasih kaum Cina untuk memberi sedikit undi kepada PAS.

Lagu Sedih Seorang Banduan yang dapat meraih simpati rakyat menjadi idola kepada para pengikut HamPAS..Berbohong sana sini..Setiap kali nak PRU Hudud diperhebohkan..UMNO diPerkafirkan..Dari Perjuangan Negara Islam kini berputar 360 darjah menubuhkan negara Berkebajikan pula yang ditiru dari UMNO..Dengan angkuhnya mengangkat kominis sebagai Wira.. Mengangkat DAP yang begitu angkuh untuk menukar Agama rasmi negara dan menukar Bendera negara..Memalukan dan memualkan..Jangan jadi Pengkianat Agama,Bangsa dan Negara semata mengikut bisikan Syaitan bertopengkan Sarban, Jubah,Tasbih,Berdahi Hitam dan Janggut Sejemput Dajjal2 Pembangkang.. Bersatulah bersama 1 Malaysia...

Wednesday, October 19, 2011

Hehehe..Pelik Ee rasakan..retorik dan penuh kemunafikan....kembalilah kepangkal jalan..



Apa yang Ee nampak seperti biasa, dalam isu apa pun bila ada bantahan dari DAP, para pemimpin PAS akan mengambil sikap "Mengendur"dan Mengalah. Yang peliknya bila PAS berdepan dengan UMNO ia kelihatan seperti seekor singa yang ganas. Tetapi bila PAS melayani kerenah DAP ia ibarat seperti seekor tikus.

Pada Ee PAS lebih rela berada dibawah ketiak busuk DAP dan PKR demi mencapai kuasa politik dan kepentingan parti. Di mana peranan PAS sebagai sebuah parti tertua dan senior dalam Pakatan Rakyat ? Apa yang kelihatan DAP dan PKR lebih berpengaruh dan berkuasa dalam Pakatan Rakyat. PAS hanya sebagai "Tukang Sokong dengan menjadi Anjing Penyalak DAP" dan berperanan sebagai 'Kuli Batak' pembawa fail dan anak2 mereka sebagai Pemikul Bangkai  DAP bagi memecah undi orang melayu.

Pada Ee begitulah kemunafikan para pemimpin PAS sehingga agama dipermainkan demi kuasa.Mereka sanggup berbohong dengan rakyat dan memutar belitkan apa yang telah dikata.Mereka lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang dikata walau hanya dengan bisikkan saja.Jika nak dihuraikan pembohongan pemimpin PAS kepada rakyat ,jika ditaip satu naskah penuh pun tidak tertaip,jika mengunakan dakwat satu tong besar pun tidak akan cukup.

Mahukah PAS meninggalkan DAP yang bermuka-muka semata untuk menghancurkan perpaduan Melayu dan seterusnya berkuasa dan menguasai politik tanah air ini?.Maruah agama dan bangsa akan terhina dan dihina jika mereka berkuasa sedarlah..Apakah PAS tidak sedar bahawa mereka selama ini dipergunakan ?. Apakah PAS tidak sedar bahawa selama ini mereka telah terkeliru oleh bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan dan menjadikan PAS sebagai keldai tunggangan untuk melemahkan Islam dengan meruntuhkan perpaduan sesama Islam itu sendiri.

Masih relevan lagikah PAS dan Pakatan Haramnya di mata warga Malaysia untuk PRU 13.Sebelum PRU 12 pelbagai karenah dibuat dari demontrasi jalanan merosak harta benda,penipuan,fitnah dan pelbagai ulah semata-mata untuk kepentingan individu dan mendapat kuasa untuk memerintah.Selepas berjaya memerintah beberapa buah negeri dgn janji bohong dan pembohongan mereka,kini keonaran dlm PKR dan sekutunya semakin menyerlah.Bukan saja mereka tidak tahu mentadbir negeri2 yang mereka menang malah pelbagai perkara tidak masuk akal, kadang2 lucu yang mereka lakukan semasa mentadbir.Bagaimana mereka hendak memerintah negara pada PRU 13 nanti jika mereka sendiri sering berbalah sesama sendiri.

Kata2 Ee ini dapat dibuktikan dengan penghijrahan secara ramai Pemimpin PKR dan Penyokongnya dan kini penyokong2 PAS pula berlumba-lumba keluar dari parti kerana telah bosan dengan segala pembohongan pemimpin2 mereka yang menjanjikan langit dan surga tapi penuh Kemunafikan.Ingatlah bahawa negara kita pernah terjajah selama 446 tahun lamanya.Selama itulah otak anak bangsa kita telah dijajah dan diperbodohkan oleh bangsa asing segala hasil bumi dan kekayaan negara mereka rampas.Selama itulah anak bangsa kita telah menjadi hamba di negara sendiri.Kini sekali lagi otak anak bangsa cuba diPerbodohkan dik PAS untuk menjadi kuda tunggangan DAP anak beranak PAP yang mengamalkan Perkauman yang menebal seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Kini negara kita telah merdeka dan terlepas dari cengkaman penjajah.Negara kita telah merdeka hasil dari pengorbanan pejuang-pejuang yang berhempas pulas mengorbankan nyawa,harta benda semata ingin memastikan jenerasi akan datang dapat dibebaskan dari dijajah.Setelah 54 tahun merdeka segala pengorbanan pejuang negara telah menampakkan hasil,kini negara kita semakin makmur dan menuju kearah negara maju hasil dari pemerintahan kerajaan yang begitu mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat dan negara.

Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.

Kalau pembangkang terutama PAS mendabik dada mendakwa BN semakin tidak diterima oleh rakyat, maka kali ini bolehlah pembangkang mencongakkan kembali "gelombang PRU 13" yang semakin hampir.Rakyat semakin kenal akan budi bahasa para pemimpin PAS yang semakin tebal kemunafikan mereka dalam usaha merampas hak bangsa dan agama yang mereka anuti..Rakyat semakin bijak dalam mentafsir apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perkhawinan haram PAS dan DAP yang semakin layu menuju keambang kehancuran gara-gara kemunafikan para pemimpin mereka sendiri terutama Nik Ajis..

Ee dapat merasakan bahawa rakyat semakin dapat melihat dengan mata dan mendengar dengan jelas semakin banyak kekecohan berlaku dan semakin lama akan menyebabkan semakin banyak tembelang terbuka luas dalam dalam parti PAS mahupun Pakatan Haram Pembangkang..Pada Ee ini juga semakin membuka ruang jalan yang semakin besar kepada Pakatan Pembangkang menyiapkan Liang Lahat mereka dalam PRU 13 yang akan berlaku bila-bila masa.Rakyat semakin sedar bahawa Pakatan Pembangkang tidak dapat mentadbir dan tidak boleh bersatu..Jika mereka berkuasa alamat punahlah negara..

