Monday, February 6, 2012

Pada Ee Tidak hairan Kelak jika ada yang Menyamakan Nik Ajis dengan Tuhan dan PAS itu Agama..Nau'zubillahiminzalik..



Ee ingin mengimbas kembali sejarah negara yang hampir kita semua lupa bagaimana semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.Mereka pemimpin2 PAS menjalankan pelbagai cara untuk mengagalkan rancangan menuntut kemerdekaan.Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAS yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.

UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAS terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAS kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAS sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..

Apa yang dapat Ee katakan bahawa dendam kesumat parti PAS terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAS hanya mendapat 1 kursi sahaja.Pada pendapat Ee atas sebab itulah pemimpin2 mereka sehingga kini begitu membenci UMNO dan berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu yang telah membawa pelbagai banyak kejayaan kepada rakyat dan negara.mereka sanggup menabur fitnah dan pelbagai propaganda asalkan dapat memecahbelahkan rakyat dan mendapat keuntungan politik murahan mereka.Mereka pemimpin PAS sanggup menjual agama semata ingin melunaskan tuntutan nafsu untuk berkuasa.Mereka yang memperjuangkan Islam seperti Datuk Hasan Ali mereka campakkan kelautan tetapi mereka yang menyokong Yahudi seperti Anwar Ibrahim diangkat sebagai wira Islam.Begitu juga mereka begitu teruja mengangkat komunis sebagai wira negara semata untuk memancing undi kaum Cina terutama DAP.

Ee dan hampir semua rakyat beragama Islam negara ini berpendapat bahawa bukan PAS saja yang berhak memperjuangkan Islam di negara ini,Islam sebenarnya telah subur di bumi Malaysia ini sejak dari sebelum Merdekah dan kini setelah merdekah semakin subur kerana sering disiram dengan baja2 yang baik dari pemimpin2 UMNO yang begitu menyayangi sehingga mengangkat martabat Islam Malaysia begitu baik dan kini antara yang terbaik di dunia.Bagi Ee kita berjuang untuk Negara,Agama dan Bangsa jadi PAS jangan angkuh kononnya mereka saja yang berjuang untuk Islam.Sepatutnya PAS harus menerima hakikat bahawa kita semua menyumbang kepada perkembangan Islam dan negara melalui cara-cara yang tersendiri.Jadi pada Ee PAS tidak boleh mendabik dada kononnya mereka saja yang memperjuangkan Islam selama ini hakikatnya tidak ada apa yang mereka perjuangkan melainkan membawa Perpecahan Ummah yang telah terbena sekian lama sejak dari sebelum merdekah sehingga kini.

Ee berpendapat bahawa Kalau dulu sebelum merdeka orang Melayu terkenal dengan sifat pemalunya.Hakikatnya setelah 54 tahun merdeka,orang2 Melayu sudah berubah dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan.Pada Ee sepatutnya kita semua harus berterima kasih atas sumbangan pemimpin2 Umno terdahulu dalam menubuhkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru,Sekolah-sekolah, Majlis Amanah Rakyat serta universiti untuk kemajuan rakyat khususnya umat Islam dari di belenggu oleh permasalahan buta ilmu dan kemiskinan.Jika dulu sebaik merdeka pembangkang terutama PAS menghasut rakyat agar jangan kesekolah dengan pelbagai momokan kononnya akan menjadi kafir kerana bersekolah orang kafir dan sebagainya namun dengan penuh kecekalan pemimpin2 UMNO meneruskan hasrat murni dan kini hasilnya bukan saja anak2 orang UMNO tetapi anak2 orang pembangkang juga mendapat hasilnya.

Kadang-kadang Ee ketawa apabila rakyat diperbodohkan oleh pemimpin2 PAS terutama Nik Ajis dan Hadi Awang dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bukannya membawa kemajuan sebaliknya membawa kemunduran kepada Islam itu sendiri jangan pula sampai mereka yang bukan Islam menjadi pelik dan mentertawakan kebodohan umat Islam Malaysia yang menelan bulat2 segala fatwa Nik Ajis yang pada Ee jelas melalut dan mengelirukan.Agama di perkudakan semata keran mengikut bisikan hawa nafsu dan syaitan yang bertenggek kerana telah bersumpah dengan Tuhan untuk menyesatkan umat Islam.Ee juga kekadang ketawa dengan kebodohan dan ketaksuban penyokokong PAS jika dulu mereka mengangkat Nik Ajis sebagi seorang ulama' kini mereka semakin menunjukan kebodohan dan ketaksuban yang semakin menjadi-jadi apabila Nik Ajis disamakan dengan Nabi.Ee dapat rasakan ketaksuban yang melampau sebahagian penyokong PAS yang sanggup meletak gambar Nik Ajis dalam dompet ditampal merata tempat dalam rumah seolah Nik Ajis ini terlalu agong kepada mereka.Pada Ee tidak hairan kelak jika ada yang menyamakan Nik Ajis dengan Tuhan Nau'zubillahiminzalik..

Ee harap agar rakyat  buka hati dan minda kemudian nilaikanlah siapa PAS adakah PAS sebuah parti politik memperjuangakan Islam dan dalam masa yang sama sebuah pertubuhan yang menyesatkan orang Islam dengan kekeliruan agama yang ditimbulkan PAS.Mereka sebenarnya bukan pejuang Islam tetapi memperkudakan atau menakut2kan rakyat yang beragama Islam dengan dosa dan pahala.Mereka tidak lebih dari parti politik yang memperdagangkan Islam untuk mengaut keuntungan politik cetek mereka.Ee ingin bawakan sebahagian petikan fatwa dari Presiden PAS Hadi Awang semasa memberi ceramah di Masjid Rusila satu masa dulu:--

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima"Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Katanya, akibat itu perjuangan Umno hanya setakat dunia sahaja.

Dan Fatwa yang juga diungkapkan oleh Hadi Awang tidak berapa lama dulu sehinggakan rakyat berpecah belah dan terjadinya sesama Islam dan sekampung bersengketa sehingga pulau memulau antara satu sama lain.Suami menceraikan isteri,Sembahyang dua imam dan pelbagai perkara yang karut marut berlaku angkara fatwa ini.

"Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpaan kerjasama UMNO dan MCA".

Begitulah PAS sering melupakan apa yang mereka katakan atau fatwakan.Mereka sanggup bersetongkol dengan DAP yang merupakan musuh nombor satu Islam dan juga parti sekular yang mengamalkan perkauman.Mereka lupa dengan fatwa Nik Ajis yang berbunyi :-- "UMNO Kafir kerana bekerjasama dengan MCA yang nyata kufar".Kini mereka lebih teruk dari UMNO dengan menghalalkan apa yang mereka telah haramkan kerana mabuk untuk berkuasa dan demi dendam kesumat selama ini.Mereka lupa dengan ancaman dari Karpal Singh yang ditujukan khas buat mereka..Mereka mabuk dan sanggup bersetongkol dengan DAP yang jelas2 menolak negara Islam.Kini untuk menutup segala kelemahan mereka sanggup membuang perjuangan menubuhkan negara Islam kepada "Negara Berkebajikan" yang ditiru bulat2 dari UMNO.

"Langkah Mayatku,Jika ingin menubuhkan negara Islam"-petikan dari kenyataan Karpal Singh.

Kadang2 Ee merasa lucu dengan cara pemikiran pemimpin2 PAS dalam mengeluarkan pendapat sehingga pendapat mereka menjadi pegangan kepada penyokong2 taksub dan menjadikan ianya seumpama fatwa yang akan dikunci di dalam peti besi hati mereka.Nik Ajis sendiri dengan angkuh tidak boleh disentuh atau disanggah mengeluarkan beberapa fatwah yang Ee rasakan begitu memalukan kerana ianya dikeluarkan oleh mereka yang dikatakan kononanya seorang ulama'..UMNO Kafir kerana berkerjasama dengan bukan Islam,UMNO Syirik,UMNO Sekular,Allah Mencarut,Allah Samsing,Sembelihan Orang UMNO Haram,Darah Orang UMNO Halal Bagi Orang PAS dan sebagainya..Pada Ee ini semua jelas melalut dan mengelirukan akidah umat Islam.Kerana fatwa2 yang karut marutlah maka terjadi pemberontakan dalam trgedi Memali,Sembahyang dua Imam,Suami menceraikan Isteri,anak menderhaka kepada ibu bapa dan sesama sekampung bermasam muka.Ini semua bukannya memajukan Islan sebaliknya menjadikan islam itu mundur dan dipandang hina oleh bangsa lain.Bertaubatlah dan kembalilah kelandasan yang benar.Islam agama mudah jangan diperberatkan dengan pelbagai perkara yang karut marut.Islam mengajar kita agar bersatu dan berbaik-baik sesama manusia tanpa mengira kaum dan agamanya.Janganlah kerana orang tidak memilih parti PAS maka mereka memperkudakan Islam dengan bertopengkan agama,berjubahkan nafsu,berjanggutkan Syaitan,bertasbihkan fitnah,caci maki dan berserbankan dengan pembohongan yang berluasa.

