Thursday, April 14, 2011

Al Quranul Karim menjadi petunjuk kepada mereka yang menjual diri,agama,bangsa dan negara...Petunjuk kepada mereka yang takwa..

                                 بسم الله الرحمن الرحيم

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur."

Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.

FirmanNya dalam Al Baqarah ayat 90 yang bererti :--

Alangkah jahatnya (tindakan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) yang diturun Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda.Dan untuk orang-orang yang kafir siksaan yang menghinakan (amat berat).

Apabila disebut kafir saja kita mula memandang orang-orang Cina,India dan sebagaianya.. Kafir / kafirun bermaksud ingkar.sebenarnya kita yang ingkar dengan segala firmanNya.Kita ingkar dengan kurniaNya keatas negara ini yang telah diberi begitu banyak keistimewaan berbanding negara-negara lain di dunia ini.

Kita Ingkar dengan menentang kurnia Allah menjadikan negara ini begitu aman, damai,makmur,maju jaya dan rakyatnya hidup dalam keadaan bersatu dan rukun.
Kita ingkar dengan menentang kurnia Allah dengan membuat pelbagai kemusnahan yang telah ada dengan menghasut,memfitnah,propaganda dan pelbagai perkara semata untuk mendapat nama atau kuasa.

Janganlah kita menjadi hambaNya yang menderhaka dengan mengingkari segala kurniaNya keatas negara ini dengan membuat pelbagai olah semata untuk mendapat kuasa.Ingatlah wahai hamba-hamba Allah segala apa yang ada pada kita termasuk dunia ini hanya sementara saja,akhiratlah tempat yang kekal abadi oleh itu janganlah kita berasa dengki dengan kurnia Allah.Janganlah kita menjual diri, maruah agama,maruah bangsa dan maruah negara semata dengki dengan kurnia Allah kepada sesiapa dikalangan hambaNya.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri, keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

 

No comments:

Post a Comment