Mungkin masih ingat bagaimana Lim Kit Siang (DAp) bekerja keras siang dan malam,berhempas pulas dgn pelbagai cara untuk menawan P.Pinang dengan Projek Tanjongnya namun semuanya gagal.Namun tidak pernah berputus asa anaknya pula dengan kerjasama HamPAs dan PKr akhirnya berjaya merialisasikan impian bapanya dan akhirnya menjadi Ketua Menteri walau pun bukan Lim Kit Siang yang jadi ketua menteri.
Dengan perpecahan kaum melayu maka jatuhlah P.Pinang ketangan DAp kini DAp mengidamkan pula untuk memerintah negara pula sekali lagi dengan bantuan PAs dan Pkr.Mereka DAp kini memasang perangkap untuk memerangkap orang-orang melayu agar menyokong mereka dengan bantuan rakan sejatinya PAs dan sedikit bantuan dari PKr.DAp kini cuba mempergunakan PAs yang begitu mabuk berkuasa dan terlalu teringin nak berkuasa dengan cara tarik tali dengan PAs. Depan PAs mereka sokong namun dibelakang mereka di hadapan penyokong sendiri tetap tidak menyokong.
PAs dan penyokongnya tidak sedar ini semua demi kuasa mereka lupa akan sejarah dan demi kuasa mereka sanggup membuat segalanya.DAp mempergunakan PKr juga,mereka tahu bahawa Anwar Ibrahim begitu gila nak jadi Perdana Menteri dan pengaruhnya begitu besar maka segala tindak tanduk Anwar Ibrahim semuanya sokong,walau mereka tahu akan hakikat yang sebenarnya namun demi merialisasikan impian mereka pejamkan mata dan buat-buat tidak nampak.Dalam sedar atau tidak pepecahan melayu kini mengundang seribu satu bencana kepada agama,bangsa dan negara.Perpecahan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh DAp untuk mendapat kuasa.Mereka DAp menggunakan pelbagai cara sama ada secara sihat mahupun kurang sihat.Dengan cara tarik tali antara PAs dan PKr ada masanya menyokong dan ada masanya membantah agar DAp akan dianggap pahlawan dikalangan orang2 Melayu dan kaum lainnya.
DAp begitu bijak dalam permainan tarik tali ini,mereka mengunakan apa saja hatta mencampuri urusan agama Islam untuk menarik perhatian secara tidak langsung PAs yang merupakan sahabat sejati mereka menyokong dengan mengeluarkan fatwa-fatwah dan sebagainya.Segala keritikan masyarakat terhadap tingkah laku mereka tenggelam begitu saja dan mereka tidak perlu bersusah payah menjawabnya kerana PAs dengan penyokong-penyokong taksubnya dengan sukarela menjawab dan mempertahankan apa saja yang akan dilakukan.Inilah keistimewaan yang didapati oleh DAp bila mempunyai sahabat sejati seperti PAs segala kesalahannya sanggup dipikul oleh PAs dan penyokong-penyokongnya.
Apa lagi kini penyokong-penyokong PAs sanggup bermatian mempertahankan segala tindak tanduk DAp maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh DAp yang telah mengkaji dan mengaji lebih dari PAs akan segala kemungkinan yang akan terjadi.Semua ini tidak nampak oleh PAs yang dipimpin oleh mereka yang bernafsu besar kemaruk untuk berkuasa.Apa yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin PAs adalah kuasa dan mereka sanggup kehilangan segalanya asalkan dapat berkuasa walaupun agama dan bangsa menjadi taruhannya.
Memang dan sememangnya apa yang dirancangkan oleh DAp menampakan kejayaan,kini melayu semakin berpecah dan dipecahkan secara tidak langsung oleh pemimpin-pemimpin PAs dan PKr.Inilah perancangan halus DAp sebagaimana perancangan mereka semasa menawan Pulau Pinang.Mereka perlu kepada pepecahan ini agar undi memehak kepada mereka.Namun semua ini tidak nampak oleh PAs dan PKr,mereka hanya nampak kuasa dihadapan walaupun akan menghancurkan bangsa mereka sendiri.
Itulah sebabnya DAp begitu menyayangi Anwar Ibrahim mereka tahu akan kebolehan dan kelebihan Anwar Ibrahim dalam bab pecah memecahkan bangsa,dalam masa yang sama mereka akan memasang perangkap secara tidak langsungnya.DAp begitu teliti dalam menjalankan apa yang dirancangnya dan susah untuk dikesan oleh sahabat-sahabatnya PAs dan PKr.Mereka DAp tahu bahawa penyokong-penyokong PAs dan Anwar Ibrahim begitu taksub terhada pemimpin mereka dan sanggup berbuat apa saja asl diarahkan.Ini menjadi satu kelebihan dalam rancangan DAp agar melayu berpecah dan seterusnya mendapat apa yang dirancang.
Sedarlah wahai orang-orang melayu,sedarlah! marilah kita bangun bersama untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara dari ancaman petualang-petualang.Bangunlah dan bersatulah demi agama,bangsa dan negara.Ingatlah betapa susah payahnya pejuang-pejuang negara untuk memerdekakan negara dari dijajah.Hargailah segala pengorbanan mereka dengan mempertahankan negara sehingga ketitisan darah yang terakhir.
Sedarlah wahai bangsa ku... bersatulah! demi agama,bangsa dan negara dari musuh2 politik yang inginkan perpecahan bangsa melayu demi merialisasikan impian mereka untuk berkuasa.Sedarlah! bangunlah dari tidur dan mimpi-mimpi indah dan bukalah minda anda semua seluas-luasnya demi jenerasi kita akan datang...Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai.
No comments:
Post a Comment