Friday, April 1, 2011

Dengan nama Allah bersatulah! demi keteguhan agama,bangsa dan negara...

بسم الله الرحمن الرحيم


Biarkanlah mereka yang menjadikan agamanya menjadi permainan dan senda gurau.Mereka telah terpedaya oleh kehidupan (kesenangan) dunia.Birilah mereka peringatan dengan Al Quran agar setiap diri jangan dijerumus kerana ulahnya.Tidak ada selain Allah pembela dan penolongnya.Dan jika ia menebus dengan apa jua pun,tidaklah akan dapat diterima.Mereka dijerumus oleh ulahnya.Merea (mendapat siksaan dengan) air yang sangat panas dan azab yang berat lantaran kekafirannya.

Al An'aam ayat 70
____________________________________________________________________
Ingatlah kepada mereka yang mempermainkan agamanya kerana kepentingan sendiri..Ingatlah mereka yang mempermainkan agamanya kerana mementingkan harta,pangkat dan kuasa.Ingatlah mereka yang mempermainkan agamanya untuk memecahbelahkan umat manusia.Ingatlah mereka yang mempermainkan agamanya demi mencari dunia.Ingatlah mereka yang mempermainkan agamanya hanya kerana nak mendapat nama dan kuasa.Ingatlah mereka yang mempermain kan agamanya kerana dengki dengan kurnia Allah kepada sesiapa antara hambanya.___________________________________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka terbahagi kepada beberapa golongan ,maka engkau (hai Muhammad) terlepas (tidak diper tanggung jawab) terhadap pepecahan mereka.Urusan mereka terserah kepada Allah.Kemudian Allah akan memberitahu kepada mereka (bahaya dan dosa) yang mereka lakukan.

Al An'aam ayat 159
___________________________________________________________________

Ingatlah umat Islam hendaklah selalu menjaga diri dari perpecahan.Perpecahan umat Islam amat ditegah oleh Allah s.w.t.Oleh itu marilah kita bersatu demi agama,bangsa dan negara .Bersatula! demi mengangkat martabat agama,bangsa dan negara dimata dunia..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama dan bangsa jangan gadai...

Thursday, March 31, 2011

Jangan lagi ada Si Kitol dalam budaya hari ini..demi Agama,Bangsa dan Negara.


Gejala fitnah yang tidak terbendung di sebabkan tamak haloba dan terlalu inginkan kuasa menjadikan manusia buta mata,buta telinga dan buta mata hati.Gejala inilah yang akan menghancurkan agama,bangsa dan negara sepertimana apa yang berlaku dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka dan akhirnya seluruh Tanah Melayu terjajah.

Kemasyuran Melaka yang begitu pesat membangun dan juga sebagai pusat penyebaran Islam terbesar di rantau Asia Tenggara menjadikan ramai musuh yang cemburu dan ingin menaklukinya.Islam begitu cepat tersebar di Melaka dan rantau Asia di sebabkan faktor penyebarannya secara berhemah,bertoleransi,adil dan rasional oleh pendakwah-pendakwah yang berasal dari Mekkah seperti Syeh Abdul aziz dan lainnya.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah berlaku satu peristiwa yang membawa kepada terjadinya penjajahan Portugis di Melaka.Melaka yang begitu masyur sebagai Pusat Penyebaran Islam di rantau Asia Tenggara membuatkan Portugis yang ingin meneruskan Perang Salib ingin menguasai dan seterusnya menyebarkan agama Kristian di rantau Asia Tenggara dengan menjadikan Melaka sebagai pusatnya.Kedatangan mubaligh kristian Lopez de Sequeira pada tahun 1509 adalah atas bantuan pembesar2 dan rakyat yang tamakan kuasa dan kekayaan,  untuk mengintip dengan menyamar sebagai pedagang telah disambut baik oleh kerajaan Melaka.Pembesar-pembesar yang tamakan kuasa dan kekayaan menyanjung kedatangannya ke Melaka.Menjadikan Lopez de Squeira sebagai salah satu batu loncatan untuk mereka merebut kuasa.Namun diatas kebijaksanaan Tun Mutahir dapat mengesan akan tujuan sebenar kedatangan mereka ke Melaka.Tun Mutahir menasihati Sultan agar menangkap Lopez de Sequeira,namun beliau dapat lari ke Goa hanya beberapa orang pengikutnya yang berjaya ditangkap dan dihukum bunuh.


Sultan Mahmud Shah (1488-1511) termakan fitnah yang dibuat oleh pembesar-pembesar yang begitu cemburukan perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara.Mereka yang begitu menginginkan jawatan tersebut mula menabur cerita fitnah menuduh Tun Mutahir menerima rasuah dan ingin mengumpul kekayaan dan melawan Sultan Mahmud Shah.Sikap Sultan yang terburu-buru serta tanpa disiasat sama ada benar atau tidaknya sesuatu perkara itu membawa padah.Sultan mengarahkan agar Tun Mutahir serta ahli keluarga dihukum bunuh.Padah yang begitu besar menimpa Melaka apabila rakyat mula berpecah dan berpuak-puak.Inilah bahayanya apabila fitnah,tamak haloba dan gila untuk berkuasa menjadi satu permainan,orang yang jujur,berkebolehan dan rakyat jelata menjadi korban.

Portugis yang berdendam dengan kerajaan Melaka diatas pembunuhan beberapa orang rakyatnya telah menghantar Alfonso de Albuquerque pada 25hb Julai 1511 untuk menyerang dan menguasai Melaka.Disinilah wujudnya Si Kitol yang terlalu tamakan kekayaan dan kuasa memainkan peranan membantu Portugis sehingga berjaya menawan Melaka.Si kitol inilah yang menjadi barah dalam daging rakyat Melaka dengan menaburkan fitnah,pembohongan,propaganda dan sebagainya semata kerana sifat tamak haloba pembesar yang inginkan kuasa.Si Kitol hanya satu watak rakyat yang diperbodohkan oleh mereka yang tamak untuk berkuasa,sifat Si Kitol yang lurus bendul dan taksub di pergunakan sepenuhnya untuk merialisasikan nafsu serakah pemimpin yang terlalu inginkan kuasa.

Watak Si Kitol ini jika masih diamalkan oleh segelintir rakyat negara ini,maka tidak mustahil negara akan hancur pada suatu masa kelak.Watak Si Kitol jika tidak di benteras dan diawasi sebaik mungkin oleh kerajaan dan rakyat negara ini di biarkan saja bermaharajalela membuat fitnah,propaganda pembohongan dan sebagainya akan merosak pemikiran rakyat yang setia menjadi tidak setia.Jangan lah sifat Si Kitol ini menjadi satu budaya pada masyarakat hari ini bukan saja merugikan diri,keluarga,agama,bangsa bahkan merugikan negara.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa,dan negara jangan gadai....

Wednesday, March 30, 2011

Akibat terlalu nak kuasa..maruah agama,bangsa di gadaikan...Ingatlah sejarah.. by Ee Si Kucing on Thursday, March 31, 2011 at 2:33am Pilihanraya Umum tahun 1969 semasa itu PAS dibawah Dato Mohd Asri telah berpakat dengan DAP,Parti Progresif Rakyat untuk menentang perikatan(UMNO,MCA dan MIC) secara satu lawan satu.Perancangan mereka meletakan Parti PAS sebagai parti pemecah undi di kawasan majoriti kaum Melayu dimana DAP dan Gerakan bertanding telah mendatangkan hasil.Dimana pehak PAS bertindak menghasut rakyat membenci parti perikatan sementara kelantangan Lim Kit Siang dan orang DAP menaikan sentimen perkauman menjadikan undi kaum Cina memehak kepada mereka.Akibat perpecah kaum Melayu ,DAP telah memenangi banyak kerusi 23 kerusi Parlimen dan 48 DUN,PAS 12 kerusi Parlimen,Gerakan 8 kerusi Parlimen dan PPP 4 kerusi Parlimen Perikatan 66 kerusi Parlimen.Perikatan telah gagal di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor. DAP yang mendapat banyak kerusi hasil bantuan PAS merasa mereka hebat dan berkuasa orang Melayu diperlekehkan,orang melayu diejek,dikeji dan sebagainya.Sementara pula orang-orang Cina masih berdendam dengan orang Melayu sejak dari penjajahan Jepun.Maka dendam ini digunakan oleh mereka sebaik DAP mendapat banyak kerusi dan merasa berkuasa untuk membalas dendam dengan memperkecil orang-orang Melayu.Akibat tidak tahan dengan segala apa yang berlaku menjadikan orang Melayu pada masa itu bangkit.Akibat dari rentesan itulah maka berlakulah perkara yang tidak diingini peristiwa 13 Mei..Inilah akibatnya bila tidak bersatu dan kaum-kaum bermusuhan antara satu sama lain.Inilah juga akibatnya bila berpolitik menghasut kaum agar bermusuhan antara satu sama lain. Inilah akibatnya bila melayu mengadai agama,bangsa maka...ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...


