Thursday, March 24, 2011

Kembalikan Keharmonian antara Kaum yang telah Tercalar..

Melayu harus berani bangun dalam memperjuangkan hak kepentingan bangsa dari terus diinjak oleh kaum-kaum lainnya dinegara ini.Sikap orang-orang melayu yang suka mengalah adalah antara sebab mengapa kaum-kaum lain seolah kurang hormat dengan status kaum melayu sebagai kaum majoriti dan mempunyai hak-hak istimewa.Setelah sekian lama melayu sentiasa bersabar dan sanggup mengorbankan lebih separuh dari kepentingan demi keharmonian hidup bersma kaum lainnya janganlah segala kesabaran itu disalah ertikan.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang agama dan kaum sebaiknya rakyat negara ini jangan saling tunding menunding antara satu sama lain.Eloklah sekiranya bersama menjaga keharmonian dan keamanan dan janganlah terpedaya dengan hasutan membangkitkan isue perkauman.Apa lagi yang tidak kena,setelah sekian lama kita semua hidup dalam suasana aman dan damai perlukah kita saling bermusuhan antara satu sama lainnya.

Sebaiknya kita harus saling menghormati akan prinsip setiap kaum agar kita semua dapat hidup dalam suasana aman damai dan saling kasih mengasi antara kaum tanpa mengira apa agamanya.Sebaiknya kita merapatkan kembali hubungan antara kaum dengan sifat bertolak ansur agar dapat memelihara kembali keharmonian yang telah tercalar kini oleh sebab racunan petualang-petualang negara.Jika negara kita ini sentiasa aman,maka akan bertambah ramailah para pelabur yang akan melabur dalam negara ini.Secara tidak langsung ini akan menambah pendapatan negara dan sekaligus bertambahnya peluang pekerjaan.

Marilah kita semua hidup dalam masyarakat yang bersatu padu untuk merialisasikan nama Malaysia yang berjaya maju di pentas dunia.Marilah kita bersama menyumbangkan sesuatu untuk negara tercinta dan janganlah kita menjadi manusia yang tidak bertemadun dan menjadi penderhaka kepada agama,bangsa dan negara.Untuk itu marilah kita bersama membimbing jenerasi muda agar dapat menjadi nadi penerus kepada pembangunan negara.

Marilah kita bersatu bersama tanpa mengira apa anutan,apa kaum kita, dibawah satu payung dan di bawah 1 Malaysia supaya kita menjadi satu negara yang dihormati oleh seluruh dunia.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah.. ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai..

Jangan Terjajah dan dijajah oleh pemikiran sempit...

Penjajahan Melaka oleh Portugis pada 24 Ogos 1511 banyak merubah landskap politik negara.Dengan bantuan pengkianat- pengkianat bangsa yang kecewa dalam perebutan kuasa semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.Mereka sanggup menjadi dalang untuk memenuhi impian untuk berkuasa di Melaka.Portugis yang pada masa itu dalam usaha mencari kuasa dan melebarkan empayarnya keluar negara berhasrat untuk menyebarkan agamanya dan mencari kekayaan.Dengan kejayaan Portugis pimpinan Alfonso de Albuqueque maka Melaka dijajah selama 130 tahun dan menjadi pangkalan yang strategik untuk mengembangkan empayarnya di Hindia Timur.Disini bangsa melayu ditindas oleh Portugis mereka dipaksa bekerja untuk mencari kekayaan untuk Portugis dan peniaga2 pula mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi.Penyebaran agama pula mereka lakukan dengan perkhawinan dimana anak2 gadis melayu dipaksa untuk berkhawin.

Dalam pemerintahan Portugis ini banyak berlaku penindasan terhadap masyarakat melayu oleh orang melayu sendiri yang menjadi pengkianat.Mereka bekerja dengan Portugis dan memaksa penduduk2 untuk bekerja dan sebagai pengutip cukai jika penduduk membantah mereka akan dipukul serta diseksa dengan pelbagai bentuk siksaan.Pada Tahun 1641 Belanda pula menjajah dengan bantuan Sultan Johor.Belanda menjajah Melaka dari 1641 sehingga 1826 dan menyerahkan kepada British mengikut perjanjian British - Belanda pada 1824.Penyerahan ini kerana Belanda tidak lagi berminat terhadap Melaka dan ingin  menumpukan kepada pembangunan Batavia di Indonesia.

