Sejak dari mula merdekah sehingga kini rakyat negara ini telah mengecapi pelbagai kebaikan,kemudahan dan kemakmuran di bawah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO parti Melayu tulin yang sentiasa bertindak adil tanpa mengira bangsa dan agama.Kemakmuran rakyatnya yang berbilang kaum sangat2 dicemburui oleh negara-negara lain terutama Benua Eropah yang sentiasa mencari keburukan negara ini.Rakyat negara ini sepatutnya berbangga dan berganding bahu sesama kita tanpa mengira kaum dan agama mempertahankan apa yang ada agar jangan sampai terlepas dari genggaman yang telah begitu lama dipertahgankan.Kita sepatutnya semakin bersatu bukan berpecah dan kita tunjukan kepada dunia bahawa rakyat ini bersatu dalam apa jua keadaan.
Ee percaya bahawa sejak dari merdekah sehingga kini semua rakyat tanpa mengira kaum dan agamanya faham dan menyokong akan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan agar negara dapat menjana ekonomi dan seterusnya dapat membawa kemajuan yang rakyat harapkan.Namun segala yang dirancang tidak pernah disukai oleh mereka yang sentiasa dengki dan kianat dengan keharmonian yang sedia ada.Mereka yang busuk hati merancang pelbagi cara untuk menghancurkan hasrat murni kerajaan dengan pelbagai pembohongan,propaganda dan fitnah sejak dari sebelum merdekah sehingga kini.Apa yang ada di kepala mereka hanya dendam kesumat dan hati mereka telah hitam diulit oleh Iblis untuk membenci kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa tanpa mengira mereka dari parti mana,kaum mana dan agama mereka.Kestabilan negara yang telah dibina dengan begitu lama dengan bantuan rakyat yang hidup penuh kemakmuran hendak mereka hancurkan dalam sekelip mata melalui perpecahan kaum.Mereka menghasut dan melagakan rakyat tanpa mengira akan akibatnya.Apa yang mereka fikirkan hanya kemabukan untuk berkuasa.
Ee tidak nafikan dalam Setandan Pisang ada yang busuknya begitu juga dalam kerajaan pimpinan UMNO pasti ada seorang dua yang membuat hal.Hakikat ini tidak dapat dinafikan,mana ada dalam dunia ini kerajaan yang memerintah sempurna dalam segala hal dan tidak berlakunya ketirisan dalam kerajaannya.Ee berpegang pada yang nyata bahawa Tuhan menjadikan manusia dengan pelbagai macam manusia,ada yang baik dan ada yang buruk.Jadi Ee tidak hairan jika terdapat mereka yang telah diberi amanah tidak akan melaksanakan amanah yang diberi dengan baik.Jika keimanan,kewarakan dan kebaikan hati seseorang itu boleh diwarisi Ee rasa semua manusia dalam dunia ini akan hidup aman damai dan tidak akan berlaku pergaduhan dan sebagainya.
Dalam menangani masalah ketirisan dan salah laku seseorang itu Ee dapat rasakan bahawa kerajaan UMNO telah melakukan yang terbaik,mereka yang bersalah akan didakwa atau dilucutkan jawatan.Dalam kerajaan UMNO pemimpin silih berganti mereka yang kurang baik dalam sekelip mata akan digantikan.Sejak dari zaman Allahyarham Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj sehingga kini telah 6 Perdana Menteri dan menteri2nya yang bertukar silih berganti.Pemimpin2 UMNO mahupun parti gabungan lainnya sentiasa peka bahawa mereka memerlukan generasi pelapis untuk memerintah negara maka muka muka baru semakin ramai yang diangkat menjadi pemimpin dan diajar cara menjadi pemimpin untuk rakyat bukan mereka yang terpaksa dipimpin oleh rakyat.Namun hakikat ini kurang berlaku dalam pembangkang terutama DAP dan PAS.Pemimpin mereka dari dulu sehingga kini tetap yang sama dan tua-tua belaka mereka takut untuk melepaskan kuasa kerana mengikut perasaan untuk berkuasa sehingga kematian memanggil mereka.Kita ambil contoh Lim Kit Siang dari tahun 1969 mula berpolitik menjadi ahli perlimen sehingga kini masih lagi tidak mahu melepaskan jawatannya.Begitu juga dengan Nik Ajis sejak dari tahun 1967 memulakan karier politik dan dipilih sebagai ahli parlimen Kelantan Hilir (Pangkalan Cepa) dan telah menjadi Menteri Besar Kelantan lebih 20 tahun tapi tidak nampak tanda2 nak bersara.Ee dapat rasakan jika pembangkang memerintah negara pasti negara bankrap dengan idea2 baru kerana pemimpin pembangkang tidak mahu golongan muda menjadi penghalang dan mereka begitu tamakan untuk berkuasa.