Pilihanraya Umum tahun 1969 semasa itu PAS dibawah Dato Mohd Asri telah berpakat dengan DAP,Parti Progresif Rakyat untuk menentang perikatan(UMNO,MCA dan MIC) secara satu lawan satu.Perancangan mereka meletakan Parti PAS sebagai parti pemecah undi di kawasan majoriti kaum Melayu dimana DAP dan Gerakan bertanding telah mendatangkan hasil.Dimana pehak PAS bertindak  menghasut rakyat membenci parti perikatan sementara kelantangan Lim Kit Siang dan orang DAP menaikan sentimen perkauman menjadikan undi kaum Cina memehak kepada mereka.Akibat perpecah kaum Melayu ,DAP telah memenangi banyak kerusi 23 kerusi Parlimen dan 48 DUN,PAS 12 kerusi Parlimen,Gerakan 8 kerusi Parlimen dan PPP 4 kerusi Parlimen Perikatan 66 kerusi Parlimen.Perikatan telah gagal di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.

DAP yang mendapat banyak kerusi hasil bantuan PAS merasa mereka hebat dan berkuasa orang Melayu diperlekehkan,orang melayu diejek,dikeji dan sebagainya.Sementara pula orang-orang Cina masih berdendam dengan orang Melayu sejak dari penjajahan Jepun.Maka dendam ini digunakan oleh mereka sebaik DAP mendapat banyak kerusi dan merasa berkuasa untuk membalas dendam dengan memperkecil orang-orang Melayu.Akibat tidak tahan dengan segala apa yang berlaku menjadikan orang Melayu pada masa itu bangkit.Akibat dari rentesan itulah maka berlakulah perkara yang tidak diingini peristiwa 13 Mei..Inilah akibatnya bila tidak bersatu dan kaum-kaum bermusuhan antara satu sama lain.Inilah juga akibatnya bila berpolitik menghasut kaum agar bermusuhan antara satu sama lain.

Inilah akibatnya bila melayu mengadai agama,bangsa maka...ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Tuesday, March 29, 2011

PAS membuka topeng sebenarnya apabila bergabung dengan DAP..



Jika di himpunkan segala kata-kata bekas-bekas pemimpin HamPAs dari mula ditubuhkan sehingga kehari ini menolak kerjasama dengan bukan Islam rasanya menulis selama lima tahun tidak habis dibukukan.Dari sejak mula ditubuhkan mereka pemimpin-pemimpin HamPAs begitu tegas mengatakan tidak akan bekerjasama dengan bukan Islam.Pelbagai hadis dan potongan surah Al Quran digunakan demi menguatkan hujah mereka mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam.

