Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu:
Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).
Dan Renungkanlah Firman Allah dalam dalam Al Baqarah ayat 120 yang bermaksud :--
'Dan, tidak sekali-kali ridha atas engkau (Muhammad (s.a.w) orang-orang Yahudi dan juga tidak (akan ridha) Nesrani sehingga engkau mengikuti ugama mereka; katakanlah kpd mereka sesungguhnya hidayah Allah (SWT) itu adalah hidayah (yag haq); dan jikalah engkau mengikuti kehendak mereka setelah datang kpd engkau dari ilmu (yg haq mengenai Islam); tiadalah bagi engkau dari Allah (SWT) mengasihiNya dan tidak juga mendapat pertolongan.'
Ee ingin ingatkan kepada semua rakyat negara ini agar jangan lupa, jatuh bangun Islam di negara ini adalah 99% bergantung di tangan orang Melayu. Oleh itu, janganlah ada pemimpin PAS yang masih berkhayal dan bermimpi kononnya Melayu tak penting, yang penting adalah Islam! mengharapkan orang bukan Melayu terutama muallaf dalam PAS itu, Islam tak akan berkembang.. Pemimpin Melayu inilah yang telah meletakkan "Islam sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan negara kita yang membuatkan semua penduduk negara ini mengakuinya!..Begitu juga keharmonian antara kaum sangat penting menjadikan Islam dengan cepatnya berkembang di bumi ini semuanya adalah atas keberhasilan pemerintahan UMNO.Kini kita semua merasainya termasuklah mereka pemimpin PAS kononnya memperjuangkan Islam tetapi hanya 'Tin Kosong' yang bertempek menyalahkan bangsa seagama sendiri setiap kali berceramah 24 jam.Mereka hanya tahu bercakap melaksanakannya jauh sekali.
Ee ingin ingatkan kepada pemimpin PAS terutama Hadi Awang dan Nik Ajis bahawa Bahtera PAS semakin bocor dan hampir karam, sebab itulah PAS terpaksa bergantung dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.Lihatlah berapa ramai ahli2 PAS yang mengistiarkan diri keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin PAS yang diterajui oleh pemimpin2 yang cakap tidak serupa bikin.Pemecatan Datuk Hasan Ali dari PAS juga merupakan satu letupan dari Bom Jangka yang merosakkan kemudi PAS yang dipandu oleh pemimpin yang terpaksa dipimpin seperti Nik Ajis.Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Hasan Ali dalam siri ceramahnya yang sentiasa dibanjiri oleh ribuan manusia begitu membuatkan parta pemimpin pembangkang semakin cemas dan mula mengeluarkan kenyataan yang seperti kerasukan hantu polong tidak karuan langsung.Ee ingin nasihatan kepada semua pemimpin pembangkang terutama Abdul Hadi dan Nik Ajis agar ikhlaskanlah bercakap atas landasan agama, janganlah meletakkan pertimbangan politik mengatasi kepentingan Allah dan Rasul!..Janganlah asyik menyalahkan UMNO apabila PAS ditimpa malapetaka.Ingatlah bahawa Anwar Ibrahim itu bukan maksum begitu juga Karpal Singh bukannya Tuhan yang yang menjadikan pemimpin PAS begitu kecut untuk bersuara sehinggakan semuanya terpaksa menjadi Pak Turut saja.
Renungkalah Firman Allah dalam Al-An'am ayat 34 yang bermaksud :--
Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
Pada Ee inilah parti yang bernama PAS.. PAS tidak suka kepada UMNO dik kerana UMNO tidak mahu memperjuangkan Negara Islam dalam agenda perjuangan parti UMNO sejak 53 tahun lalu tetapi mereka tidak sedar bahawa dalam perlembagaan PAS tidak sedikit pun ada menyebut untuk mendirikan Negara Islam. Tetapi apabila sahabat sehidup semati PAS iaitu DAP dan Karpal Singh serta Lim Kit Siang turut menyatakan bahawa mereka tidak selesa dan tidak bersetuju dengan agenda penubuhan Negara Islam, maka selepas 30 tahun PAS terus menukar dengan serta merta perjuangan Negara Islam mereka kepada perjuangan Negara Berkebajikan sepertimana yang dikehendaki DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang..Ee ingin bertanya siapa Mursyidul Am PAS sebenarnya???.. Siapa Presiden PAS sebenarnya???.. Siapa Dewan Ulama’ PAS sebenarnya???..Apakah PAS sebenarnya kecut perut bila Karpal mengugut "Langkah mayatnya dulu baru tubuh negara Islam?..
