Semasa zaman pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dulu negeri di Tanah Melayu ini ditakbir secara kenegerian tidak seperti sekarang ini.Dimana setiap negeri mempunyai kuasa mutlak di bawah satu payung yang ditadbir oleh sultan dan menteri2 mereka.Segala keputusan semuanya harus diperkenankan kebawah kuasa raja sebagai penentunya.Negeri2 di Tanah Melayu tidak bersatu dan kenegerian saja.Boleh dikatakan majoriti penduduk Tanah Melayu pada masa itu buta huruf dan kurang pengetahuan untuk mentadbir.Perebutan kuasa antara raja2 dan pembesar2nya juga banyak memainkan peranan menyebabkan berlakunya pepecahan penduduk dan saling bermusuhan antara satu sama lainnya.Akibat dari perpecahan inilah maka wujudnya petualang2 bangsa dan negara akibat dari perasaan ketidak puasan hati dan dendam sehingga sanggup mengadai maruah bangsa dan negara.Ini dibuktikan dengan penaklukan Portugis ke atas Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 24 Ogos 1511 yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.Penaklukan Portugis di Melaka ini banyak dibantu oleh petualang2 bangsa yang kemaruk untuk berkuasa dan mementingkan diri dari bangsanya sendiri.Maka bermulalah sistem penjajah di bumi Tanah Melayu ini.
Sikap kenegerian yang diamalkan oleh penduduk di Tanah Melayu mengundang padah menyebabkan British pula menguasai dan seterusnya menjajah keseluruhan bumi Melayu.Walau pun ada penentangan dari pejuang2 melayu namun hanya segelintir dan tidak bersatu sepenuhnya.Pada masa ini sikap orang2 melayu seolah-olah merelakan bumi ini dijajah dan kurangnya sikap petriotik.Di zaman penjajahan British inilah yang banyak mengajar penduduk agar menjadi manusia celik dan berpengetahuan dengan wujudnya sekolah2 untuk mengajar mereka yang buta huruf.Penjajahan British juga banyak mengajar orang2 Melayu istilah petriotik dan kebaikan bersatu untuk mencapai kemerdekaan.
Sehinggalah penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun pada 1942-1945 banyak mengajar penduduk Tanah Melayu tentang erti Kemerdekaan dan tentang kebaikan bersatu.Peranan petualang2 bangsa dan sekali lagi memainkan peranan dengan mengalu-alukan kedatangan Jepun dengan tipu helah yang kononnya untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman British juga menjadi titik mulanya Jepun menakluk bumi ini.Petualang2 bangsa dan negaralah pengkianat yang tidak dapat dimaafkan yang mengakibatkan ramai yang tidak berdosa menjadi korban kerakusan mereka demi pangkat dan harta sanggup mengorbankan bangsa.
Penjajahan Jepun 1942-1945 mengajar orag2 melayu tentang betapa hinanya bangsa melayu akibat dikianati oleh bangsa mereka sendiri.Anjing2 Jepun berkeliaran siang dan malam mencari mangsa demi mendapat sedikit imbuhan berupa kedudukkan,pangkat dan harta dengan menjual maklumat demi kepentingan.Penjajahan Jepun banyak mengajar orang2 Melayu bersatu dalam membentuk kemerdekaan setelah di tinggalkan oleh British.Pergerakan pejuang2 kemerdekaan secara senyap dan berhati-hati akibat takut dikesan oleh Jepun yang menghantar anjing2nya menjadi mata2 untuk mengintai pergerakan pejuang2 melayu.Disinilah musang2 berbulu ayam tali barut Jepun memainkan peranan sehingga ramai pejuang2 yang ditangkap sama ada di jadikan buruh paksa atau di pancung.Semasa penjajahan Jepun inilah penduduk Tanah Melayu begitu terhimpit dengan kehadiran tali barut Jepun yang lebih ganas dari askar2 Jepun demi memenuhi nafsu serakah mereka sehingga sanggup mengadaikan apa saja asalkan nafsu dapat ditunaikan.