Pada Ee kebodohan paling ketara penyokong PAS ialah menerima saja kata2 pemimpin PAS apabila penyokong mereka beranggapan atau lebih tepat lagi berakidah, dengan menyertai dan menyokong PAS, maka secara tidak langsung mereka telah bertemu dengan jalan Allah Taala.

Apa yang Ee pelajari selama ini dan mungkin juga semua tahu bahawa sebenarnya makrifat kepada Allah Taala adalah seluhur-luhur makrifat, bahkan yang semulia-mulianya. Sebabnya, makrifat kepada Allah Taala itulah yang merupakan asas yang di atasnya didirikan segala kehidupan kerohanian.Daripada makrifat kepada Allah Taala itulah bercabangnya makrifat kepada Nabi dan rasul serta hal-hal yang berhubungan dengan mereka, mengenai terlindungnya daripada dosa dan kemaksiatan, tugas-tugasnya, sifat-sifatnya, hajat ummat manusia terhadap diutuskan rasul-rasul dan para nabi itu, juga yang dimaksudkan sebagai persoalan yang erat hubungannya dengan para nabi dan rasul itu seperti masalah mukjizat, kewalian, kekeramatan dan kitab-kitab suci yang diturunkan dari langit.

Bahkan daripada makrifat kepada Allah Taala itu juga bercabangnya makrifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini, seperti malaikat, jin dan roh.Juga daripada makrifat kepada Allah Taala itu pulalah timbunya makrifat perihal apa yang terjadi setelah kehiduapn di dunia ini berakhir, juga mengenai kehidupan di alam barzakh, kehidupan di alam akhirat yang berupa ba'ats (kebangkitan kembali dari kubur), hisab (perhitungan amal), pahala, siksa, syurga dan neraka.

Namun kini para pemimpin PAS mengajar sama ada secara langsung kepada penyokong2 mereka atau tidak langsung bahawa untuk menemui Allah Taala, haruslah dengan jalan berparti politik. Sama ada secara sedar atau tidak, dorongan ke arah itu sebenarnya adalah perbuatan mensyirikkan golongan mubtadi yang bolehlah dianggap begitu bodoh dan begitu dangkal.Apa yang Ee pelajari selama ini persoalan ilmu tauhid sebenarnya sangat rinci dan perinciannya tidak sekadar kulit atau syariat yang di dalamnya termasuklah hukum hudud dan qisas sebaliknya intinya yakni hakikat. Untuk kembali kepada Allah Taala, bukanlah dengan menyertai parti politik dan berjuang terjerit-jerit di dalamnya dengan kononnya berpakaian zuhud dan berlaku alim, bahkan ia lebih jauh dari itu.

Ee berpendapat dan memegang teguh dengan pendapat bahawa menjunjung Islam, mewujudkan Iman dan mengharapkan Ihsan tiada langsung dalam kamus aktiviti PAS. Memang benar ada kelas-kelas kerohanian yang disediakan oleh PAS, namun PAS tidak membawa manusia menuju kepada Allah Taala, sebaliknya mereka menjadikan Allah Taala sebagai alasan untuk mereka mendapatkan kuasa. Bahkan lebih dahsyat lagi, mereka menyengutukan Allah Taala dengan cara membesar-besarkan parti mereka berbanding Allah Taala sepertimana yang dilakukan oleh kaum Syiah yang membesar-besarkan Dzat Ali untuk memperolehi Nur Muhammad bagi mendekatkan pula Nur Allah....Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Renung2kanlah dan fikir2kanlah..

No comments:

Post a Comment