Dari sejak mula PAs ditubuhkan pemimpin-pemimpin mereka terdiri dari pemimpin berhaluan kiri ketika menentang penjajah.Mereka pemimpin-pemimpin berhaluan kiri ini tidak mendapat sokongan rakyat kerana perjuangan redikal,perjuangan mereka yang tidak selari dengan masyarakat pada masa itu.Arus perjuangan mereka yang keras tidak mendapat sokongan dari rakyat,kerana tidak mendapat kerjasama dengan rakyat mereka merubah pula rupa dan bentuk perjuangan dengan bertopengkan Islam lalu menubuhkan Parti PAs dan presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad namun telah kembali kepada UMNO setelah menyedari sebahagian pemimpin PAS di pengaruhi oleh British bagi menghalang Negara dari mendapat kemerdekaan.Pada pilihanraya pertama 1955 rakyat pada masa itu memilih Parti Perikatan UMNO,MCA dan MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan PAS hanya menang satu kerusi sahaja.Mereka sebahagian dari pemimpin PAs pada masa ini dipengaruhi British menolak kemerdekaan negara dan menghalang Tengku dari pergi ke London.Mereka menghasut rakyat agar menolak kemerdekaan dengan alasan bahawa perikatan bergabung dengan orang kafir iaitu MCA dan MIC.Mereka juga menghasut perkauman dengan mengatakan bahwa orang2 Cina dan India orang asing dan tidak patut bersama memerintah negara.Berkat keazaman yang tinggi Tengku Abdul Rahman berjaya ke London setelah mendapatkan dana pada tahun1956 dan berjaya membuat perjanjian London dan menandatangani perjanjian pada 8 Febuary 1956 British bersetuju memerdekakan Tanah Melayu maka bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad tepat pukul 12 malam pada tanggal 31hb Ogos 1957.

Dari situlah PAS memukul gendang perang terhadap UMNO dengan berselogankan "orang UMNO kafir" kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC setelah perjuangan menawan hati penduduk dengan pendekatan sederhana tidak diterima.Pilihanraya untuk memilih parti yang akan memerintah setelah merdeka diadakan pada tahun 1959 mana-mana parti yang menang akan memerintah Tanah Melayu pada masa itu.PAs yang masih berdendam kerana dikecewakan dalam pilihanraya yang pertama berkempen dengan penuh agresif dengan menjadikan Tengku Abdul Rahman sebagai sasaran dan dapat menawan hati penduduk negeri Kelantan.Mereka berkempen dengan mengatakan Tengku harus ditolak kerana bergabung dengan orang kafir.Dalam pilihanraya 1956 Perikatan menyapu bersih semua kerusi kecuali Kelantan yang memberi kemenangan bersih kepada PAS kerana orang Melayu Kelantan termakan dakyah yang dimainkan PAS.Perikatan yang diketuai oleh Tengku telah berjaya mendapat majoriti dan Tengku dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

Dendam yang begitu mendalam terhadap UMNO diteruskan sehingga kini.Sehingga timbulnya pelbagai tomahan terhadap UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC seluruh perusok negara dijelajah semata menceritakan keburukan dan haramnya bekerjasama dengan bukan Islam.Mungkin masih ingat bagaimana HAmPAs sanggup bertegang leher mempertahan perjuangannya dengan DAp.Itu menunjukan betapa mereka HamPAs tegas dengan perjuangannya.Sehingga timbul kata-kata / fatwa dari Nik Ajis yang begitu keras mengecam DAp.. "DAp dan Syaitan sama saja" .UMNO bekerjasama dengan MCA dikatakan haram dan sebagainya.

Mungkin sewaktu dulu HamPAs merasa bahawa mereka boleh berjuang bersendirian menentang BN dan berpegang dengan apa yang diperjuangkannya.Namun hakikatnya kini mereka begitu menginginkan kuasa setelah sekian lama berjuang bukan kehadapan namun semakin kebelakang dibawah DAp.Daripada perjuangan bernawaitukan Islam kini HamPAs sanggup mengenepikan semuanya itu dan sanggup pula menelan apa yang telah diludahkannya semata kerana kuasa. 

