Zaman telah berubah namun pemikiran Pemimpin-pemimpin Pas serta pengikutnya tidak mahu berubah masih ditakuk lama. Mereka tidak mahu berubah disebabkan mereka menerima bisikan dari Iblis yang bersarang dilubuk hati mereka.Pemimpin -pemimpin PAS serta pengikutnya sentiasa merasa apa yang mereka lakukan semuanya betul dan orang lain tidak betul.Pemimpin-pemimpin serta penyokong mereka biasanya menyendiri dan hanya bersama kelompok mereka sahaja.Apa saja yang dibuat oleh pehak kerajaan semuanya tidak betul walaupun apa yang dibuat itu untuk kebaikan bersama,namun bagi mereka itu semuanya tidak penting.
Mereka pengikut PAS sering mengikut apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka membuta tuli,walaupun apa yang dikatakan tidak betul namun bagi mereka semuanya betul.Terlalu taksub kepada pemimpin menjadikan mereka bersikap begini,sikap sebegini sebenarnya amat bahaya kepada agama dan bangsa.Selalunya pengikut-pengikut yang mempunyai sikap begini sering digunakan dalam pelbagai perkara demi kepentingan dan keuntungan kepada mereka.Sempitnya mereka dan kerana terlalu taksub terhadap pemimpin sehingga tidak dapat membezakan yang hak mahupun yang batil.
Ketaksuban penyokong PAS ini jika diarahkan oleh pemimpin mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan fitrah pemikiran mereka,itu pun sanggup mereka lakukan tanpa mengirakan kesan kepada mereka mahu pun pada yang lainnya.Inilah yang dikatakan sifat keakuan yang menebal dalam diri penyokong PAS,sikap sebeginilah yang akan menjahanamkan mereka.Kembali kefikiran manusia normal janganlah kita sebagai manusia sentiasa mengikuti segala bisikan iblis.
Ketaksuban pengikut PAS terhadap apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka sehinggakan segala kemudahan, kemewahan,pembangunan dan segala apa yang baik walau depan mata mereka tidak nampak ataupun buat-buat tak nampak.Mereka akan ambil segala keperluan yang disalurkan kepada mereka namun mereka lupa akan hak sebagai penerima.Mereka mendapat segalanya namun lupa berterima kasih,sifat ini bertentangan dengan fitrah manusia yang membalas segala kebaikan dengan kebaikan.Namun mereka penyokong PAS akan membalas pula dengan segala cemuhan dan makian.Sikap-sikap mereka inilah seperti kata bidalan melepaskan "melepaskan anjing yang tersepit". Orang yang melepaskannya namun orang itu pula yang disalaknya.
Inilah yang dikatakan mementingkan diri semata segala kemudahan mereka ambil hingga licin tanpa memandang kiri dan kanan selepas habis mereka kata tidak betul.Perbuatan seperti inlah yang menjadikan mereka hilang harga diri mereka dan dihina oleh masyarakat serta tidak dihiraukan oleh sebahagian penduduk.Namun jika tidak diberikan kepada mereka ,mereka akan menyalak dengan mengatakan itu tidak adil dan sebagainya.Dalam kontek ini mereka penyokong PAS tidak pernah bersyukur atas kurnia Allah dan mereka sering mempertikaikan segala sesuatu tanpa memikirkan kebaikan untuk semua.
Mereka pemimpin-pemimpin pembangkang yang faham akan hati dan pemikiran orang-orang melayu yang biasanya setia, mengambil kesempatan dengan keadaan ini dengan membuat propaganda,memfitnah,pembohongan dan sebagainya asalkan cita-cita politik sempit mereka untuk berkuasa mendapat kejayaan.Melayu yang dikatakan bendul tetap bendul,ikut apa saja kata pemimpin mereka tanpa memikirkan betul atau tidaknya.
Zaman telah berubah marilah kita berubah dengan pemikiran yang lebih positif demi kebaikan kita bersama.Marilah kita menjadi manusia yang berakal bukannya manusia yang selalu kena akal.Marilah kita membuat perubahan demi jenerasi akan datang,marilah kita membuat perubahan demi agama,bangsa dan negara.Bersatulah bersama mengembeling tenaga dan fikiran untuk memacu kehadapan kearah kemajuan agama,bangsa dan negara.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...
No comments:
Post a Comment