Thursday, December 22, 2011

Seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?..Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?..Bukan semua Islam itu PAS.Apa pun PAS sepatutnya malu.." Pada Ee Perjuangan UMNO ada kebenarannya..Tahniah! UMNO..


Dalam mencari jalan penyelesaian kemelut dalaman yang melanda PAS..Jalan mudah bagi pemimpin2 PAS yang ketandusan idea dan kekeringan modal dengan menyalahkan UMNO..Kebankrapan akal fikiran yang melanda pemimpin bawah tempurung menjawab persoalan yang dibawa oleh Hasan Ali dan Nasaruddin menjadikan PAS sebuah parti yang langsung tidak mempunyai hala tuju dalam perjuangan sebenar mereka.Kedangkalan pemikiran Mustaffa Ali mengkeritik Hasan Ali menampakkan taraf pemikiran kanak2 tadika PASTI yang tidak faham apa yang mereka katakan..Rakyat semakin muak setiap kali isu berbangkit yang melibatkan Pemimpin2 PAS, pemimpin kurang waras mereka menunding jari kepada UMNO.. Ingatlah rakyat semakin cerdik bukan mudah tertipu oleh dakyah PAS yang begitu kolot dalam menyelesaikan sesuatu isu..Tahniah! kepada Hasan Ali yang begitu berani menegakkan kebenaran walaupun pahit..Ingatlah seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali PAS kini telah jauh menyimpang dari landasan Islam semenjak berselingkuh dengan DAP.
Pada Ee adalah sesuatu yang malang bagi penganut PAS apabila mereka sentiasa ditanamkan dengan Politik Kebencian,dendam Kesumat,hasad dan hala tuju politik yang bersimpang siur dengan niat yang berselingkuh dalam keserakahan mengejar matlamat lalu menghalalkan cara oleh pemimpin2 PAS yang ketandusan Idea.Pada Ee Islam bukan mainan,Islam bukan ciptaan manusia ataupun mereka yang bergelar ulama' yang begitu keji memperdagangkan Islam semata mengikut keserakahan hawa nafsu yang inginkan kuasa dan keduniaan.

Pada Ee PAS sepatutnya malu..jika dulu mereka begitu angkuh mempersoalkan kewibawaan UMNO dalam menyelesaikan kemelut dalaman yang menimpa UMNO kini mereka lebih busuk lagi bila tidak dapat menyelesaikan isu sendiri dengan menyalahkan pehak lain pula.Pada Ee perjuangan Hasan merupakan Jihad menentang golongan sekular dalam PAS yang cuba memesongkan penganutnya secara sedar atau tidaknya.Mahfuz Omar tidak perlu tersinggung dengan segala sindiran pedas Hasan Ali.Mahfuz dan penganut lainnya harus menerima hakikat bahawa PAS sudah semakin hilang sokongan kerana terjerat oleh permainan politik kotor Anwar Al Juburi.

Pada Ee sepatutnya Hasan dan Nasharuddin layak diangkat sebagai wira PAS kerana berusaha menyelamatkan PAS dari kehancuran hasil dari Kepetualangan Nik Ajis dan Hadi Awang apabila menukar dasar pejuangan parti demi mengejar impian mereka dalam melakar sejarah politik tanah air.Seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?..Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?..Bukan semua Islam itu PAS.Apa pun PAS sepatutnya malu.." Dari kata2 pemimpin PAS seperti Hasan Ali itu Ee rasakan UMNO berada pada landasan yang begitu tepat apabila berperinsip dalam perjuangan mereka demi Agama dan Bangsa Melayu...Bersatulah! demi Perpaduan Ummah agar kepentingan,maruah Agama dan Bangsa dapat dipertahankan dari dajjal2 pengkianat negara.Bersatulah! di bawah 1 Malaysia yang menjamin kemakmuran,keharmonian,kesejahteraan rakyat danekonomi demi mengejar negara maju dan sejahtera dalam wawasan 2020 yang akan menjelma tidak berapa tahun lagi.Bersatulah!..

Thursday, December 15, 2011

Nak naik Kebulan guna Satu rocket dengan Tiga Nakhoda bawa Pengikut Berlainan Pendapat yang jadinya Mata Lebam Bertumbuk..




