Firman Allah yang bermaksud:--
"sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka" (surah an-nisa': 145)
Ee ingin mengajak agar semua pembaca budiman renungkan apa yang terjadi sekitar tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkafirkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.
Surau tu cuma surau papan plywood saja, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" kononnya mempertahankan surau tersebut.Kini sebuah masjid yang indah tersergam dinamakan Masjid Al-Hasanah.
Begitu juga ingin Ee terangkan sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi atau ada yang panggilnya surau Pakistan dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan.Tujuan kerajaan pada masa itu untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.Tapi ahli PAS tak puas hati. Jihad diisytiharkan. Demo diadakan. Walaupun yang turun menyokong tak sampai seratus orang, namun ahli PAS cekal berhadapan dengan pelbagai risiko, demi mempertahankan surau yang separuh batu separuh kayu.Apa yang Ee nampak kini sebuah Masjid Dang Wangi didirikan bersebelahan dengan Bangunan IPD Dang Wangi, masjid yang tersergam indah dan cantik menjadi kebanggan umat dan mercu tanda baru kawasan sekitar Jalan Dang Wangi. Namun perasaan benci, meluat dan marah kepada UMNO/ BN tetap membara didalam jiwa ahli PAS!..Ahli PAS memberontak tanpa mengunakan akal fikiran yang sihat hanyat mendengar hasutan para pemimpin mereka yang mabuk untuk berkuasa.
Ee ingin mengajak kita semua berfikir dengan cara yang normal bagaimana pula dengan Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah hendak dirobohkan, kita akan terfikir sudah pasti para mujahidin dan bakal syuhada' dari PAS akan mengamuk sekali lagi.Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu dirobohkan!..
Pada Ee sebenarnya madrasah tersebut berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi.Tapaknya adalah waqaf khas HANYA UNTUK PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN SEBAGAI MASJID/ SURAU!..Apa yang Ee bayangan pastilah para mujahidin dan bakal syuhada PAS akan berbaris panjang membuat rantaian manusia mempertahankan Madarasah tersebut.Apa yang Ee terbayang juga para ahli Unit Amal PAS akan berbaring diatas jalan menghalang jentolak daripada merobohkan Madrasah tersebut.
Hakikatnya kini Tak perlu protes.. Tak perlu demo... Tak perlu baring atas jalan!.. Kerana sekarang PAS sudah jadi Kerajaan yang memerintah Negeri Kedah. PAS sudah ada kuasa. Menteri Besar Kedah orang PAS. Exco Agama orang PAS. Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan yang mengeluarkan lesen pembangunan adalah orang PAS. Ahli Majlis Bandaraya Kota Setar adalah orang PAS.
Munafiknya penyokong2 PAS taksub penuh kepuraan dan munafiknya para pemimpin PAS apabila Kerajaan PAS Kedah yang dipimpin oleh seorang kononnya 'ulama' membuat keputusan untuk merobohkan Madrasah tersebut. Bukan untuk mengganti dengan Masjid yang lebih canggih macam Kerajaan UMNO Khir Toyo buat di Bandar Baru Bangi Selangor tetapi
mau dirobohkan untuk dibangunkan sebuah Kompleks Beli belah bernama Plaza Tunku Yaakob bernilai RM500 juta. Akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta Bellevue Group berpengkalan di Pulau Pinang dimana seorang ahli perniagaan Cina bernama Sunny Ho menjadi pengarah urusannya!..Kenapa ???..Di mana aqidah agama tergadai kerana pembohongan mereka yang bergelar kononnya ulama'..Ee ingin bertanya kepada para penyokong PAS mana pegi para mujahidin PAS? Mana pergi para bakal syuhada' PAS?.. Mana pegi ahli Unit Amal PAS?.. Mana pegi para pembaring jalan PAS?.. Mana pegi para pentakbeer PAS?... Mana pergi para pengutip derma jihad PAS?.. Mana pergi mereka semua wahai penyokong2 PAS?..Jangan jadi Munafik!..
Firman Allah yang bermaksud:--
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin" (Surah Al-An'am: 112)
Di sini Ee ingin menerangkan tentang Munafik..Mengenali Munafik: Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya.Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua keadaan.
Pertamanya, munafik I'tiqadi iaitu yang berkaitan dengan kepercayaan dalam hati. Mereka itu terdiri daripada golongan yang hanya beriman kepada Allah secara luaran saja.
Hakikatnya, golongan itu sudah terkeluar daripada agama Allah kerana niat di hati memainkan peranan penting dalam soal akidah dan dikira sebagai penentu hakiki kepada keimanan seseorang di sisi Allah.
Kedua disebut munafik 'Amali iaitu berkaitan perbuatan. Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabda yang bermaksud: "Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi amanah ia khianat." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ee ingin terangkan Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)." - (Hadis riwayat Bukhari).
Ee ingin menyeru kepada semua ahli2 PAS jangan jadikan diri sebagai munafik dan sanggup mengadaikan akidah semata menurut bisikan syaitan iblis mereka yang bertopengkan agama kembalilah kepangkal jalan tinggalkanlah parti PAS yang penuh pembohongan dan menyesatkan marilah kita semua bersatu di bawah 1Malaysia demi agama,bangsa dan negara.
Ikutilah mereka yang bertaubat dan meninggalkan PAS seperti Dato Hasan Ali,Ustaz Hasan Basri dan ramai lagi pemimpin dan ahli PAS lainnya, mereka yang telah tersedar bahawa PAS penuh kesesatan dengan membawa kemusnahan perpaduan ummah.Berpijaklah dibumi nyata.Marilah kita sama2 menyokong Kerajaan UMNO yang telah membawa kemajuan kepada Islam di negara ini sehinggakan negara kita kini merupa antara negara Islam yang terbaik di dunia.Marilah kita memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada kerajaan UMNO pada PRU 13 ini..Bersatulah! demi perpaduan ummah yang telah dipecah belahkan oleh kemunafikan pemimpin2 PAS yang kemaruk untuk berkuasa sehingga sanggup bersetongkol dengan musuh Islam DAP Laknatullah dan menjadi tali barut Anwar Ibrahim yang menyokong Yahudi sedangkan dalam Al Quran jelas menyatakan bahawa Yahudi itu musuh Allah yang nyata.Ingatlah jangan jadikan diri kita musuh kepada Allah dengan menjadi tali barut mereka yang merosakan aqidah yang kita pelihara selama ini..
No comments:
Post a Comment