Friday, April 29, 2011

Ingat Sejarah ..Pelajari dan Halusilah Tragedi 13 Mei 1969.. Jangan tiupkan Sentimen Perkauman...



Negara kta telah terjajah selama 446 tahun lamanya.Selama itulah otak anak bangsa kita telah dijajah dan diperbodohkan oleh bangsa asing segala hasil bumi dan kekayaan negara mereka rampas.Selama itulah anak bangsa kita telah menjadi hamba di negara sendiri.

Kini negara kita telah merdeka dan terlepas dari cengkaman penjajah.Negara kita telah merdeka hasil dari pengorbanan pejuang-pejuang yang berhempas pulas mengorbankan nyawa,harta benda semata ingin memastikan jenerasi akan datang dapat dibebaskan dari dijajah.Setelah 54 tahun merdeka segala pengorbanan pejuang negara telah menampakkan hasil,kini negara kita semakin makmur dan menuju kearah negara maju hasil dari pemerintahan kerajaan yang begitu mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat dan negara.

Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah Shahih Bikhari yang bererti:--

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum). 


Pemimpin-pemimpin Parti pembangkang terutama DAP,PKR dan PAS mula mempermainkan sentimen perkauman demi untuk mendapatkan kuasa memerintah.PAs yang semakin mirip Puak Khawarij mengunakan agama untuk menjatuhkan pemerintahan Islam yang diketuai oleh UMNO.Mereka sanggup memutar belitkan agama dan melagakan sesama Islam dengan tidak mengiktiraf negara sebagai salah satu negara Islam.Ini semua dilakukan oleh PAS kerana dendam dan kuasa.

Parti PKR pula menggunakan segala dakyah,pembohongan,fitnah dan pelbagai propaganda untuk menghancurkan kerajaan semata untuk memperjuangkan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.DAP yang merasa begitu berkuasa pula memperkudakan PKR dan PAS untuk menguasai negara dengan berperanan menghasut kaum Cina untuk membenci kerajaan dengan meniupkan sentimen perkauman.

Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.Ingatlah jangan kita meniupkan perkauman di negara yang berbilang kaum semata kerana kemaruk nak berkuasa.Ada otak fikir,ada akal guna,ada mulut kunyah.ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

No comments:

Post a Comment