Dalam soal hudud yang tidak pernah terlaksana sejak lebih 20 tahun yang lalu dan diungkit kembali oleh Ulama' Pikon Nik Ajis pada Ee ini satu pengkianatan Nik Ajis terhadap ketuanya Hadi awang dan partinya.Pada Ee sikap begini menampakan bahawa PAS sebuah parti yang tidak pernah jujur dalam satu2 perjuangannya dan seolah-olah sesumpah yang akan bertukar warna mengikut keadaan sekelilingnya.Pada Ee sikap yang semakin kebudakan Ulama' Pikon Nik Ajis begitu merbahaya dan boleh merosakkan parti.Kerana sikap Ulama' Pikon yang tidak faham apa yang dikatakan maka para penyokongnya juga seolah mendapat penyakit yang sama.

Pada Ee dengan menyatakan bahawa PAS itu sebagai sebuah parti yang lebih Islam dari parti melayu lain, secara tak langsung Nik Ajis berbohong kepada dirinya sendiri dan juga kepada pencacai jemaah Pas yang taksub kepadanya.Yang nyatanya bahawa Pas tak jauh bezanya daripada parti politik lain yang bermatlamatkan untuk meraih undi dan juga mengimpikan kuasa pemerintahan.Bezanya hanya PAS yang mempunyai Nik Ajis yang sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat membahagiakan nafsu serakahnya untuk berkuasa walau hakikatnya dunia dah kata pergi..kubur melambai-lambai tetapi diri tuanya masih mengaku muda maka dengan cara angkuh menafikankannya.. individu seperti Nik Aziz tanpa segan silu telah memanipulasi Islam sebagai alat untuk kepentingan peribadinya di dalam politik.

Ee rasa dalam isu melaksanakan hudud di Kelantan semuanya salah Nik Ajis sebab semasa nak bersetongkol dengan Pakatan Rakyat dulu Nik Ajis sendiri yang setuju untuk tidak mengungkit soal ini lagi..Lagi pun dalam muktamar PAS baru-baru ini beliau juga telah bersetuju untuk mengugurkan slogan negara Islam dan hudud sebaliknya slogan Negara Berkebajikan pula yang perlu diperjuangkan..Inilah yang dikatakan pikun tua..dah nyanyok..cukup-cukuplah tuu...

Pada pandangan Ee Nik Ajis sekali lagi cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang mengetahui apa sahaja termasuk membabitkan perkara dosa dan pahala serta balasan bakal diterima ketika di akhirat nanti.Ini menunjukkan Nik Ajis cuba memberitahu orang ramai bahawa beliau mempunyai kedudukan tinggi dan mungkin melebihi kedudukan Nabi berikutan kemampuannya mengetahui balasan bakal diterima oleh setiap manusia selepas mati.

Ee berpendapat Kalau mereka PAS nak memperjuangkan Islam, perkara itu sangat dialu - alukan. Buat betul - betul dengan hati yang iklas dan jangan jadi munafik. Jangan menipu rakyat dengan mengeluarkan dakyah - dakyah songsang dan memperkudakan agama semata untuk menarik undi Melayu Islam dalam masa yang sama mereka begitu mendukung DAP Laknatullah sehingga sanggup mengangkat kominis yang tidak beragama menjadi wira mereka.

PAS tidak boleh hendak salahkan UMNO kerana kegagalan PAS sendiri mempertahankan Hudud di hadapan DAP dan PKR.Pada pendapat Ee perkara yang paling memalukan apabila Haji Hadi menipu rakyat Malaysia bahawa DAP telah menerima hukum Hudud... Tetapi dinafikan sendiri oleh Karpal Singah dan mengugut pula untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ucapan bertali arus para pemimpin PAS untuk memancing undi kepada calon PAS ibarat memberi undi untuk kemenangan Islam.. PAS adalah perjuangan Islam di negara ini.. PAS tidak boleh ditentang selagi ada rasa kasih sayang kepada Islam..dan sebagainya.. telah berulang-ulang kali disebut oleh para pemimpin PAS.Ee berpendapat setiap ucapan mereka langsung tidak memberi makna untuk perjuangan Islam itu sendiri.Mereka hanya tahu borak melaksanakan jauh sekali.Setiapkata pemimpin PAS berdolak dalih dan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka perjuangkan..Pada Ee sekejap mereka berjuang untuk penubuhan negara Islam..sekejap hudud..sekejap Negara berkebajikan..sekejap mengangkat kominis sebagai Wira dan menyokong DAP untuk menukar Jalur Gemilang bila berkuasa kelak..Pelik Ee rasakan..retorik dan penuh kemunafikan..Bertaubatlah..kembalilah kepangkal jalan..

Sunday, October 16, 2011

Jangan jadi Petualang kepada Agama,Anak,Cucu,Cicit dan Jenerasi akan datang semata mengikut Syaitan bertopengkan Agama..




Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--



"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".



Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.. Bersatulah! wahai bangsaku..



Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-



Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.



Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah Shahih Bikhari yang bererti:--



Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).





Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.



Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--



Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.







Ee ingin bawakan cerita pada 1 sehingga 2 Oktober lalu, Kongres 60 tahun PAS telah diadakan di Dewan Millineum, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan yang sangat begitu besar itu bertukar menjadi sesak dengan kepala berserkup ketayap putih dan bermuka bengis sambil memandang orang lain yang tidak berketayap putih dengan penuh cuak dan kebencian keterlaluan.Mereka datang dengan Kenderaan-kenderaan yang tidak kurang mewahnya berbanding kenderaan-kenderaan pemimpin UMNO. Tinggal lagi, tidak seorang pun yang berani menayangkan Hummer atau kereta berharga lebih RM800,000 walaupun diketahui, ramai daripada mereka memilikinya.



Apa yang anehnya dari sebalik mata kaca Ee, di sebalik pertunjukan kemewahan dan kesenangan itu, para pemimpin PAS yang berhujah di pentas bermikrofon masih tidak segan silu untuk menceritakan tentang perjuangan Islam yang kononnya mereka istiqomah tentangnya. Mereka masih lagi cuba untuk menipu para pengikut PAS yang kurang berotak dan berakal untuk menceritakan tentang apa yang bakal mereka lakukan demi Islam, walaupun hakikatnya semua itu retorik semata-mata dan tidak lebih daripada doktrin pembohongan serta memperbodohkan ahli-ahli PAS yang lainnya.



Paling menyedihkan apabila melihat ibu bapa membawa anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, tetapi disarungkan dengan baju serta t-shirt dengan logo 60 Tahun PAS ke kongres tersebut. Untungnya, cuaca agak baik dan hujan lebat tidak turun. Kalau tidak, pastinya yang dicari keredhaan tetapi yang diperolehi adalah anak-anak yang diserang demam dan selesema.