Mereka kini, pemimpin2 HamPAs sanggup membuka topeng yang digunakan dulu demi merialisasikan impian mereka.Jika dulu mereka bertopengkan Islam dengan mengheret rakyat agar membenci kerajaan BN dan berpaksi di bawah PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Kini tanpa malu dan segan mereka buka dengan bersetongkol dengan DAp itu semua adalah diatas kehendak yang Maha kuasa untuk membuktikan bahawa PAs hanya mempergunakan Islam hanya untuk berkuasa.Dengan kehendak Yang Maha Berkuasa maka HamPAs membuka sendiri pekong di dada mereka selama ini yang di simpan dengan begitu cermat dikunci disebalik topeng kononnya memperjuangkan Islam.


Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Monday, March 28, 2011

Bersatu Padu,Bertolenrasi,adil dan Berhemah mengangkat tinggi agama Islam di Pentas Dunia



Bila sebut saja Melayu Islam pastinya kita tidak boleh melupakan asal usul kedatang Islam kenegara ini bermula pada sekitar abad ke 15 dalam Kerajaan Melayu Melaka.Pengislaman datuk nenek moyang kita,dan berapa beruntungnya kita dilahirkan dari keturunan melayu.Kita belum tentu islamnya jika dilahirkan dari bangsa yang lainnya.Beruntungnya kita kerana secara automatik kita sebagai keturunan melayu maka agamanya adalah Islam.Inilah uniknya bangsa melayu negara ini lahir saja dah anak kedunia maka dah tentu agamanya Islam.

Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 masihi.Apabila kerajaan Sriwijaya Palembang diserang oleh kerajaan Majapahit maka Parameswara telah lari ke Temasik dan disambut secara baik oleh Temagi pemerintah kerajaan Temasik pada masa itu.Temasik pula pada masa itu dibawah naungan kerajaan Siam.Parameswara merasakan bahawa Temasik sangat strategik dan berkeupayaan untuk menjadi maju dan mengembalikan kegemilangan Sriwijaya dapat diwujudkan kembali.Parameswara telah membunuh Temagi dan memerintah Temasik buat seketika.

Kematian Temagi membuatkan Kerajaan Siam ingin menuntut bela dengan menyerang temasik begitu juga dengan kerajaan Majapahit juga hendak menyerang Temasik kerana hendak menguasai Temasik.Parameswara bersama-sama pengikutnya Orang Laut telah melarikan diri ke Muar selepas itu meneruskan pelarian melalui Sering Ujung dan Bertam sehingga tibalah kesatu perkampungan nelayan.Penduduk perkampungan itu terdiri dari orang-orang Melayu,Orang Laut dan orang Asli.Kedudukan kampung tersebut sangat strategik dan menjadi laluan utama kapal-kapal gagang.

Parameswara bercadang untuk membuka penempatan di situ dan diberi nama Melaka sempena nama pokok tempat beliau dan orang-orang nya berehat.Kegigihan beliau dan juga kerana ketaatan rakyat Melayu yang sangat taat setia,bersatu padu pada pemimpin menjadikan Melaka semakin maju.Sejarah Melayu mengutamakan hubungan raja dengan rakyat.Perumpamaan rakyat itu akar sementara raja itu pohon,jikalau tiada akar maka pohon tidak dapat berdiri.Begitulah sikap taat setianya dan bersatu padunya Orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.Semangat bersatu padu, sedia berkorban,menghargai pemimpin dan taat kepada raja dan tanah air telah diterapkan sehingga kehari ini.

Parameswara telah membuka hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam,agar Siam tidak menyerangnya.Kemudian dengan kerajaan China pada tahun 1404-1409 masihi dan bersetuju untuk membayar ufti kepada kerajaan China.Kerajaan China telah menghadiahkan Payung Emas dan Cop Mohor sebagai tanda pengistirafan terhadap kerajaan Melaka.Dengan pengistirafan itu maka kerajaan Melayu Melaka semakin bertambah maju.

Kedatangan Islam di Melaka bermula pada kurun ke 15 sewaktu pemerintahan Sultan Megat Iskandar Shah yang berkhawin dengan puteri Masai yang telah memeluk Islam.Menurut catatan sejarah bahawa Islam di Melaka disebarkan oleh seorang mubaligh Arab yang bernama Syeik Abdul Aziz dari Mekkah.Aspek kehidupan Islam yang mudah antara sebab Islam begitu mudah tersebar di Melaka dan seterusnya kesepelusuk tanah air.Aspek kehidupan Islam yang mudah dengan mengamalkan Toleransi,adil dan rasional menyebabkan Islam mudah tersebar sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam Nusantara.Kejayaan penyebaran Islam di Melaka juga adalah disebabkan cara berdakwah yang berhemah dan tidak memaksa bersesuaian dengan anjuran Rasulullah saw.Begitu juga semangat bersatu padu,taat setia menjadikan Islam mudah tersebar di serata tanah air ini.

Pengajian Al Quran dan pengunaan tulisan jawi digunakan secara meluas dalam pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.Begitulah caranya penyebaran agama Islam bermula di Melaka dan dianuti oleh orang-orang Melayu termasuklah datuk nenek moyang keturunan kita sehinggalah kehari ini.Dengan secara automatiknya kita juga menjadi Melayu Islam bila dilahirkan.Bersyukurlah kita dengan sikap Kerajaan Barisan Nasional dan bersatu padunya bangsa Melayu menjadikan Islam agama rasminya dan mengangkat tinggi martabat agama menjadikan Islam berkembang pesat di negara ini dan seterusnya negara mendapat pengistirafan sebagai salah satu negara Islam terbaik dunia.

Ingatlah jika kita rakyat bersatu padu apa jua dapat dilaksanakan dengan mudah,begitu juga hendaklah kita mengangkat tinggi martabat Islam dan berdakwah secara berhemah maka agama kita akan dipandang tinggi oleh kaum lainnya.Agama kita akan di pandang serong jika kita berdakwah tanpa mengunakan budi bicara yang berhemah tinggi.Sikap tolenrasi dan adil harus ada pada setiap pendakwah.Marilah kita bersatu padu berganding bahu dalam 1 Malaysia bersama untuk meninggikan lagi martabat agama Islam,bangsa dan negara secara berhemah kepentas dunia.Fikirkanlah..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama dan bangsa jangan gadai...

Sunday, March 27, 2011

Perpecahan Melayu kunci DAp untuk kuasai negara..

Mungkin masih ingat bagaimana Lim Kit Siang (DAp) bekerja keras siang dan malam,berhempas pulas dgn pelbagai cara untuk menawan P.Pinang dengan Projek Tanjongnya namun semuanya gagal.Namun tidak pernah berputus asa anaknya pula dengan kerjasama HamPAs dan PKr akhirnya berjaya merialisasikan impian bapanya dan akhirnya menjadi Ketua Menteri walau pun bukan Lim Kit Siang yang jadi ketua menteri.


Dengan perpecahan kaum melayu maka jatuhlah P.Pinang ketangan DAp kini DAp mengidamkan pula untuk memerintah negara pula sekali lagi dengan bantuan PAs dan Pkr.Mereka DAp kini memasang perangkap untuk memerangkap orang-orang melayu agar menyokong mereka dengan bantuan rakan sejatinya PAs dan sedikit bantuan dari PKr.DAp kini cuba mempergunakan PAs yang begitu mabuk berkuasa dan terlalu teringin nak berkuasa dengan cara tarik tali dengan PAs. Depan PAs mereka sokong namun dibelakang mereka di hadapan penyokong sendiri tetap tidak menyokong.