Ee ingatkan bahawa orang2 Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.Mereka pemimpin DAP begitu licik dalam memperkudakan orang Melayu yang tidak sedar diri bahawa mereka itu Melayu dan mereka tidak sedar bahawa mereka hanya diperlukan semata untuk memecahkan undi agar undi Melayu agar memehak kepada DAP dan seterusnya mendapatkan kuasa mutlak.Pada Ee tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.Pada Ee inilah parti (DAP) yang paling cauvinis.Pemimpin DAP berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang Ee tahu terlalu cauvinistik"..Hanya melayu HamPAS yang tidak pernah bersyukur dan memahami hakikat yang tersurat mahupun tersirat di sebalik Agenda DAP yang mahu meletakan calun Melayu pada PRU 13 kelak.

Nasihat Ee kepada orang Melayu hati-hati, jangan cepat teruja dan terpedaya dengan kosmetik politik pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng yang mengangkat dirinya sendiri seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.Islam itu lebih tinggi dari segala-galanya. Golongan seperti pemimpin DAP ini akan mencuri apa jua kesempatan untuk menagih sokongan kerana dia tahu dulu orang Melayu menolak mereka"..kini mereka merasa semakin diterima apabila PAS menyokong segala tipu muslihat dan putar belit semata memancing undi Melayu...Yang bodohnya Melayu Islam itu sendiri Agama mereka djadikan tunggangan untuk kepentingan parti yang menjadi musuh Islam itu sendiri..

Pada Ee Lim Guan Eng tidak ubah seperti sesumpah yang sentiasa berubah warna mengikut keadaan dia boleh pakai gelaran Khalifah Umar Aziz untuk orang Melayu terutama kepada penyokong PAS dan gelaran Father Joseph untuk sokongan bukan Islam.

Ee harap rakyat negara ini jangan sampai lupa akan sejarah tragedi 13 Mei 1969 kerana jika dulu boleh berlaku, tidak mustahil sejarah itu boleh berulang kembali.Ee fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu kembali.Pada Ee begitulah bila sesorang itu lupa akan sejarah seperti apa yang berlaku pada Mat Sabu memperkecilkan pengorbanan pejuang kemerdekaan dengan mengangkat Komunis sebagai Wira negara.Pada Ee kenyataan ini akan membongkar kembali "Luka Lama" yang telah bertaup rapat dan tidak mustahil akan menjadi pergaduhan jika tidak diadili dengan penuh bijaksana.

Pada Ee pembangkang telah gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing sehingga sanggup memburuk-burukkan Negara dan menjaja keselamatan dalam negeri sesuka hati.Pada Ee sepatutnya  pembangkang mempunyai pemikiran yang matang dan bijak menggunakan pentas politik tanpa perlu menunjukkan kebodohan mereka atas alasan semata-mata menarik perhatian rakyat dengan memburuk-burukan pemerintah.Pada Ee

pakatan pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dalam cubaan mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan termasuklah melemparkan pelbagai fitnah asalkan mereka dapat mempengaruhi rakyat.

Ee masih ingat bagaimana Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat dan pernah mengeji pakaian batik Malaysia sedangkan ia adalah produk tempatan yang tidak sewajarnya dipolitikkan dan ini sangat memalukan.Begitu juga sebelumnya anak perempuan Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.Pada Ee inilah pembangkang sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik untuk mendapatkan kuasa.Pada Ee sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang ini jelas akan menjejaskan prestasi dan pandangan mata asing terhadap Malaysia.

Pada Ee apabila pehak pembangkang berkata bahawa mereka sepakat dalam menyelesaikan sesuatu isu,itu merupakan pembohongan besar.Jika mereka sepakat tetapi kenapa sampai ke hari ini bermula daripada tarikh mereka bersama atas dasar pakatan ketika mahu berdepan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-12 lalu dan sehingga sekarang masih belum membuat pendaftaran pertubuhan sedangkan PRU 13 akan berlangsung bila-bila masa saja.Pada Ee inilah bukti bahawa mereka hanya bergabung atas kepentingan masing-masing tanpa ada sebarang matlamat sebagaimana BN yang di dalamnya mengandungi kepelbagaian dalam satu kesatuan tetapi tetap sepakat dalam satu bendera dan satu simbol.

