Thursday, April 21, 2011

Banyak Persamaan antara Puak Khawarij dan PAS dalam Menghancurkan Negara Islam seperti Malaysia...

Apakah PAS menyamai sikap Puak Khawarij dalam usaha mereka untuk menghancurkan negara dengan bertopengkan Islam.Mereka PAS sanggup melakukan apa saja asalkan cita-cita mereka tercapai.Pemimpin-pemimpin PAS juga sanggup membelitkan apa jua termaksud Al Quran dan Hadis semata kemaruk untuk berkuasa.Puak Khawarij juga seringkali menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, PAS mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.Mereka HamPAS sering menghasut Rakyat dengan pelbagai cara.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon PAS menang, maka PAS menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong PAS. Tetapi jika calonnya kalah, PAS tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya.Dan menyalahkan SPR ,mereka juga sering mendakwa adanya pengundi hantu.Di sini siapa yang sebenarnya jadi hantu.

Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Tenang,Merlimau,Kerdau dan yang terbaru di PRN Sarawak. PAS langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut.

Kerap kali juga PAS memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon PAS kalah.

Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu.

Persamaan PAS dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika PAS menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS.

Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang PAS menyertai BN.

Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, PAS sangat kuat menentang dan Nik Ajis mengepalai kumpulan penentang dalam PAS terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan.

Kes PAS menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin PAS hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang PAS.

Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang PAS gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan PAS yang cakap tak serupa bikin.Kemunafikan PAS juga dapat dilihat dalam isu Anwar Ibrahim.Mereka bukan saja membelitkan fakta malahan Nik Ajis pula mengeluarkan kenyataan yang begitu mengelirukan.

Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!.Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka.Pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka tercapai.Fikirkanlah...

Friday, April 15, 2011

Kalam Allah dan Hadis Nabi melarang dari menentang Pemerintah kenapa harus Ingkar jika kita orang2 yang Beriman.. by Ee Si Kucing on Saturday, April 16, 2011 at 12:45am "Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu". An Nisa' ayat 59. ____________________________________________________________________________________________________ Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah.Dalam soal mentaati pemerintah ini Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :-- "Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu" Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita.Bukannya kita mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya. Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad Aimmatu Ahlu hadis,P.50).Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum. Ingatlah sesiapa yang Ingkar akan perintah Allah dan RasulNya adalah terdiri mereka yang didalam kerugian.Sesungguh nya segala perintah Allah dan RasulNya di dalam Al Quran dan Hadis adalah benar janganlah kita mempertikaikannya atau kita memutar belitkannya semata kerana dunia atau pun semata kerana untuk mendapatkan kuasa.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Fahamilah dan hayatilah segala ajaran yang terkandung didalam Al Quran dan Hadis serta perbanyakkanlah membacanya agar ia dapat menjadi pedoman dunia dan akhirat.Ada otak fikir...ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...


"Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu".
An Nisa' ayat 59.
____________________________________________________________________________________________________
Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah.Dalam soal mentaati pemerintah ini Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"

Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita.Bukannya kita mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya.

Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad  Aimmatu Ahlu hadis,P.50).Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum.

Ingatlah sesiapa yang Ingkar akan perintah Allah dan RasulNya adalah terdiri mereka yang didalam kerugian.Sesungguh nya segala perintah Allah dan RasulNya di dalam Al Quran dan Hadis adalah benar janganlah kita mempertikaikannya atau kita memutar belitkannya semata kerana dunia atau pun semata kerana untuk mendapatkan kuasa.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Fahamilah dan hayatilah segala ajaran yang terkandung didalam Al Quran dan Hadis serta perbanyakkanlah membacanya agar ia dapat menjadi pedoman dunia dan akhirat.Ada otak fikir...ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Thursday, April 14, 2011

Al Quranul Karim menjadi petunjuk kepada mereka yang menjual diri,agama,bangsa dan negara...Petunjuk kepada mereka yang takwa..

                                 بسم الله الرحمن الرحيم

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur."

Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.

FirmanNya dalam Al Baqarah ayat 90 yang bererti :--

Alangkah jahatnya (tindakan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) yang diturun Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda.Dan untuk orang-orang yang kafir siksaan yang menghinakan (amat berat).

Apabila disebut kafir saja kita mula memandang orang-orang Cina,India dan sebagaianya.. Kafir / kafirun bermaksud ingkar.sebenarnya kita yang ingkar dengan segala firmanNya.Kita ingkar dengan kurniaNya keatas negara ini yang telah diberi begitu banyak keistimewaan berbanding negara-negara lain di dunia ini.

