Gejala fitnah yang tidak terbendung di sebabkan tamak haloba dan terlalu inginkan kuasa menjadikan manusia buta mata,buta telinga dan buta mata hati.Gejala inilah yang akan menghancurkan agama,bangsa dan negara sepertimana apa yang berlaku dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka dan akhirnya seluruh Tanah Melayu terjajah.
Kemasyuran Melaka yang begitu pesat membangun dan juga sebagai pusat penyebaran Islam terbesar di rantau Asia Tenggara menjadikan ramai musuh yang cemburu dan ingin menaklukinya.Islam begitu cepat tersebar di Melaka dan rantau Asia di sebabkan faktor penyebarannya secara berhemah,bertoleransi,adil dan rasional oleh pendakwah-pendakwah yang berasal dari Mekkah seperti Syeh Abdul aziz dan lainnya.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah berlaku satu peristiwa yang membawa kepada terjadinya penjajahan Portugis di Melaka.Melaka yang begitu masyur sebagai Pusat Penyebaran Islam di rantau Asia Tenggara membuatkan Portugis yang ingin meneruskan Perang Salib ingin menguasai dan seterusnya menyebarkan agama Kristian di rantau Asia Tenggara dengan menjadikan Melaka sebagai pusatnya.Kedatangan mubaligh kristian Lopez de Sequeira pada tahun 1509 adalah atas bantuan pembesar2 dan rakyat yang tamakan kuasa dan kekayaan, untuk mengintip dengan menyamar sebagai pedagang telah disambut baik oleh kerajaan Melaka.Pembesar-pembesar yang tamakan kuasa dan kekayaan menyanjung kedatangannya ke Melaka.Menjadikan Lopez de Squeira sebagai salah satu batu loncatan untuk mereka merebut kuasa.Namun diatas kebijaksanaan Tun Mutahir dapat mengesan akan tujuan sebenar kedatangan mereka ke Melaka.Tun Mutahir menasihati Sultan agar menangkap Lopez de Sequeira,namun beliau dapat lari ke Goa hanya beberapa orang pengikutnya yang berjaya ditangkap dan dihukum bunuh.
Sultan Mahmud Shah (1488-1511) termakan fitnah yang dibuat oleh pembesar-pembesar yang begitu cemburukan perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara.Mereka yang begitu menginginkan jawatan tersebut mula menabur cerita fitnah menuduh Tun Mutahir menerima rasuah dan ingin mengumpul kekayaan dan melawan Sultan Mahmud Shah.Sikap Sultan yang terburu-buru serta tanpa disiasat sama ada benar atau tidaknya sesuatu perkara itu membawa padah.Sultan mengarahkan agar Tun Mutahir serta ahli keluarga dihukum bunuh.Padah yang begitu besar menimpa Melaka apabila rakyat mula berpecah dan berpuak-puak.Inilah bahayanya apabila fitnah,tamak haloba dan gila untuk berkuasa menjadi satu permainan,orang yang jujur,berkebolehan dan rakyat jelata menjadi korban.
Portugis yang berdendam dengan kerajaan Melaka diatas pembunuhan beberapa orang rakyatnya telah menghantar Alfonso de Albuquerque pada 25hb Julai 1511 untuk menyerang dan menguasai Melaka.Disinilah wujudnya Si Kitol yang terlalu tamakan kekayaan dan kuasa memainkan peranan membantu Portugis sehingga berjaya menawan Melaka.Si kitol inilah yang menjadi barah dalam daging rakyat Melaka dengan menaburkan fitnah,pembohongan,propaganda dan sebagainya semata kerana sifat tamak haloba pembesar yang inginkan kuasa.Si Kitol hanya satu watak rakyat yang diperbodohkan oleh mereka yang tamak untuk berkuasa,sifat Si Kitol yang lurus bendul dan taksub di pergunakan sepenuhnya untuk merialisasikan nafsu serakah pemimpin yang terlalu inginkan kuasa.
Watak Si Kitol ini jika masih diamalkan oleh segelintir rakyat negara ini,maka tidak mustahil negara akan hancur pada suatu masa kelak.Watak Si Kitol jika tidak di benteras dan diawasi sebaik mungkin oleh kerajaan dan rakyat negara ini di biarkan saja bermaharajalela membuat fitnah,propaganda pembohongan dan sebagainya akan merosak pemikiran rakyat yang setia menjadi tidak setia.Jangan lah sifat Si Kitol ini menjadi satu budaya pada masyarakat hari ini bukan saja merugikan diri,keluarga,agama,bangsa bahkan merugikan negara.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa,dan negara jangan gadai....
No comments:
Post a Comment