Pada Ee jika benar mereka mahu bersatu atas satu pakatan maka tentunya mereka sudah membuat pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan sebagaimana BN apatah lagi memang sejak dari awal pakatan pembangkang ini seringkali mahu meniru apa yang dilakukan oleh BN.Pada Ee mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri sebagaimana penubuhan parti mereka iaitu atas dasar kekecewaan, jadi bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan adil sekiranya dilakukan atas landasan kecewa dan kuasa.Pada Ee inilah "Pembohongan Paling Besar dalam Sejarah Pembangkang kepada rakyat apabila telah gagal dalam kesepakatan penubuhan parti2 gabungan dengan mengunakan satu simbol dan mereka masih lagi bergelar "Pakatan Haram"..

 Pada Ee ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang ada 13 parti tapi takde masalah untuk duduk berbincang.  Contoh masa konvensyen BN yang baru lalu, kesemua parti luah pendapat mereka dan pada akhirnya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak buat kesimpulan berdasarkan satu ideologi, satu matlamat, satu prinsip, satu visi..tiada masalah..Pada Ee BN sentiasa senyum iklas dan saling berpimpin tangan sesama pemimpin dan penyokong tidak seperti pembangkang yang baru 3 parti tapi "Kosong" macam bendera PAS..Nak naik kebulan guna satu rocket dengan tiga nakhoda nak bawa pengikut berlainan pendapat yang jadinya mata lebam bertumbuk macama simbul mata bendera PKR.Pada Ee Pakatan mereka hanya wayang.Ideologi ketiga-tiga parti berbeza antara satu sama lain.Jadi kita tak hairan kalau masing-masing cuba tutup perbezaan tersebut, takut rakyat tahu.Pada Ee jika inilah pemimpin yang hendak kita pilih sebagai pemimpin negara "Kirim Salam Sajalah"..

Lebih baik pilih BN yang telah kita tahu akan jasa dan pengorbanan mereka terhadap memakmurkan rakyat dengan membawa perubahan demi perubahan semuanya untuk kesejahteraan rakyat..Fikirlah untuk Jenerasi akan datang.. Bersatulah dibawah 1 Malaysia...

Sunday, December 11, 2011

Pemimpin PAS Memperbodohkan Penyokong Mereka..


Seorang teman Ee baru balik dari ceramah PAS,menurut beliau Ustaz2 PAS kempen agar penyokong mereka jangan ambil duit pemberian Kerajaan BN Rm 500 dikatakan haram dan dari sumber yang tidak diketahui halal atau haramnya..Ee kata baguslah kalau gitu..sebab duit yang tidak diambil tu boleh disimpan dan gunakan untuk buat perkara yang lebih baik utk kemudahan rakyat..Hehehe.."Yang Ee hairankan pemimpin mereka kata duit tu haram tapi pemimpin mereka yang berkerja dengan kerajaan.. dapat gaji kerja kerajaan, Wakil Rakyat,Ahli Parlimen dan Nik Ajis sendiri jadi MB Kelantan tu sapa yang bayar gaji mereka?..Tu semua duit dari mana?..Dari Langit ke???..Hehehe..kalau ustaz2 PAS dapat gaji dari Kerajaan BN semuanya halal..Jangan jadi bodoh dan diperbodohkan oleh mereka yang "Berotak Al Dajjal"..Pada mereka semuanya haram..yang mereka Cekik selama ini bagi makan anak bini dapat gaji dari kerajaan BN tu haramlah Ye?..Mereka ambil gaji dan buat kekayaan besarkan perut anak bini sanak saudara semuanya halal pada orang lain semuanya haram..Pada Ee mereka Pemimpin2 PAS penuh dengan Kemunafikan dan Dajjal Dunia..Otak semuanya penuh dengan putar belit dan hanya tahu nak pecah belahkan bangsa sendiri je..Renung2kanlah..

Saturday, December 10, 2011

InsyaAllah kerajaan UMNO Telus dalam Mengagihkan Hasil Kekayaan Negara kepada rakyat yang selama ini dikumpulkan kepada mereka yang memerlukan..