Pada Ee sebenarnya Rakyat sudah tertipu dengan dakyah dan perjuangan PAS selama ini. Terbukti bahawa PAS hanya inginkan undi dan sokongan umat Islam dan bangsa Melayu tanpa menghiraukan akan maruah dan kesucian Agama Islam itu sendiri.Pada Ee jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam, maka PAS harus kembali memperjuangkan Negara Islam tanpa menghiraukan apa sahaja kritikan DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.Ee ingin terankan di sini bahawa dalam konsep Negara Islam itu sudah tersemat faktor kebajikan kepada rakyat jelata. Malahan, semenjak kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL memimpin negara Malaysia, kita melihat parti itu sudah lama menerapkan konsep Negara Berkebajika. Sekiranya PAS menolak Negara Islam dan mengambil Negara Berkebajikan sebagai perjuangan utama mereka, maka ia menampakkan PAS menunduk, menikus dan mengikut telunjuk DAP..
Pada pendapat Ee bahawa Nik Ajis dan Hadi awang lebih sayangkan jawatan dan jugak kuasa pemerintahan negeri daripada tugasnya melaksanakan hukum Islam.Pada Ee Inikah yang dikatakan ulama' pewaris nabi apa ke jadahnya???.. Sesama manusia pun dah kecut terkincit-kincit, macam mana kata pewaris nabi???..Nik Ajis jugak sanggup mengenepikan keutamaan menunaikan janji yang diwar-warkan di seluruh negara bekenaan Hudud dan penubuhan negara Islam kerana takut dengan gertakan rakan sekongkolnya dari DAP dan PKR (Anwar yang menyokong keselamatan negara Yahudi). Pada Ee ini membuktikan bahawa Parti PAS lebih gila kuasa dari memperjuangkan kepentingan Islam dan menobatkan Islam di tempat yang sepatutnya.Lihatlah saja dalam Buku Jingga yang menjadi kitab tidak rasmi rujukan penganut PAS tidak ada satu pun menyebut tentang negara Islam dan kebajikan orang2 Islam.Apa yang ada hanya memberi keuntungan kepada kaum DAP tanpa mereka sedari bahawa mereka telah menjadi pengkianat kepada Agama dan Bangsa Melayu itu sendiri.Apabila Hadi Awang menyatakan bahawa menyokong Yahudi Yang salah menyokong zionis adalah salah pada Ee ini benar2 mengelirukan aqidah umat Islam.Apakah Hadi Awang cuba menipu dan membelitkan apa yang menjadi petunjuk dalam Al Quran dan hadis?..Pada pendapat Ee ciri-ciri Yahudi yang ditunjukan oleh Allah didalam Al Quran kini bersamaan dengan sifat2 yang ada pada para pemimpin PAS.Di sini Ee terangkan beberapa ciri Yahudi yang dipertunjukan oleh Allah dalam kitabNya.Ee sebenarnya tidak terkejut bila Hadi Awang secara terbuka menyokong Yahudi dan membuat fatwa terbaru tidak salah berkerjasama dengan Yahudi bukan zionis kerana mereka juga mempunyai ciri2 yang sama.
Antara Persamaan Ciri2 Yahudi dengan PAS :--
1) Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)..Ciri2 ini banyak terdapat pada para pemimpin PAS yang selalu berceramah dan suka berbohong dan jarang menepati janji2 semasa berkempen.Mereka juga melampaui batas bila bercakap suka memaki hamun sesama bangsa dan seagama.Dan yang paling melampau apabila Nik Ajis mengatakan Allah Tuhannya mencarut dan samsing disamakan dengan sifat manusia.
2)Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)..Ciri ini telah sebati dengan PAS yang merasai lebih Islam dari yang Islam lainnya.Sehinggakan sanggup mengkafirkan sesama Islam dan mengeluarkan fatwa mengelirukan sehingga berlaku pepecahan sesama seagama.Bila bersetongkol dengan DAP yang merupakan musuh Islam Halal pula kepada mereka.
3)Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)..Ciri ini juga ada pada PAS yang sanggup melakukan peperangan seperti yang mereka lakukan dalam Tragedi Memali satu ketika dulu.Begitu juga sanggup bersetongkol dengan musuh Islam A.Ambiga peguam murtad untuk menjatuhkan kerajaan dalam Bersih 2.0 tidak berapa lama dulu.
4)Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)..Ini dibuktikan apabila mereka begitu benci dengan UMNO seagama dan sebangsa dengan mereka.Mereka lebih rela makan semangkuk dengan DAP yang terang musuh Islam dari makan semangkuk dengan UMNO sebangsa dan seagama kerana iri hati sejak dari sebelum merdekah sehingga kini.
5)Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71).
6)Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran.
