Sesuatu yang mengembirakan seluruh rakyat Malaysia sekiranya penyatuan UMNO dan PAS dapat menjadi kenyataan. Penyatuan ini juga merupakan berita baik kepada umat Islam kerana ia dapat mengenepikan perbezaan pendapat yang wujud selama ini.Penyatuan ini bukan saja mengembirakan orang-orang Melayu tetapi juga kepada kaum-kaum lainnya kerana dengan penyatuan akan dapat melonjakkan ekonomi dan memajukan lagi negara dan seluruh penduduk negara tanpa mengira kaum mahupun agama.
Sebenarnya PAs berada dalam pada tahap yang amat lemah sekarang ini.Pelbagai masalah dalaman parti dan pakatan pembangkang sebenarnya melemahkan mereka.Dari beberapa insiden yang lalu penyatuan PAS dan DAP telah menyerlahkan kepada rakyat akan siapa sebenarnya PAS.Jika difikir secara logik ini sebenarnya sangat menguntungkan kepada UMNO / BN kerana mereka boleh mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai penyokong untuk menyokong mereka.
Walaupun hakikatnya UMNO boleh menarik lebih ramai penyokong untuk menyokong mereka namun kesedaran perjuangan yang diamalkan selama ini demi bangsa dan agama,pemimpin-pemimpin UMNO memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan hati yang tulus iklas mempelawa PAS untuk menyertai UMNO.Untuk menjemput PAS bergabung adalah sesuatu yang sukar kerana keegoan pemimpinnya.
Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin mereka terutama Nik Aziz menerima ajakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak PAS kembali bersatu dan bekerjasama dengan UMNO demi agama dan bangsa tanpa sebarang syarat.Perpecahan antara Islam tidak menguntungkan sesiapa pun,terutama orang Melayu Islam.Islam tidak mengajar umatnya berpecah belah sebaliknya bersatu dalam semua perkara yang baik.Letakan agenda agama Islam yang teratas dan bukannya kerana kuasa dan pengaruh untuk memerintah negara.
Sepatutnya sebagai parti yang memperjuangkan Islam,apabila seseorang menghulurkan perdamaian maka sambutlah tangannya dengan erat.Pintu untuk bersatu terbuka luas-seluasnya dan tiada siapa yang rugi jika perdamaian diterjemahkan dalam erti kata yang sebenarnya.Iklas tanpa syarat.
Ingatlah jangan bermimpi di siang hari untuk mengatasi bangsa lain jiki bangsa sendiri masih terkial-kial untuk bersatu.Bersatulah demi agama Islam dan bukannya bersatu kerana agenda politik yang sempit.Dalam kontek ini orang Melayu Islam perlu bersatu kerana terlalu banyak agenda utama yang perlu diselesaikan bersama.Terutama sekali dalam menyelesaikan masalah ilmu pengetahuan dan ekonomi di kalangan orang Melayu Islam.Ingatlah pengetahuan dan ekonomi adalah tunjang kekuatan umat Islam terdahulu mahu sekarang ini.
Cuba kita lihat dipentas dunia antarabangsa,kini umat islam begitu mudah diperkotak-katikkan.Tentera-tentera kafir begitu mudah membunuh orang Islam dengan senjata mereka dengan menjadikan umpan Al Qaedah dengan menghalalkan serangan terhadap orang Islam.Propaganda yang dilakukkan oleh pehak kafir mengsikkan penduduk dunia. Yang menyedihkan lagi umat Islam itu sendiri terpengaruh dengan segala propaganda tersebut.Ini juga tidak terkecualinya di negara kita dimana PAS begitu mudah termakan oleh propaganda yang dipermainkan oleh DAP. Sepatutnya apa yang terjadi di pentas antarabangsa membuka mata kepada PAS agar bersatu dengan UMNO agar umat Islam tidak menjadi lemah khas di negara ini.
Buangkanlah yang keruh dan ambilah yang jernih marilah kita bersatu demi agama Islam dan bangsa Melayu amnya. Marilah bersatu tanpa ada apa-apa syarat,bersatulah dan berpadulah sesama sendiri agar lebih kuat dan mantap.
بسم الله الرحمن الرحيم
FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--
Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur."
Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.. Bersatulah! wahai bangsaku...
No comments:
Post a Comment