Beberapa orang sahabat dari Parti Pembangkang bertanya pada Ee .."Rasanya wang Rm 500.00 yang kerajaan UMNO nak bagi tu.. kita orang pembangkang ni boleh dapat ke?..aku tengok yang tukang tulis borang tu semuanya orang kerajaan(UMNO) je..malu lak nak pi mohonnya.." Hehehe..Ee jawab "Pergilah mohon jangan malu dan segan.. tapi kalau ada rasa malu elok juga sebab selama ini pembangkang kata bahawa pemberian dari UMNO tu dari sumber yang haram jadi kalau rasa was2 tak payahlah ambil.. begitu juga mereka yang berkerja dengan kerajaan dan menerima gaji dari kerajaan kalau rasa was2 dari mana sumbernya Ee nasihatkan jangan ambil gaji tu sedekahkan saja.." Ee terangkan juga bahawa kerajaan(UMNO) bagi wang tu kepada semua yang berpendapatan bawah Rm 3,000.00 kebawah tanpa mengira mereka berlainan fahamnan politik,bangsa dan agama..tidaklah macam PR yang memerintah beberapa buah negeri baru bagi baucer membeli belah Rm 100 je pada warga2 tua dah pilih bulu..Ee nasihatkan kepada Pehak pembangkang terutama HamPAS2 kalau tak tahu malu isi sajalah borang tu..InsyaAllah kerajaan UMNO telus dalam mengagihkan hasil kekayaan negara kepada rakyat yang selama ini dikumpulkan kepada mereka yang memerlukan..Hehehe..cuba2lah kira agak2nya berapa billionlah yang kerajaan terpaksa agihkan kepada rakyat..begitu juga dalam membeli minyak terutama petrol harga asalnya Rm 3.16 kerajaan begitu bermurah hati bagi subsidi pengguna hanya bayar Rm 1.90 dan banyak lagi kerajaan bagi subsidi..agak2nyalah dalam sehari berada juta yang kerajaan terpaksa mengeluarkannya semua itu untuk faedah rakyat itu sendiri..Fikirkanlah kalau kerajaan UMNO tidak bijak dalam mentadbir negara dan tidak bijak menjaga ekonomi bagaimana nak bagi tu semua..Kita harus bersyukur kerana dikurniakan kerajaan yang begitu perihatin kepada rakyat dan bijak dalam mentadbir negara...Cuba2lah jadi rakyat yang tahu berterima kasih janganlah asyik nak bangkang je..Renung2kanlah..

Thursday, December 8, 2011

Tidak Mustahil Mimbar Masjid akan Terjajah oleh Penganut Agama lain Suatu Hari Kelak..Jika Melayu Islam tidak Sedar..



Ee ingin menasihatkan agar anak2 muda yang ingin berjinak dalam dunia politik agar jangan mudah percaya dengan segala janji manis dajjal2 politik yang terlalu mengidamkan kuasa.Ingatlah Allah memberi kita akal fikiran yang sempurna untuk memikirkan yang mana betul dan yang mana tidaknya.Bila membuat sesuatu keputusan yang melibatkan masalah Agama,Bangsa dan Negara hendaklah kita selami sebaiknya,jangan mudah kita terpedaya dan akhirnya "Berputih Mata". Fikirlah setelah begitu lama kita mengecapi kemakmuran,hidup dalam suasana aman berbilang kaum tanpa rasa takut dan bebas kesana kemari mencari rezeki mahupun beribadat kenapa pula kita nak korbankan itu semua di sebabkan termakan gula2 yang diberikan oleh dajjal2 yang sentiasa mengidamkan kuasa.Pada Ee sebelum membuat sesuatu keputusan itu adalah sebaiknya berfikirlah dengan tenang dan fikirkan juga segala pengorbanan Pejuang2 Negara yang sanggup bermandi darah,keringat,airmata,harta malah nyawa semuanya itu dilakukan demi Agama,bangsa,Anak Cucu Cicit dan Negara.Pada Ee kini tiba pula masanya kita membalas segala pengorbanan mereka dengan menyokong segala usaha kerajaan demi kepantingan jenerasi akan datang pula.Janganlah kita turutkan saja segala bisikan dajjal2 yang mencuba mengadu domba dalam kegilaan mereka untuk berkuasa dengan menjadikan Agama Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.Mereka pembangkang terutama PAS yang begitu inginkan kuasa sanggup menjanjikan 'Bulan,Bintang, Gunung,Matahari bahkan Surga yang diluar kekuasaan manusia namun segalanya "Kosong" macam bendera mereka.Mereka hanya "Pandai Menanam Tebu" tetapi tidak pernah dijaga,disiram hanya dibiarkan saja menyerah kepada takdir akhirnya tebu yang ditanam rebah kebumi tidak berhasil..

