Masih tergiang ditelinga cerita aruah bapa mengenai bagaimana kekejaman kominis sewaktu memerintah selama 14 hari di Tanah Melayu.Memang aruah bapa apabila waktu malam jika ada kelapangan waktu suka bercerita dgn anak2 pengelaman beliau dan pelbagai cerita yang kadang2 seram dan kadang2 lucu membuatkan kami sekeluarga sering ternanti-nanti waktu2 tersebut.
Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu majoriti polis yang menyertainya adalah orang Melayu mereka ini dikenali sebagai Jookidam.Mereka ini agak lain sedikit dari anjing2 upahan Jepun yang merupakan pengkianat agama, bangsa dan negara.Mereka ini hanya menjalankan tugas seumpama menangkap dan menjaga keamanan saja.Tidak seperti anjing2 pengkianat yang lebih kejam dari askar Jepun.Apabila Jepun kalah dalam perang dunia ketiga pada 2 sept 1945 dan semasa penyerahan kembali Tanah Melayu kepada Britis, sebelum penyerahannya Parti komonis Tanah Melayu (PKM) mengambil kesempatan memerintah Tanah Melayu selama 14 hari.Parti Kominis Tanah Melayu juga di panggil Bintang Tiga yang ditubuhkan pada tahun 1930 sebenarnya secara tidak lansung melibatkan sejarah Negeri China yang bermusuhan dengan Jepun.Mou Tse Tung adalah tokoh yang membawa hubungan antara PKM dan Parti Kominis China.
Malayan Peoples Anti Japanese Arm (MPAJ) atau Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama 14 hari.Mereka berdendam dengan jepun akibat pembunuhan kaum Cina di Nanjing.Semasa pemerintahannya selama 14 hari begitu ramai orang melayu yang dibunuhnya kerana melepaskan dendam kesumatnya kepada Jepun.Mereka yang menjadi Jookidam tempat melunaskan segala dendam mereka.Ramai antara mereka yang ditangkap dibunuh dan diseksa dengan kejamnya.
Menurut aruah bapa pada ketika itu beliau berusia didalam lingkungan 20 an hampir setiapa malam terpaksa berjaga-jaga takut jika kominis datang.Beliau menceritakan bagaimana hampir setiap malam talibarut kominis yang merupakan orang2 melayu datang kedalam kampung membawa kominis bagi menangkap pejuang2 yang mempertahankan kampung mahu pun bangsa.Talibarut ini datang dengan cara menyamar diwaktu malam dengan mengetuk pintu,bila pintu di buka maka datang kominis menjerut leher mangsa dan diseret ketengah halaman lalu disembelihnya.
Perkara seperti ini bukan hanya terjadi sekali namun hampir setiap malam.Jika tidak datang untuk menangkap mereka datang dengan niat untuk merampas bahan makanan dan memaksa pemuda2 untuk dijadikan kominis.Anak2 gadis pula ditangkap dan dibawa kemarkas mereka untuk menjadi pemuas nafsu ketua2 mereka.Jika melawan mereka dipukul,dipijak terajang depan keluarga dan kadang2 mereka dibunuh tanpa rasa belas kesihan dihadapan keluarga sendiri.Kekejaman mereka tanpa mengira bangsa dan agama kerana mereka tidak mempunyai agama.Jika orang Islam ada yang dipaksa makan daging babi sama ada dimasak mahu pun secara mentah semata-mata mahu mempersendakan agama Islam.
Menurut beliau lagi talibarut kominis ni adakalanya lebih kejam dari kominis itu sendiri, mereka terdiri dari bangsa Melayu sendiri yang dijanjikan kemewahan jika kominis memerintah dan kerana mendapat sedikit imbalan mereka sanggup melakukan pengkianatan terhadap bangsa sendiri mahu pun keluarga.Inilah Melayu yang menjadi anjing yang setia kepada kominis kerana pentingkan diri sehingga sanggup menjual keluarga dan bangsa sendiri.
Anjing kominis ni hatinya tidak mengenal erti belas kesihan kepada bangsanya sendiri.Apa yang penting bagi mereka asal dapat apa yang dihajatinya.Pada masa pemerintahan kominis ini penduduk melayu sentiasa berada dalam keadaan ketakutan dan sentiasa diulit oleh mimpi2 ngeri takut anak gadis dan isteri dilarikan oleh kominis.
Jika hendak diceritakan bagaimana kekejaman kominis mungkin sampai tangan penat menaip pun tidak habis.Hinanya bangsa Melayu oleh Melayu sendiri.Apa yang perlu kita pelajari janganlah kita jadi anjing pengkianat agama,bangsa dan negara hanya kerana dijanjikan dengan kata2 manis dan kerana kekecewaan tidak mendapat kuasa.Ingatlah sejarah bagaimana datuk nenek,ibubapa kita berjuang untuk mempertahankan maruah bangsa,agama dan negara.Mereka sanggup bermandi keringat,air mata,harta dan nyawa sekali pun demi negara.
Janganlah jadi manusia yang tidak tahu mengenang budi dan mengenang segala pengorbanan mereka demi jenerasi seterusnya.Janganlah jadi anjing pengkianat negara dengan membuat fitnah dan memecah belahkan perpaduan kerana mengikut kata hati dan hasutan para pengkianat.Jangan jadi anjing penjilat kepada pengkianat2 yang cuba merusakan agama,bangsa dan negara kerana tamakkan pangkat dan harta.Bersatulah dengan berganding bahu sesama kerajaan mendaulatkan kembali agama,bangsa dan negara.Janganlah pula nanti Melayu menjadi pengemis dibumi Melayu sendiri kerana kebodohan Melayu itu sendiri.Tegakan kembali maruah bangsa..Melayu bangsa bermaruah..Demi agama,bangsa dan negara bersatulah jangan kita jadi petualang dibumi kita sendiri...Merdekakanlah minda,merdekakanlah hati,merdekakanlah jiwa kita demi agama,bangsa dan negara..ada otak fikir.ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,agama,bangsa dan negara jangan gadai...
No comments:
Post a Comment