Namun di celah-celah kehebatan tersebut masih ramai penyokong-penyokong PAS yang masih percaya bahawa perjuangan parti mereka adalah mencari keredhaan Allah Taala. Mereka masih percaya dengan mengambil bahagian dalam parti tersebut, mereka akan mendapat keredhaan Allah Taala.



Pada Ee apa yang paling pasti, penganjur Kongres tersebut tentu sekali telah berjaya mengutip puluhan kalau tidak pun ratusan ribu ringgit hasil derma para hadirin yang mencari pahala dan jalan pintas untuk ke syurga!..hehehe..maka semakin teballah poket para penceramah dan semakin menipislah poket mereka yang mencari jalan pintas kesurga.



Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.



Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar dan mengetahui tujuan sebenar mengapa DAP sanggup membantu PAS dalam memerangi UMNO.PAS juga tahu bahawa musuh nombor satu DAP ialah UMNO. Sudah hampir lebih 50 tahun DAP cuba menghapuskan kuasa politik orang melayu/Islam. Pada PRU12 yang lepas mereka telah berjaya dalam misi nya. Kuasa politik melayu/Islam berpecah tiga.



Kuasa politik melayu hampir musnah di peringkat pusat. Tetapi mereka berjaya memusnahkan kuasa politik melayu/Islam dalam tiga buah negeri iaitu P Pinang, Perak dan Selangor.Kaum melayu/Islam di negeri Perak bernasib baik kerana terselamat dari bencana buruk itu.



Kaum melayu/Islam tahu siapa itu DAP dan siapa UMNO. Sekarang kita sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(cina) dan UMNO(melayu/Islam). Malang sungguh bagi kaum melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisi ini. Sedangkan DAP(cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(cina).



Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.

Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.



FirmanNya dalam AT Taubah ayat 77-78 yang bermaksud :--



(Tingkah laku yang demikian) menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada hari mereka menemuinya (hari akhirat),kerana mereka memungkiri ikrar mereka dengan Allah dan juga kerana mereka berdusta.Apakah mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikkan mereka?.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal-hal ghaib.



Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika mereka sendiri tidak mengubahnya.Allah dan NabiNya juga amat menitik beratkan agar hamba2nya bersatu dan ini amat ditekankan dalam Al Quran mahupun hadis. Jadi mengapa kita harus ingkar dengan Allah dan RasulNya.



Ingatlah amanah atau tanggungjawab setiap warganegara terhadap negaranya akan dituntut kelak.Ini semua dijelaskan dalam Al Quran mahu pun hadis.Selain dari menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan baik harus pula kita tanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah.Kerana sesungguhnya dengan kekuatan iman dan takwa kepada Allah maka rasa tanggung jawab terhadap negara itu akan lebih bertambah kekuatannya.



Dengan merasakan tanggungjawab terhadap negara ini sebagai satu kewajiban dari Allah dan mentaati undang-undang negara maka akan amanlah negara itu,tenteramlah masyarakat dan ini membolehkan agama Islam itu dapat diperkembangkan.Masyarakat yang beragama Islam akan lebih menumpukan dalam ibadat mereka terhadapNya tanpa perlu rasa takut.



FirmanNya dalam An Nisaa' ayat 58 yang bererti :--



Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan / melaksanakan amanah (pertanggungjawaban) terhadap orang-orang yang diberi amanah itu.Dan apabila kamu menghukum antara manusia,lakukanlah dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang baik kepadamu,Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.



Hayatilah dan fahamilah akan makna yang tersirat mahupun yang tersurat dalam Al Quran mahupun hadis tidak ada satu pun surah mahupun anjuran agar kita berpecahbelah dan menentang pemerintah.Ingat putar belit musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata iaitu mereka yang bertopengkan agama akan sentiasa mencari kelemahan umat Islam semata untuk berkuasa dan seterusnya akan menghina agama kita.Bersatulah! dalam 1 Malaysia demi kepantingan maruah agama,bangsa dan negara..jangan jadi Petualang kepada anak cucu,cicit dan jenerasi akan datang kerana kecewa dan gila untuk berkuasa..

Mereka(HamPAS) tersenyum ketawa berdekah bila Agama dan Bangsanya sendiri diPerhina dengan begitu Menjijikan oleh Bangsat DAP..




Ee rasa tak salah untuk kita berkongsi dan mengkritik serta memperbetolkan keadaan sebenar yang berlaku di Negeri Kelantan. Negeri Serambi Mekah Pusat Tadahan Wahyu Dan terdiri Kepimpinan Wali Dan Ulamak sebagaimana dakwaan MB Nik Ajis.Memang ada ianya..sudah 20 Tahun berada dibawah Pentadbiran PAS Tok Guru Nik ajis tetapi tiap tahun rakyat semua diTipu,ulang lagi diTipu oleh Kaum Khawarij ni.Terbaru pasal Air.semua rakyat Kelantan dan luar Kelantan pun gelak bila Kepimpinan Tok Guru menyatakan "AIR BERSIH KITA AKAN BEKALKAN 17 TAHUN LAGI",Kenyataan ini timbul semasa Sidang Dewan DUN Kelantan 2010.Malangnya..Tahun 2010 sudah 20 Tahun Pas tadbir urus kelantan,masalah yang sama juga tidak diatasi oleh mereka.Janjinya Yang terbaru,17 tahun lagi dan menggenapkan 37 Tahun Rakyat Kelantan kena tipu dan terus ditipu oleh mereka ni..Apapun PAS memang JAHIL dan Penuh Kemunafikan bila 20 tahun lebih masalah AIR langsung tidak dapat diatasinya..apa yang mereka tahu berpolitik 24jam dan asyik mengutuk saja yang mereka tahu..Apa nak jadi?..



Pada Ee Perjuangan PAS sekarang sudah tersasar jauh nun dari landasan Perjuangan sebenar suatu masa dahulu.Amat songsang,haru biru dan memualkan bila mula berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.Perjuangan PKR sekarang kalau dilihat sudah banyak onar yang bercampur dengan pekong busuk berlaku dalaman parti mereka.Tak payah cerita mungkin semua dah tahu.Dari awal pemilihan dalaman parti..pertengkaran tercetus antara mereka untuk berebut jawatan.Dengan senario tersebut wajarkah PKR nak tadbir Malaysia suatu masa nanti??,Kes liwat dan terbaru main sama amoi Cina masih lagi perbicaraan.Kalau DAP tak payah cakap lah.



Ee masih ingat lagi bagaimana PAS membuat fatwa semasa PRK Tenang satu ketika dulu.. Pas sewenang-wenangnya mengatakan sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.Ee tidak tahu berapa puluh dan ratus fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka (PAS) setiap kali musim pilihan raya dan semuanya songsang belaka..bukan saja songsang ianya juga boleh meruntuhkan akidah yang dipertahankan selama ini.



