Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--
"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".
Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka akan mengikuti segala apa yang telah Allah dan Rasulnya ajar didalam kalamNya.Andainya benar mereka antara orang2 yang bertakwa dan mengikuti segala anjuran Allah dan RasulNya.
Rukun Iman 6 perkara
1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Malaikatnya
3.Percaya kepada Kitabnya
4.Percaya kepada Rasulnya
5.Percaya kepada hari akhirat
6.Percaya kepada Qada' dan Qadar
Pemimpin2 PAS sering berdolak dalik apabila berkata,selain itu pemimpin PAS juga sering menidakkan apa yang tersurat mahu tersirat dalam Al Quran mahupun hadis.Sifat2 orang munafik jelas tergambar dalam firmanNya diatas begitu banyak terdapat pada pemimpin2 PAS.Mereka pemimpin PAS bukan saja tidak mengamalkan apa yang telah disarankan oleh Allah dan NabiNya.
Mereka percaya kepada Allah namun mengingkari apa yang disarankan olehNya didalam Al Quran.Segala peringatan yang Allah beri mereka permainkan dan memperolok.Kata-kata Nik Aziz yang mereka anggap sebagai ulamak berkata bahawa Allah Tuhannya mencarut jadi tidak salah mereka pengikut PAS mencarut.Layakkah Allah disamakan dengan sifat manusia yang serba kekurangan ?.
Begitu juga dalam soal dasar Allah dan NabiNya menyeru agar setiap hambaNya mentaati pemerintah dan bersatu padu Sesama Islam.Namun pemimpin2 PAS menolaknya dengan menyeru pengikut2nya agar menentang kerajaan dengan pelbagai cara mereka cuba menjatuhkan kerajaan.
"Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu".
An Nisa' ayat 59.
Mereka percaya kepada RasulNya tetapi mereka ingkar dengan saranan baik dari apa yang mereka percayai.Demi kuasa mereka sanggup memutarbelitkan apa yang dikatakan oleh Allah dalam kalamNya dan Rasul dalam Nasnya.Mereka memusuhi UMNO dan menghasut agar rakyat membenci kerajaan ,sedangkan pemimpin2 UMNO itu sediri adalah seorang Islam dan telah banyak membawa kebaikkan kepada Islam dengan menjadikan negara sebagai salah satu negara Islam terbaik dan mendapat pengistirafan antarabangsa.
Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--
"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"
Mereka pemimpin PAS lebih rela bersetongkol dengan DAP musuh Islam dan bangsanya nyata dari berbaik dengan UMNO.Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS sebulat suara mengatakan "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara,menjadi kafir atau haram".
Mereka yang memberi hukum namun mereka yang mengingkarinnya dengan bersetongkol dengan DAP.Dalam tahun 1969 akibat dari persetongkolan itu maka terjadilah peristiwa rusuhan kaum iaitu 13 Mei,inilah akibatnya bila hukum dipermainkan dan rakyat dihasut.Apakah ini bukan mempermainkan hukum Allah dan NabiNya???.
Pada 4 Ogos 2001 Nik Aziz berkata "Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan b aca perlembagaan itu".
Begitulah kemunafikan para pemimpin PAS sehingga agama dipermainkan demi kuasa.Mereka sanggup berbohong dengan rakyat dan memutar belitkan apa yang telah dikata.Mereka lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang dikata walau hanya dengan bisikkan saja.Jika nak dihuraikan pembohongan pemimpin PAS kepada rakyat ,jika ditaip satu naskah penuh pun tidak tertaip,jika mengunakan dakwat satu tong besar pun tidak akan cukup.
Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.
Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan.
Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.
Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,
"Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.
Pengakuan Naib Presiden PAS semalam dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.
Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen.
Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.
Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim
Mereka kata percaya kepada Qada' dan Qadar Allah tetapi mereka menafikannya dengan menghasut,membohong, manipulasi dan sebagainya aslkan mereka dapat berkuasa walau tergadai maruah diri,agama dan bangsa.
Sifat2 munafik pemimpin PAS sangat merbahaya dalam masyarakat.Tidak boleh dipercayai.Lain dimulut lain dihatinya.Musuh dalam selimut ,musang berbulu ayam kepada agama dan bangsa.Sikap mereka ini lebih merbahaya dari orang-orang kafir musuh yang nyata.
Sifat kemunafikannya begitu ketara dengan membuat rakyat berpecah belah dan ini sangat tidak baik kepada agama,bangsa dan negara.Segala seruan dan pengajaran yang diberi samada dari KalamNya mahupun hadis supaya mengikut jalan yang benar tidak mereka hiraukan.Apa yang ada dalam pemikiran hanya untuk menghancurkan pemimpin yang ada dan seterusnya berkuasa sehingga segala yang diharamkan dalam Al Quran dan hadis mereka permainkan.
Begitulah mendalamnya sifat munafik dalam hati mereka pemimpin dan pengikut PAS.Sifatnya suka menjilat dan pembohong dengan mengikut saja apa telunjuk DAP dan PKR.Mereka pemimpin mahu pun pengikut PAS sering memutar belitkan apa yang dikatakan oleh pemimpin2 UMNO lain yang dikata lain pula mereka pesongkan.
Allah SWT mengutuk mereka dengan terumbang ambing penuh kesesatan bersama DAP ibaratnya berdagang selalu rugi.
Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Fahamilah dan Halusilah segala yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam Al Quran mahupun Hadis.Bacalah dengan kusyuk dan penuh pemahaman gunakanlah akal yang diberi demi agama,bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment