Monday, March 26, 2012

PAS kini hanyalah mengharapkan pemimpin DAP meminjamkan 'Chop Stik' ...

Apa yang hendak Ee terangkan mengenai matlamat PAS kini ialah mewujudkan negara berkebajikan dan salah satu segi lain pula pemimpin mereka melenting apabila dikatakan tidak lagi memperjuangkan Islam apabila PAS sendiri sudah mencapai kata sepakat untuk tidak lagi memperkatakan soal negara Islam bagi menghormati kesepakatan dengan DAP dan PKR.Ee kadang kala merasa aneh dan kekadang tergelak bila penyokong2 PAS seolah tidak memahami bahawa sudah tidak ada lagi slogan penubuhan negara Islam dalam kamus PAS.Mereka masih dengan kebodohan yang amat sangat apabila di dalam setiap kali bersembang asyik mengungkit soal yang telah ditiadakan oleh pemimpin mereka sendiri.Dalam soal menegakkan daulat Islam sekali pun telah tiada dalam kamus PAS yang kini berpegang kepada Buku Jingga sebagai kitab yang langsung tidak menjanjikan apa2 tentang Islam.Apa tah lagi PAS kini hanyalah mengharapkan pemimpin DAP meminjamkan 'Chop Stik' dan seterusnya belajar mengunakannya dengan harapan dapat menjamah sisa yang ditinggalkan oleh para pemimpin DAP dan PKR tanpa mengotorkan tangan mereka yang kononnya suci dari tangan2 orang Islam lainnya.


Pada Ee percaturan politik yang dilakukan oleh PAS kini meletakkan parti itu dalam situasi akan terjerumus dalam perangkap yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran .mereka hanya menang sorak namun hakikatnya prinsip yang selama ini dipertahankan tergadai.Apa yang Ee nampak kini  PAS bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu atas pagar yang melihat parti tersebut hanya menjadi anjing suruhan kepada PKR dan DAP tetapi juga di kalangan sesetengah penyokong mereka sendiri semakin menjauhkan diri.Ia di sebabkan di kalangan penyokong PAS, mereka merasakan tiada apa-apa keuntungan jika mengundi parti berkenaan dalam pilihan raya kerana akhirnya yang untung ialah PKR dan DAP.

Apa yang Ee nampak hari demi hari umat Islam dan Melayu dipertontonkan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti PAS, hal ini bukan sahaja berlaku bermusim, tetapi ia berlaku sepanjang tahun. Ia semakin menjadi-jadi apabila berlakunya pilihanraya kecil yang menjadi kilang fatwa bagi lebai-lebai PAS.Daripada perbuatan khianat terhadap agama, menjadikan bohong sebagai amalan, sanggup menjadi pecacai kafir DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain. Semua ini dilakukan tanpa sebarang rasa bersalah terhadap pegangan hidup serta matlamat yang dituntut agama.

Apa yang Ee katakan sejak dari awal lagi sikap taksub melampau dan keinginan yang menggila kepada jawatan dan kedudukan inilah yang menyebabkan sehingga hari ini PAS semakin kabur akan identiti perjuangan mereka yang sebenar. Pemimpin-pemimpin PAS sudah lupa apa yang hendak mereka perjuangkan hanya kerana pengaruh dari puak kuffar yang mereka jadikan isteri haram mereka.PAS kini dilihat sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik. Semuanya kerana kegilaan mereka untuk menumbangkan satu lagi kepimpinan umat Islam yang mereka sifatkan sebagai Jahiliyah dan juga Sekular.Apa yang Ee nampak PAS yang dahulunya melaungkan negara Islam akhirnya telah membuang islam. Malah bertambah teruk apabila mencantas golongan Ulama didalamnya.PAS yang dahulunya melaungkan negara Islam akhirnya telah membuang Islam. Malah PAS semakin bertambah teruk apabila mencantas kononya golongan Ulama ' yang setia kepada parti mereka .

Apa yang Ee pelajari selama ini Islam mengajar umatnya agar cemburu dan saling bersaing melakukan kebaikan dan kebajikan. Namun apa yang dipertontonkan oleh PAS ialah,sesiapa sahaja jikalau bukan dari kalangan PAS yang melakukan kebaikan dan kebajikan, maka mereka harus dihina, diperlekehkan dan dicaci nista lalu dicantas semahunya. Tidak cukup dengan alasan teknikal, maka mereka akan mengungkit-ungkit tentang asal keturunan orang yang membuat kebajikan tersebut.Gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS yang disokong oleh DAP dan PKR, jelas menunjukkan semangat dan roh Islam telah menjauhi diri mereka. Tiada lagi Islam pada para pemimpin PAS sebaliknya yang tinggal hanyalah kegilaan melampau untuk mendapatkan pengaruh dan kegilaan untuk berkuasa.Bisikan demi bisikan iblis telah meresap di sanubari pemimpin PAS yang semakin menebal kebebalannya.Pada pendapat Ee Islam bagi PAS hanya sekadar meraih simpati untuk mendapatkan undi saja.Fikirkanlah.. 

2 comments:

  1. - PAS tidak takut langsung dengan jelajah Hassan Ali;
    - PAS Selangor berada di dalam keadaan yang terbaik;
    - tidak ada sebab masyarakat Melayu perlu risau dengan hakikat PAS
    tidak lagi menjadi ‘tokan besar’ dalam menjaga agama;
    - hubungan baik dalam saf PAS Selangor akan terus terpelihara;
    - Hassan Ali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS;
    - Hassan Ali seorang lelaki kecewa yang tidak mendapat tempat;
    Maka, dikeluarkan segala macam fakta songsang yang boleh menjadikan perkara-perkara di atas diterima pakai oleh orang PAS secara keseluruhannya.
    Ironinya, menurut seorang ‘pekerja’ di PAS Selangor – ini semua kenyataan media yang sudahpun diusahakan oleh pihak lain. Pejabat PAS Selangor menerima ‘fax’ draf kenyataan media malam kelmarin. Bahasanya lebih kasar. Termasuk menggelar Hassan Ali sebagai ‘pecacai politik’ UMNO – pengangkat najis UMNO dan sebagainya. Menurut kakitangan terbabit, fax tersebut berasal daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini ada juga beberapa surat yang difaks daripada nombor yang sama.

    ReplyDelete
  2. Setelah sekian lama Hasan Ali dalam PAS beliau lebih maklum akan hala tuju perjuangan PAS jika PAs dlm landasan yg betul mustahil beliau akan meninggalkan PAS dan mencerca parti yg telah menjadikannya seorang YB.Namun sebagai seorang perjuang yg tulin beliau tdk akan membiarkan perkara mungkar dan memalukan Islam.Hasan Ali telah dibukakan mata hatinya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana maka segala kemungkaran yg dilakukan oleh PAS wajib dibongkar demi agama,bangsa dan negara.Hasan Ali tidak mahu menjadi seorang munafik atas sebab itulah beliau rela ditendang dari PAS.

    ReplyDelete