Belanda menjajah selama 185 tahun di Melaka mereka memeras segala hasil bumi dan keringat penduduk dan membawa segala kekayaan untuk meluaskan empayar mereka.Dengan bantuan petualang2 bangsa mereka memeras mengugut dengan merampas dan memungut cukai yang tinggi kepada penduduk.Setelah segala hasil kekayaan dikautnya maka dipergadaikannya pula kepada British dengan termeterainya perjanjian British-Belanda 1824.sedarlah wahai bangsa ku janganlah kita biarkan negara sekali lagi terjajah dan janganlah kita biarkan fikiran kita dijajah oleh mereka petualang2 agama dan bangsa..Sedarlah wahai bangsaku janganlah negara kita dijajah sekali lagi dan sedarlah wahai bangsa ku janganlah terikut-ikut segala hasutan petualang2 bangsa dan negara yang begitu kemaruk untuk berkuasa sehingga sanggup mengadaikan maruah agama,bangsa dan negara asalkan mereka dapat kuasa.Bersatulah demi agama,bangsa dan negara dan bersatulah tanpa mengira agama dan apa kaum sekali pun untuk memertabatkan negara di pentas dunia.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai..

Tuesday, March 22, 2011

Duit cop Pokok Pisang..



Panjat itu pokok  tara potong kapala..mungkin jenerasi sekarang tidak faham apa yang berlaku sekitar 1942 hingga 1945.Namun itulah yang dialami mungkin oleh Ibu bapa,datuk nenek kita yang hidup semasa era perang dunia pertama.Betapa azabnya mereka yang mengalami penghidupan yang serba kekurang,bunyi letupan senjatapi  sering kedengaran di sana sini.Lapar ni sudah menjadi sebahagian dari kehidupan mereka,beras untuk masak makan keluarga pun tak ada.Jika ada pun habis dirampas oleh askar2 Jepun,untuk mengelakan dari kebulur maka ubi kayu dan buah pisanglah yang menjadi santapan sekeluarga.

Jika askar-askar Jepun tahu bahawa ada keluarga yang menyimpan beras lebih maka akan dirampasnya.Tendang terajang askar-askar Jepun ni dah jadi asam garam penduduk pada masa itu.Ada pula sebahagian penduduk yang menjadi talibarut Jepun mengadu itu mengadu ini asalkan mendapat habuan perut mereka.Mungkin tidak boleh disalahkan sangat talibarut tersebut,keadaan dan waktu itu memungkinkan seseorang melakukan sesuatu untuk mendapatkan sedikit beras untuk menampung diri dan keluarga dari kelaparan.

Talibarut-talibarut Jepun pada masa tu ramai dan berkeliaran merata kampung dan bandar,jika ada saja maklumat maka mereka akan segera memberitahu kepada Jepun dan dapatlah sedikit habuan berupa beras dan sedikit wang.Mereka yang kononnya bersalah akan ditangkap penampar,penerajang Jepunlah jawabnya.Mereka yang dikatakan bersalah akan dihukum mengikut cara Jepun yang kejam ada yang kena penjara,pancong,ada yang kena minum air sabun dan dihantar menjadi hamba kerahan untuk membina laluan keretapi.

Jika lalu saja askar Jepun depan mata kena beri hormat,tunduk kalau tak tunduk alamat kena penampar Jepunlah.Jika askar2 Jepun nampak saja basikal maka dirampasnya kerana pada masa itu basikal merupakan kenderaan yang penting.Ibu bapa yang mempunyai anak2 gadis sentiasa duduk dalam ketakutan,bimbang anak gadisnya dilarikan Jepun untuk menjadi habuan nafsu buas mereka.Bagi yang ada anak lelaki pula bimbang jika anak2 mereka akan ditangkap dan dijadikan askar kerahan atau pun polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidam.

Yang paling ditakuti oleh penduduk pada masa itu adalah kerahan menjadi buruh paksa membuat landasan keretapi.Suami-suami  dan pemuda-pemuda akan ditangkap untuk dijadikan buruh dan dihantar kemerata tempat dan negara untuk membena landasan keretapi yang menjadi sistem penggangkutan utama pada masa itu.Untuk mengelakan inilah maka semakin ramai yang menjadi talibarut semata kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan penderitaan orang lain.Mereka-mereka yang bekerja dengan Jepun ini akan dibayar samada dengan beras atau duit pokok pisang.Duit cop pokok pisang ni tidak ada harga kerana dicetak tanpa hadnya,nilainya besar namun tidak laku berbanding mata wang British pada masa itu.

Kekejaman Jepun pada masa penaklukannya di Tanah Melayu begitu menakutkan,Jika seseorang itu didapati bersalah tanpa dibicara akan dihukum.Jika dihukum pancong mereka akan mengorek kubur sendiri dan berlutut depan kubur dengan tangan yang diikat kebelakang dan tuss bercerailah kepala dari badan.Kesalahan yang paling berat pada masa itu jika memiliki radio,jika tertangkap je pasti dipancong atau dijadikan buruh paksa / kerahan dan dihantar ke Burma.Biasanya mereka akan menangkap sesiapa yang memiliki radio dari maklumat talibarut-talibarut yang berkeliaran keliling kampung dan bandar.

