Monday, March 28, 2011

Bersatu Padu,Bertolenrasi,adil dan Berhemah mengangkat tinggi agama Islam di Pentas Dunia



Bila sebut saja Melayu Islam pastinya kita tidak boleh melupakan asal usul kedatang Islam kenegara ini bermula pada sekitar abad ke 15 dalam Kerajaan Melayu Melaka.Pengislaman datuk nenek moyang kita,dan berapa beruntungnya kita dilahirkan dari keturunan melayu.Kita belum tentu islamnya jika dilahirkan dari bangsa yang lainnya.Beruntungnya kita kerana secara automatik kita sebagai keturunan melayu maka agamanya adalah Islam.Inilah uniknya bangsa melayu negara ini lahir saja dah anak kedunia maka dah tentu agamanya Islam.

Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 masihi.Apabila kerajaan Sriwijaya Palembang diserang oleh kerajaan Majapahit maka Parameswara telah lari ke Temasik dan disambut secara baik oleh Temagi pemerintah kerajaan Temasik pada masa itu.Temasik pula pada masa itu dibawah naungan kerajaan Siam.Parameswara merasakan bahawa Temasik sangat strategik dan berkeupayaan untuk menjadi maju dan mengembalikan kegemilangan Sriwijaya dapat diwujudkan kembali.Parameswara telah membunuh Temagi dan memerintah Temasik buat seketika.

Kematian Temagi membuatkan Kerajaan Siam ingin menuntut bela dengan menyerang temasik begitu juga dengan kerajaan Majapahit juga hendak menyerang Temasik kerana hendak menguasai Temasik.Parameswara bersama-sama pengikutnya Orang Laut telah melarikan diri ke Muar selepas itu meneruskan pelarian melalui Sering Ujung dan Bertam sehingga tibalah kesatu perkampungan nelayan.Penduduk perkampungan itu terdiri dari orang-orang Melayu,Orang Laut dan orang Asli.Kedudukan kampung tersebut sangat strategik dan menjadi laluan utama kapal-kapal gagang.

Parameswara bercadang untuk membuka penempatan di situ dan diberi nama Melaka sempena nama pokok tempat beliau dan orang-orang nya berehat.Kegigihan beliau dan juga kerana ketaatan rakyat Melayu yang sangat taat setia,bersatu padu pada pemimpin menjadikan Melaka semakin maju.Sejarah Melayu mengutamakan hubungan raja dengan rakyat.Perumpamaan rakyat itu akar sementara raja itu pohon,jikalau tiada akar maka pohon tidak dapat berdiri.Begitulah sikap taat setianya dan bersatu padunya Orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.Semangat bersatu padu, sedia berkorban,menghargai pemimpin dan taat kepada raja dan tanah air telah diterapkan sehingga kehari ini.

Parameswara telah membuka hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam,agar Siam tidak menyerangnya.Kemudian dengan kerajaan China pada tahun 1404-1409 masihi dan bersetuju untuk membayar ufti kepada kerajaan China.Kerajaan China telah menghadiahkan Payung Emas dan Cop Mohor sebagai tanda pengistirafan terhadap kerajaan Melaka.Dengan pengistirafan itu maka kerajaan Melayu Melaka semakin bertambah maju.

Kedatangan Islam di Melaka bermula pada kurun ke 15 sewaktu pemerintahan Sultan Megat Iskandar Shah yang berkhawin dengan puteri Masai yang telah memeluk Islam.Menurut catatan sejarah bahawa Islam di Melaka disebarkan oleh seorang mubaligh Arab yang bernama Syeik Abdul Aziz dari Mekkah.Aspek kehidupan Islam yang mudah antara sebab Islam begitu mudah tersebar di Melaka dan seterusnya kesepelusuk tanah air.Aspek kehidupan Islam yang mudah dengan mengamalkan Toleransi,adil dan rasional menyebabkan Islam mudah tersebar sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam Nusantara.Kejayaan penyebaran Islam di Melaka juga adalah disebabkan cara berdakwah yang berhemah dan tidak memaksa bersesuaian dengan anjuran Rasulullah saw.Begitu juga semangat bersatu padu,taat setia menjadikan Islam mudah tersebar di serata tanah air ini.

Pengajian Al Quran dan pengunaan tulisan jawi digunakan secara meluas dalam pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.Begitulah caranya penyebaran agama Islam bermula di Melaka dan dianuti oleh orang-orang Melayu termasuklah datuk nenek moyang keturunan kita sehinggalah kehari ini.Dengan secara automatiknya kita juga menjadi Melayu Islam bila dilahirkan.Bersyukurlah kita dengan sikap Kerajaan Barisan Nasional dan bersatu padunya bangsa Melayu menjadikan Islam agama rasminya dan mengangkat tinggi martabat agama menjadikan Islam berkembang pesat di negara ini dan seterusnya negara mendapat pengistirafan sebagai salah satu negara Islam terbaik dunia.

Ingatlah jika kita rakyat bersatu padu apa jua dapat dilaksanakan dengan mudah,begitu juga hendaklah kita mengangkat tinggi martabat Islam dan berdakwah secara berhemah maka agama kita akan dipandang tinggi oleh kaum lainnya.Agama kita akan di pandang serong jika kita berdakwah tanpa mengunakan budi bicara yang berhemah tinggi.Sikap tolenrasi dan adil harus ada pada setiap pendakwah.Marilah kita bersatu padu berganding bahu dalam 1 Malaysia bersama untuk meninggikan lagi martabat agama Islam,bangsa dan negara secara berhemah kepentas dunia.Fikirkanlah..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama dan bangsa jangan gadai...

No comments:

Post a Comment