Thursday, March 10, 2011

Zaman telah berubah tahap pemikiran pemimpin PAS yang tidak mahu berubah.


PAS hanya sebuah parti politik,apa yang diperjuang tidak lebih hanya untuk mendapatkan pengaruh dan seterusnya bercita2 untuk mendapat kuasa memerintah.PAS juga seperti parti2 politik yang lainnya cuma yang membezakannya mempergunakan agama untuk meraih sokongan.Namun pengunaan agama oleh PAS tidak di landasan yang betul.Pemimpin2 PAS yang sering memutar belitkan Al Quran dan hadis bila merasa akan mendapat keuntungan bagi pehak mereka.Begitu juga para pemimpinnya sanggup sewenang-wenangnya mengeluarkan apa yang dikatakan fatwa oleh pengikutnya tanpa memikirkan kesan disebalik fatwa2 tersebut. Agama Islam yang konon diperjuangkan hanya sekadar satu tunggangan untuk meraih simpati dan mengkelabui mata pengundi sahaja.
Di tambah dengan sikap penyokongnya yang taksub dan agresif,penyokongnya yang sering bertindak melulu yang mana tidak menunjukan imej agama yang mereka bawa.Jika berkempen atau bersyarah terjerit-jerit memaki hamun,memfitnah dan melakukan pembohongan tanpa segan silu.Mereka pemimpin PAS juga sangat suka melabel seseorang pemimpin yang mereka tidak suka dan menyerang peribadi pemimpin tersebut sama ada betul atau tidaknya.
Sikap pemimpin2 PAS yang tidak mengawal segala tindak tanduk penyokong mereka menjadikan penyokong mereka seolah-olah tidak bertemadun sehingga sanggup bertindak liar dan di luar dugaan.Pemimpin2 mereka juga gagal dalam membentuk penyokongnya menjadi lapisan masyarakat yang disenangi lapisan masyarakat. Dimana pengikut2 mereka kurang bermasyarakat dan hanya bergaul sesama mereka sahaja.Adakalanya segelintir dari penyokong mereka sesama keluarga pun tidak bertegur sapa.Ini semua adalah disebabkan pemimpin mereka mengeluarkan fatwa2 yang boleh menjadikan masyarakat berpecah belah.Apakah ini yang diajar dalam Islam.
Demi untuk mengkelabui mata2 pengundi atau mendapat sokongan dari kaum lain terutama masyarakat Cina pemimpin2 PAS kini sanggup mengadaikan maruah perjuangan mereka berkerjasama dengan DAP.Jika dulu mereka sanggup mengkafirkan orang-orang UMNO kerana berkerjasama dengan MCA kini mereka juga berada pada landasan yang sama.Yang lebih buruk lagi DAP yang mereka sanjung hari ini merupakan musuh Islam kerana mereka secara terang-terang menolak Islam.Walau ditentang oleh segelintir penyokong mereka namun pemimpin2 PAS tetap meneruskan agenda mereka tanpa memperdulikan akibatnya di masa akan datang.
Sikap berdolak dalih pemimpin PAS dalam segala hal juga menjadikan parti itu kini semakin hilang serinya.Semakin ramai ahlinya keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan kepada pemimpin2 parti yang tidak mahu mendengar pendapat yang lain.PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dengan para pemimpin dan penyokongnya berpakaian jubah,berlitup dan berkopiah tidak lansung melambangkan apa yang mereka pakai.Mereka pandai berlakun dengan berpakaian begitu menunjukan yang mereka kononnya alim kepada masyarakat namun hakikatnya tahi masih berselepat di ponggong tapi mulut dah mengunyah itulah pemimpin dan penyokong PAS.Apa yang keluar dari mulut pemimpin2 PAS tidak pernah sama,hari ini kata begini besuk mereka akan belitkan begitu pula.Mereka pandai berlakun, petah bercakap dalam segala hal, agama dijadikan mainan dan taruhan untuk meraih sokongan pengundi.
Demi kemaruk untuk berkuasa pemimpin2 PAS sanggup melakukan apa saja agama dan bangsa sanggup digadaikan asalkan dapat berkuasa.Mereka juga sanggup menghalalkan apa saja asalkan cita2 mereka tercapai walau pun bertentangan dengan hati nurani mereka.Namun penyokong kini lebih tahu menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu intan.Cara2 dalam PAS untuk menarik hati pengundi sebenarnya sudah basi dan ketinggalan zaman.Zaman telah berubah dan sudah sepatutnya tahap pemikiran pemimpin2 PAS juga berubah.

No comments:

Post a Comment