Ee ingitkan rakyat mahupun anak2 muda Melayu Islam berfikir secara matang dalam Sejarah Politik Malaysia belum ada lagi mana2 kaum selain orang Melayu Islam yang mengunakan Agama sebagai sendiwara untuk berpolitik.Pada Ee hanya HamPAS saja yang sanggup melakukannya semata gila untuk berkuasa.Mereka kaum Cina,India dan lainnya yang bukan Islam begitu memelihara agama mereka tanpa mahu mencampur adukan dengan politik, itu semua dilakukan agar Agama anutan mereka tidak dicemarkan dan dipandang tinggi.Pada Ee pemikiran kaum2 lain di negara ini begitu baik dengan tidak mencampuri agama dalam urusan politik.Namun yang Ee hairankan dimanakah letaknya akal pemikiran sihat orang Melayu Islam yang suka mempolitikan Agama dan sanggup melihat Agama Islam itu digunakan demi kelangsungan politik sempit yang tidak berpenghujung itu.

Persoalan demi persoalan berlegar dalam pemikiran Ee kenapa?..Mengapa?..Mereka yang dikatakan cerdik pandai dan pemikir Islam rela Agama mereka dijadikan keldai tunggangan penganut lain sedangkan Agama mereka sendiri disimpan sebaik mungkin..Mengapa bangsa lain seperti kaum Cina mahu pun India tidak mengunakan agama mereka untuk tujuan berceramah poitik sebaliknya dengan "Muka Tayar Buruk" mereka mengunakan petikan Hadis mahupun petikan Al Quran untuk memburukan bangsa Melayu penganut Islam itu sendiri.Alangkah sedihnya Agama dan bangsa dipersenda di hadapan mereka yang dikatakan cerdik Islam.Dimana akal yang dianugerahkan oleh Allah untuk menjaga maruah AgamaNya???..Tuli ke telinga mereka???..Butakah mata mereka???..atau Tertutupkah hati mereka???..Apa guna solat 5 waktu dan segala amal ibadat yang dijaga selama ini..tapi maruah Agama dan Bangsa diinjak oleh bangsa lain kita hanya mampu menepuk tangan dan mengiakan saja..Malulah pada Allah yang telah menganugerahkan kita akal melebihi segala makluknya..

Persoalan ini juga sering bermain di kotak pemikiran Ee,bagaimana pula perasaan mereka jika Bangsa Melayu (Islam) pula menjadikan agama mereka tunggangan dalam berpolitik dan mengutuk bangsa mahupun agama mereka..Apakah mereka akan menerimanya seperti HamPAS2 Melayu Islam lainnya???..Jika Melayu Islam tidak sedar.."Percayalah tidak mustahil suatu hari nanti mereka penganut Agama lain akan mengunakan Mimbar Masjid sebagai tempat untuk mereka berceramah dan menghentam Bangsa mahupun Agama Islam itu sendiri"..sedarlah jangan ikutkan sangat segala bisikan dajjal2 berjubah,berserban,berketayap,bertasbih dan berdahi hitam yang hanya memikirkan hanya untuk berkuasa sehingga sanggup menjual Agama kerana desakan iblis yang bersarang di hati dengan"Memporak Perandakan Perpaduan Ummah".