Kita Ingkar dengan menentang kurnia Allah menjadikan negara ini begitu aman, damai,makmur,maju jaya dan rakyatnya hidup dalam keadaan bersatu dan rukun.
Kita ingkar dengan menentang kurnia Allah dengan membuat pelbagai kemusnahan yang telah ada dengan menghasut,memfitnah,propaganda dan pelbagai perkara semata untuk mendapat nama atau kuasa.

Janganlah kita menjadi hambaNya yang menderhaka dengan mengingkari segala kurniaNya keatas negara ini dengan membuat pelbagai olah semata untuk mendapat kuasa.Ingatlah wahai hamba-hamba Allah segala apa yang ada pada kita termasuk dunia ini hanya sementara saja,akhiratlah tempat yang kekal abadi oleh itu janganlah kita berasa dengki dengan kurnia Allah.Janganlah kita menjual diri, maruah agama,maruah bangsa dan maruah negara semata dengki dengan kurnia Allah kepada sesiapa dikalangan hambaNya.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri, keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

 

Wednesday, April 13, 2011

Dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukan dengan nafsu bisikan syaitan... by Ee Si Kucing on Wednesday, April 13, 2011 at 9:26pm



Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Dalam soal pemberian kurnia ini kita sebagai manusia tidak boleh iri dengan kurnia yang Allah beri kepada sesiapa yang dikehendaki.Dan ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur segala yang dilangit mahupun di bumi .Mungkin kita merasa bahawa apa yang dikurniakan oleh Allah itu kepada seseorang yang dikurniakan itu berlebihan namun Allah Maha Mengetahui apa yang harus dilakukanNya.Kita sebagai manusia buatlah kerja kita sebagai manusia dan janganlah kita mencampuri urusan Allah yang mentadbir semesta alam.Fahamilah hakikat kita sebagai manusia tidak ada sebesar kuku pun keupayaan kita dengan sifat Allah Yang Maha Esa.

Surga dan Neraka itu milik Allah. Dialah yang berhak menentukan sesiapa saja sebagai penghuniNya.Kita sebagai manusia hanya mampu beribadat dan berdoa agar di kurniakan Surga dan di jauhi dari neraka.Jauh sekali kita sebagai manusia untuk menentukan surga atau neraka kepada sesiapa saja.Apa yang perlu kita lakukan hanya beribadat dan menjauhi segala laranganNya agar kita memperolehi rahmatnya.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur dan menentukan hak hamba-hambaNya.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

Dalam soal dosa mahupun pahala itu semua adalah kerja Allah.Kita sebagai manusia tidak berhak menentukan dosa atau pahala seseorang.Apa yang perlu kita hanya berdakwah dan memperbetulkan jika ada berlaku perkara-perkara yang mungkar.Begitu juga kita tidak boleh menghukum seseorang itu kafir atau sebagaimana pun sedangkan orang itu masih lagi taat pada Allah dan menjalankan perintahNya.Ingatlah kita ini hanya manusia yang tidak ada sedikit pun hak untuk menentukan pahala,dosa,surga dan neraka kepada sesiapa saja.Itu semuanya kerja Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 Dalam soal menjatuhkan hukum bahawa seseorang itu layak atau tidaknya mendapat surga mahu pun neraka junjungan kita Nabi Muhammad saw pun tidak pernah menghukum seseorang itu,apa lagi kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan.Begitu juga Rasulullah saw melarang kita semua dari mengatakan seseorang itu kafir pada hal mereka itu masih beriman kepada Allah.Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam kerana itu adalah sumpahnya untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam.Ingatlah dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukannya dengan nafsu  bisikan syaitan yang menyesatkan melalui mereka yang telah disesatkannya.

FirmanNya dalam surah Al 'Araaf ayat 27 yang bererti :--
"Hai anak Adam! janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah (berhasil) mengeluarkan ibu-bapakmu dari surga.Dibukanya pakaian keduanya agar ian dapat memperlihatkan aurat mereka.Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu,sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka.Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu menjadi pemimpin orang yang tidak beriman.

Ingatlah Allah sentiasa memperingati manusia agar jangan masuk perangkap tipu daya syaitan.Orang yang tidak beriman mudah sekali ditipu syaitan sehingga ia dikendalikan kejalan yang sesat dan bahaya.Keimanan adalah sangat penting sebagai benteng atau pelindung dari di tembusi oleh syaitan.Ingatlah syaitan itu boleh menyerupai pelbagai rupa dalam membuat rayuan agar seseorang itu akur atau mengikuti mereka kejalan yang sesat.Ingatlah di dunia akhir zaman ini terlalu ramai manusia yang bertopengkan syaitan semata kerana ingin hajat mereka berjaya.Mereka ini bukan saja sanggup mempergunakan agama malahan menjual agama semata untuk mendapat apa yang mereka hajati.Ingatlah fikirlah dengan baik sebelum menerima apa saja pelajaran dari guru-guru agama mahu pun mereka yang bergelar ulamak.
Fahamilah halusilah segala pelajaran yang mereka ajarkan,jangan nanti kita hendak mendekati Allah namun yang dapat hanya kemurkaan Allah.