Perang dunia kedua yang berlaku pada 1 Sept 1939 dan berakhir pada 2 Sept 1945 dan berlakulah kemerdekaan Tanah Melayu dari cengkaman Jepun dengan penyerahan Tanah Melayu kepada British.Bermula dari sinilah berkembangnya semangat petriotik pejuang2 Melayu dalam menuntuk erti kemerdekaan yang sebenarnya.Namun usaha2 mereka banyak terhalang dengan kehadiran petualang2 bangsa yang tidak senang dengan segala usaha untuk mendapatkan kemerdekaan.Petualang2 bangsa sanggup melakukan apa jua asalkan kedudukan,pangkat dan harta dapat dikuasai,mereka sanggup melihat anak bangsa merempat asal segala kemahuan mereka tercapai.Hinanya mereka,lebih hina dari anjing,babi waimah bangkai sekali pun.
Untuk mencelikkan rakyat untuk menerima kemerdekaan bukan satu tugas yang mudah.Apa tah lagi pada masa itu rakyat kebanyakan buta huruf dan kurangnya pengetahuan tentang dunia luar.Di sinilah pejuang2 melayu memainkan peranan dengan mengajar dengan keadaan serba kekurangan.Mereka mewujudkan sekolah2 dewasa semata untuk mengajar dan mendidik menjadikan bangsa mereka tidak lagi buta huruf.Namun tugas2 murni ini dihalang oleh mereka2 petualang bangsa dengan menghasut dan memburuk-burukan apa yang diajar.Semua ini tidak lain semata menghalang orang2 melayu dari terbuka mindanya menuntut kemerdekaan.Mereka petualang2 membuat fitnah,pembohongan dengan membuat pelbagai propaganda sehingga adanya pejuang2 yang ditangkap.Namun pejuang2 melayu tidak pernah putus asa mereka lakukan secara senyap mengajar dan menanamkan semangat petriotik kepada penduduk agar mencintai bangsa dan negara seterusnya menuntut kemerdekaan.
Walau menghadapi pelbagai rintangan terutama rintangan dari petualang2 bangsa namun semangat juang yang tinggi oleh pejuang2 melayu maka semangat kemerdekaan dapat diserapkan keseluruh perusuk negara.Melayu semakin bersatu dengan bersemangat menyahut cabaran untuk merdeka, mereka sanggup bergolok gadai asalkan mendapat kemerdekaan.Dengan diketuai oleh Allahyarham Tengku Abdul Rahman (UMNO) mereka bergerak menuntut kemerdekaan kesepelusuk Tanah Air.Ini dibuktikan dengan sikap bersatu mereka mengutip dana bergolok,bergadai untuk membiayai pemergian Allahyarham Tengku Abdul Rahman (UMNO) ke London untuk menuntut kemerdekaan.Sekali lagi para petualang negara menjalankan tugas mereka dengan menghasut,membuat fitnah dan pembohongan asalkan Tengku tidak berjaya menuntut kemerdekaan.Namun akhirnya segala dana dapat dikutip dengan satu semangat yang begitu kuat dari kebangkitan dan bersatunya orang2 melayu dan Tengku pun berangkat ke London untuk menjalankan misinya menuntut kemerdekaan.
Tepat pada tarikh 31 Ogos 1957 maka Tengku melaungkan,laungan keramat "Merdeka" dengan iringan sahutan yang sama oleh penduduk Tanah Melayu.Maka barulah terbentuknya Kerajaan Pusat dengan di ketuai oleh Tengku sebagai Perdana Menteri.Di sinilah tugas kerajaan pusat untuk menyatu padukan rakyat dan negeri dibawah satu payung berlandaskan demokrasi .Maka bersatulah negeri2 dibawah pemerintahan dengan penduduknya yang saling faham memahami antara satu sama lain.Sehinggalah hari ini kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang2 Tanah air dapat kita rasai dan nikmati, dimana kita penduduk tanpa mengira kaum dan agama dapat hidup dalam suasana aman damai.Marilah kita bersama-sama mengekalkan keamanan,kedamaian dan keharmonian antara kaum dengan bersatu dibawah 1 Malayasia demi kesinambungan anak cucu cicit warisan kita kelak.Marilah kita bersama-sama jangan terikut segala hasutan,fitnah dan pembohongan oleh mereka2 petualang agama,bangsa dan negara semata kerana kerakusan mereka untuk berkuasa.Marilah! bersatu demi agama,bangsa dan negara..Bersatulah!...Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada agama,bangsa dan negara jangan digadai...
No comments:
Post a Comment