Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.
PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam, Hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya. Itu asas kepada penyertaan ramai ahli PAS kerana mereka percaya PAS menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. PAS segala yang benar, dan UMNO segala yang salah.
Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--
Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.
Dipendekkan cerita, PAS semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan. Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 ahli Parlimen.
Malangnya itu bukan nawaitu mereka. Tidak, tujuan utama mereka menjadi Ahli Politik dan Pemimpin tidak langsung mahu menegakkan agama Allah. Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23PAS, 16PKR, 4BEBAS, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hokum Islam sebagai undang-undang Negara.
Saya yakin, jika ia dilakukan dengan ikhlas pasti berjaya, kerana ia boleh dilakukan secara satu persatu dan bukan seluruh hukum hudud. Contoh kecil, adalah mudah untuk mendapatkan sokongan MP bukan Islam untuk menangkap rakyat Islam yang tidak menunaikan Solat Jumaat justeru hukuman lebih berat bagi yang tertangkap lebih 3 kali. Bayangkan jika undang-undang syariah ini diiktiraf undang-undag sivil dan didokong oleh semua “enforcement”, bayang Negara Islam sudah terbit. Masalahnya adalah keikhlasan.
بسم الله الرحمن الرحيم
FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--
Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur.
Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan Negara Islam adalah menegakkan kebenaran an meruntuhkan penipuan. Benarkah Ahli PAS perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Dato Seri Nik Aziz dan Dato Seri Hadi Awang untuk mendesak Azmin menafikan tuduhan menjual Isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim? Mereka bertiga adalah orang Islam dan dituduh melakukan maksiat, dan mereka harus tampil membersihkan nama apa lagi mereka adalah pemimpin Islam.
Malah tuduhan ini melibatkan seorang anak yang tidak berdosa. Tidak mahukah pejuang Allah melihat kebenaran ditegakkan? Atau Pejuang PAS hanya memilih untuk menegakkan hukum Allah apabila ia memanfaatkan mereka sahaja. Beginikah ajaran Islam, jika ya maka saya berasa malu dengan agama Islam. Bangunlah Ketua Pejuang PAS yang sanggup baring di jalan untuk dilanggar kenderaan, kerana kebenaran itu amat hampir.
Kebenaran akan tuduhan Ummi Hafilda keatas Anwar, Azmin, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar adalah mudah untuk diurai. Lakukan ujian DNA keatas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Dato Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah.
Jika tidak cukup juga, Dato Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah diatas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu. Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain.
Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan Bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Dato Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya.
Bangunlah ahli PAS, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji ALLAH, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan Syurga anak gadis yang tidak berdosa itu..
Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin mereka terutama Nik Aziz menerima ajakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak PAS kembali bersatu dan bekerjasama dengan UMNO demi agama dan bangsa tanpa sebarang syarat.Perpecahan antara Islam tidak menguntungkan sesiapa pun,terutama orang Melayu Islam.Islam tidak mengajar umatnya berpecah belah sebaliknya bersatu dalam semua perkara yang baik.Letakan agenda agama Islam yang teratas dan bukannya kerana kuasa dan pengaruh untuk memerintah negara.
Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.. Bersatulah! wahai bangsaku..
Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah Shahih Bikhari yang bererti:--
Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).
Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.
Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar dan mengetahui tujuan sebenar mengapa DAP sanggup membantu PAS dalam memerangi UMNO.
PAS juga tahu bahawa musuh nombor satu DAP ialah UMNO. Sudah hampir lebih 50 tahun DAP cuba menghapuskan kuasa politik orang melayu/Islam. Pada PRU12 yang lepas mereka telah berjaya dalam misi nya. Kuasa politik melayu/Islam berpecah tiga.
Kuasa politik melayu hampir musnah di peringkat pusat. Tetapi mereka berjaya memusnahkan kuasa politik melayu/Islam dalam tiga buah negeri iaitu P Pinang, Perak dan Selangor.
Kaum melayu/Islam di negeri Perak bernasib baik kerana terselamat dari bencana buruk itu.
Kaum melayu/Islam tahu siapa itu DAP dan siapa UMNO. Sekarang kita sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(cina) dan UMNO(melayu/Islam). Malang sungguh bagi kaum melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisi ini. Sedangkan DAP(cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(cina).
Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.
Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.
FirmanNya dalam AT Taubah ayat 77-78 yang bermaksud :--
(Tingkah laku yang demikian) menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada hari mereka menemuinya (hari akhirat),kerana mereka memungkiri ikrar mereka dengan Allah dan juga kerana mereka berdusta.Apakah mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikkan mereka?.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal-hal ghaib.
No comments:
Post a Comment