Malaysia sebuah negara Islam yang mengamalkan Islam secara sederhana dengan membenarkan rakyat yang lain dari Islam bebas beragama di sebabkan rakyatnya yang berbilang kaum.Pendekatan yang dibuat oleh kerajaan ini bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara terjamin.Oleh itu sesiapa saja bebas dan terjamin untuk beribadat dengan tenang tanpa merasa takut atau terancam.
Namun pendekatan yang telah dibuat oleh kerajaan ini sering disalah ertikan oleh mereka-mereka yang kecewa dengan mengadu domba dan perkauman. Ini sebenarnya tidak baik untuk rakyat dan negara.Di dalam islam sendiri peranan masjid sering disalah gunakan oleh mereka yang mengunakan Islam sebagai landasan politik.Sepatutnya masjid digunakan untuk tempat beribadat bagi umat Islam dan berperanan sebagai jambatan perhubungan penyatuan ummah bukannya untuk berpolitik atau sebagai tempat memecah belahkan ummat.
Fungsi masjid adalah untuk mencari ketenangan dengan beribadat dan mendapatkan kekusyukhan di samping merapatkan lagi perpaduan Islam bukannya dijadikan pentas politik yang akan menyebabkan perpecahan kerana berlainan fahaman politik.Ingatlah Allah serta Rasulnya amat benci kepada perpecahan sesama umat Islam.Mahu pun Al Quran dan Hadis Nabi tetap melarang keras umatnya dari berpecah belah.
Firman Allah dalam Ali IMran ayat 103 yang bererti :--
Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika dulu kamu bermusuhan.Lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga nikmatnya kamu bersaudara. Sedangkan kamu berada dianjung neraka.Lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikanlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayatNya agar kamu mendapat petunjuk.
Perpecahan Islam disebabkan oleh fahaman politik sebenarnya telah berlaku sejak dari 37 hijrah dalam perang Siffin antara kumpulan Saidinah Ali dengan kumpulan Muawiyah.Berlakunya ini bukan berpunca dari soal agama sebaliknya soal politik.Berlakunya rebutan kuasa dan perkauman.seperti menurut Sheikh Ali al Nadwi dan Sheikh Arsalan juga berpendapat bahawa pepecahan ini adalah disebabkan oleh fahaman politik.
Mengikut pendapat mereka yang ariffin dalam soal Islam antara sebabnya berlaku perpecahan adalah disebabkan oleh beberapa faktor penyumbang :--
1.Wujudnya ulamak yang menyeleweng akidahnya.Dengan mengajar dan memberi fatwa-fatwa yang memesongkan. Setiap yang berlaku perpecahan dalam Islam pasti akan ada ulamak yang menjadi pemimpinnya dalam membentuk hala tuju kumpulantersebut dengan memberi segala fatwa agar mereka saling bercakaran sesama sendiri.Inilah yang paling di takuti dalam Islam iaitu peranan ulamak yang telah disesatkan oleh Iblis laknatullah.
2.Kejahilan yang semakin berleluasa dimana umat Islam tidak faham akan mengikut saja apa yang diajar tanpa memahami kerana kecetekan ilmu mereka.Mereka ini akan mengikut dengan tanpa memikirkan akan kebaikan atau keburukan yang akan berlaku kelak.Mereka ini mudah menjadi pengikut yang taksub menurut dengan membabi buta sahaja.
3.Mereka tidak faham akan maksud sebenar isi kandung Al Quran dan Hadis secara tepat.Mereka akan mengunakannya untuk meraih sokongan dan sebagainya.Jika mereka faham pun mereka akan memutar belitkannya demi keuntungan mereka.Ini adalah sangat bahaya kepa umat Islam dan agama Islam itu sendiri.
4.Di sebabkan oleh tuntutan Hawa nafsu dan tuntutan fahaman politik.Mereka ini biasanya termakan oleh nafsu besar untuk berkuasa dan juga untuk memenuhi impian politik mereka.Dalam soal ini mereka sanggup memperkudakan Islam asalkan apa yang mereka inginkan tercapai.
5.Tertanamnya sifat Hasad dengki yang semakin menebal.Mereka ini adalah golongan yang sangat membenci jika ada yang lebih dari mereka.mereka ini tidak boleh hidup senang selagi tidak dapat apa yang mereka citakan.Sebenarnya mereka ini dengki dengan kurnia Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih antara hambaNya.
6.Mereka yang suka kepada benda-benda yang bidaah dan khurarat.
7.akal yang melebihi nas-nas dan syarak.Kebanyakan mereka suka mengunakan akal fikiran yang telah terhasut oleh Iblis dalam banyak perkara terutama dalam mengeluarka apa yang dikatakan fatwa dan sebagainya tanpa mengikuti nas-nas mahupun syarak.
8.Menyebarkan dakyah-dakyah palsu,fitnah dan sebagainya semata untuk mendapatkan apa yang dihajatkan.. ini sangat merbahaya bukan saja pada diri malahan agama dan bangsa.
9.Pengaruh luar juga memainkan peranan dalam perpecahan umat ini.Mereka datang dalam pelbagai cara semata hendak melihat umat kita berpecah belah.
10.Isue Perkauman juga boleh membawa perpecahan dalam umat Islam.
Fikirkanlah tidak ada gunanya kita bercerai berai kerana fahaman politik yang begitu sempit.Apa yang perlu marilah kita bersatu demi agama,bangsa dan negara.Marilah kita bersatu dalam apa jua untuk memertabatkan agama Islam di dalam negara mahupun di pentas antarabangsa.Bersatulah dalam 1 Malaysia.Ingatlah jenerasi akan datang yang akan menyambung segala perjuangan yang tidak ada hujungnya.Bersatulah!..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...
No comments:
Post a Comment