Panjat itu pokok tara potong kapala..mungkin jenerasi sekarang tidak faham apa yang berlaku sekitar 1942 hingga 1945.Namun itulah yang dialami mungkin oleh Ibu bapa,datuk nenek kita yang hidup semasa era perang dunia pertama.Betapa azabnya mereka yang mengalami penghidupan yang serba kekurang,bunyi letupan senjatapi sering kedengaran di sana sini.Lapar ni sudah menjadi sebahagian dari kehidupan mereka,beras untuk masak makan keluarga pun tak ada.Jika ada pun habis dirampas oleh askar2 Jepun,untuk mengelakan dari kebulur maka ubi kayu dan buah pisanglah yang menjadi santapan sekeluarga.
Jika askar-askar Jepun tahu bahawa ada keluarga yang menyimpan beras lebih maka akan dirampasnya.Tendang terajang askar-askar Jepun ni dah jadi asam garam penduduk pada masa itu.Ada pula sebahagian penduduk yang menjadi talibarut Jepun mengadu itu mengadu ini asalkan mendapat habuan perut mereka.Mungkin tidak boleh disalahkan sangat talibarut tersebut,keadaan dan waktu itu memungkinkan seseorang melakukan sesuatu untuk mendapatkan sedikit beras untuk menampung diri dan keluarga dari kelaparan.
Talibarut-talibarut Jepun pada masa tu ramai dan berkeliaran merata kampung dan bandar,jika ada saja maklumat maka mereka akan segera memberitahu kepada Jepun dan dapatlah sedikit habuan berupa beras dan sedikit wang.Mereka yang kononnya bersalah akan ditangkap penampar,penerajang Jepunlah jawabnya.Mereka yang dikatakan bersalah akan dihukum mengikut cara Jepun yang kejam ada yang kena penjara,pancong,ada yang kena minum air sabun dan dihantar menjadi hamba kerahan untuk membina laluan keretapi.
Jika lalu saja askar Jepun depan mata kena beri hormat,tunduk kalau tak tunduk alamat kena penampar Jepunlah.Jika askar2 Jepun nampak saja basikal maka dirampasnya kerana pada masa itu basikal merupakan kenderaan yang penting.Ibu bapa yang mempunyai anak2 gadis sentiasa duduk dalam ketakutan,bimbang anak gadisnya dilarikan Jepun untuk menjadi habuan nafsu buas mereka.Bagi yang ada anak lelaki pula bimbang jika anak2 mereka akan ditangkap dan dijadikan askar kerahan atau pun polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidam.
Yang paling ditakuti oleh penduduk pada masa itu adalah kerahan menjadi buruh paksa membuat landasan keretapi.Suami-suami dan pemuda-pemuda akan ditangkap untuk dijadikan buruh dan dihantar kemerata tempat dan negara untuk membena landasan keretapi yang menjadi sistem penggangkutan utama pada masa itu.Untuk mengelakan inilah maka semakin ramai yang menjadi talibarut semata kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan penderitaan orang lain.Mereka-mereka yang bekerja dengan Jepun ini akan dibayar samada dengan beras atau duit pokok pisang.Duit cop pokok pisang ni tidak ada harga kerana dicetak tanpa hadnya,nilainya besar namun tidak laku berbanding mata wang British pada masa itu.
Kekejaman Jepun pada masa penaklukannya di Tanah Melayu begitu menakutkan,Jika seseorang itu didapati bersalah tanpa dibicara akan dihukum.Jika dihukum pancong mereka akan mengorek kubur sendiri dan berlutut depan kubur dengan tangan yang diikat kebelakang dan tuss bercerailah kepala dari badan.Kesalahan yang paling berat pada masa itu jika memiliki radio,jika tertangkap je pasti dipancong atau dijadikan buruh paksa / kerahan dan dihantar ke Burma.Biasanya mereka akan menangkap sesiapa yang memiliki radio dari maklumat talibarut-talibarut yang berkeliaran keliling kampung dan bandar.
Pada masa Jepun menduduki Tanah Melayu ini mereka juga melarang penduduk dari berkumpul melebihi 5 orang,jika didapati berkumpul maka mereka akan ditangkap dan tanpa dibicarakan akan dihukum.Boleh dikatakan kebanyakan hukuman yang mereka lakukan tanpa melalui perbicaraan.Terlalu ramai orang-orang yang tidak berdosa yang menjadi mangsa kekejaman Jepun dan talibarut-talibarutnya.Mungkin ada segelintir yang tidak percaya akan kekejam Jepun ini seperti yang dipaparkan oleh filem arahan P.Ramlee menerusi Sarjan Hassan namun itulah hakikatnya.
Pernah sekali tu menurut aruah ayah saya seorang lelaki dituduh menyorokan beras,jika tidak mengaku dipaksa minum air sabun kemudian perutnya dipijak supaya mengaku. Ada yang kena paksa memanjat pokok kelapa, ambil kelapa muda untuk menjadi santapan askar2 Jepun.Kadangkala ada lucunya mereka yang tidak tahu memanjat pokok kelapa, takut kena pancong kepala tiba2 boleh memanjat tapi tidak tahu turun pun ada.
Yang paling menyedihkan menurut aruah bapa ada seorang lelaki kena fitnah melawan Jepun kena tangkap,diikat tangannya disepak terajang depan mata penduduk darah bersembur merata tanah kemudian diseret macam binatang kemarkas mereka,sehinggalah kehari ini tidak tahu apa yang terjadi kepada orang tersebut kerana tidak ada khabar beritanya.Terlalu banyak kekejam,penginayaan yang dilakukan oleh tentera Jepun dan talibarut-talibarutnya terhadap penduduk Tanah Melayu pada masa itu.
Cerita tentang kekejaman tentera Jepun dan talibarutnya ini saya kongsikan bersama bukan untuk tujuan menghasut dan menakut-nakutkan cuma untuk berkongsi cerita sahaja dengan teman-teman FB.Apa yang saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu samada dari mulut kemulut atau dari catatan sejarah.Dan saya juga sering mendengar cerita ini bukan saja dari aruah bapa namun juga mereka yang mengalaminya.Apa yang saya hendak kongsikan disini betapa buruknya sikap mementingkan diri segelintir orang2 melayu yang sanggup mengadai maruah diri,bangsa dan agama kerana sedikit imbuhan.Oleh itu marilah kita sama-sama menjauhkan diri kita dari sifat-sifat tersebut demi untuk keharmonian bersama.Janganlah kita ikutkan hawa nafsu kerana tamakkan harta dunia,wang pangka,kedudukan,keistimewaan,derajat dan kuasa kita menjadi buta segalanya demi mengikut desakan nafsu sarakah yang menguasai kita.Fikirkanlah...ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama dan negara jangan gadai..
No comments:
Post a Comment