Pada Ee menukar kerajaan bukanlah semudah kita menukar pakaian atau semudah kita menukar kereta.Jika tidak suka kita boleh lempar atau jual pada yang lain dan beli yang baru.Kita harus fikir buruk baiknya,apakah mereka mampu untuk memerintah dengan lebih baik dari kerajaan yang ada sekarang ini.Atau mampukah mereka menjaga kemakmuran yang kita nikmati sekarang ini?..Mampukah mereka membawa kestabilan negara yang rakyatnya berbilang kaum?..Belum lagi memerintah negara mereka telah membuat huru hara dengan menghasut rakyat untuk menentang kerajaan dengan mengadakan demontrasi dan sebagainya.Begitu juga baru diberi peluang memerintah beberapa buah negeri namun mereka tidak dapat mengendalikan negeri itu sebaik kerajaan pimpinan UMNO dulunya.Apa sudah jadi dengan Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan?..Apakah negeri itu lebih baik dari negeri yang diperintah oleh kerajaan pimpinan UMNO?..Lihat saja Selangor dulunya begitu maju semasa dalam pemerintahan UMNO namun kini sejak PKR,PAS yang jadi tempat bertenggek DAP seolah tidak terurus dengan jalan rayanya yang berlopak,bandar2nya kotor,pasir kering kontang digali dik tauke2 Cina DAP dan langsung tidak ada kemajuan untuk rakyatnya.Shah Alam yang dulunya bersih dari segala maksiat kini tidak ubah macam Golok Siam,rumah2 urut berlandaskan urut reflexsology,kelab karaoke dan hotel2nya menyajikan rumah urut tapi disebaliknya tempat melepaskan nafsu serakah macam cendawan tumbuh.Jika dulu Shah Alam nak tengok puntung rokok pun susah kini sampah sarap yang busuk menjijikan.Bukan saja di Shah Alam merata tempat di Selangor telah menjadi sarang maksiat sehinggakan dibandar2 kecil mahupun di ceruk2 kampung mereka dirikan pusat karaoke.Mereka begitu mudah berjanji namun melaksanakan segala janjinya tidak sekali.Jika dulu mereka berjanji setiap anak yang masuk Universiti akan mendapat seribu ringgit namun bila dituntut pelbagai alasan mereka berikan.Ee sendiri berkerja sendiri dengan tulang empat kerat membanting tulang dua anak masuk Universiti buat tuntutan sampai kini habuk pun tak ada.Begitu juga guru2 dan kakitangan kerajaan yang anak mereka masuk Universiti bila buat tuntutan yang dapat tebal muka..Pada Ee memang berpadanan dengan cogan kata mereka Merakyatkan Ekonomi Selangor..apa sudah jadi Ekonomi rakyat yang mereka selamatkan kedalam poket tauke2 perut besar Cina DAP.Jika nak dihuraikan satu persatu pembohongan janji pembangkang rasanya muak dan meloyakan macam nak muntah.
Ee kadang kala merasa sedih dengan tabiat pemimpin pembangkang ini yang menghasut rakyat dengan pelbagi macam cara dan ada kalanya tidak masuk akal namun penyokong yang bendul tetap mengikut saja macam lembu dicucuk hidung hanya tahu mengikut tanpa dapat mmikirkan yang mana betul atau tidaknya.Mat Sabu angkat komunis jadi wira negara,Ambiga peguam murtad kononnya menegakan keadilan dalam Bersih 2.0,Ambiga anjurkan Seksualiti Merdeka dan pemimpin2 DAP mempermainkan Agama Islam dengan memaki,menghamun pemimpin2 Melayu Islam dengan mengambil secebis dua keratan Al Quran dan Hadis mereka bersorak dan bertakbir menyokong membabi buta macam pemimpin2 PAS dulunya menyokong nak buat ternak babi terbesar kat Tembuk tapi itu pun auta tak buat pun sampai kini.Ee masih ingat lagi mereka begitu angkuh kononnya nak menegakan keadilan dan menjalankan Amar,Makruf,Nahi Mungkar namun apa yang dapat kini sebaliknya.Sehinggakan orang yang begitu kuat semangatnya menentang kemungkaran Datuk Hasan Ali pun mereka pecat demi menegakan kemahuan rakan sekongkol mereka DAP.Kedah jika dulu maju di bawah kerajaan UMNO kini rakyatnya mengeluh dengan keangkuhan kerajaan PAS yang boneka kepada DAP,Madrasah yang berusia 100 tahun pun nak dirobohkan.Mereka sudah tidak pedulikan lagi segala pandangan rakyat.Mereka langsung tidak mengambil berat untuk menarik pelabur dan memakmurkan ekonomi Kedah apa yang mereka tahu berpolitik 24 jam.Begitu juga dengan Kelantan yang telah begitu lam diperintah oleh tokoh yang kononnya ulama' tapi kebajikan rakyatnya tidak pernah dibuat.Masalah air yang berlarutan,masalah maksiat yang semakin membimbangkan sehingga semakin ramai anak2 gadis yang buang anak dan semakin ramai yang dijangkiti HIV.Begitu juga berhadapan dengan pejabat MB Kelantan pun tempat maksiat wujud.Kini rumah urut berlandaskan urut reflexsology dan kelab2 karaoke pun semakin mendapat tempat dan bersepah macam cendawan tumbuh.Jika nak dihuraikan segala kemunafikan pemimpin2 pembangkang terutama PAS dan PKR selaut tinta pun pasti kering tidak tersisa buat penat tangan menulis.Allah telah mengurniakan kita akal melebihi makluknya yang lain,jadi gunakanlah akal itu untuk menilai yang mana betul atau tidaknya.
