Dan orang2 yang mendirikan masjid (di antara orang munafik) untuk menimbulkan malapetaka (di kalangan orang mukmin),kekafiran dan perpecahan antara orang mukmin dan untuk menanti kedatangan orang yang dari dahulu memerangi Allah dan RasulNya.Mereka bersumpah,dengan mengucapkan,"Kami tidak bermaksud selain kebaikan".Dan Allah menjadi saksi bahasanya mereka pendusta.
Dan firmanNya lagi dalam At Taubah ayat 119 yang bermaksud :--
Hai orang2 beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama (barisan) orang2 yang benar.
Ee pernah ceritakan tentang perangai sebenar Anwar Al Juburi semasa di dalam ABIM satu masa dulu. Orang-orang lama didalam politik mesti cukup faham bagaimana Anwar mempergunakan rakan-rakannya yang bijak beragama di dalam ABIM untuk kepentingannya sendiri.Antara rakan-rakan Anwar didalam ABIM dulu ialah…Arwah Fadzil Nor, Nakhaei Ahmad, Kamarudin Mohd Nor, Fuad Hassan, Kamarudin Jaafar, Ghazali Nawawi, Abdul Ghani Shamsudin, Sidiq Fadzil, Abdul Hadi Awang dan beberapa orang lain yang mungkin Ee tidak berapa kenal. Tetapi semua mereka ini tidak berjaya seperti Anwar. Kenapa? dan Mengapa?..
Satu perkara yang kita semua kenal pasal Anwar ialah, dia mengamalkan politik cantas-mencantas ataupun dalam bahasa Kelantannya Cah keting.Kita semua sedia maklum bahawa Anwar akan memenggal kepala siapa saja yang dia rasa nak penggal asalkan dia mendapat kuasa.Apa yang Ee nampak hanya Tun Mahathir saja yang Al Juburi tidak dapat nak penggal dia punya kepala sebab "Kepala Otak Tun Bergeliga dapat Membaca Segala Auta Si Maharaja Pembohong Anwar Al Juburi".
Semasa Anwar dalam UMNO beliau sangat bijak mengunakan Pengaruh dan juga Politik Wang untuk menjatuhkan sesiapa saja yang dia rasakan tidak suka.Ee masih ingat lagi kalau tidak kerana Politik Wang dan sikap suka mencatas Al Juburi masakan Tun Ghaffar Baba akan kalah oleh manusia pembelit Nombor Wahid ini.Pada Ee Anwar memang bijak memanipulasikan sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi sendiri. Antara yang terawal permainan politik radikal Anwar ialah Demonstrasi Membantah Kemiskinan di Baling yang kemudiannya disahkan tidak benar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Pada Ee inilah manusia Anwar yang tidak kering dik perasaan tamakkan kuasa sehingga sanggup berbohong sepanjang masa tanpa memikirkan resiko yang akan menimpa keatas rakyat.Apa yang difikir hanya nak jadi Perdana Menteri pembohongan melampau sehingga sanggup memburukan rakyat dan negara keseluruh dunia meraih simpati.Ee dapat rasakan inilah sikap Anwar Al Juburi yang suka membangkang,menipu hatta memfitnah jika segala kemahuannya tidak dituruti,yang peliknya sebahagian rakyat begitu bodoh tidak dapat memikirkan yang mana betul atau tidaknya kata2 Al Juburi ni..Ingatlah Allah memberi kita akal yang baik untuk membuat kebaikan bukannya keburukan..
Jangan jadi Pak Angguk je macam HamPAS-HamPAS yang jadi Keldai Tunggangan DAP.Hehehe..apa yang mereka dapat hanya "Bau Busuk Kentut Pemimpin DAP yang tidak pernah dibasuh hanya lap saja..Segala haruman kasturi DAP Sedut.
Pada Ee PAS ni tidak lebih dari Seekor Biawak yang membawa kitab Al Quran dan Hadis Nabi saja kepada Pakatan Pembangkang kerana kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali..mereka hanya pandai cakap pusing sana pusing sini lidah bercabang macam biawak.Pada Ee perkara itu amat memalukan serta merugikan Pas kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai Pas.Pada Ee ini menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan Pas daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.Lihat sajalah macam "Sebelum ini, di Pulau Pinang, ADUN PAS di Permatang Pasir iaitu Salleh Man langsung tidak diberi apa-apa portfolio walhal pakatan pembangkang dahulu menjanjikan beliau jawatan Exco Hal Ehwal Islam atau Pengerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang pada Ee inilah yang dikatakan yang mengusung Al Quran dan Hadis.