Pada masa Jepun menduduki Tanah Melayu ini mereka juga melarang penduduk dari berkumpul melebihi 5 orang,jika didapati berkumpul maka mereka akan ditangkap dan tanpa dibicarakan akan dihukum.Boleh dikatakan kebanyakan hukuman yang mereka lakukan tanpa melalui perbicaraan.Terlalu ramai orang-orang yang tidak berdosa yang menjadi mangsa kekejaman Jepun dan talibarut-talibarutnya.Mungkin ada segelintir yang tidak percaya akan kekejam Jepun ini seperti yang dipaparkan oleh filem arahan P.Ramlee menerusi Sarjan Hassan namun itulah hakikatnya.

Pernah sekali tu menurut aruah ayah saya seorang lelaki dituduh menyorokan beras,jika tidak mengaku dipaksa minum air sabun kemudian perutnya dipijak supaya mengaku. Ada yang kena paksa memanjat pokok kelapa, ambil kelapa muda untuk menjadi santapan askar2 Jepun.Kadangkala ada lucunya mereka yang tidak tahu memanjat pokok kelapa, takut kena pancong kepala tiba2 boleh memanjat tapi tidak tahu turun pun ada.

Yang paling menyedihkan menurut aruah bapa ada seorang lelaki kena fitnah melawan Jepun kena tangkap,diikat tangannya disepak terajang depan mata penduduk darah bersembur merata tanah kemudian diseret macam binatang kemarkas mereka,sehinggalah kehari ini tidak tahu apa yang terjadi kepada orang tersebut kerana tidak ada khabar beritanya.Terlalu banyak kekejam,penginayaan yang dilakukan oleh tentera Jepun dan talibarut-talibarutnya terhadap penduduk Tanah Melayu pada masa itu.

Cerita tentang kekejaman tentera Jepun dan talibarutnya ini saya kongsikan bersama bukan untuk tujuan menghasut dan menakut-nakutkan cuma untuk berkongsi cerita sahaja dengan teman-teman FB.Apa yang saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu samada dari mulut kemulut atau dari catatan sejarah.Dan saya juga sering mendengar cerita ini bukan saja dari aruah bapa namun juga mereka yang mengalaminya.Apa yang saya hendak kongsikan disini betapa buruknya sikap mementingkan diri segelintir orang2 melayu yang sanggup mengadai maruah diri,bangsa dan agama kerana sedikit imbuhan.Oleh itu marilah kita sama-sama menjauhkan diri kita dari sifat-sifat tersebut demi untuk keharmonian bersama.Janganlah kita ikutkan hawa nafsu kerana tamakkan harta dunia,wang pangka,kedudukan,keistimewaan,derajat dan kuasa kita menjadi buta segalanya demi mengikut desakan nafsu sarakah yang menguasai kita.Fikirkanlah...ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama dan negara jangan gadai.. 


Monday, March 21, 2011

Al Fatihah buat pejuang-pejuang negara..


Bila sebut saja kominis pasti ada yang terbayang cerita Bukit Kepong arahan Dato Jins Shamsudin yang sering ditayangkan dikaca tv.Bagaiman kekejaman yang dilakukan oleh kominis dapat dilihat dalam cerita tersebut.Itulah antara gambaran yang dapat kita lihat namun banyak lagi kekejaman yang dilakukan oleh kominis.Lebih dari 3000 orang askar melayu yang terkorban dalam usaha membenteras kegiatan parti kominis ini.Juga begitu ramai ibu-ibu yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi yatim akibat dibunuh dan terbunuh oleh angkara kominis.

Malayan People's Anti Japanes Army atau Tentera anti Jepun Penduduk Tanah Melayu(MPAJ) merupakan sebuah Parti Kominis Malaya atau pun Bintang Tiga yang ditubuhkan sekitar tahun 1930.Ahli-ahlinya terdiri dari masyarakat Cina yang menetap di Tanah Melayu.Penubuhan asalnya adalah kerana membantah pendudukan Jepun di Negara China dan pembunuhan kaum Cina di Nanjing oleh tentera Jepun.Apabila berlakunya perang dunia pertama pada 1 Sept 1939 dan berakhir pada 2 Sept 1939 dan penaklukan Tanah Melayu pada tahun 1942 PKM telah menawarkan bantuan kepada British.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu PKM telah bekerjasama dengan British dan berjaya memujuk British agar membebaskan pemimpin-pemimpin yang berhaluan kiri dengan kerjasama inilah maka tertubuhnya sekolah latihan Khas 101 yang melatih berperang secara gerila.Sebaik tamatnya penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu pada tahun 1945 maka ditubuhkanlah MPAJ yang sempat memerintah Tanah Melayu selama 14 hari sebelum penyerahan Tanah Melayu sepenuhnya kepada British.Disinilah banyaknya penglibatan pemimpin2 melayu berhaluan kiri seperti Abdullah CD pengasas Rejemin 10 PKM,Samsiah Fakeh,Ahmad Boestamam  dan ramai lagi.Ketua kominis Tanah Melayu pada masa itu bernama Chin Peng yang berasal dari Perak.