Ee ingin kongsikan juga kisah Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri bila pakatan dapat memerintah kelak.Marilah kita sama-sama fikirkan dengan baik dan gunakan akal yang sihat diberi oleh Allah SWT melebihi segala makluknya yang lain.Contoh yang mudah yang telah begitu lama bermain dalam kotak pemikiran Ee..
1)Jika seseorang membawa berita menceritakan bahawa Si Polan menceritakan kepadanya bahawa kita telah melakukan perbuatan yang kita tidak buat apakah kita akan marah kepada yang memberitahu kita atau pun kita akan marah kepada yang membuat cerita?..
2)Jika benar kita tidak buat kesalahan kenapa kita harus takut menghadapi kebenaran..Kenapa takut untuk bersumpah dan tidak berani memberi simple (bukti) untuk mencari kebenaran.
3)Mengapa kita yang menghadapi masalah (tuduhan) kita menyeret orang lain pula untuk menangani masalah kita.Jika benar kita tidak bersalah.
4)Mengapa pula kita mengharapkan bantuan luar untuk membela kita sedangkan kita kata diri kita tidak bersalah.
5)Dan yang paling mudah saman saja orang yang telah memburukan atau mengaibkan kita jika kita rasa tidak bersalah bukan menyalahkan orang lain.
6)Semasa Anwar di dapati bersalah dalam kes liwat pada tahun 1998 dan selepas dibebaskan dari penjara kenapa beliau tidak saja terus menyaman mereka yang membuatkan beliau meringkuk dalam penjara seperti Azizan Abu Bakar,Sukma Darmawan dan saksi utama Ummi Halfida Ali dan ramai lagi.
7)Begitu juga jika Anwar tidak bersalah menghadapi tuduhan yang tidak berasas dari bekas-bekas sahabatnya mengapa beliau tidak buat report polis dan seterusnya membuat tidakan menyaman mereka bukannya berkokok sana sini menceritakan bahawa orngang itu tidak betul,orang ini fitnah dan sebagainya.
8)Sebaik cerita video sexnya bersama amoi Cina dipaparkan kenapa beliau tidak terus saja menyaman Trio Dato T.
9)Jika benarlah Anwar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk berbalik mempertahankan diri menurut cara Islam dan menyerahkan diri 100% kepada Allah SWT.Kenapa harus putar sana putar sini.
Terus terang Ee katakan bahawa rakyat negara ini akan menyesal jika mereka mengikut perasaan memilih untuk berpehak kepada pembangkang pada PRU 13 kelak berlandaskan senario politik hari ini.Pehak pembangkang sebenarnya hanya tahu memecah belahkan perpaduan yang sedia ada namun mereka tidak memikirkan apa kesan dari sebalik yang mereka lakukan.Mereka sanggup merosakan aklak jenerasi muda dengan menghasut mereka meninggalkan pelajaran dan membenci kerajaan dan mereka untuk merusuh dan sebagainya asalkan cita-cita untuk berkuasa tercapai.Yang lebih buruk kanak-kanak yang tidak tahu membezakan yang mana baik atau buruk dijadikan alat untuk mereka berkuasa.Selain itu Agama Islam yang begitu suci dan menjadi Agama Rasmi Negara mereka perendahkan dengan menjadikan agama Islam tunggangan dalam kempen politik dengan mencaci dan menghina sesama Islam.Lebih malang lagi hak orang Melayu kini berada dalam keadaan runcing apabila hak yang selama ini kita jaga dipertikaikan.Apa yang mereka fikir dengan cara memecah belahkan perpaduan rakyat mereka akan mendapat keuntungan dan rakyat akan memilih mereka.Dalam otak mereka hanya kuasa,kuasa,kuasa..Bohong,Fitnah,Propaganda dan melaga-lagakan permainan mereka.Perkara yang tidak ujud diujudkan.Mereka pembangkang merupakan dajjal yang akan membawa kemusnahan kepada agama,bangsa dan negara.Jangan kelak bila sudah termasuk dalam jerat membawa kepada kemusnahan Diri,Agama,Bangsa dan Negara baru nak menangis air mata darah sekali pun sudah tidak berguna.Bersatulah dibawah 1Malaysia yang akan membawa kita semua kearah kemakmuran dan menjadikan jenerasi akan datang jenerasi yang berguna kepada negara ini.Fikir2kanlah..
No comments:
Post a Comment