Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.
Dalam soal dosa mahupun pahala itu semua adalah kerja Allah.Kita sebagai manusia tidak berhak menentukan dosa atau pahala seseorang.Apa yang perlu kita hanya berdakwah dan memperbetulkan jika ada berlaku perkara-perkara yang mungkar.Begitu juga kita tidak boleh menghukum seseorang itu kafir atau sebagaimana pun sedangkan orang itu masih lagi taat pada Allah dan menjalankan perintahNya.Ingatlah kita ini hanya manusia yang tidak ada sedikit pun hak untuk menentukan pahala,dosa,surga dan neraka kepada sesiapa saja.Itu semuanya kerja Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dalam soal menjatuhkan hukum bahawa seseorang itu layak atau tidaknya mendapat surga mahu pun neraka junjungan kita Nabi Muhammad saw pun tidak pernah menghukum seseorang itu,apa lagi kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan.Begitu juga Rasulullah saw melarang kita semua dari mengatakan seseorang itu kafir pada hal mereka itu masih beriman kepada Allah.Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam kerana itu adalah sumpahnya untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam.Ingatlah dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukannya dengan nafsu bisikan syaitan yang menyesatkan melalui mereka yang telah disesatkannya.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin HamPAS yang kononnya berjuang untuk Islam menerima saranan UMNO untuk bersatu dan mencontohilah peribadi Nabi Muhammad saw sehingga beliau begitu dihormati dan disanjungi sehingga saat ini.Nabi saw begitu ramah tamah dan lembut sikapnya terhadap orang-orang mukmin.Nabi saw juga besikap tidak kasar dan tidak kesat hati,selalu berlapang dada.Suka bermusyawara dalam segala urusan.Begitu juga dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Al Quran dilakukannya dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi sehingga orang2 mukmin keluar dari gelap gelita kemusrikan kepada terang cuaca keimanan.Begitu juga Nabi saw meminta umatnya agar bersatu.Namun begitu bertentangan pemimpin-pemimpin HamPAS yang tingkah lakunya, percakapan langsung tidak mencerminkan Islam.Mereka selalu berdolak-dalik dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama,jika mereka yang menjatuhkan hukum mereka melanggarnya dengan penuh tipu daya semata untuk tujuan kemenangan politik mereka.
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--
Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.
Ingatlah jika hendak berdakwah lakukanlah dengan penuh iklas semata kerana Allah bukannya dengan mengharapkan balasan seperti yang dilakukan oleh HamPAS-HamPAS yang berjuang demi kerana kuasa sehingga sanggup memutar belitkan segalanya asalkan mereka mendapat sokongan.Fikirkanlah demi Islam bukan sekadar memancing undi.. ketepikanlah politik..ketepikanlah keduniaan..berdakwahlah dengan penuh tulus iklas bukan kerana kuasa..apa yang penting bersatulah demi maruah Islam..Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..
No comments:
Post a Comment