Monday, April 11, 2011

Perpecahan Islam akibat Politik sempit sejak dari 37 Hijrah lagi...

Malaysia sebuah negara Islam yang mengamalkan Islam secara sederhana dengan membenarkan rakyat yang lain dari Islam bebas beragama di sebabkan rakyatnya yang berbilang kaum.Pendekatan yang dibuat oleh kerajaan ini bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara terjamin.Oleh itu sesiapa saja bebas dan terjamin untuk beribadat dengan tenang tanpa merasa takut atau terancam.

Namun pendekatan yang telah dibuat oleh kerajaan ini sering disalah ertikan oleh mereka-mereka yang kecewa dengan mengadu domba dan perkauman. Ini sebenarnya tidak baik untuk rakyat dan negara.Di dalam islam sendiri peranan masjid sering disalah gunakan oleh mereka yang mengunakan Islam sebagai landasan politik.Sepatutnya masjid digunakan untuk tempat beribadat bagi umat Islam dan berperanan sebagai jambatan perhubungan penyatuan ummah bukannya untuk berpolitik atau sebagai tempat memecah belahkan ummat.

Fungsi masjid adalah untuk mencari ketenangan dengan beribadat dan mendapatkan kekusyukhan di samping merapatkan lagi perpaduan Islam bukannya dijadikan pentas politik yang akan menyebabkan perpecahan kerana berlainan fahaman politik.Ingatlah Allah serta Rasulnya amat benci kepada perpecahan sesama umat Islam.Mahu pun Al Quran dan Hadis Nabi tetap melarang keras umatnya dari berpecah belah.

Firman Allah dalam Ali IMran ayat 103 yang bererti :--

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika dulu kamu bermusuhan.Lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga nikmatnya kamu bersaudara. Sedangkan kamu berada dianjung neraka.Lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikanlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayatNya agar kamu mendapat petunjuk.

Perpecahan Islam disebabkan oleh fahaman politik sebenarnya telah berlaku sejak dari 37 hijrah dalam perang Siffin antara kumpulan Saidinah Ali dengan kumpulan Muawiyah.Berlakunya ini bukan berpunca dari soal agama sebaliknya soal politik.Berlakunya rebutan kuasa dan perkauman.seperti menurut Sheikh Ali al Nadwi dan Sheikh Arsalan juga berpendapat bahawa pepecahan ini adalah disebabkan oleh fahaman politik.

Mengikut pendapat mereka yang ariffin dalam soal Islam antara sebabnya berlaku perpecahan adalah disebabkan oleh beberapa faktor penyumbang :--

1.Wujudnya ulamak yang menyeleweng akidahnya.Dengan mengajar dan memberi fatwa-fatwa yang memesongkan. Setiap yang berlaku perpecahan dalam Islam pasti akan ada ulamak yang menjadi pemimpinnya dalam membentuk hala tuju kumpulantersebut dengan memberi segala fatwa agar mereka saling bercakaran sesama sendiri.Inilah yang paling di takuti dalam Islam iaitu peranan ulamak yang telah disesatkan oleh Iblis laknatullah.

2.Kejahilan yang semakin berleluasa dimana umat Islam tidak faham akan mengikut saja apa yang diajar tanpa memahami kerana kecetekan ilmu mereka.Mereka ini akan mengikut dengan tanpa memikirkan akan kebaikan atau keburukan yang akan berlaku kelak.Mereka ini mudah menjadi pengikut yang taksub menurut dengan membabi buta sahaja.

3.Mereka tidak faham akan maksud sebenar isi kandung Al Quran dan Hadis secara tepat.Mereka akan mengunakannya untuk meraih sokongan dan sebagainya.Jika mereka faham pun mereka akan memutar belitkannya demi keuntungan mereka.Ini adalah sangat bahaya kepa umat Islam dan agama Islam itu sendiri.

4.Di sebabkan oleh tuntutan Hawa nafsu dan tuntutan fahaman politik.Mereka ini biasanya termakan oleh nafsu besar untuk berkuasa dan juga untuk memenuhi impian politik mereka.Dalam soal ini mereka sanggup memperkudakan Islam asalkan apa yang mereka inginkan tercapai.