PAs dan penyokongnya tidak sedar ini semua demi kuasa mereka lupa akan sejarah dan demi kuasa mereka sanggup membuat segalanya.DAp mempergunakan PKr juga,mereka tahu bahawa Anwar Ibrahim begitu gila nak jadi Perdana Menteri dan pengaruhnya begitu besar maka segala tindak tanduk Anwar Ibrahim semuanya sokong,walau mereka tahu akan hakikat yang sebenarnya namun demi merialisasikan impian mereka pejamkan mata dan buat-buat tidak nampak.Dalam sedar atau tidak pepecahan melayu kini mengundang seribu satu bencana kepada agama,bangsa dan negara.Perpecahan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh DAp untuk mendapat kuasa.Mereka DAp menggunakan pelbagai cara sama ada secara sihat mahupun kurang sihat.Dengan cara tarik tali antara PAs dan PKr ada masanya menyokong dan ada masanya membantah agar DAp akan dianggap pahlawan dikalangan orang2 Melayu dan kaum lainnya.
DAp begitu bijak dalam permainan tarik tali ini,mereka mengunakan apa saja hatta mencampuri urusan agama Islam untuk menarik perhatian secara tidak langsung PAs yang merupakan sahabat sejati mereka menyokong dengan mengeluarkan fatwa-fatwah dan sebagainya.Segala keritikan masyarakat terhadap tingkah laku mereka tenggelam begitu saja dan mereka tidak perlu bersusah payah menjawabnya kerana PAs dengan penyokong-penyokong taksubnya dengan sukarela menjawab dan mempertahankan apa saja yang akan dilakukan.Inilah keistimewaan yang didapati oleh DAp bila mempunyai sahabat sejati seperti PAs segala kesalahannya sanggup dipikul oleh PAs dan penyokong-penyokongnya.
Apa lagi kini penyokong-penyokong PAs sanggup bermatian mempertahankan segala tindak tanduk DAp maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh DAp yang telah mengkaji dan mengaji lebih dari PAs akan segala kemungkinan yang akan terjadi.Semua ini tidak nampak oleh PAs yang dipimpin oleh mereka yang bernafsu besar kemaruk untuk berkuasa.Apa yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin PAs adalah kuasa dan mereka sanggup kehilangan segalanya asalkan dapat berkuasa walaupun agama dan bangsa menjadi taruhannya.

Memang dan sememangnya apa yang dirancangkan oleh DAp menampakan kejayaan,kini melayu semakin berpecah dan dipecahkan secara tidak langsung oleh pemimpin-pemimpin PAs dan PKr.Inilah perancangan halus DAp sebagaimana perancangan mereka semasa menawan Pulau Pinang.Mereka perlu kepada pepecahan ini agar undi memehak kepada mereka.Namun semua ini tidak nampak oleh PAs dan PKr,mereka hanya nampak kuasa dihadapan walaupun akan menghancurkan bangsa mereka sendiri.

Itulah sebabnya DAp begitu menyayangi Anwar Ibrahim mereka tahu akan kebolehan dan kelebihan Anwar Ibrahim dalam bab pecah memecahkan bangsa,dalam masa yang sama mereka akan memasang perangkap secara tidak langsungnya.DAp begitu teliti dalam menjalankan apa yang dirancangnya dan susah untuk dikesan oleh sahabat-sahabatnya PAs dan PKr.Mereka DAp tahu bahawa penyokong-penyokong PAs dan Anwar Ibrahim begitu taksub terhada pemimpin mereka dan sanggup berbuat apa saja asl diarahkan.Ini menjadi satu kelebihan dalam rancangan DAp agar melayu berpecah dan seterusnya mendapat apa yang dirancang.

Sedarlah wahai orang-orang melayu,sedarlah! marilah kita bangun bersama untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara dari ancaman petualang-petualang.Bangunlah dan bersatulah demi agama,bangsa dan negara.Ingatlah betapa susah payahnya pejuang-pejuang negara untuk memerdekakan negara dari dijajah.Hargailah segala pengorbanan mereka dengan mempertahankan negara sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Sedarlah wahai bangsa ku... bersatulah! demi agama,bangsa dan negara dari musuh2 politik yang inginkan perpecahan bangsa melayu demi merialisasikan impian mereka untuk berkuasa.Sedarlah! bangunlah dari tidur dan mimpi-mimpi indah dan bukalah minda anda semua seluas-luasnya demi jenerasi kita akan datang...Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai.

Thursday, March 24, 2011

Memacu bersama mengembeling tenaga dan akal fikiran demi jenerasi mendatang..

