Ketika PAS mula mengkafirkan UMNO pada tahun 1963 dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999).
Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan dan sesuai dengan maksud ayat al-Quran “KHUSYUBUN MUSANADAH” yang disebut dalam ayat 4 surah al-Munafiqun sebagaimana maksudnya: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan dan tingkah laku mereka; iaitu badan mereka yang segak, pakaian mereka semacam orang Islam tulen, dan tutur kata mereka pula yang manis serta senyuman mereka yang menawan; dan apabila mereka berkata-kata di dalam majlis perjumpaan denganmu, engkau juga tertarik hati mendengar tutur katanya, lantaran manis dan petah bercakap mengenai ayat al-Quran dan Hadith. Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar di tepi-tepi dinding, batang-batang kayu yang tidak mempunyai akar atau tunjang dan tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki, bahkan selalu berputar belit hukum-hakam dan kerja-buat mereka. Dalam hal ini mereka tidak ubahnya seperti bayang-bayang kosong sahaja. Kerana merasai bersalah, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga menyangka tiap-tiap jeritan atau riuh rendah yang didengar oleh mereka, adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, oleh itu berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka daripada rahmat-Nya. Pelik sungguh! Bagaimana mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya sendiri daripada kebenaran? (KEFAHAMAN AYAT (4) AL-MUNAFIQUN)
Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan Nik Aziz telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, walau bagaimana pun kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. Kerana dulu orang Pas kata menyokong UMNO menjadi Kafir, kini telah berubah menjadi sesat atau tidak akan masuk syurga sahaja. Yang anehnya ada manusia yang boleh percaya hukum tersebut sedangkan syurga atau neraka bukan hak mutlak kepunyaan Nik Aziz. Apakah kerana telah terlajak mengatakan UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC dan setelah melihat kejayaan yang dicapai UMNO memerintah maka PAS sanggup bersetongkol dengan DAP dan sanggup menjadi lampin pakai buang kepada DAP dan menjilatl kembali najis yang telah dicurahkannya..
Firman Allah yang bermaksud: Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau beragama Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa Yang kamu katakan itu adalah tidaklah benar), bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya melalui agama Islam) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Ayat 111 & 112 surah al-Baqarah)
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.
Dalam soal dosa mahupun pahala itu semua adalah kerja Allah.Kita sebagai manusia tidak berhak menentukan dosa atau pahala seseorang.Apa yang perlu kita hanya berdakwah dan memperbetulkan jika ada berlaku perkara-perkara yang mungkar.Begitu juga kita tidak boleh menghukum seseorang itu kafir atau sebagaimana pun sedangkan orang itu masih lagi taat pada Allah dan menjalankan perintahNya.Ingatlah kita ini hanya manusia yang tidak ada sedikit pun hak untuk menentukan pahala,dosa,surga dan neraka kepada sesiapa saja.Itu semuanya kerja Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dalam soal menjatuhkan hukum bahawa seseorang itu layak atau tidaknya mendapat surga mahu pun neraka junjungan kita Nabi Muhammad saw pun tidak pernah menghukum seseorang itu,apa lagi kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan.Begitu juga Rasulullah saw melarang kita semua dari mengatakan seseorang itu kafir pada hal mereka itu masih beriman kepada Allah.Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam kerana itu adalah sumpahnya untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam.Ingatlah dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukannya dengan nafsu bisikan syaitan yang menyesatkan melalui mereka yang telah disesatkannya.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin HamPAS yang kononnya berjuang untuk Islam menerima saranan UMNO untuk bersatu dan mencontohilah peribadi Nabi Muhammad saw sehingga beliau begitu dihormati dan disanjungi sehingga saat ini.Nabi saw begitu ramah tamah dan lembut sikapnya terhadap orang-orang mukmin.Nabi saw juga besikap tidak kasar dan tidak kesat hati,selalu berlapang dada.Suka bermusyawara dalam segala urusan.Begitu juga dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Al Quran dilakukannya dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi sehingga orang2 mukmin keluar dari gelap gelita kemusrikan kepada terang cuaca keimanan.Begitu juga Nabi saw meminta umatnya agar bersatu.Namun begitu bertentangan pemimpin-pemimpin HamPAS yang tingkah lakunya, percakapan langsung tidak mencerminkan Islam.Mereka selalu berdolak-dalik dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama,jika mereka yang menjatuhkan hukum mereka melanggarnya dengan penuh tipu daya semata untuk tujuan kemenangan politik mereka.
