Friday, May 20, 2011

Apakah Undang-undang negara begitu kecil pada seorang Anwar ???...


Jika di luar negara mereka yang akan diambil tindakan mahkamah akan mendapat layanan yang sama rata seperti pesalah-pesalah lainnya tidak kira apa pangkat dan kedudukannya.Berbeza dengan negara Malaysia pesalah yang ditangkap seolah mendapat perbezaannya bergantung kepada kedudukannya.Sebagai contoh Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi tuduhan meliwat masih lagi bebas keluar negara sedangkan pertuduhan keatasnya sedang dijalankan.Begitu juga beliau seolah mendapat keizinan untuk bergerak bebas keseluroh perusuk negara berceramah untuk meraih simpati dari rakyat dan menyalahkan badan kehakiman dan kerajaan.Begitu juga dalam kes video sexnya walaupun masih disiasat namun beliau mendapat kebebasan tanpa sekatan,ini berbeza dengan pesalah-pesalah lainnya dalam mahu pun luar negara.

Apakah sistem undang-undang negara mengamalkan pilih kasih atau takut kepada Anwar Ibrahim kerana kelantangannya yang suka memutar belitkan fakta.Jika beginilah sistem undang-undang negara,menunjukkan adanya masalah dalam perundangan.Ini tidak baik buat negara kita yang akan melangkah sebagai negara maju pada 2020 kelak.Bagaimana jika ada kes-kes berprofil tinggi seperti kes Anwar Ibrahim apakah mereka-mereka yang terdakwa akan diberi layanan istimewa seperti Anwar Ibrahim juga ?.

Bagaimana undang-undang negara yang begitu dipandang tinggi kini seolah dipandang remeh dan diperemehkan oleh mereka yang tertuduh seperti Anwar Ibrahim ?.Apakah maruah undang-undang yang telah digubal  baik selama ini hanya akan menjadi bahan ketawa oleh negara-negara luar kerana seorang Anwar ?.Apakah badan kehakiman akan mengikut saja rentak mereka menuduh bahawa undang-undang negara sangat rapuh dan mudah diperkotak-katikan ?.

Jika dulu zaman Tun Mahathir undang-undang negara begitu dihormati dan ditakuti samada oleh seluruh rakyat mahupun  rakyat asing.Kini semuanya berubah undang-undang negara tidak lagi dihormati dan ditakuti dan sering dipermainkan, seolah negara ini tidak mempunyai undang-undang ataupun undang-undang negara ini hangat-hangat tahi ayam saja.Mereka yang bersalah seolah tidak takut kepada undang-undang negara kerana mereka tahu bahawa pengamal undang-undang negara tidak akan mengambil apa-apa tidakkan kepada mereka kerana takut dikeritik.

Di manakah maruah undang-undang negara jika tidak dilaksanakan dengan betul dan tegas ?.Apakah maruah undang-undang negara begitu kecil sehingga tidak berani bertindak tegas terhadap pesalah seperti Anwar Ibrahim ?.Ingatlah sesuatu negara itu akan berdaulat jika undang-undang negara dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab dan tegas tanpa mengira pangkat,kedudukan mahupun derajat seseorang itu.Janganlah sampai undang-undang negara hanya tinggal nama saja undang-undang tapi tidak dilaksanakan dan jangan sampai undang-undang negara di anggap sebagai sampah.Jangan jadi bacul...Ingatlah undang-undang negara merupakan maruah negara.Bertegaslah! wahai pengamal undang-undang demi menegakkan maruah undang-undang negara.

No comments:

Post a Comment