Monday, May 23, 2011

Demi Yassin intipati Al Quran bertaubatlah kembalilah ke Pangkal Jalan fikirkan demi agama,bangsa dan negara..

س . والقرءان الحكيم Apakah masih ada harapan untuk pemimpin2 PAS dan pengikut nya bertaubat dan kembali ke pangkal  jalan..انك لمن المرسلين.Untuk menerima kebenaran dalam segala tindak tanduknya.على صرط مستقيم.Demi agama dan bangsa mengikut jejak langkah UMNO menegakkan agama di persada dunia dan memertabatkan bangsa seiring dgn bangsa2 lain serta memajukan negara bertaraf dunia.


Mahukah PAS meninggalkan DAP yang bermuka-muka semata untuk menghancurkan perpaduan Melayu dan seterusnya berkuasa dan menguasai politik tanah air ini?.Maruah agama dan bangsa akan terhina dan dihina jika mereka berkuasa sedarlah..Apakah PAS tidak sedar bahawa mereka selama ini dipergunakan ?. Apakah PAS tidak sedar bahawa selama ini mereka telah terkeliru oleh bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan dan menjadikan PAS sebagai keldai tunggangan untuk melemahkan Islam dengan meruntuhkan perpaduan sesama Islam itu sendiri.


Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.



لقدحق القول على أكثرهم فهم لايؤ منون  Masih berimankah mereka pemimpin-pemimpin (PAS) jika mendahului Allah dan NabiNya memutuskan seseorang itu tidak akan masuk surga jika tidak mengundi mereka.Apakah pemimpin2 PAS seperti Nik aziz dan Hadi Awang setaraf dengan Nabi dan apakah mereka mendapat wahyu dari Allah dengan mengeluarkan fatwah-fatwah yang begitu mengelirukan ?.Bukankah ini semata untuk tujuan memecahbelahkan sesama Islam dan semata untuk memancing undi semata untuk berkuasa.Kini mereka bersetongkol dengan DAP bagi memastikan mereka beroleh kuasa.Sedangkan tanpa mereka sedar telah membantu musuh Islam dan bangsa untuk berkuasa dan seterusnya akan menghancurkan Islam itu sendiri.


Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata



ويقولون متى هذاالوعدان كنتم صدقين  Apakah mereka (PAS) tidak memikirkan bahawa segala fatwah yang dikeluarkan itu begitu menyesatkan tetapi bagi sebahagian penyokong mereka mengatakan ianya benar.Mereka sebenarnya telah buta atau telah dibutakan mata,hati dan pendengarannya oleh Allah untuk menerima kebenaran dan hanya mengiakan saja apa saja kata-kata pemimpin mereka di sebabkan terlalu taksub.Fikirlah dengan baik kembalilah kepangkal jalan demi agama,bangsa dan negara.Janganlah kerana tamakkan kuasa dan keduniaan sanggup melakukan apa saja walaupun tergadai maruah diri.maruah agama dan maruah bangsa.Ingatlah hidup ini hanya sekali akhiratlah tempat kekal abadi.

Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan hanya kepadaNyalah kita sembah dan kita memohon pertolongan.Cukuplah hanya Allah yang menjdi wakil kepada kita dan janganlah sekali-kali kita melebihi segala kekuasaan Allah SWT dan NabiNya..Berdoalah kepadaNya..

Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari tertimpanya kesukaran dan cemuhan iaitu ejekan dari musuh-musuh Mu.Wahai Zat yang kekal lagi sentiasa berdiri sendiri.Wahai yang mempunyai kebesaran dan kurnia.Wahai Tuhan kami lenyapkanlah segala kepayahan pemimpin2 kami yang telah bersusah payah demi menegakkan agama mu,bangsa dan negara dari cercaan kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, taufik dan hidayah agar dapat memimpin kami semua kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.Ya Allah aman damaikankanlah negara kami dan hancurkanlah segala musuh2,pengkianat2 yang cuba menghancurkan negara kami..Ya Tuhan kami lenyapkanlah dari kami azab dunia dan akhirat sesungguhnya kami orang-orang yang beriman.Amin..Amin..Ya Rabbal a'lamiin..

No comments:

Post a Comment