Zaman telah berubah namun pemikiran Pemimpin-pemimpin Pas serta pengikutnya tidak mahu berubah masih ditakuk lama. Mereka tidak mahu berubah disebabkan mereka menerima bisikan dari Iblis yang bersarang dilubuk hati mereka.Pemimpin -pemimpin PAS serta pengikutnya sentiasa merasa apa yang mereka lakukan semuanya betul dan orang lain tidak betul.Pemimpin-pemimpin serta penyokong mereka biasanya menyendiri dan hanya bersama kelompok mereka sahaja.Apa saja yang dibuat oleh pehak kerajaan semuanya tidak betul walaupun apa yang dibuat itu untuk kebaikan bersama,namun bagi mereka itu semuanya tidak penting.

Mereka pengikut PAS sering mengikut apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka membuta tuli,walaupun apa yang dikatakan tidak betul namun bagi mereka semuanya betul.Terlalu taksub kepada pemimpin menjadikan mereka bersikap begini,sikap sebegini sebenarnya amat bahaya kepada agama dan bangsa.Selalunya pengikut-pengikut yang mempunyai sikap begini sering digunakan dalam pelbagai perkara demi kepentingan dan keuntungan kepada mereka.Sempitnya mereka dan kerana terlalu taksub terhadap pemimpin sehingga tidak dapat membezakan yang hak mahupun yang batil.

Ketaksuban penyokong PAS ini jika diarahkan oleh pemimpin mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan fitrah pemikiran mereka,itu pun sanggup mereka lakukan tanpa mengirakan kesan kepada mereka mahu pun pada yang lainnya.Inilah yang dikatakan sifat keakuan yang menebal dalam diri penyokong PAS,sikap sebeginilah yang akan menjahanamkan mereka.Kembali kefikiran manusia normal janganlah kita sebagai manusia sentiasa mengikuti segala bisikan iblis.

Ketaksuban pengikut PAS terhadap apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka sehinggakan segala kemudahan, kemewahan,pembangunan dan segala apa yang baik walau depan mata mereka tidak nampak ataupun buat-buat tak nampak.Mereka akan ambil segala keperluan yang disalurkan kepada mereka namun mereka lupa akan hak sebagai penerima.Mereka mendapat segalanya namun lupa berterima kasih,sifat ini bertentangan dengan fitrah manusia yang membalas segala kebaikan dengan kebaikan.Namun mereka penyokong PAS akan membalas pula dengan segala cemuhan dan makian.Sikap-sikap mereka inilah seperti kata bidalan melepaskan "melepaskan anjing yang tersepit". Orang yang melepaskannya namun orang itu pula yang disalaknya.

Inilah yang dikatakan mementingkan diri semata segala kemudahan mereka ambil hingga licin tanpa memandang kiri dan kanan selepas habis mereka kata tidak betul.Perbuatan seperti inlah yang menjadikan mereka hilang harga diri mereka dan dihina oleh masyarakat serta tidak dihiraukan oleh sebahagian penduduk.Namun jika tidak diberikan kepada mereka ,mereka akan menyalak dengan mengatakan itu tidak adil dan sebagainya.Dalam kontek ini mereka penyokong PAS tidak pernah bersyukur atas kurnia Allah dan mereka sering mempertikaikan segala sesuatu tanpa memikirkan kebaikan untuk semua.

Mereka pemimpin-pemimpin pembangkang yang faham akan hati dan pemikiran orang-orang melayu yang biasanya setia, mengambil kesempatan dengan keadaan ini dengan membuat propaganda,memfitnah,pembohongan dan sebagainya asalkan cita-cita politik sempit mereka untuk berkuasa mendapat kejayaan.Melayu yang dikatakan bendul tetap bendul,ikut apa saja kata pemimpin mereka tanpa memikirkan betul atau tidaknya.

Zaman telah berubah marilah kita berubah dengan pemikiran yang lebih positif demi kebaikan kita bersama.Marilah kita menjadi manusia yang berakal bukannya manusia yang selalu kena akal.Marilah kita membuat perubahan demi jenerasi akan datang,marilah kita membuat perubahan demi agama,bangsa dan negara.Bersatulah bersama mengembeling tenaga dan fikiran untuk memacu kehadapan kearah kemajuan agama,bangsa dan negara.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...