Ee ingin bawakan pengakuan jujur dari salah seorang pengikut PAS pada 2 Mac 2011 semasa PRK Kerdau lalu yang telah bertaubat dan kembali kepangkal jalan..Marilah kita sama-sama renungkan danhayatilah setiap inci luahannya agar dapat memberi kita kesedaran walau hanya seinci..



Sikap Pas yang sering bersembunyi di sebalik agama semata-mata demi kepentingan politik mula disedari oleh pengikut Pas. Ini terbukti apabila seorang ahli fanatik PAS, Rashid Wahab akhirnya mengambil tindakan keluar dari Parti itu pada tahun 2001 setelah menghambakan diri pada parti tersebut selama 22 tahun.Setelah keluar daripada parti PAS di Terengganu, beliau mengambil keputusan untuk menjadi penceramah politik bertujuan menyedarkan pengikut PAS mengenai parti PAS yang telah songsang.Kebanyakan pengikut Pas sebenarnya telah dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin Pas. Contohnya macam saya yang kurang pengetahuan agama, bila seorang alim ulama, seorang ustaz datang kepada kita, sudah tentulah kita mudah terpengaruh.



Kononnya untuk berjuang demi agama Islam. Haruslah diingat bahawa ia boleh merosakkan akidah barang siapa mengatakan Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Islam adalah satu agama yang suci dan bukan parti.Kononnya untuk berjuang demi agama Islam. Haruslah diingat bahawa ia boleh merosakkan akidah barang siapa mengatakan Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Islam adalah satu agama yang suci dan bukan parti.Terangnya, ketika menyertai PAS, beliau dan rakan-rakannya semua membawa amanat Haji Hadi iaitu mengkafirkan orang-orang UMNO sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan bapa mertuanya sendiri.



Malah saya pernah ditahan dibawah akta ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata. Kononnya berjuang untuk Islam. Saya bersyukur telah diberi hidayah dan tidak terus di tipu oleh PAS,? katanya.Beliau menjelaskan, pengikut PAS sebenarnya telah di tipu dan PAS telah memesongkan pengikutnya dengan fahaman acuannya sendiri.Pengikut PAS sebenarnya tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai PAS selama 22 tahun, barulah saya sedar, PAS dan Islam adalah berbeza. Di sinilah pengikut PAS keliru sedangkan agama itu adalah agama dan PAS adalah sebuah parti. Kononnya berjuang kerana agama Islam.



PAS menggunakan agama. Dalam ajaran PAS, dalam usrah dan ceramahnya, PAS sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman dan zaman Rasurullah. Jadi pengikut PAS terasa berjuang untuk Islam, bukan PAS kononnya menegakkan agama Islam,? terang Rashid.



Menyingkap punca dia mengambil keputusan keluar PAS, katanya, kesedaran mula timbul apabila PAS mula bertindak zalim terhadap kanak-kanak di Terengganu.PAS mengeluarkan satu arahan supaya kanak-kanak tadika yang belajar di balai raya milik kerajaan negeri di keluarkan. Kemudian, saya mula terfikir semua tindak tanduk PAS yang tidak betul. Janji-janji kosong PAS termasuklah hal hudud. Apabila di desak mengenai kes hudud, jawapan yang diberi hudud ini dalam hanya satu perdua ribu sahaja dalam Islam.



Bukan itu sahaja, pada tahun 80-an, kepincangan PAS mula timbul tapi saya masih tidak sedar. Ajaran syiah telah masuk di dalam PAS. Ketika itu, wakil dari syiah Iran, mahu 150 orang Pemuda PAS untuk di bawa menunaikan haji melalui kerajaan Iran. Mereka yang pergi pada tahun 1986, syiah ini membuat satu reformasi di sana untuk merampas kaabah. Di situlah pemuda PAS bersama-sama berjuang untuk merampas Kaabah.



Saya bertanya kepada pemimpin PAS, macam mana sekarang ini bila ajaran syiah sudah menular di dalam parti PAS. Anda tahu jawapannya? Syiah syiah pun, Islam juga. Kalau UMNO tu bukan Islam. Jadi PAS memberi fahaman, PAS itu Islam, Islam itu PAS,? terangnya lagi.Beliau turut menjelaskan, jika dahulu PAS di Terengganu mengharamkan solat di masjid yang dibina oleh kerajaan, kononnya solat tidak sah, tetapi apabila Pas memerintah di Terengganu, segalanya berubah. Masjid yang dahulunya haram digunakan, telah boleh digunakan.



Bukan itu sahaja, malah terlalu banyak penipuan PAS. Sebab itu saya mengambil keputusan keluar dari parti itu dan bergerak bebas untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada orang ramai tentang PAS dan akhirnya saya telah berjaya membawa hampir 27,000 pengikut PAS untuk meninggalkan pasti tersebut.Saya tidak akan berhenti di sini. Selagi ada nyawa, selagi itu saya akan terus menyedarkan orang ramai tentang PAS yang songsang..



Dalam kebanyakan artikel yang Ee tuliskan sering Ee tekankan bahawa PAS ini hanya sebuah parti politik bukannya pendakwah agama jika nak berdakwah jangan libatkan politik.Apa yang Ee tahu dan fahami PAS adalah Pedagang Agama..PAS sanggup lakukan apa saja asalkan kerakusan nafsu untuk berkuasa dapat dilunaskannya.Mereka sanggup melihat bangsa dan agamanya diperhinakan oleh kafir DAP..mereka akan bertepuk tangan gembira bila puak2 DAP membaca potongan2 ayat Al Quran mencaci bangsanya sendiri...mereka(HamPAS) tersenyum ketawa berdekah-dekah bila agama dan bangsanya sendiri diperhina dengan begitu menjijikan oleh bangsat DAP..Sehinggakan Karpal yang dadanya ada bulan mengambang bak kata Nik Ajis menghina bangsa terutama Nik Ajis ulama mereka sendiri pun mereka suka dan bertepuk tampar menampakkan kebiulan,kebangangan yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini..Mereka sanggup mengadaikan maruah Agama dan Bangsa asalkan dapat menumbangkan bangsa mereka sendiri..Inilah Pemimpin dan Penyokong PAS tegar yang begitu mabuk kuasa..Sedarlah.

Friday, October 14, 2011

Alangkah Jahilnya mereka (HamPAS) tidak dapat Memisahkan antara Agama dan kehendak nafsu..


Renungkanlah hadis Nabi saw agar ianya dapat membuka ruang dada yang telah terkunci rapat oleh bisikan syaitan yang bertopengkan alim ulama yang berjanggut sejemput,berkopiah,berserban dan berjubah semata untuk mencari keuntungan dunia dengan memperdagangkan Agama asalkan beroleh kuasa.

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasaei dan Hakim.