Pada Ee petanda kehancuran sesuatu Agama mahupun bangsa itu adalah apabila bangsa itu sendiri memusnahkanya sendiri.. tanpa mereka sedar mahupun sedar tapi kerana mengikut segala kemahuan nafsu hasutan Iblis maka tutup mata,telinga dan hati asalkan mendapat kepuasan kerana kecewa,dengki dan kianat...Inilah "Petualang Agama,Bangsa dan Negara"..Marilah kita sama2 berganding bahu bersatu dalam mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara dalam 1 Malaysia dengan menolak segala hasutan dan fitnah dajjal2 pembangkang.Sedarlah!..Kembalilah Kepangkal Jalan sebelum terlambat...Renung2kanlah..

Sunday, December 4, 2011

Pemimpin PAS Cari Kayu Api untuk Bakar Ahlinya di Neraka..



Mungkin semua tidak faham akan maksud yang ingin Ee kongsikan bersama dan mungkin akan disalah tafsirkan.Pada Ee setelah sekian lamanya Pemimpin PAS 'Berjudi Mempertaruhkan Agama dan Bangsa' dalam kancah politik yang lebih kepada kegilaan untuk berkuasa adalah keterlaluan dan menyimpang dari landasan Islam itu sendiri.Kepalsuan,pembohongan dan kemunafikan dalam dakwah mereka selama ini akan menyesatkan keimanan yg dipelihara dgn baik selama ini.

Dalam apa yg mereka katakan memperjuangkan Islam namun ia satu retorik penuh dgn pembohongan yg melampaui batas akal pemikiran sihat kita.Dalam konteks ini mereka menghalalkan cara demi memancing pengikut mengundi mereka dgn pelbagai fatwa yg mengelirukan.Dari membuat fatwa bahawa mereka yang berkerjasama dgn bukan Islam mentadbir negara sebagai kafir yang ditujukan kpd UMNO yg bergabung dgn MCA dan MIC.Sehinggalah mereka menghalalkan mencarut,memaki hamun dgn berfatwa 'Allah Tuhannya Mencarut'.

Begitu juga dlm menghalalkan 'Sumbang Mahramnya dgn DAP' Nik Ajis sanggup mengaku malu dilahirkan sebagai 'Bangsa Melayu.Begitu juga dlm mengangkat Anwar Ibrahim Nik Ajis berfatwa bahawa tidak masuk surga mereka yg mengata Anwar.Inila kelebihan PAS dlm mempergunakan Islam sebagai senjata ampuh menentang UMNO.

Saban waktu mereka berceramah dari segenap ceruk dgn penuh kebencian,mencaci,memfitnah,mengumpat dan mencarut menanamkan bibit Perpecahan UMMAH dgn menunding kpd UMNO.Dlm memperjuangkan agenda busuk mereka sanggup mengangkat Komunis sebagai wira negara semata mengampu DAP demi mendapatkan undi dari masyarakat Cina.Begitu juga mereka sebulat menyokong S.Ambiga yg mereka tentang dulunya dlm kes murtad semasa Bersih 2.0 tdk lama dulu.

Dlm mengangkat perjuangan yg penuh liku kesesatan Hadi Awang pernah berfatwa 'Menentang UMNO adalah Jihat dan sembelihan orang UMNO adalah haram.Akibatnya puak PAS memberontak dlm Tragedi Memali ramai yg terkorban termasuklah Ibrahim Libyah.Pada Ee ini samalah dgn Pemimpin PAS mencari kayu api untuk membakar penyokong mereka sendiri yg berjaya dikelirukan dan dpesongkan pemikiran dari keimanan apabila mati dgn kesesatan yg tdk nyata.

Jika nak dihurai terlalu banyak 'Kemunafikan PAS' yg dibuat semata gila utk berkuasa.Renung2kanlah..

Saturday, December 3, 2011

Ingatlah Pemimpin2 PAS tidak akan dapat Menyelamatkan kita semua di kala Nungkar Nangkir menyoal kita di Alam Barzak kelak..



