Dan di antara manusia ada mengagumkan engkau tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, dan dia bersaksikan Allah (bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah), padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu Muhammad).
Pada Ee apabila pemimpin pembangkang terutama PAS sanggup menyelewengkan fakta, menipu hakikat, mengelirukan orang ramai, menghalalkan cara dan apa sahaja watak sekalipun jahat akan digunakan dalam memenangkan diri. Inilah seorang munafik. Inilah orang jahat. Inilah orang yang amat dibenci oleh Allah.Salah satu sifat orang orang munafik adalah orang yang suka menipu.... bila bercakap banyak berbohong.... dan putar belit...sifat2 ini amat ketara pada setiap pemimpin PAS.. apabila pemimpin2 PAS buka mulut saja maka apa yang kita dengar hanya makian sesama banga sedangkan bangsa itu seagama dengan mereka..kiblatnya pun sama.Mereka begitu pandai dalam soal putar belit agama dan begitu mahir dalam mempermainkan Al Quran dan hadis semata mengikut hawa nafsu desakan untuk dendam yang sekian lama terpendam dalam hati pemimpin2 mereka yang begitu kemaruk untuk berkuasa sejak sebelum merdeka sehinggalah kini.
Ee masih ingat dan ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut ciri manusia munafik itu empat, salah satunya:
Apabila dia berbalah, dia jahat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksudnya untuk menang dalam perbalahan seorang munafik tidak kira apa caranya.
"Allah teramat benci manusia yang apabila berbalah, dia melampaui batas. Menolak apa yang benar hanya ingin menegakkan hujah yang dia sendiri tahu telah tersasar dari kebenaran.Berkeras kepala dengan hujah sendiri lalu berusaha menegakkan benang yang basah. Allah amat benci orang seperti ini.
Ee mengatakan ini semua berlandaskan fakta yang sering kita dengari dalam setiap kali siri ceramah pemimpin2 PAS yang diadakan hampir 24jam.Pada Ee PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).Apakah ini bukannya sifat munafik???..
Ee tidak tahu pula jika penyokong2 PAS mengatakan ini bukan salah satu sifat munafik tapi hanya bohong sunat saja hehehe..
Ee ingin katakan bagaimana pula Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO')… Ha… UMNO… Apa hukum orang ni?.. (Pendengar jawab "Munafik") dan disambung dengan "Munafik"..kini bila mereka bersetongkol dengan DAP?..apakah ini tidak munafik?..
Begitu juga dengan kononnya ulama' tersohor PAS.. Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Ajis Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima...Sedangkan semua sedia maklum bahawa syaitan itu musuh Allah yang nyata namun demi mengkelabui mata pengikutnya Nik Ajis sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang mengelirukan..
Ee ingin menerangkan bahawa sembahyang jumaat adalah menjadi kewajiban bagi umat Islam.Namun di sebabkan fahaman politik yang sempit maka mereka pemimpin PAS sanggup mengeluarkan fatwa yang mengelirukan.Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik.Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orangorang UMNO, tanpa menghiraukan hukum- hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu). Tegasnya di sini para pemimpin PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.Apa yang Ee katakan ini berlandaskan fakta yang benar-benar belaku satu masa dulu dan baru2 ini.Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.
Ee ingin berkongsi dengan Fatwa yang diamanatkan oleh Hadi Awang..Di dalam Fatwa Hadi pada 7 April 1981 dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).Pada Ee inilah sifat2 munafik para pemimpin PAS yang begitu menjijikan semata kerana fahaman politik sempit mereka segala yang haram dihalalkan.. Sedangkan Allah mengharamkan darah sesama Islam namun bertentangan dengan fahaman yang dibawa oleh PAS yang menghalalkan darah sesama bangsa dan seagama..
Ee ingin katakan bahawa pemimpin2 PAS adalah penuh kemunafikan yang amat sangat sangup membohongi rakyat terutama sesama Islam semata kemaruk untuk memerintah.Pada Ee apabila pemimpin PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.
Apa yang Ee ingin katakan bahawa sejak PAS bersekedudukan secara haram dengan PKR dan DAP, PAS sanggup mengadaikan perjuangan, kononnya, untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia tapi kerana desakan nafsu untuk berkuasa maka mereka tukar konsep Negara Kebajikan dengan harapan untuk menjadi PM. Maka sahlah bahawa PAS diwujudkan bukan untuk menegakkan Islam tetapi kerana kerakusan pemimpinnya untuk terus menjadi ketua setelah kecewa tidak dapat memimpin UMNO sebab kalah kepada Tunku Abdul Rahman maka dendam kesumat yang menjadi penawar bagi mereka.Pada Ee ini samalah kes tertubuhnya S46! pada satu ketika dulu.
Pendapat Ee bahawa PAS lebih menyokong mereka yang mengamalkan LBGT dari isu murtad ini dapat dibuktikan apabila mereka begitu menyanjungi S.Ambiga dengan mengikut serta peguam murtad Lina Joy dalam Demontrasi bersih 2.0 baru-baru ini.Begitu juga PAS sanggup memecat Dato' Dr Hasan Ali, pemimpinnya yang kuat dan komited memperjuangkan Islam dan menentang usaha puak tertentu memurtadkan umat Islam, semata-mata kerana tidak setuju dengan cara Anwar mengheret rakyat dalam kes pribadinya.Pada Ee inilah sifat munafik pemimpin PAS apabila terpaksa tunduk mengikut telunjuk seorang Anwar.
Salah satu sifat orang orang munafik adalah orang yang suka menipu.... bila bercakap banyak berbohong.... dan putar belit...ini bertepatan dengan sabda Nabi saw yang bermaksud :--
"Yang paling aku takut diakhir zaman nanti ialah bila ada orang alim yang akan jadi munafik......lidah mereka sahaja yang Islam tetapi hati dan perlakuan mereka adalah munafik."
Sedarlah wahai kaum kerabatku janganlah ikutkan segala bisikan syaitan iblis pembangkang yang menyesatkan marilah! kita semua bersatu menolak pemimpin2 yang penuh kemunafikan dan kesesatan dengan bersatu di bawah satu Payung pemerintah yang selama ini begitu memperjuangkan Islam sejak dari mula merdeka sehingga kini Islam dimartabatkan begitu tinggi sehinggakan Malaysia kini merupakan salah satu negara Islam terbaik dunia.Azan menyeru umat Muhammad untuk beribadat dan menyeru ummah untuk bersatu dalam satu jamaah sentiasa bergema diseluruh perusuk negara sebagi tanda bahawa negara ini diperintah oleh orang Islam dan merupakan sebuah negara Islam.Jadi janganlah diperbodohkan oleh mereka yang tamak untuk berkuasa kononnya nak mendirikan negara Islam tetapi hanya memperjuangkan kekeewaan ,Dendam Kesumat sekian lamanya.Sedarlah! marilah kita semua bersatu dibawah 1Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara.
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
ReplyDelete