Ee masih ingat bagaimana tidak berapa lama dulu Ronnie Liu yang menganggap Undang2 Syariah tidak releven dan proaktif dilaksanakan telah membisukan semua pemimpin dan ustaz-ustaz Pas.Ee berpendapat adalah tidak wajar sama sekali permainan politik DAP dan PKR menghakis keIslaman perjuangan Pas. Tidak wajar tok guru dan ustaz yang berada dalam Pas membiarkan sahaja DAP memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia dan mempermainkan agama Islam sesuka hati mereka.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan agama lain juga diberi hak diamalkan. Tetapi pada Ee Pas nampaknya gagal memahami peruntukan Perlembagaan Negara tentang hal ehwal agama dengan bersekongkol bersama DAP menghina agama Islam, iaitu agama ahlii-ahli dan penyokong mereka sendiri.. Pada Ee Pemimpin Pas akan terus tunduk membisu untuk memelihara undi bersama DAP.Mereka sanggup melakukan apa saja hatta mengadaikan maruah diri,bangsa dan agama asalkan dapat merialisasikan keserakahan nafsu untuk berkuasa..

Pada Ee begitu malangnya semua pemimpin PAS, ustaz-ustaz PAS dan penyokong bangangnya yang selama ini berpidato berapi-rapi menghasut kebencian dan menyemai perpecahan di kalangan umat Islam, tetap diam dan tunduk membisu bila Karpal dan Lim Guan Eng dengan begitu lantang menghina Ulama' Tua mereka Nik Ajis..Mereka seolah terpukau dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Karpal dan Lim Guan Eng..Tersenyum gembira dan berdekah berguling-guling bila Agama dan Bangsa mereka diperkotak katikan.. Memualkan..

Alangkah Jahilnya mereka (HamPAS) tidak dapat memisahkan antara agama dan kehendak nafsu..dan alangkah Jahilnya mereka sehingga sanggup membiarkan Agama,diri dan bangsa diPerkuda dik Bangsat2 bertopengkan jubah,bertasbih dan janggut sejemput..Alangkah jahilnya mereka bila mendustakan Sabda Nabi saw dan Al Quran yang melarang menentang pemerintah dan hanya menyuruh kita mentaatinya pemimpin..Alangkah jahilnya mereka bila membelitkan dan memesongkan hadis dan Al Quran semata menuntut hawa nafsu bisikan syaitan..Alangkah jahilnya mereka bila mengatakan Allah Tuhannya mencarut..Alangkah jahilnya mereka bila sanggup mengangkat kominis sebagai wira negara..Alangkah jahilnya bila mereka sanggup mengkafirkan sesama Islam..Alangkah jahilnya mereka bila menentukan sendiri siapa yang layak masuk surga dan neraka..

"Aku mampu berhujah dgn sepuluh orang yg berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu." (Imam Syafi'e).

Monday, October 10, 2011

Rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!.Pada mereka Selamat Jalan Romeo.by2 Pakatan.



Selain sedar akan kebangkitan UMNO dan BN, Pakatan Rakyat ini sememangnya gerun dengan gelombang transformasi yang diketuai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Dengan masa depan ketua mereka yang suka meliwat dan gagal mengawal pemilihan partinya, DAP dan PAS agak gusar dengan jawatan MB yang disandang di negeri masing-masing.Mereka sebenarnya tidak yakin untuk mampu mempertahankan jawatan di negeri-negeri yang mereka tabir ini.

Pada Ee kejayaan demi kejayaan yang diperolehi BN kebelakangan ini adalah bukti terbesar kepada kejayaan itu yang mendesak pembangkang menguatkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri termasuk dalam isu yang pada kita terlalu remeh.

Sekarang Pakatan Rakyat sedang berusaha menimbulkan rasa tidak pus hati rakyat kepada kepimpinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri dengan harapan, kekacauan yang berlaku dibeberapa negara Timur Tengah akan turut berlaku di negara ini dan mereka ada peluang untuk membentuk kerajaan. 

Pada Ee mereka lupa, rakyat sudah terlalu bijak untuk dibodoh-bodohkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat ini.  Rakyat lebih bijak menilai antara salah guna duit rakyat untuk kepentingan parti (seperti dilakukan komponen Pakatan Rakyat) dengan usaha mendekatkan diri oleh seorang Perdana Menteri dengan rakyatnya.

Pada Ee jika diselami ayat-ayat al-Quran dan Hadis, apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS kini dan diterima sebagai suci, laduni, Islamik dan pakar hukum itu oleh penyokong taksub sebenarnya adalah perbuatan ahli neraka  kerana yang jelas Allah melalui al-Quran dan Nabi s.a.w. melalui Hadis mengharamkan pemutusan hubungan silatur-rahim.

Apatah lagi pemimpin2 PAS dan penyokongnya mendabik dada menyenaraikan puak yang layak dan tidak layak masuk syurga atau neraka, lagi-lagilah berdosa dan menyesatkan  kerana syurga-neraka adalah hak Allah yang mana hamba-Nya tidak berhak untuk campuri urusan syurga dan nerakakan seseorang hamba-Nya.

Apa yang Ee pelajari selama ini..apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalah melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan dengan tawadhuk dan tidak kerana lain selain dari kerana Allah. Kalau beribadat kerana mahukan syurga, ianya sudah termasuk dalam amalan yang tidak tulus dan tidak tawadhuk, apatah lagi kalau tunjuk tawadhuk kerana kepentingan politik, ianya sudah menjadi tidak betul kerana lain selain dari kerana Allah.

Pada Ee orang PAS kena banyak ilmu,banyakan membaca buku di perpustakaan dan berguru dan tidak terlalu ghairah mahu bercerita pasal agama tapi kosong.. kena banyak membuat penyelidikkan supaya diketemukan kitab yang menegaskan bahawa menentang sebuah kerajaan yang ketuanya adalah seorang yang beragama Islam adalah haram. PAS gagal mencapai impian supaya menang dalam pilihanraya, maka Umno/BN dianggap menentang Islam,ianya adalah suatu tanggapan yang sangat menyesatkan dan boleh menyesatkan akidah.

Pada Ee DAP berjaya mencorak hala tuju perjuangan Pas apabila parti itu menggugurkan perjuangan untuk membentuk negara Islam kepada perjuangan negara kebajikan ketika Muktamar Tahunan Pas ke 57, baru-baru ini.Ini membuktikan bahawa Pas tidak konsisten dalam perjuangan partinya kerana dengan mudah mengikut telunjuk DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Parti Pas sudah caca marba, tak tahu hujung pangkalnya, sekejap tuduh UMNO  jahil, UMNO ini perjuangkan orang Melayu, segala-galanya Assobiah, ini semua zaman jahiliah UMNO parti jahilliah pelbagai lagi kata umpat.Wahai Pemimpin PAS! mana perjuangan negara Islam?..jangan ambil wadah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan perjuangan UMNO yang membela semua kaum tanpa mengira agamanya..