5.Tertanamnya sifat Hasad dengki yang semakin menebal.Mereka ini adalah golongan yang sangat membenci jika ada yang lebih dari mereka.mereka ini tidak boleh hidup senang selagi tidak dapat apa yang mereka citakan.Sebenarnya mereka ini dengki dengan kurnia Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih antara hambaNya.

6.Mereka yang suka kepada benda-benda yang bidaah dan khurarat.

7.akal yang melebihi nas-nas dan syarak.Kebanyakan mereka suka mengunakan akal fikiran yang telah terhasut oleh Iblis dalam banyak perkara terutama dalam mengeluarka apa yang dikatakan fatwa dan sebagainya tanpa mengikuti nas-nas mahupun syarak.

8.Menyebarkan dakyah-dakyah palsu,fitnah dan sebagainya semata untuk mendapatkan apa yang dihajatkan.. ini sangat merbahaya bukan saja pada diri malahan agama dan bangsa.

9.Pengaruh luar juga memainkan peranan dalam perpecahan umat ini.Mereka datang dalam pelbagai cara semata hendak melihat umat kita berpecah belah.

10.Isue Perkauman juga boleh membawa perpecahan dalam umat Islam.

Fikirkanlah tidak ada gunanya kita bercerai berai kerana fahaman politik yang begitu sempit.Apa yang perlu marilah kita bersatu demi agama,bangsa dan negara.Marilah kita bersatu dalam apa jua untuk memertabatkan agama Islam di dalam negara mahupun di pentas antarabangsa.Bersatulah dalam 1 Malaysia.Ingatlah jenerasi akan datang yang akan menyambung segala perjuangan yang tidak ada hujungnya.Bersatulah!..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai... 

Apakah sumbangan Parti PAS dalam Menjalankan Dakwah Islam di Negara ini ....



Pada abad ke 15 Islam telah tersebar di Melaka dan seterusnya merebak pula keselurohan Tanah Melayu.Dengan sebabnya Islam begitu mudah tersebar adalah disebabkan oleh cara pendakwah yang berdakwah mengunakan pendekatan yang dapat menarik minat penduduk untuk menganut agama suci ini.Raja-Raja Melayu memainkan peranan yang paling penting sekali dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu di sebabkan Raja telah memeluk agama Islam maka rakyatnya yang taat mengikut apa yang dianuti oleh Rajanya.

Apabila Melaka dijajah oleh Portugis pada 24 Ogos 1511 maka penyebaran Islam di Tanah Melayu mula perlahan di sebabkan
mereka mula menindas penganut-penganut Islam dalam usaha menyebarkan agama Kristian di Rantau Asia dengan menjadikan Melaka sebagai pusatnya.Sehinggalah Tanah Melayu ini dijajah oleh Belanda, British kemudian oleh Jepun dan kembali kepada British semula orang-orang Islam sentiasa ditindas dan Islam tidak dapat bergerak dengan pesat seperti sebelumnya.

Sehinggalah UMNO yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj dengan bantuan dari rakan-rakan dari Parti MCA dan MIC berjaya membawa kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.Barulah agama Islam dapat kembali berkembang dengan baiknya di seluruh Tanah Melayu.Rakyat Islam beruntung kerana Perda Menterinya adalah orang Melayu yang beragama Islam dan secara tidak langsung mempermudahkan perkembangan Islam di negara ini.Dengan kebijaksanaan Tengku dan Perda Menteri lainnya maka Islam semakin maju di Malaysia.Dengan usaha murni para pemimpin2 UMNO Islam telah mendapat pengistirafan dan semakin maju di negara ini.

Pelbagai usaha dilakukan untuk berdakwah dan menaikan Islam di negara ini oleh Tengku dengan menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Negara pada tahun 1960.Kemudian beliau telah menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam atau PERKIM bertujuan untuk menjaga kebajikan mualaf iaitu mereka yang menganuti agama Islam.Pelbagai dakwah dilakukan demi kemajuan Islam telah dilakukan oleh kerajaan yang di ketuai oleh UMNO.Untuk itu Tengku telah mengada kan satu Pertandingan Membaca Al Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 1961.

Usaha untuk memertabatkan Islam diperluaskan lagi dengan Tengku telah menubuhkan OIC atau Pertubuhan  Persidangan Islam pada tahun 1969 dan beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Pertama.Demi untuk memantapkan lagi Islam Tengku telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebuah institusi di bawah OIC.Begitu juga beliau telah dilantik sebagai Presiden Dakwah Islam Serantau Asiah atau RISEAP pada 1982 senggalah 1988.

