Friday, March 30, 2012

Pada Ee Hanya Pemimpin2 PAS yang sanggup Mengaku sebagai Ulama'..Hakikatnya "KOSONG" macam bendera mereka yang berserabai.....



Ee ingan agar kita bersama merenungi hadis daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis Riwayat Al-Baihaqi

Ee ingin bertanya bolehkah kita iktiraf sijil atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah pewaris Nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama?..Apa yang Ee pelajari  dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama. Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai ulama.

Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis Nabi seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam sebagai ulama. Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan pendapat mereka tentang ajaran Islam. Mereka juga menjangkau usia yang tinggi sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika itu barulah mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat semasa. Tidak ada sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat. Tidak ada sijil ulama yang diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika itu dan kemudiannya menerima mereka sebagai ulama. Pada Ee mereka ini hanya didorong oleh kepentingan agama Islam. Mereka tidak dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan lain, termasuk kepentingan politik. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan dengan itu tidak mempunyai keperluan mempertahankan politik parti mereka atau pun ahli-ahli parti mereka.  Mereka inilah ulama Islam yang sebenar-benarnya.

Namun pada hari ini ramai yang mengaku ulama' dan ulama' seperti cendawan tumbuh pada waktu musim hujan.Di negara kita mereka yang kuat berpolitik terutama dari parti PAS begitu lancang mengelar diri mereka ulama'.Mereka seolah mempermainkan segala ajaran Nabi saw dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah.Apa yang Ee risaukan disini ada juga mereka yang tidak faham tentang Islam dan baru dua tiga hari masuk parti PAS sudah mengaku ulama' dan menjaja ilmu agama tanpa mempunyai perasaan mengeluarkan fatwa2 yang membawa perpecahan sesama Islam.Bahkan mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama mempunyai persatuan yang mana ini tidak pernah diadakan di zaman silam. Sesiapa yang menjadi ahli dalam persatuan ini kononnya menjadi ulama dan pewaris Nabi.Mereka yang berkepentingan politik juga boleh mendakwa diri mereka sebagai ulama'. Dan mereka juga percaya dan mahu masyarakat menerima mereka sebagai pewaris nabi. Segala dakwaan dan tafsiran agama yang dibuat oleh mereka tidak boleh ditolak, disoal atau dipertikaikan. Walaupun amat jelas yang dakwaan mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam, ia tidak boleh ditolak atau dipertikaikan.Apabila ada yang mempertikaikan kenyataan ini dituduh sebagai anti ulama', tidak percaya kepada tokoh yang digelar ulama' dan tidak menerima bahawa ulama' adalah pewaris Nabi.Fakta yang begitu kuat dan bercanggah apabila ulama' PAS mengistiraf Lim Guan Eng yang mendakwa mengikut khalifah Umar Abdul Aziz dalam segi pemerintahannya di Pulau Pinang.Begitu juga ulama'2 PAS berbangga apabila ustaz Lim mahu pun Linggam yang tidak pernah kenal Al Quran dan Hadis membaca ayat2 tertentu yang ditafsirkan mengikut selera mereka menghentam,memaki hamun sesama Islam.Apa yang terjadi kini Khalifah Lim Guan Eng baru2 ni mengadaikan Tanah Tapak Masjid...Ulama'2 PAS dan para penyokongnya hanya menikus..Sepatutnya ulama' mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam bukan nya seperti ulama' PAS yang hanya tahu berceramah politik saja 24 jam.. apa yang mereka tahu hanya umpat caci maki sesama seagama dan menjadikan umat Islam berpecah belah..Islam tidak mengajar semua ini..Pada Ee hanya agama PAS saja yang mengajar perkara2 keji lagi menjijikan ini. "Suweyyyy punya HamPAS"...

Pada pendapat Ee janganlah kerana takut kepada orang tertentu dan kerana kepentingan diri atau politik maka orang yang bukan ulama' diterima sebagai ulama' dan ajaran atau tafsiran mereka diterima secara membuta-tuli. Jika ini dibuat maka akan rosaklah agama Islam yang suci dan akan berpecah dan bermusuh-musuhanlah orang Islam sesama sendiri. Ee berpendapat jika kita tidak ingin melihat orang-orang Islam menjadi sesat kerana terlalu taksub dengan 'ulama' yang berkepentingan lain, maka kita perlu menjelaskan berkali-kali tentang siapa dianya ulama dan apakah yang dimaksudkan dengan 'pewaris' Nabi. Mudah-mudahan akan terselamatlah umat Islam di negara ini daripada kesesatan.

Apa yang Ee difahamkan menurut beberapa ahli PAS, yang berkumpul dan bermesyuarat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah semua alim ulama'. Bahkan yang menjadi punca pertelagahan juga bertaraf ulama, yang merebut jawatan Menteri Besar juga mengaku ulama', sebab PAS adalah parti ulama', dipimpin dan didukung oleh golongan ulama'.Pada Ee dalam kebanggaan mereka menganggap diri sebagai 'ulama' dalam PAS, rupanya tiada yang sanggup berlapang dada untuk berkorban dan mengalah dalam pertelingkahan yang berlaku, sehingga mereka terkial-kial mencari pilihan lain.Jika benarlah mereka dari golongan ulama' kenapa mereka sibuk berpolitik dan terkial-kial mencari bahan untuk menjatuhkan pimpinan sesama Islam dan sanggup pula mengeluarkan fatwa2 yang mengelirukan serta memecah belahkan rakyat.