Ahki2 Cina PKM yang di ketuai oleh Chin Peng  berdendam dengan tentera Jepun telah menjadikan mereka yang berkhidmat sebagai polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidam sebagai mangsa membalas dendam.Polis Jepun atau Jookidam dianggotai oleh orang-orang melayu semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu.Ramai orang2 melayu yang menjadi mangsa keganasan kominis ini.Mereka yang dikatakan bekas ahli Jookidam akan dijerat lehernya dan dibawa ketepi hutan dan disuruh mengali kubur mereka sendiri dan dibunuh dengan kejamnya.Ada diantara mereka bekas ahli Jookidam yang diikat dipokok dan dikerenggakan dan pelbagai jenis siksaan yang menakutkan.

Walau pun ada antara kominis ini terdiri dari orang2 melayu,mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana takut dikatakan bersubahat.Kominis2 ini bermaharajalela di bumi Tanah Melayu dengan membunuh,menyiksa,memperkosa anak2 gadis melayu dengan bantuan-bantuan dari orang2 melayu sendiri yang menjadi talibarut kominis.Keganasan-keganasan kominis ini tidak habis setakat 14 hari mereka memerintah Tanah Melayu tetapi mereka terus menganas walaupun negara telah Merdeka pada 31 hb Ogos 1957.

Selepas merdeka PKM terus melakukan pemberontakan untuk menguasai Tanah Melayu.Talibarut-talibarut kominis pada masa ini begitu banyak tidak kecuali penglibatan-penglibatan orang melayu sebagai talibarut mereka.Ramai askar melayu yang mati terbunuh dan tidak kurang juga yang cedera parah ketika mempertahankan Tanah air dari dikuasai oleh kominis.Tidak kurang dari 3,000 orang tentera melayu yang terkorban ketika mempertahankan negara dari serangan kominis.Begitu ramai isteri2 yang berendam air mata akibat menjadi balu kerana suami terbunuh ketika menentang kominis dan ramai yang tidak menentang kominis juga dibunuh kerana dengki kianat talibarut-talibarut kominis.Begitu ramai anak2 yang menjadi yatim dan ada juga yang menjadi yatim piatu akibat ibu bapa mereka dibunuh kominis.

Alhamdulillah dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kerajaan dan dengan keberanian pejuang-pejuang negara akhirnya negara kita dapat dibebaskan sepenuhnya dari kominis sekitar tahun 1989 dengan penyerahan mereka secara beramai-ramai setelah diadakan pengampunan kepada mereka.Kita sepatutnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang sanggup berborban nyawa untuk mempertahankan Tanah air dari kominis.Dan sepatutnya kita bersyukur kerana negara kita telah kembali aman damai serta dapat hidup dengan harmoninya dengan lain2 kaum di Malaysia ini.Dan sepatutnya kita bersyukur kerana telah dianugerahkan kerajaan yang mampu menjamin keharmonian dan keselesaan untuk kita semua.Marilah kita bersatu dibawah 1 Malaysia bersama-sama menjaga negara dari ancaman musuh negara.Marilah kita sama-sama menghindarkan diri dari termakan hasutan para petualang negara demi agama,bangsa dan negara.Marilah kita bersama-sama menghadiahkan pahala bacaan  Al Fatihah kepada pejuang-pejuang Negara..Al Fatihah..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai....

Sunday, March 20, 2011

Hinanya Melayu oleh Melayu Sendiri...


Masih tergiang ditelinga cerita aruah bapa mengenai bagaimana kekejaman kominis sewaktu memerintah selama 14 hari di Tanah Melayu.Memang aruah bapa apabila waktu malam jika ada kelapangan waktu suka bercerita dgn anak2 pengelaman beliau dan pelbagai cerita yang kadang2 seram dan kadang2 lucu membuatkan kami sekeluarga sering ternanti-nanti waktu2 tersebut.

Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu majoriti polis yang menyertainya adalah orang Melayu mereka ini dikenali sebagai Jookidam.Mereka ini agak lain sedikit dari anjing2 upahan Jepun yang merupakan pengkianat agama, bangsa dan negara.Mereka ini hanya menjalankan tugas seumpama menangkap dan menjaga keamanan saja.Tidak seperti anjing2 pengkianat yang lebih kejam dari askar Jepun.Apabila Jepun kalah dalam perang dunia ketiga pada 2 sept 1945 dan semasa penyerahan kembali Tanah Melayu kepada Britis, sebelum penyerahannya Parti komonis Tanah Melayu (PKM) mengambil kesempatan memerintah Tanah Melayu selama 14 hari.Parti Kominis Tanah Melayu juga di panggil Bintang Tiga yang ditubuhkan pada tahun 1930 sebenarnya secara tidak lansung melibatkan sejarah Negeri China yang bermusuhan dengan Jepun.Mou Tse Tung adalah tokoh yang membawa hubungan antara PKM dan Parti Kominis China. 

Malayan Peoples Anti Japanese Arm (MPAJ) atau Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama 14 hari.Mereka berdendam dengan jepun akibat pembunuhan kaum Cina di Nanjing.Semasa pemerintahannya selama 14 hari begitu ramai orang melayu yang dibunuhnya kerana melepaskan dendam kesumatnya kepada Jepun.Mereka yang menjadi Jookidam tempat melunaskan segala dendam mereka.Ramai antara mereka yang ditangkap dibunuh dan diseksa dengan kejamnya.

Menurut aruah bapa pada ketika itu beliau berusia didalam lingkungan 20 an hampir setiapa malam terpaksa berjaga-jaga takut jika kominis datang.Beliau menceritakan bagaimana hampir setiap malam talibarut kominis yang merupakan orang2 melayu datang kedalam kampung membawa kominis bagi menangkap pejuang2 yang mempertahankan kampung mahu pun bangsa.Talibarut ini datang dengan cara menyamar diwaktu malam dengan mengetuk pintu,bila pintu di buka maka datang kominis menjerut leher mangsa dan diseret ketengah halaman lalu disembelihnya.

Perkara seperti ini bukan hanya terjadi sekali namun hampir setiap malam.Jika tidak datang untuk menangkap mereka datang dengan niat untuk merampas bahan makanan dan memaksa pemuda2 untuk dijadikan kominis.Anak2 gadis pula ditangkap dan dibawa kemarkas mereka untuk menjadi pemuas nafsu ketua2 mereka.Jika melawan mereka dipukul,dipijak terajang depan keluarga dan kadang2 mereka dibunuh tanpa rasa belas kesihan dihadapan keluarga sendiri.Kekejaman mereka tanpa mengira bangsa dan agama kerana mereka tidak mempunyai agama.Jika orang Islam ada yang dipaksa makan daging babi sama ada dimasak mahu pun secara mentah semata-mata mahu mempersendakan agama Islam.

Menurut beliau lagi talibarut kominis ni adakalanya lebih kejam dari kominis itu sendiri, mereka terdiri dari bangsa Melayu sendiri yang dijanjikan kemewahan jika kominis memerintah dan kerana mendapat sedikit imbalan mereka sanggup melakukan pengkianatan terhadap bangsa sendiri mahu pun keluarga.Inilah Melayu yang menjadi anjing yang setia kepada kominis kerana pentingkan diri sehingga sanggup menjual keluarga dan bangsa sendiri.

Anjing kominis ni hatinya tidak mengenal erti belas kesihan kepada bangsanya sendiri.Apa yang penting bagi mereka asal dapat apa yang dihajatinya.Pada masa pemerintahan kominis ini penduduk melayu sentiasa berada dalam keadaan ketakutan dan sentiasa diulit oleh mimpi2 ngeri takut anak gadis dan isteri dilarikan oleh kominis.

Jika hendak diceritakan bagaimana kekejaman kominis mungkin sampai tangan penat menaip pun tidak habis.Hinanya bangsa Melayu oleh Melayu sendiri.Apa yang perlu kita pelajari janganlah kita jadi anjing pengkianat agama,bangsa dan negara hanya kerana dijanjikan dengan kata2 manis dan kerana kekecewaan tidak mendapat kuasa.Ingatlah sejarah bagaimana datuk nenek,ibubapa kita berjuang untuk mempertahankan maruah bangsa,agama dan negara.Mereka sanggup bermandi keringat,air mata,harta dan nyawa sekali pun demi negara.

Janganlah jadi manusia yang tidak tahu mengenang budi dan mengenang segala pengorbanan mereka demi jenerasi seterusnya.Janganlah jadi anjing pengkianat negara dengan membuat fitnah dan memecah belahkan perpaduan kerana mengikut kata hati dan hasutan para pengkianat.Jangan jadi anjing penjilat kepada pengkianat2 yang cuba merusakan agama,bangsa dan negara kerana tamakkan pangkat dan harta.Bersatulah dengan berganding bahu sesama kerajaan mendaulatkan kembali agama,bangsa dan negara.Janganlah pula nanti Melayu menjadi pengemis dibumi Melayu sendiri kerana kebodohan Melayu itu sendiri.Tegakan kembali maruah bangsa..Melayu bangsa bermaruah..Demi agama,bangsa dan negara bersatulah jangan kita jadi petualang dibumi kita sendiri...Merdekakanlah minda,merdekakanlah hati,merdekakanlah jiwa kita demi agama,bangsa dan negara..ada otak fikir.ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Friday, March 18, 2011

Angkara Petualang2 Agama,Bangsa dan Negara.. Negara terjajah dari 24 Ogos 1511 hingga 31 Ogos 1957.

Semasa zaman pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dulu negeri di Tanah Melayu ini ditakbir secara kenegerian tidak seperti sekarang ini.Dimana setiap negeri mempunyai kuasa mutlak di bawah satu payung yang ditadbir oleh sultan dan menteri2 mereka.Segala keputusan semuanya harus diperkenankan kebawah kuasa raja sebagai penentunya.Negeri2 di Tanah Melayu tidak bersatu dan kenegerian saja.Boleh dikatakan majoriti penduduk Tanah Melayu pada masa itu buta huruf dan kurang pengetahuan untuk mentadbir.Perebutan kuasa antara raja2 dan pembesar2nya juga banyak memainkan peranan menyebabkan berlakunya pepecahan penduduk dan saling bermusuhan antara satu sama lainnya.Akibat dari perpecahan inilah maka wujudnya petualang2 bangsa dan negara akibat dari perasaan ketidak puasan hati dan dendam sehingga sanggup mengadai maruah bangsa dan negara.Ini dibuktikan dengan penaklukan Portugis ke atas Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 24 Ogos 1511 yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.Penaklukan Portugis di Melaka ini banyak dibantu oleh petualang2 bangsa yang kemaruk untuk berkuasa dan mementingkan diri dari bangsanya sendiri.Maka bermulalah sistem penjajah di bumi Tanah Melayu ini.

Sikap kenegerian yang diamalkan oleh penduduk di Tanah Melayu mengundang padah menyebabkan British pula menguasai dan seterusnya menjajah keseluruhan bumi Melayu.Walau pun ada penentangan dari pejuang2 melayu namun hanya segelintir dan tidak bersatu sepenuhnya.Pada masa ini sikap orang2 melayu seolah-olah merelakan bumi ini dijajah dan kurangnya sikap petriotik.Di zaman penjajahan British inilah yang banyak mengajar penduduk agar menjadi manusia celik dan berpengetahuan dengan wujudnya sekolah2 untuk mengajar mereka yang buta huruf.Penjajahan British juga banyak mengajar orang2 Melayu istilah petriotik dan kebaikan bersatu untuk mencapai kemerdekaan.

Sehinggalah penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun pada 1942-1945 banyak mengajar penduduk Tanah Melayu tentang erti Kemerdekaan dan tentang kebaikan bersatu.Peranan petualang2 bangsa dan sekali lagi memainkan peranan dengan mengalu-alukan kedatangan Jepun dengan tipu helah yang kononnya untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman British juga menjadi titik mulanya Jepun menakluk bumi ini.Petualang2 bangsa dan negaralah pengkianat yang tidak dapat dimaafkan yang mengakibatkan ramai yang tidak berdosa menjadi korban kerakusan mereka demi pangkat dan harta sanggup mengorbankan bangsa.

Penjajahan Jepun 1942-1945 mengajar orag2 melayu tentang betapa hinanya bangsa melayu akibat dikianati oleh bangsa mereka sendiri.Anjing2 Jepun berkeliaran siang dan malam mencari mangsa demi mendapat sedikit imbuhan berupa kedudukkan,pangkat dan harta dengan menjual maklumat demi kepentingan.Penjajahan Jepun banyak mengajar orang2 Melayu bersatu dalam membentuk kemerdekaan setelah di tinggalkan oleh British.Pergerakan pejuang2 kemerdekaan secara senyap dan berhati-hati akibat takut dikesan oleh Jepun yang menghantar anjing2nya menjadi mata2 untuk mengintai pergerakan pejuang2 melayu.Disinilah musang2 berbulu ayam tali barut Jepun memainkan peranan sehingga ramai pejuang2 yang ditangkap sama ada di jadikan buruh paksa atau di pancung.Semasa penjajahan Jepun inilah penduduk Tanah Melayu begitu terhimpit dengan kehadiran tali barut Jepun yang lebih ganas dari askar2 Jepun demi memenuhi nafsu serakah mereka sehingga sanggup mengadaikan apa saja asalkan nafsu dapat ditunaikan.