7)Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
Ee hanya mampu mengelengkan kepala bila melihat pembohongan dan putar-belit terbaru yang dimainkan oleh kaum pembangkang, termasuk dari kalangan yang mengaku Islam, membabitkan isu sokongan Anwar secara terbuka terhadap keselamatan negara Yahudi.Yahudi yang terang2 merupakan musuh Allah dan juga musuh kita yang beragama Islam.Ee ingin bertanya kepada ustaz PAS atau pun penyokong PAS yang berserban,bertasbih,berjanggut sejemput dan berdahi hitam surah mana atau hadis mana yang menyuruh kita agar menyokong musuh Allah???..Ee ingin bertanya sudah hilang kewarasan ke kaum pembangkang ini?.. Sudah tiada kemaluan lagikah pada ALLAH dan diri sendiri?.. Teman sampai bertanya, mereka ini sudah bertuhankan kerusi kah sehingga sudah tidak tahu lagi batasan kebenaran dan pembohongan, haq dan palsu, dosa dan pahala!..Ee berpendapat jika kita menyokong PAS samalah kita memusuhi Allah kerana Allah telah memberi petunjuk dalam Al Quran bahawa Yahudi itu musuh Allah sedangkan Nik Ajis berkata bahawa "Kerjasama dengan Yahudi Tidak Haram"..Sedangkan zionis dan Yahudi adalah sama.Dalam Al Quran tidak menyebut pun perkataan Zionis,ini merupakan putar belit yang direka semata untuk mengelirukan Aqidah umat Islam oleh PAS.
Renungkanlah Firman Allah dalam Al-An'am ayat 21 yang bermaksud :--
Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Pada pendapat Ee virus pembohongan dan putar-belit ini sudah sampai keperingkat sakaratul dikalangan pembangkang sekarang. Seluruh dunia terkejut bagaimana virus ini sudah melanda parti yang mengaku Islam, PAS. Pembohongan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang baru ini dinobatkan kaum Anwarinas mendukung kominis sebagai wira negara begitu memalukan.Mereka mengaku sebagai pemimpin Islam tetapi penuh dengan kemunafikan.
Renungkanlah Firman Allah dalam Al-An'am ayat 25 yang bermaksud :--
Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
Begitu juga Ee masih ingat dengan begitu segar bagaimana Karpal Singh, yang pada 22.10.1997 di dalam Dewan Rakyat menuduh Anwar Ibrahim sebagai kaki homoseks & liwat, tau-tau menjadi loyer Anwar dalam kes liwat!?..beliau juga yang mendesak Anwar bertaubat setelah pembohongan 16 September terbongkar,Satu dunia kena bohong dengan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah Tuhan. Rupanya pembohongan ini sudah menjadi darah daging dan sebati dengan kaum Anwarinas ini. tau-tau sekarang mengangkat Anwar menjadi kalifahnya..
Apa pun,Ee cukup yakin virus pembohongan dan putar-belit ini bukan sahaja akan berterusan, malahan akan menjadi lebih parah menjelang PRU 13 yang semakin dekat. Mereka tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Mereka tahu sokongan rakyat makin berkurangan.Pada Ee ini semua untuk menghalalkan mereka menjadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir, untuk memberi justifikasi rusuhan haram untuk menjatuhkan kerajaan secara haram, secara politik jalanraya, setelah mereka gagal melakukannya melalui politik pilihanraya seperti yang mereka lakukan dalam Bersih 2.0 tidak berapa lama dulu apabila ustazah S.Ambiga tetek besar peguam murtad menjadi pujaan pemimpin PAS dan juga penyokong taksub mereka yang hanya tahu angguk2 dan geleng2 saja.
Ee berdoa agar mudah-mudahan kita kekal diberi petunjuk oleh Allah (SWT) ke arah memahami Islam yg haq dan beramal dengan Islam yg haq, demi keselamatan akhirat kita. Rasulallah (s.a.w) telah memberi jaminan kepada kita bahawa jika kita pegang semata-mata al-Quran dan as-Sunnah pasti kita tidak sesat. Allah (SWT) beri jaminan kepada kita pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr, jika kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah dan berpandaukan as-Sunnah dalam kehidupan kita dan dalam menyediakan diri kita untuk kehidupan akhirat, kita pasti berjaya mendapat syurga Allah (SWT).
Ee ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira apa agama dan kaum, marilah kita bersatu menolak kaum pembohong ini. Mari kita sapu-bersih mereka yang mengamal politik pembohongan dan putar-belit ini. Diatas runtuhnya pembohongan mereka,marilah kita dirikan negara merdeka,marilah bersatulah semua rakyat Malaysia, pertahankan negara daulatkan hak kita dalam PRU 13 kelak dengan menyokong sepenuhnya kerajaan pimpinan UMNO yang telah terkenal berbakti kepada semua tanpa mengira kaum dan agamanya dengan penuh keadilan.Bersatulah! dalam 1Malaysia..
No comments:
Post a Comment