Sebenarnya PAs berada dalam pada tahap yang amat lemah sekarang ini.Pelbagai masalah dalaman parti dan pakatan pembangkang sebenarnya melemahkan mereka.Dari beberapa insiden yang lalu penyatuan PAS dan DAP telah menyerlahkan kepada rakyat akan siapa sebenarnya PAS.Jika difikir secara logik ini sebenarnya sangat menguntungkan kepada UMNO / BN kerana mereka boleh mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai penyokong untuk menyokong mereka.
Walaupun hakikatnya UMNO boleh menarik lebih ramai penyokong untuk menyokong mereka namun kesedaran perjuangan yang diamalkan selama ini demi bangsa dan agama,pemimpin-pemimpin UMNO memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan hati yang tulus iklas mempelawa PAS untuk menyertai UMNO.Untuk menjemput PAS bergabung adalah sesuatu yang sukar kerana keegoan pemimpinnya.
Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin mereka terutama Nik Aziz menerima ajakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak PAS kembali bersatu dan bekerjasama dengan UMNO demi agama dan bangsa tanpa sebarang syarat.Perpecahan antara Islam tidak menguntungkan sesiapa pun,terutama orang Melayu Islam.Islam tidak mengajar umatnya berpecah belah sebaliknya bersatu dalam semua perkara yang baik.Letakan agenda agama Islam yang teratas dan bukannya kerana kuasa dan pengaruh untuk memerintah negara.
Sepatutnya sebagai parti yang memperjuangkan Islam,apabila seseorang menghulurkan perdamaian maka sambutlah tangannya dengan erat.Pintu untuk bersatu terbuka luas-seluasnya dan tiada siapa yang rugi jika perdamaian diterjemahkan dalam erti kata yang sebenarnya.Iklas tanpa syarat.
Ingatlah jangan bermimpi di siang hari untuk mengatasi bangsa lain jiki bangsa sendiri masih terkial-kial untuk bersatu.Bersatulah demi agama Islam dan bukannya bersatu kerana agenda politik yang sempit.Dalam kontek ini orang Melayu Islam perlu bersatu kerana terlalu banyak agenda utama yang perlu diselesaikan bersama.Terutama sekali dalam menyelesaikan masalah ilmu pengetahuan dan ekonomi di kalangan orang Melayu Islam.Ingatlah pengetahuan dan ekonomi adalah tunjang kekuatan umat Islam terdahulu mahu sekarang ini.
Cuba kita lihat dipentas dunia antarabangsa,kini umat islam begitu mudah diperkotak-katikkan.Tentera-tentera kafir begitu mudah membunuh orang Islam dengan senjata mereka dengan menjadikan umpan Al Qaedah dengan menghalalkan serangan terhadap orang Islam.Propaganda yang dilakukkan oleh pehak kafir mengsikkan penduduk dunia. Yang menyedihkan lagi umat Islam itu sendiri terpengaruh dengan segala propaganda tersebut.Ini juga tidak terkecualinya di negara kita dimana PAS begitu mudah termakan oleh propaganda yang dipermainkan oleh DAP. Sepatutnya apa yang terjadi di pentas antarabangsa membuka mata kepada PAS agar bersatu dengan UMNO agar umat Islam tidak menjadi lemah khas di negara ini.
Buangkanlah yang keruh dan ambilah yang jernih marilah kita bersatu demi agama Islam dan bangsa Melayu amnya. Marilah bersatu tanpa ada apa-apa syarat,bersatulah dan berpadulah sesama sendiri agar lebih kuat dan mantap.
بسم الله الرحمن الرحيم
FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--
Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur."
Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?..
Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah Shahih Bikhari yang bererti:--
Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).
Pemimpin-pemimpin Parti pembangkang terutama DAP,PKR dan PAS mula mempermainkan sentimen perkauman demi untuk mendapatkan kuasa memerintah.PAs yang semakin mirip Puak Khawarij mengunakan agama untuk menjatuhkan pemerintahan Islam yang diketuai oleh UMNO.Mereka sanggup memutar belitkan agama dan melagakan sesama Islam dengan tidak mengiktiraf negara sebagai salah satu negara Islam.Ini semua dilakukan oleh PAS kerana dendam dan kuasa.
Parti PKR pula menggunakan segala dakyah,pembohongan,fitnah dan pelbagai propaganda untuk menghancurkan kerajaan semata untuk memperjuangkan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.DAP yang merasa begitu berkuasa pula memperkudakan PKR dan PAS untuk menguasai negara dengan berperanan menghasut kaum Cina untuk membenci kerajaan dengan meniupkan sentimen perkauman.
Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.Ingatlah jangan kita meniupkan perkauman di negara yang berbilang kaum semata kerana kemaruk nak berkuasa.Fikirkanlah.
KALAU BENDA CMNI, X BYK PLAK ORG KOMEN..CUBA KALAU BAB MENGATA...
ReplyDelete