"Pada Ee ini satu penghinaan besar kepada PAS kerana dalam Al-Quran, Allah ada berfirman bahawa akan ada masanya kita melihat pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada tanggungjawab itu ibarat keldai yang membawa kitab, bawa sahaja tapi kuasanya tidak ada..Pada Ee mereka PAS lebih cenderung menjaga hati "Bapak Segala Syaitan DAP..Hehehe.." bukan Ee cakap tapi Nik Ajis yang cakap" dari menjaga hati sesama Islam.Pada Ee sensitiviti PAS terhadap permasalahan yang besar khususnya berkaitan akidah umat Islam tidak ada sehinggakan terpaksa akur dan patuh kepada rentak rakan sekutu terutamanya Bapak Segala Syaitan DAP demi kepentingan politik sendiri berbanding permasalahan umat.Pada Ee "Nampak sangat Pas tidak boleh buat keputusan sendiri apatah lagi untuk berpegang teguh pada pendirian asal malahan sebaliknya sanggup pula membuang jauh Hasan Ali yang beria-ria memperjuangkan Islam,ini semua kerana ketamakan mereka untuk berkuasa dengan menghalalkan apa saja.
"Pada Ee PAS, DAP dan PKR seakan cuba melakonkan imej satu kabilah atau duduk dalam satu kapal sedangkan isu berkaitan agama adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dengan mana-mana pihak apatah lagi ia melibatkan akidah keseluruhan umat Islam. Itu adalah salah dan sepatutnya, Pas berterus terang kerana jika benar Pas tak bersetuju maka mereka mesti tinggalkan Pakatan kerana sebelum ini mereka pernah berjuang sendirian dan itu adalah lebih mulia dari diperlekehkan macam budak tidak cukup umur".Ee sentiasa tabik dengan Kompenan Barisan Nasional yang diKetuai oleh UMNO semuanya faham berdasarkan Perlembagaan Malaysia iaitu agama Islam adalah agama Persekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya termasuk untuk memaksa atau untuk cuba memesongkan akidah kepada mana-mana rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi dalam pada itu agama lain bebas untuk diamalkan, ia tidak pernah menjadi isu sebagaimana berlaku dalam pentadbiran pembangkang.Pada Ee inilah kelebihan Kerajaan UMNO hari ini berbanding dengan Pakatan Haram yang tidak senada dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh mereka.Pada Ee mereka ni bersekedudukan cara haram..tulah sebabnya segala yang tidak dibenarkan dalam agama pun mereka main langgar je..hehehe..
Ee bawakan Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 86 bermaksud:--
Merekalah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat.Maka tidaklah akan diringankan siksaan mereka dan mereka tidak akan tertolong.
Ee ingin mengajak rakyat negara ini cuba perhatikan betul-betul, Pas tidak lain hanya menjadi alat politik Anwar. Anwar tahu pemimpin-pemimpin PAS takkan mampu menandinginya dari segi kepimpinan dan putar belit.Ee pasti apa yang Ee katakan ini banyak kebenarannya.Nik Ajis yang kononnya ulama' tu sanggup membela dan mengeluarkan amanat atau fatwa kerana termakan dik tipu daya dan lakonan Anwar sekelas dengan pelakun filem Tamil penuh dengan belit sana belit sini.Ada juga yang mengatakan lakunan Anwar sekelas dengan Drama Senetron Indon yang sering dimainkan dikaca tv sebab beliau berkebolehan memujuk orang-orang Indon memberontak dengan membakar bendera Malaysia.Inilah kelebihan Anwar Al Juburi dalam memenangi hati mereka yang mudah tertipu.Bak kata orang Jawa Indon "Jempol"..
Apa yang Ee nampak Anwar lebihkan DAP didalam segala hal pemerintahan dan pentadbiran Pakatan. PAS hanya digunakan sebagai penasihat salah laku moral dan juga menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan oleh kroni-kroni Anwar dalam Pakatan.Cuba lihat apa yang terjadi pada Datuk Hasan Ali..Pada Ee PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini. Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam. Apakah PAS telah Lembik Syawat dan Lemah Tenaga Batin dalam pertarungan mereka secara haram dalam Pakatan Pembangkang, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut...ini semua tipu daya Anwar sehinggakan PAS sanggup mengorbankan orang yang banyak jasa kepada parti mereka semata kerana seorang Anwar.Apa yang Ee nampak Maharaja Pembohong ni kalau depan bini bukan main lagi jadi Bapak Anugerah buat muka sedih belakang bini Syaitan pun kalah..!Bila jumpa orang Melayu dan berceramah cakap lain..bila jumpa kaum Cina dan India cakap lain pula..lidah bercabang macam biawak..Wahai penyokong2 HamPAS "Berteduhlah di bawah pohon yang dahannya kuat..janganlah berteduh di bawah dahan yang rapuh jika dipukul angin dahannya patah akan menghempap kamu semua"..Marilah kita bersatu dibawah 1Malaysia pada PRU 13 yang akan diadakan bila2 masa demi maruah Agama,Bangsa dan Negara dan demi jenerasi akan datang..Negara telah aman makmur maju jaya janganlah kita hancurkan dengan mengikut saja segala tipu daya Dajjal2 Pembangkang yang membawa kerosak di bumi anugerah Allah ini.
Ee ingin agar semua merenungkan FirmanNya dalam Al Baqarah ayat 90 yang bermaksud:--
Alangkah jahatnya mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) yang diturunkan Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya.Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda.Dan untuk orang2 kafir siksaan yang menghinakan.
Renung2kanlah dan fikir2kanlah..Allah telah mengurniakan kita akal fikiran melebihi segala maklukNya yang lain..
No comments:
Post a Comment