Pada Ee semua pihak mesti menerima hakikat bahawa seseorang yang berpura-pura dirinya pakar dalam sesuatu bidang tetapi sebenarnya bukan pakar merupakan satu penipuan dan tidak boleh diikuti. Malah jika benar pun mereka pakar tetapi tidak menggunakan kepakaran itu ke jalan yang benar, ia juga tergolong dalam kumpulan yang menyesatkan.Ee juga berpendapat bahawa isu ulama palsu ini, ulama yang sebenar mestilah memelihara fatwa dan ilmu dalam membimbing ummah. Tetapi hari ini masih ada segelintir mereka yang lantang mengaku ulama tetapi dari sudut perbuatan dan kepimpinannya langsung tidak mencerminkan mereka termasuk dalam golongan munafik.Terlalu banyak fatwa2 yang begitu menyesatkan yang dikeluarkan oleh mereka dalam PAS yang kononnya mengaku ulama'.."Tuhan Mencarut".. pada pendapat Ee jelas fatwa ini mengelirukan dan dibelit-belitkan mengikut fahaman sendiri dengan menyamakan sifat keTuhanan denga sifat manusia yang jelas lemah."Tuhan Samsing"..jelas menunjukan bahawa ulama PAS hanya tahu menyesatkan aqidah rakyat yang kurang arif semata menghalalkan perbuatan mereka mengeluarkan kata2 kesat sewaktu berceramah dengan maki hamun kepada sesama Islam.Apakah ini kehendak ulama' PAS?...Fitnah makanan mereka..pembohongan,manipulasi serban mereka..mengumpat,mencarut, menyumpah seranah tasbeh mereka..dan yang lebih mengaibkan apabila Al Quran dan Hadis diperdagangkan dengan membelitkan segala maksud dan pelajaran sebagai jubah mereka hanya menutup untuk memecah belahkan perpaduan ummah....Apakah mereka layak sebagai penyambung lidah Rasulullah saw dan para Nabi?

Manshur Al-Bahutiy Al-Hambaliy-rahimahullah- berkata, "Barangsiapa yang mengaku nabi atau ia membenarkan orang yang mengaku nabi, maka ia kafir, karena ia telah mendustakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". (QS.Al-Ahzab : 40)

Apa yang Ee ketahui setelah menyanjung malah menyamakan Nik Ajis setaraf Nabi, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri kini bersendirian membela diri.Orang-orang PAS yang pada mulanya membela kenyataannya sebagai salah faham dialek, kini senyap sunyi apabila Nik Ajis sendiri enggan bertanggungjawab malah menyuruh Ustaz tersebut fikir sendiri akibat menyamakan dirinya dengan Nabi yang hukumnya kufur.Tidak cukup dengan itu, dalam kenyataannya, Nik Ajis cuba pula menukar topik dengan menyentuh mengenai orang Islam yang menolak Islam yang mana dirujukkan kepada UMNO.  Sedaya upaya Nik Ajis cuba lari dari topik sebenar dengan cuba mengalih isu kepada orang lain.Pada Ee inilah penyakit yang terdapat dalam PAS apabila menghadapi sesuatu masalah ulama'2 mereka terutama Nik Ajis akan menyalahkan UMNO..Pada Ee Hanya Pemimpin2 PAS yang sanggup Mengaku sebagaiUlama'.. Hakikatnya "KOSONG" macam bendera mereka yang berserabai..bertahun tidak diturunkan dari pokok2 mahu pun tiang2 ditimpa hujan dan panas akhir reput terserembam menyembah bumi..

Renungkanlah hadis daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Fahamilah bahawa Allah mengurniakan pancaindera dan akal untuk kita melihat, mendengar dan berfikir bukannya melihat dan mendengar sahaja.  Kita tidak harus mempercayai sesiapa saja yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama' hanya kerana penampilannya.Pada Ee  gunakanlah akal fikiran untuk menilai sesuatu yang dilihat dan didengar walaupun datangnya dari seorang yang mengaku Ulama' dan berpenampilan warak.Ini kerana tidak semua yang kelihatan dan kedengaran seperti Ulama' itu adalah Ulama' sebenar dan kerana itulah Rasulullah saw bersabda seperti di atas.

Al-Imam Ibnu Qudamah Al-Hambaliy-rahimahullah- berkata, "Barang siapa yang mengaku nabi atau ia membenarkan orang yang mengaku nabi, maka ia sungguh telah murtad, karena Musailamah tatkala ia mengaku nabi, lalu ia dibenarkan oleh kaumnya, maka mereka menjadi murtad.(Lihat Al-Mughni (8/150)

Pada pendapat Ee manusia yang paling tinggi darjatnya ialah mereka yang berakhlak mulia, berilmu dan mampu memberi sumbangan untuk memperbaiki kehidupan manusia keseluruhannya.Oleh itu, seorang doktor, saintis dan ahli matematik yang mencipta alat-alat dan menemui ubat-ubatan untuk kebaikan manusia sejagat kemungkinannya jauh lebih tinggi darjatnya dari seorang PAS yang hanya berceramah agama setiap hari hakikatnya kosong semata memecah belahkan ummah dengan umpat keji kata nista.Sekali lagi ditegaskan,Ee bukan menghina Ulama tetapi Ee ingin mengajak kita semua membuka minda dan mendefinasikan semula siapa itu Ulama.Ini kerana, terpesongnya para Ulama, maka terpesonglah ummah keseluruhannya.Akal yang ada wajib digunakan untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum mempercayai atau mengangkat seseorang sebagai Ulama agar ummah tidak terpesong selamanya.Pada Ee apa gunanya akal kurniaan Allah jika enggan menggunakannya dan hanya bergantung kepada pancaindera semata-mata.Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment