Monday, November 21, 2011

Pemimpin2 PAS ada Penyakit Hati yang Bermartabatkan Nafsu Amarah yang sukar Dibendung..Sedarlah..



Ee tak hairan kenapa HamPAS tidak teruja untuk melihat umat Islam negara ini bersatu dalam 1 Malaysia dan mereka sanggup melempar batu sembunyi tangan terhadap sesama Bangsa dan Seagama asalkan agenda politik berpehak kepada mereka.Jika sebelum merdeka lagi mereka sanggup menjadi Anjing British dalam usaha mengagalkan Kemerdekaan Tanah Air oleh Tengku Abdul Rahman dengan menghasut rakyat membenci kerajaan kononnya UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.Mereka (PAS) sanggup mengkafirkan sesama seagama kerana ada penyakit dihati.Mereka (PAS) mempunyai Martabat Nafsu Amarah yang sukar dibendung bersifat Dengki,Dendam,Khianat,Iri Hati,Pemarah,Berang,Beremosional dan bertindak mengikut fikiran tanpa akal.Nafsu mereka dikuasai oleh Iblis.Dalam hal yang sedemikian Ee nasihatkan mereka agar perbanyakan berzikir dari berceramah 24 jam dengan mengikut bisikan iblis agar mereka menemui Martabat Nafsu Kamalia.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

Dalam bab Penyatuan Ummah ini PAS begitu sombong dan penuh kekeliruan dengan mengenepikan segala yang tersurat mahupun yang tersirat dalam Al Quran mahupun Hadis.Ini semua terlalu menurut tuntutan Nafsu Buas untuk Berkuasa sehinggakan sanggup menghalalkan cara asalkan tertunai tuntutan nafsu.Allah dan RasulNya begitu bertegas menyuruh kita semua bersatu demi memertabatkan Islam agar musuh2 Islam gerun dan gentar melihat penyatuan Umat Islam yang begitu kukuh.Sebaliknya PAS begitu mengejar impian keduniawan dan sanggup mengkianati Agama dan Bangsanya bersetongkol dengan DAP demi menjatuhkan UMNO.Apa yang dilakukan semata kerana dendam yang tidak berkesudahan terhadap UMNO.

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.

Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika mereka sendiri tidak mengubahnya.Allah dan NabiNya juga amat menitik beratkan agar hamba2nya bersatu dan ini amat ditekankan dalam Al Quran mahupun hadis. Jadi mengapa kita harus ingkar dengan Allah dan RasulNya.

 Ingatlah amanah atau tanggungjawab setiap warganegara terhadap negaranya akan dituntut kelak.Ini semua dijelaskan dalam Al Quran mahu pun hadis.Selain dari menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan baik harus pula kita tanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah.Kerana sesungguhnya dengan kekuatan iman dan takwa kepada Allah maka rasa tanggung jawab terhadap negara itu akan lebih bertambah kekuatannya.

 Dengan merasakan tanggungjawab terhadap negara ini sebagai satu kewajiban dari Allah dan mentaati undang-undang negara maka akan amanlah negara itu,tenteramlah masyarakat dan ini membolehkan agama Islam itu dapat diperkembangkan.Masyarakat yang beragama Islam akan lebih menumpukan dalam ibadat mereka terhadapNya tanpa perlu rasa takut.

FirmanNya dalam An Nisaa' ayat 58 yang bererti :--

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan / melaksanakan amanah (pertanggungjawaban) terhadap orang-orang yang diberi amanah itu.Dan apabila kamu menghukum antara manusia,lakukanlah dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang baik kepadamu,Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Hayatilah dan fahamilah akan makna yang tersirat mahupun yang tersurat dalam Al Quran mahupun hadis tidak ada satu pun surah mahupun anjuran agar kita berpecahbelah dan menentang pemerintah.Ingat putar belit musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata iaitu mereka yang bertopengkan agama akan sentiasa mencari kelemahan umat Islam semata untuk berkuasa dan seterusnya akan menghina agama kita.Bersatulah! dalam 1 Malaysia demi kepantingan maruah agama,bangsa dan negara..jangan jadi Petualang kepada anak cucu,cicit dan jenerasi akan datang kerana kecewa dan gila untuk berkuasa..

2 comments:

  1. ayat al-Quran yg mnyentuh mengenai Syariah xnk ambik ker?...cuma amik yg Siasah jerr?...

    ReplyDelete
  2. errrr...duit hasil Loteri Kebajikan amenoo tahun 50'an dulu pegi mana yer? klu secara asas sudah ada benda yang haram, macamana perjuangan berasaskan sumber yang haram pulak? ke mana hasil yang haram tu pergi? Allah SWT tak tanya kerr nanti kt akhirat? klu ada benda yang haram, apa hukuman Allah SWT plak ekk? secara asas pn dh haram, bagaimana dgn kelangsungannya?

    ReplyDelete