Apa yang Ee boleh katakan terlalu banyak "Pembohongan Yang dilakukan dik PAS" kepada rakyat negara ini sejak dari sebelum merdeka sehingga kini.Mereka mengaku menegakan kepentingan Islam dalam negara ini namun dalam masa yang sama menjadi Munafik terhadapa apa yang mereka katakan.Dalam memperdagangkan Islam dengan menghalalkan cara "Wal Halal Gua Punya..Wal Haram Lu Punya..Gua buat semua betul lu buat tatak betul.. apa yang dikatakan hanya akal yang dapat menilai yang mana satu "Intan dan mana satu kaca".Apa yang Ee boleh katakan beginilah sifat jalang hakiki PAS memperbodohkan bukan seorang dua malah ribuan khawarij yang kini menjadi penjilat tegar kepada DAP.
Ee telah membuat penyelidikan dan berbincang dengan ramai kawan mahupun lawan rumusanya PAS suka membohongi rakyat dengan mempergunakan agama untuk kepentingan dan sandiwara politik. Kini Allah s.w.t. menunjukkan tembelang pemimpin PAS yang munafik dengan sikap berdolak dalih dalam kenyataannya.

Penyelidikan pertama Ee dan rakan-rakan mendapati bahawa para pemimpin PAS terutama Nik Ajis berdusta Konon Nak Tegak Negara Islam. PAS mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah. (Perkara ini ditekan dalam Manifesto PAS 1990 dan siri ceramahnya menjelang Pilihanraya sekarang).Ee ingin tekankan bahawa konsep negara Islam tidak pun disebut dalam Perlembagaan PAS pada 1990 lagi. Dalam Manifesto pakatan Barisan Alternatif (BA) dahulu pun yang mana PAS menjadi teraju, syarat negara Islam digugurkan sendiri oleh PAS atas desakan dan untuk jaga hati DAP yang anti-Islam.Budak Tadika PASTI pemimpin PAS boleh tipu.. tapi rakyat la ni semakin cerdik.

Pada Ee kesanggupan pemimpin PAS dan penyokong2nya yang sebulat suara menyokong Nik Ajis terima Perdana Menteri Bukan Islam.Nik Aziz berkata orang bukan Islam juga boleh menjadi Perdana Menteri. (9 Oktober 1999).Pada Ee ini sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO dan pegangan Barisan Nasional biarpun MCA dan MIC bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada orang Melayu. Ini bukti yang PAS tidak mempunyai semangat perjuangan Islam sebenar dan membuat kenyataan hanya untuk kepentingan politiknya yang sempit. Malah kenyataan ini boleh membahayakan negara dan kepentingan orang Melayu.

Ee masih ingat bagaimana pada satu ketika dulu PAS berkata akan Lelong Putrajaya.Allahyarham Dato' Fadzil Noor berkata, PAS akan melelong Putrajaya kepada raja-raja terkaya di seluruh dunia jika PAS menang dalam pilihanraya.Mengapa begitu akal pemikiran yang Allah berikan tidak pernah digunakan untuk kebaikan kepada negara tetapi sebaliknya.Mengapa bernafsu besar sangat nak menjadi pengkianat kepada Bangsa dengan hasrat nak mengadaikan negara jika di takdirkan memerintah kepada orang asing.. 

Rakyat negara masih ingat bagaimana Pemimpin PAS tuduh UMNO Kafir bekerjasama Dengan MCA Dan MIC.Bila UMNO kerjasama dengan bukan Islam dikatakan Haram. Bagaimanapun bila PAS sendiri bekerjasama dengan DAP yang nyata parti rasis yang begitu membenci Islam, KeADILan (Hakikatnya begitu ramai penganut Hindu yang menjadi ahlinya) dan PSRM, ulama' PAS dan Nik Ajis ubah hukum pula yang kerjasamanya dengan bukan Islam itu adalah Hala. Jelas hukum dan fatwa PAS adalah Double-Standard .. kalau PAS buat semuanya HALAL tapi orang lain semuanya HARAM.

Dan apa yang Ee dan kawan2 selidiki mendapati bahawa PAS sanggup Kerjasama Dengan DAP Biarpun Korbankan Islam.Nik Aziz berkata: "Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan kita tidak mendirikan negara Islam. (Kenyataan pada 12 Mei 1999). DAP yang kafir dan terang-terang tentang Islam dan tidak mahu lihat penubuhan negara Islam sebenarnya musuh Islam. Bagi PAS musuh Islam adalah kawannya dan tak perlu tubuh negara Islam pun tak apa asal dapat berbaik dengan DAP untuk memerintah negara. Inilah semangat perjuangan Pas untuk Islam.Untuk itu Ee sarankan agar penyokong2 PAS berfikir secara logik dan perbanyakan berfikir jika tidak dapat jawapan hantukan saja kepala tu kat dinding kuat2 biar keluar darah kotor yang dah nak berulat dalam otak jangan dok asyik main angguk2 je.