Islam semakin terkorban kerana PAS terlalu banyak mengikut telunjuk dalam pakatannya kerana mahu menjaga hati sekutu biarpun ayat-ayat Al-Quran dipersenda dan rumah Allah dijadikan medan berpolitik..Pada Ee Nik Ajis gagal melaksanakan apa yang dituntut dalam Islam iaitu bersifat baik dengan mana-mana golongan bukan Islam dan berdakwah kepada mereka tetapi dalam masa yang sama memperkukuhkan perpaduan sesama Islam sebagai satu saudara.

Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz adalah sebaliknya iaitu golongan Islam dipecahkan dan enggan berbaik dalam satu permuafakatan sedangkan yang kafir pula diagung-agungkan..selama lebih 20 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar di Kelantan apa yang telah beliau lakukan untuk menegakkan syiar Islam?..Jawabnya tidak ada apa-apa selain patung-patung berhala yang wujud dengan pelbagai saiz, dari yang berdiri, duduk sampailah berbaring semua ada di Kelantan sedangkan Menteri Besarnya selalu melaungkan negara Islam...

UMNO bukan saja letakkan Islam sebagai juara tetapi UMNO juga menjadi juara dalam Islam sama ada dalam pentadbiran, pengurusan, politik, ekonomi dan macam-macam lagi sehinggakan Malaysia dikenali sebagai model negara Islam hasil daripada perjuangan UMNO..Hanya orang-orang PAS yang buat tak nampak..pada mereka Islam itu PAS dan PAS itu Islam jadi selain dari orang PAS tidak berhak berkata tentang Islam..Ketahuilah bahawa rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!..Rakyat semakin cerdik bukan hanya sekadar angguk2 geleng2 dalam majlis ceramah 'Tin Milo' merapu Pemimpin PAS 24 jam terkinja-kinja macam hantu Cina tak tahu hujung pangkalnya dan yang ada cuma halwa telinga untuk mendapat dosa kering saja.. 

Ee tegaskan bahawa pemimpin2 PAS sanggup jadi barua kepada Komunis dan Yahudi, mereka rela mempersundalkan agama, bangsa dan tanah air, hanya untuk membesarkan perut mereka anak beranak. Sedarlah dan insaflah ahli2 PAS, anda semua telah diperbodoh bodohkan oleh pemimpin2 terencat akal. Di mata mereka anda semua, ahli2 Pas tidak ada makna dan harga, mereka lebih kepada memperjuangkan Lim Kit Siang anak beranak, Ngek dan nGok, Siva dan Bala, Aljuburi anak beranak, Chin Peng dan peliwat2. sedaralah dan insaflah wahai ahli2 sebulum ajal menjelma di depan mata, tangisan berdarah pun tak berguna lagi...Pada Ee janganlah para Pemimpin Pembangkang terutama PAS menbuat lawak Mr.Bean..Lucu namun kosong..Jika Bean dengan lawak bodohnya..Jangan pula yang memjadi "Kacang lupa Kulit".. alamatnya kena kunyah masuk perut kemudian keluar jadi HamPAS yang busuk..

Pemimpin2 Islam seluruh dunia,Negara-negara barat dan para pemimpin bukan Islam dunia lainnya juga mengakui bahawa negara ini sebagai sebuah negara Islam jadi bagaimana mungkin Nik Ajis dan penyokong PAS bersikap sebaliknya dan enggan mengakui kebenaran...Rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!.Pada mereka Selamat Jalan Romeo.by2 Pakatan Rakyat.. Apa tah lagi selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet luar biasa yang akan memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat..Pembentangan ini membuatkan Pemimpin2 Pembangkang yang sering Menabur Janji Palsu penuh Kemunafikan Terkedu..

Jika selama ini "Omong Kosong Pemimpin Pembangkang terutama PAS untuk menegakkan kebajikan dengan kononnya berjuang dalam penubuhan Negara Berkebajikan (Retoriknya) bila hampir pilihanraya Hudud pula (Munafiknya) hanya mendabik dada seolah Ayam Sabung tetapi bila patah saja Taji maka kena sembelih dik DAP maka terkulailah kena cucuk leher dengan Copstick..Berbeza dengan UMNO yang sentiasa membela kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan agamannya sekian lamanya..bak kata PM "Ada pihak baru kenal erti kebajikan tetapi BN sudah lama buat kebajikan kerana BN yang merupakan juara kebajikan kepada rakyat kita tidak mendabik dada.Kita serah pada rakyat untuk menilai kebajikan itu".

Inilah bajet paling bersejarah yang mengambil kira golongan berpendapatan rendah dan menengah secara telus. Sehinggakan rakyat mendapat pendidikan dari alam sekolah rendah sehingga menengah secara percuma.Mungkin juga negara kaya pun tidak dapat melaksanakannya.Satu Bajet yang mencerminkan keazaman UMNO untuk meningkatkan ekonomi rakyat serta mahu menjadikan rakyatnya Berpendidikan Tinggi  tanpa membezakan antara yang berkemampuan dengan tidak..Kini rakyat tidak perlu risau dalam soal pendidikan..tidak ada lagi soal mampu atau tidak mampunya..Yang penting ada kemahuan untuk terus berusa dalam memperbaiki pencapaian sehingga ke Puncak Kejayaan..

Bajet yang berasaskan konsep 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".Tahniah!..Tahniah!..Tahniah!..

Saturday, October 8, 2011

Perinsip Perjuangan UMNO tidak pernah berubah apa yang berubah hanya Pembaruan demi Agama, Rakyat dan Bangsa..



PAS akan mengalami kerugian di dalam PRU 13 kelak kerana pengundi Melayu atas pagar sudah pasti terfikir, kenapa perlu memberikan undi bagi memperkukuhkan PAS, kalau parti itu sekadar mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP.

Ee ingin bertanya ke mana politik Melayu selepas ini?.. Itulah persoalan yang bermain di fikiran Ee, apabila segala usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya dua parti Melayu terbesar iaitu Umno dan PAS duduk semeja berunding, hancur berderai...

Ee berpendapat bahawa PAS mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri dalam arena politik tanah air. Mungkin selama ini, Pas tidak pernah memerintah negara tetapi sekurang-kurangnya tiga buah negeri termasuk Terengganu sudah pernah berada di dalam genggaman Pas.

Ee berfikir dan tertanya wajarkah Pas dilayan seolah pengemis sedemikian rupa oleh DAP dan PKR ?.. PAS sepatutnya sedar ia bukanlah sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang atau terpaksa 'menyembah' kedua-dua parti berkenaan untuk menegakan hudud dengan mengadaikan maruah perjuangan yang dipegang selama ini semata mahu berkongsi kuasa.

Pada pendapat Ee Penasihat PKR Anwar Ibrahim  lebih mengutamakan DAP dan atas sebab itulah, dalam soal apa sekali pun, Anwar mendahulukan DAP. Beliau tidak pernah fikir apa pandangan dan pendirian Pas.Anwar seperti biasa dengan penuh putar alamnya membelakangkan Pas termasuk dalam soal calon utama sebagai PM jika pakatan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pada Ee ini dapat dilihat daripada Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) II daripada pemimpin DAP adalah isyarat awal kepada mereka (PAS).Pada pandangan Ee yang jelas, ia adalah isyarat awal kepada PAS bahawa selama ini, parti itu hanya dijadikan alat untuk mendapat sokongan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ee berpendapat inilah hakikat yang perlu difahami oleh pemimpin dan ahli PAS yang begitu taksub menyanjung kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan keyakinan mereka terhadap parti sendiri semakin luntur. Mereka begitu percaya hanya dengan bekerjasama dengan kedua-dua parti itu sahaja, PAS akan mampu menjadi sebuah parti yang kuat mereka sudah kabur dengan ketokohan pemimpin sendiri, sebaliknya lebih menyanjungi Anwar.

Sikap itulah yang membuka laluan kepada PKR dan DAP untuk memandang Pas 'sebelah mata' sahaja. Apa juga yang mereka lakukan, mereka tidak akan memikirkan pendirian atau pegangan PAS.Seperti yang diketahui umum bagaimana DAP melalui Karpal Singh dan Lim Guan Eng begitu lantang melantak Ulama' Pikon Nik Ajis bila membawa kembali hudud kepentas politik tanah air baru2 ini.

Apa yang kita lihat kesudahannya, ia mendatangkan kerugian politik kepada PAS apabila dianggap hanya menjadi 'Pak turut' dalam pakatan pembangkang.Persoalan yang Ee ingin timbulkan kini sampai bilakah Pas akan merelakan dirinya diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP?..

Apa yang Ee lihat sebelum ini pun, sama ada PKR atau DAP, mereka tidak pernah mempedulikan perasaan PAS, walaupun ketiga-tiga parti bersama-sama berada di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.Ee berpendapat dan menasihatkan dalam keghairahan Pas untuk terus mempertahankan kerjasamanya dengan kedua-dua parti tersebut, akhirnya janganlah PAS akan menerima nasib yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Pada Ee tidak kiralah pandangan peribadi atau tidak tetapi yang pasti Anwar sudah ada kecenderungan untuk meminggirkan suara PAS apabila memutuskan bersama DAP tidak wujud pembentukan hudud atau pembentukan negara Islam dalam kamus buku jingga...inilah akibatnya bila terlalu menjadi budak belasahan sehinggakan setiap yang hendak dibuat terpaksa berlutut memohon simpati...

Congak dan sifir politik masa kini memang hebat. UMNO perlu undi Cina, PAS perlu undi Cina, PKR perlu undi PAS, manakala DAP perlu undi Melayu. Penentunya ialah Cina, bila PAS dan UMNO dipisahkan jauh ibarat bumi dan langit atau syurga dan neraka.Itu kehendak DAP yang menggunakan Anwar untuk mengesahkan bahawa UMNO dan PAS memang tidak boleh di beri ruang berbicara walau pun mereka seagama. Anwar telah berjaya membuktikan tugas nya.

 Pada Ee PAS tergoda dengan slogan UBAH oleh DAP... Kini PAS berubah...dari memperjuangkan penubuhan Negara Islam kepada negara berkebajikan...dari memperjuangkan hudud terpaksa tunduk dengan tekanan DAP...Pada Ee apa yang berjaya dilakukan oleh PAS kejayaannya mengangkat dengan menjadikan kominis sebagai Pejuang Negara..Jelas yang PAS kemaruk kuasa dunia dan PAS pun ada keinginan nak letak Nik Ajis sebagai PM atau Hadi Awang sebagai PM...

Ee bukanlah orang yang amat taksub pada UMNO. Tetapi teras perjuangan UMNO menjaga kepentingan hak-hak Islam dan Melayu begitu menambat hati..Satu perinsip UMNO yang membuatkan kita semua semakin sayang dan setia kepadanya tidak pernah berubah dalam soal perjuangannya walau pun zaman semakin berubah..walau pun didesak atau terdesak perinsip tidak pernah berubah apa yang diubah hanya pembaruan untuk menaikan taraf Islam,rakyat dan negara.. Syabas UMNO...UMNO tetap di hati rakyat..Apa tah lagi selepas pembentangan Bajet Sejahtera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6hb Okt 2011 bersamaan hari Jumaat baru-baru ini..

Bajet yang belum pernah berlaku dalam sejarah Tanah Air yang merangkumi segenap lapisan rakyat cukup praktikal, realistik dan begitu terancang serta terperinci.Dan banyak menyaksikan ransangan pertumbuhan ekonomi.Inilah pendekatan yang tidak pernah dilaksanakan lagi.Bajet yang begitu mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat desa mahu pun bandar.Begitulah kerajaan UMNO/ Barisan Nasional yang meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.Satu Bajet yang begitu kena dengan temanya Dasar Transformasi Nasional..Terbukti kerajaan UMNO/ Barisan Nasional benar-benar peka keperluan rakyat. Tahniah! Kerajaan UMNO/ Barisan Nasional..InsyaAllah UMNO/Barisan Nasional akan kembali mendapat mandat memerintah Negara dalam PRU 13 dengan lebih bergaya ...

Thursday, October 6, 2011

Mencintai Agama, Bangsa dan Negara serta Mempertahankannya dari Para Petualang Dajja2 Negara merupakan sebahagian dari Iman..


Ee masih ingat dulu Nik Ajis jugak yang cakap.......... Orang UMNO kalau berkawan dengan orang kafir sama juga berkawan dengan syaitan, Tapi hari ini Tok guru bukan sekadar berkawan dengan syaitan malah telah berguru pun dengan syaitan dan sanggup lakukan apa sahaja demi syaitan. Apa yang syaitan2 DAP tunjuk mereka terpaksa patuh dan telan saja takut kehilangan teman sebilik..

Kalau pembangkang terutama PAS mendabik dada mendakwa BN semakin tidak diterima oleh rakyat, maka kali ini bolehlah pembangkang mencongakkan kembali "gelombang PRU 13" yang semakin hampir.Rakyat semakin kenal akan budi bahasa para pemimpin PAS yang semakin tebal kemunafikan mereka dalam usaha merampas hak bangsa dan agama yang mereka anuti..Rakyat semakin bijak dalam mentafsir apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perkhawinan haram PAS dan DAP yang semakin layu menuju keambang kehancuran gara-gara kemunafikan para pemimpin mereka sendiri terutama Nik Ajis..

