Pendapat Ee bukan berakhir disitu saja bila mengatakan bahawa Karpal berhak mendapat gelaran mursidul am PAS
apabila Karpal meminta Tun Dr Malathir Mohamad bertaubat ekoran tulisan mantan Perdana Menteri itu yang menyatakan Pengerusi DAP itu patut gembira kerana pimpinan baru PAS lebih rapat dengan DAP, gelaran diberikan pemimpin PAS tersebut mungkin ada benarnya.Karpal menggesa Dr Mahathir berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.Apabila Dr Mahathir menulis bahawa Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.Apapun pada Ee, Karpal menunjukkan kehebatan beliau dan kemantangan politiknya dengan sanggup meminta Anwar dan Dr Mahathir bertaubat.Hehehe mungkin lepas ini kita hendak dengar pula bilalah agaknya Karpal akan meminta agar Nik Ajis pula bertaubat kerana pembohongan dalam memberikan fatwa dan suka bercakap berputar belit macam Lidah bercabang Biawak.
Ee mengajak semua agar merenungkan bait-bait nyanyian M.Nasir.." Jangan lihat dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung, kata M.Nasir. Dan burung melihat dari atas bumi. Ada juga burung mampu terbang sampai ke angkasaraya. Kata mereka itulah burung cenderawasih. Burung azimat. Manakala burung ababil juga adalah haiwan ajaib yang datang menolong tentera Islam menumpaskan tentera Abrahah bergajah.Lambang PAS kini telah menjadi Wau. Wau Bulan. Diterbangkan megah ke langit biru. Bila angin kuat menderu, maka bergemalah bunyi dengungnya.Salah seorang pemainnya adalah Datuk Hasan Ali tatkala wau bulannya semakin gah di udara angkasa sana, tiba-tiba... terputus talinya.Maka melayang-layanglah PAS tanpa arah tujuan menuju kejatuhan samada tersangkut di pohon,dalam gaung,dalam sungai.di tengah2 padang,dalan hutan mahupun lautan luas."Lambang Hijau Bulan sudah hampir terjunam!", jerit seorang penyokong tegar PAS.Penyokong Pembangkang sudah menjadi huru-hara tingkah laku mereka. Lalu disumpah menjadi lembu-lembu dan berbaringlah mereka di atas jalan dan ada yang disumpah menjadi beruk mak nyeh terkinja-kinja melompat-lompat.
Ee ingin bertanya betul ke Pas nak laksanakan Hudud?.. Satu persoalan yang harus PAS jawab memandangkan soal hukum HUDUD nie tidak pernah tersenarai pun dalam Buku Jingga, Kitab yang menjadi pegangan puak-puak Pakatan Pembangkang sejak akhir-akhir nie..dan lagi satu sekejab cerita hudud..kini beralih pula pada cerita pemecatan seorang pejuang Islam dalam isu murtad,arak,judi dan maksiat demi menegakan maruah Islam kena pecat pula..inilah PAS tidak pernah konsisten dalam perjuangan mereka..Pada Ee PAS ni ibarat melukut di tepi gantang. Percayalah, jangan harap PAS dapat laksanakan hukum hudud jika mereka masih bersama DAP dan PKR sedangkan jawatan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor pun tak dapat inikan pula nak laksana hudud.
Pada Ee pemimpin2 PAS nie macam Pak Pandir dalam menghadapi isu bersama Pakatan Pembangkang selalu saja kena kelentong dik Anwar mahupun DAP.Mereka Anwar dan DAP buat busuk PAS yang kena hidu menghilangkan segala kebusukan mereka sehingga sanggup mengadaikan maruah parti dan sanggup kehilangan pengikut setia seperti Hasan Ali yang benar-benar berjuang demi memertabatkan maruah Islam.Untuk melepaskan tengkuk yang kena kait dik DAP dan PKR mereka tuduh UMNO pula.Tuduhan PAS kepada UMNO untuk menyelamatkan diri, bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ini juga Pas turut menuding pihak lain jika dilihat perkara itu boleh memberi kesan kepada hubungannya dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Pada Ee PAS nie bolehlah dianggap sebagai sebuah Parti Sesumpah, boleh bertukar apa sahaja, kalau dulu sebagai parti Islam, kini jadi parti berkebajikan, ini semua hendak pasti mereka dapat duduk bersama dengan DAP dalam melunaskan hawa nafsu untuk berkuasa.PAS kini sudah tidak punyai hala tuju, sejak mereka bersama DAP dan PKR, PAS sudah hilang suara dalam memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu di negara ini, mereka terpaksa tunduk kepada DAP untuk kepentingan politik.
Pada Ee memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu dan Islam adalah perjuangan UMNO. UMNO konsisten dalam perkara ini, namun kepentingan kaum dan agama lain turut dipertahankan bagai memastikan rakyat negara ini hidup aman.Ee dapat lihat isu membabitkan agama dan kaum di negara ini sejak dari baru merdeka sehingga kini, sudah ada persefahaman antara UMNO dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional apabila membabitkan isu keagamaan.Oleh itu Ee sarankan agar rakyat negara ini menolak saja pakatan pembangkang pada PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa,ini semua demi keharmonian kita bersama.Janganlah kita mendengar segala pembohongan janji manis dajjal2 pembangkang semata menjadikan kita hilang segala yang kita kecapi bersama hari ini.Berfikirlah dengan matang,marilah kita bersatu di bawah 1Malaysia..
No comments:
Post a Comment