Dan pada Ee apa yang lebih mengharukan lagi mengangkat Pemimpin yang bercirikan kaum Nabi Lut sebagai ketua dan yang lebih parah apabila Nik Ajis sanggup membuat Fatwa untuk pemimpin tersebut dengan berkata "Tidak Masuk Surga sesiapa yang menuduh pemimpin tersebut".Inilah kekarutan yang begitu nyata dalam parti PAS apabila Nik Ajis boleh mewakili Tuhannya dalam menentukan surga dan neraka seseorang itu.Begitu juga PAS dengan angkuh mengangkat S.Ambiga Peguam Murtad sebagai ketua,mengetuai bala tentera PAS yang berserban,berkopiah dan berjubah termasuk Pemimpin Lembu lagaan PAS Mat Sabu dalam Bersih 2.0. dan yang terbaru "Sexsualiti Merdeka.Mat Sabu pula sanggup menjadi penipu besar dengan menuduh polis melanggar mereka dan yang lebih tidak bermoralnya apabila memutar belitkan fakta sejarah dengan mengistiraf Komunis sebagai Wira Negara...apa nak jadi ni???..
Amat memalukan!..Tidak Bermaruah!..

Dalam menghalakan cara PAS sanggup bersetongkol menjadi Munafik apabila bersubahat dengan suami calun kalah Normala yang menipu MC ketika sama2 berkempen untuk isterinya sepanjang satu PRK tidak berapa lama dulu.kerja itu tanggungjawab menipu dalam kerja apa hukumnya?.. kerja pulak sebagai guru.. mulia betul pekerjaan. dah diberi tanggjungjawab untuk berkhidmat kepada tanah air, diamanahkan mendidik anak bangsa.. dikhianati tanggungjawab, dikhianati amanah yang diberikan. gaji kau nak pulak. itu belum masuk soal haram-halal gaji yang diberi sebagai ganti menjalankan amanah pekerjaannya.Inilah kalau kuasa dan keduniaan telah meresap dalam akal fikiran pemimpin2 PAS benda yang jelas salah pun dikatakan betul dan halal..Memalukan Agama Islam danmaruah Bangsa Melayu..Munafik!..Munafik!..Munafik!..Islam itu mudah..Ingatlah asalkan jangan kita menyengutukan Allah dan sentiasa berpegang kepada lunas-lunas Islam dengan meninggalkan segala laranganNya dan melakukan apa yang wajib kita lakukan sebagai hambaNya itu sudah memadai.Dan ingatlah bahawa Iman itu "Ikrar di lidah bertasdik dihati dan dilakukan dengan perbuatan"..Bukannya iman itu diukur dengan menyokong Parti PAS dengan mendewa-dewakan pemimpin yang kononnya ulama'.Dan ingatlah Pemimpin2 PAS tidak akan dapat menyelamatkan kita semua di kala Nungkar Nangkir menyoal kita dialam Barzak kelak begitu juga mereka tidak dapat menentukan berat tidaknya timbangan kita sewaktu tiba hari pembalasan kelak.Ingatlah hanya dengan Rahmat Allah saja yang menentukan masuk surganya seseorang itu.Ee harap rakyat dapat berfikir secara waras dan jangan terlalu mengikutkan bisikan dajjal-dajjal pembangkang bertopengkan Islam...Serban besar bakul,berjubah labuh,bertasbeh,berdahi hitam dan berjanggut sejemput yang di Hati mereka mempunyai Penyakit yang bersifat Nafsu Amarah yang sentiasa tertanam sifat dengki,kianat,irihati,pemarah yang akan bertindak tanpa mengikut akal yang waras.Renungkanlah!..Marilah kita sama-sama"TOLAK PAS, SELAMATKAN ISLAM"