Dalam hal ini Ee dapat rasakan bahawa PAS semakin menuju ke Alam Barzak bila para pemimpinnya semakin mengelupur semacam ayam kena sembelih..apa yang di fatwakannya semakin memakan diri sendiri..Jika Hadi Awang membuat fatwa baru dengan Penubuhan Negara Berkebajikan dan membuang jauh-jauh pejuangan Negara Islam dan Hudud semata untuk mengkaburi mata rakyat dalam usaha menutup kelemahan mereka dalam memperjuangkannya.Pas juga cuba menyogok DAP dengan kata ampuan sehingga pemimpin lagaan mereka Mat Sabu melatah kerana terkena tajian dari kesan penerimaan rakyat kembali kepada UMNO dan cuba menjadi jagoan untuk menarik pengundi cina dengan mengangkat kominis sebagai Wira Negara.

Ee berpendapat bahawa rakyat semakin cerdik dan tidak akan terbuai-buai dengan hayunan buaian retorik pembangkang, yang mula dilihat semakin bergolak dan berkonflik sesama sendiri, akhirnya pecah berderai walaupun cuba disembunyikan dengan laungan keramat tok jagat pahlawan tua Nik Ajis yang membunyikan trompet sangkakala 20 tahun yang lalu menubuhkan hudud di bumi kelantan yang semakin mendapat cemuhan dari rakan sebiliknya DAP.Fatwa2 Nik Ajis yang membentak DAP seolah memperlekehkan rakan sebiliknya menerima padah apabila Karpal yang kononnya ada bulan mengambang di dadanya menurut Nik Ajis begitu lantang mengutuk Nik Ajis dan PAS.. begitu juga Khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan penyokong PAS dengan angkohnya menolak dengan cemohan bahawa tidak menyokong penubuhan hudud kerana tidak ada dalam perjanjian Buku Jingga.

Ee dapat merasakan bahawa rakyat semakin dapat melihat dengan mata dan mendengar dengan jelas semakin banyak kekecohan berlaku dan semakin lama akan menyebabkan semakin banyak tembelang terbuka luas dalam dalam parti PAS mahupun Pakatan Haram Pembangkang..Pada Ee ini juga semakin membuka ruang jalan yang semakin besar kepada Pakatan Pembangkang menyiapkan Liang Lahat mereka dalam PRU 13 yang akan berlaku bila-bila masa.Rakyat semakin sedar bahawa Pakatan Pembangkang tidak dapat mentadbir dan tidak boleh bersatu..Jika mereka berkuasa alamat punahlah negara..

Ee ingin mengajak para penyokong dan pengundi-pengundi PAS, PKR dan DAP perlu menilai sejauh manakah kemampuan PR menangani masalah rakyat lihatlah berapa ramai tokoh-tokoh pembangkang yang telah keluar parti dan berapa ramai penyokong pembangkang terutama PAS dan PKR yang telah keluar menyertai UMNO.Ee ingin menasihatkan kepada penyokong-penyokong pembangkang yang lainnya bukalah mata, buka hati dan celikkan minda. Janganlah hanya menyokong dengan membuta tuli. Pakatan Rakyat terus menghadapi krisis keyakinan dan kepimpinan walaupun tak sampai 5 tahun memerintah beberapa buah negeri. Krisis seumpama ini tidak pernah berlaku dalam BN bertelagah dalam perkara yang remeh temeh.Pada Ee jika baru memimpin beberapa buah negeri sudah tidak berkemampuan apa tah lagi memimpin negara.

Pada Ee setelah hampir 5 tahun selepas pru12, pakatan haram masih kelihatan di tengelami angan-angan mat jenin ke putrajaya yang tak berpenghujung. Angan2 mereka bagaikan mimpi basah yang dimimpikan tiap malam hingga membangkitkan nafsu untuk berterusan menyajikan politik benci dan fitnah kepada rakyat.Mereka menganjurkan ceramah di merata tempat bertujuan memwarkan bahawa mereka masih releven, mengingatkan kembali fitnah yang dahulu masih releven,bohong bohong yang dahulu masih benar benar.tetapi hingga kini tidak ada satu pun bukti yang mampu mereka dedahkan.Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah peribadi,Hadi Awang yang tergoda dengan layanan DAP sehingga sanggup mengadai maruah diri,agama dan bangsa pada muktamar PAS yang lepas,Kemelut penyerbuan JAIS keatas Gereja,Keceluparan Mat Sabu mengangkat kominis sebagai Wira Negara,kebiadapan DAP untuk menukar jalur gemilang bila berkuasa kelak dan kepikunan,kenyanyukan Nik Ajis dalam segala fatwa sehingga hendak menubuhkan hudud kembali di Kelantan yang telah dibuang jauh-jauh oleh Presiden PAS Hadi Awang dan terbaru serang balas kembali pehak DAP keatas segala kenyataan Nik Ajis yang tidak pernah setia dalam perkhawinan haram dengan DAP..

Apa yang Ee perhatikan pembangkang  mahu dilihat amat mulia di mata rakyat,kononnya sama rata.. Amat toleransi dan amat bersih. Walhal mereka cukup busuk dan kotor dalam permainan politik "Kelas Bawahan"..ceramah di merata tempat 24 jam yang dianjurkan para pemimpin pembangkang disajikan dengan fakta fakta yang palsu,cerita cerita yang menyedapkan telinga yang mendambakan fitnah dan maki hamun. Skrip skrip pembohongan dan permainan persepsi di ulang tayang agar rakyat terpesona dengan kononnya kepakaran namun hakikatnya pembohongan bersiri Pakatan Pembangkang terutama Anwar Al Juburi,Nik Ajis,Mat Sabu,Lim Guan Eng dan pemimpin dajjal pembangkang lainnya.

Sekarang UMNO dan Barisan Nasional kembali mendekati rakyat dan rakyat semakin menerima kembali,setelah UMNO dan Barisan Nasional kembali berusaha memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan yang lalu. Rakyat melihat sebagai satu revolusi dan transformasi perubahan dan mempunyai anjakan yang besar.Ini menjadikan slogan 1 Malaysia semakin diterima segenap lapisan Masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.Pada Ee jika diukur segala kejayaan UMNO dalam memertabatkan agama,bangsa dan negara tanpa kaum yang semakin menampakkan kejayaan yang cermelang dengan kewibawaan Perdana Menteri Dato Seri Najib dan para menterinya InsyaAllah dalam PRU 13 UMNO akan mendapat kejayaan yang besar.Bersatulah! demi Agama,Bangsa dan Negara dalam 1 Malaysia..Rakyat di Dahulukan Pencapaian diUtamakan..Mencintai Agama, Bangsa dan Negara serta mempertahankannya dari para petualang dajjal-dajjal Negara merupakan sebahagian dari Iman..