Perang dunia kedua yang berlaku pada 1 Sept 1939 dan berakhir pada 2 Sept 1945 dan berlakulah kemerdekaan Tanah Melayu dari cengkaman Jepun dengan penyerahan Tanah Melayu kepada British.Bermula dari sinilah berkembangnya semangat petriotik pejuang2 Melayu dalam menuntuk erti kemerdekaan yang sebenarnya.Namun usaha2 mereka banyak terhalang dengan kehadiran petualang2 bangsa yang tidak senang dengan segala usaha untuk mendapatkan kemerdekaan.Petualang2 bangsa sanggup melakukan apa jua asalkan kedudukan,pangkat dan harta dapat dikuasai,mereka sanggup melihat anak bangsa merempat asal segala kemahuan mereka tercapai.Hinanya mereka,lebih hina dari anjing,babi waimah bangkai sekali pun.

Untuk mencelikkan rakyat untuk menerima kemerdekaan bukan satu tugas yang mudah.Apa tah lagi pada masa itu rakyat kebanyakan buta huruf dan kurangnya pengetahuan tentang dunia luar.Di sinilah pejuang2 melayu memainkan peranan dengan mengajar dengan keadaan serba kekurangan.Mereka mewujudkan sekolah2 dewasa semata untuk mengajar dan mendidik menjadikan bangsa mereka tidak lagi buta huruf.Namun tugas2 murni ini dihalang oleh mereka2 petualang bangsa dengan menghasut dan memburuk-burukan apa yang diajar.Semua ini tidak lain semata menghalang orang2 melayu dari terbuka mindanya menuntut kemerdekaan.Mereka petualang2 membuat fitnah,pembohongan dengan membuat pelbagai propaganda sehingga adanya pejuang2 yang ditangkap.Namun pejuang2 melayu tidak pernah putus asa mereka lakukan secara senyap mengajar dan menanamkan semangat petriotik kepada penduduk agar mencintai bangsa dan negara seterusnya menuntut kemerdekaan.

Walau menghadapi pelbagai rintangan terutama rintangan dari petualang2 bangsa namun semangat juang yang tinggi oleh pejuang2 melayu maka semangat kemerdekaan dapat diserapkan keseluruh perusuk negara.Melayu semakin bersatu dengan bersemangat menyahut cabaran untuk merdeka, mereka sanggup bergolok gadai asalkan mendapat kemerdekaan.Dengan diketuai oleh Allahyarham Tengku Abdul Rahman (UMNO) mereka bergerak menuntut kemerdekaan kesepelusuk Tanah Air.Ini dibuktikan dengan sikap bersatu mereka mengutip dana bergolok,bergadai untuk membiayai pemergian Allahyarham Tengku Abdul Rahman (UMNO) ke London untuk menuntut kemerdekaan.Sekali lagi para petualang negara menjalankan tugas mereka dengan menghasut,membuat fitnah dan pembohongan asalkan Tengku tidak berjaya menuntut kemerdekaan.Namun akhirnya segala dana dapat dikutip dengan satu semangat yang begitu kuat dari kebangkitan dan bersatunya orang2 melayu dan Tengku pun berangkat ke London untuk menjalankan misinya menuntut kemerdekaan.
Tepat pada tarikh 31 Ogos 1957 maka Tengku melaungkan,laungan keramat "Merdeka" dengan iringan sahutan yang sama oleh penduduk Tanah Melayu.Maka barulah terbentuknya Kerajaan Pusat dengan di ketuai oleh Tengku sebagai Perdana Menteri.Di sinilah tugas kerajaan pusat untuk menyatu padukan rakyat dan negeri dibawah satu payung berlandaskan demokrasi .Maka bersatulah negeri2 dibawah pemerintahan dengan penduduknya yang saling faham memahami antara satu sama lain.Sehinggalah hari ini kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang2 Tanah air dapat kita rasai dan nikmati, dimana kita penduduk tanpa mengira kaum dan agama dapat hidup dalam suasana aman damai.Marilah kita bersama-sama mengekalkan keamanan,kedamaian dan keharmonian antara kaum dengan bersatu dibawah 1 Malayasia demi kesinambungan anak cucu cicit warisan kita kelak.Marilah kita bersama-sama jangan terikut segala hasutan,fitnah dan pembohongan oleh mereka2 petualang agama,bangsa dan negara semata kerana kerakusan mereka untuk berkuasa.Marilah! bersatu demi agama,bangsa dan negara..Bersatulah!...Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada agama,bangsa dan negara jangan digadai...

Thursday, March 10, 2011

Zaman telah berubah tahap pemikiran pemimpin PAS yang tidak mahu berubah.


PAS hanya sebuah parti politik,apa yang diperjuang tidak lebih hanya untuk mendapatkan pengaruh dan seterusnya bercita2 untuk mendapat kuasa memerintah.PAS juga seperti parti2 politik yang lainnya cuma yang membezakannya mempergunakan agama untuk meraih sokongan.Namun pengunaan agama oleh PAS tidak di landasan yang betul.Pemimpin2 PAS yang sering memutar belitkan Al Quran dan hadis bila merasa akan mendapat keuntungan bagi pehak mereka.Begitu juga para pemimpinnya sanggup sewenang-wenangnya mengeluarkan apa yang dikatakan fatwa oleh pengikutnya tanpa memikirkan kesan disebalik fatwa2 tersebut. Agama Islam yang konon diperjuangkan hanya sekadar satu tunggangan untuk meraih simpati dan mengkelabui mata pengundi sahaja.
Di tambah dengan sikap penyokongnya yang taksub dan agresif,penyokongnya yang sering bertindak melulu yang mana tidak menunjukan imej agama yang mereka bawa.Jika berkempen atau bersyarah terjerit-jerit memaki hamun,memfitnah dan melakukan pembohongan tanpa segan silu.Mereka pemimpin PAS juga sangat suka melabel seseorang pemimpin yang mereka tidak suka dan menyerang peribadi pemimpin tersebut sama ada betul atau tidaknya.
Sikap pemimpin2 PAS yang tidak mengawal segala tindak tanduk penyokong mereka menjadikan penyokong mereka seolah-olah tidak bertemadun sehingga sanggup bertindak liar dan di luar dugaan.Pemimpin2 mereka juga gagal dalam membentuk penyokongnya menjadi lapisan masyarakat yang disenangi lapisan masyarakat. Dimana pengikut2 mereka kurang bermasyarakat dan hanya bergaul sesama mereka sahaja.Adakalanya segelintir dari penyokong mereka sesama keluarga pun tidak bertegur sapa.Ini semua adalah disebabkan pemimpin mereka mengeluarkan fatwa2 yang boleh menjadikan masyarakat berpecah belah.Apakah ini yang diajar dalam Islam.
Demi untuk mengkelabui mata2 pengundi atau mendapat sokongan dari kaum lain terutama masyarakat Cina pemimpin2 PAS kini sanggup mengadaikan maruah perjuangan mereka berkerjasama dengan DAP.Jika dulu mereka sanggup mengkafirkan orang-orang UMNO kerana berkerjasama dengan MCA kini mereka juga berada pada landasan yang sama.Yang lebih buruk lagi DAP yang mereka sanjung hari ini merupakan musuh Islam kerana mereka secara terang-terang menolak Islam.Walau ditentang oleh segelintir penyokong mereka namun pemimpin2 PAS tetap meneruskan agenda mereka tanpa memperdulikan akibatnya di masa akan datang.
Sikap berdolak dalih pemimpin PAS dalam segala hal juga menjadikan parti itu kini semakin hilang serinya.Semakin ramai ahlinya keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan kepada pemimpin2 parti yang tidak mahu mendengar pendapat yang lain.PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dengan para pemimpin dan penyokongnya berpakaian jubah,berlitup dan berkopiah tidak lansung melambangkan apa yang mereka pakai.Mereka pandai berlakun dengan berpakaian begitu menunjukan yang mereka kononnya alim kepada masyarakat namun hakikatnya tahi masih berselepat di ponggong tapi mulut dah mengunyah itulah pemimpin dan penyokong PAS.Apa yang keluar dari mulut pemimpin2 PAS tidak pernah sama,hari ini kata begini besuk mereka akan belitkan begitu pula.Mereka pandai berlakun, petah bercakap dalam segala hal, agama dijadikan mainan dan taruhan untuk meraih sokongan pengundi.
Demi kemaruk untuk berkuasa pemimpin2 PAS sanggup melakukan apa saja agama dan bangsa sanggup digadaikan asalkan dapat berkuasa.Mereka juga sanggup menghalalkan apa saja asalkan cita2 mereka tercapai walau pun bertentangan dengan hati nurani mereka.Namun penyokong kini lebih tahu menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu intan.Cara2 dalam PAS untuk menarik hati pengundi sebenarnya sudah basi dan ketinggalan zaman.Zaman telah berubah dan sudah sepatutnya tahap pemikiran pemimpin2 PAS juga berubah.