Jika hendak dinilaikan pengorbanan pemimpin-pemimpin UMNO dalam memertabatkan Islam di Malaysia di pentas dunia sehinggalah Malaysia diistiraf sebagai salah satu negara Islam terbaik dunia kita tidak terbalas jasa mereka.Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam berbangga kerana pemimpin2 kita dapat menaikan Islam di pentas dunia.Walau pun pada hakikatnya kita tidak mengamalkan 100% hukum Islam tetapi pemimpin-pemimpin negara telah dapat mengangkat Islam dengan baiknya di negara mahupun diluar negara.

Apakah akan dapat memajukan Islam dengan hanya berkempen 24 jam tanpa usaha dan pengorbanan yang kuat oleh mereka yang bergelar pemimpin ?.Sebenarnya Islam di Malaysia dapat di majukan sehingga kini tercapainya oleh mereka pemimpin2 Melayu yang berjiwa besar seperti Tengku dan pemimpin2 UMNO lain.Dalam soal ini mereka Pemimpin PAS hanya melihat saja tanpa membantu dalam perkembangan Islam di negara ini.Apakah sumbangan Parti Pas dalam menjalankan dakwah Isalam di negara ini ???.Apa yang mereka tahu hanya berkempen 24 jam dan dengan menyalahkan kerajaan sahaja.Mereka hanya tahu mengatakan itu haram ini halal sahaja tanpa tahu bertapa susah payahnya pemimpin UMNO untuk menaikan martabat Islam di negara ini.Apa yang lebih menyakitkan mereka mengaku sebagai pejuang Islam namun tidak pernah melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh pemimpin2 UMNO.Jika mereka PAS benar-benar iklas dalam memperjuangkan Islam untuk negara ini mereka boleh lakukan dari dulu lagi.Namun Parti PAS lebih berminat untuk berkuasa dan menguasai negara ini sahaja demi memenuhi impian nafsu sarakah mereka.Fikirkanlah...ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama dan bangsa jangan gadai...

Monday, April 4, 2011

PAS harus di Pertanggung Jawabkan terhadap apa yang di fatwakan Hadi Awang dan Nik Aziz...

Pada bulan Ogos 1963 satu persidangan telah diadakan oleh Dewan Ulama PAS bertempat di rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.Dewan Ulama PAS sebulat suara mengatakan bahawa orang-orang Islam berkongsi dengan orang bukan islam memerintah negara adalah kafir atau haram.Dengan terkeluarnya fatwa ini maka pemimpin-pemimpin PAS telah berceramah keseluruh pelusuk negara dan menghasut rakyat Isam dengan fatwa tersebut.


Akibat dari tindakan tersebut rakyat Islam negara telah berpecah belah dan saling bermusuhan antara satu sama lainnya.Ada suami Isteri yang bercerai kerana berlainan fahaman politik,adik beradik tidak bertegur sapa,ibu bapa,jiran tetangga,masyarakat sekampung bermasam muka.Dan yang lebih meyedihkan lagi umat Islam apabila berlakunya solat dengan dua imam.Begitu juga daging sembilihan orang UMNO haram bagi orang-orang PAS,juga berlaku pulau memulau dalam majlis perkhawinan dan sebagainya.Semuanya ini adalah akibat keluarnya fatwa yang mengatakan orang-orang Islam berkongsi memerintah negara dengan orang-orang bukan Islam adalah kafir atau haram oleh Dewan Ulama PAS.

Perkara fatwa ini tidak habis begitu saja..Pada tahun 1981 Hadi awang pula telah mengeluarkan satu fatwa bahawa "Mati Syahid Sesiapa Yang Menentang UMNO".Akibat dari fatwah ini berlaku perpecahan yang semakin memalukan berlaku dinegara ini.Kemuncak akibat dari fatwa yang tidak bertanggung jawab ini apabila pada tahun 1985 Ibrahim Libyah yang mengajar agama di markasnya bertempat di Kampung Memali Baling Kedah telah telah menghasut pengikutnya agar melawan kerajaan berlandaskan fatwah yang telah dikeluarkan oleh Hadi Awang pada 1981.

Ibrahim Libyah telah mengumpulkan pengikutnya untuk menentang pehak polis yang cuba menangkap beliau kerana menghasut rakyat menentang kerajaan.Ibrahim Libyah bersama-sama pengikut taksubnya telah mengumpulkan segala senjata yang terdiri dari pedang samurai,parang,keris dan buloh-buloh runcing untuk menentang pehak polis yang cuba menangkapnya dengan mengatakan sesiapa yang terkorban menentang kerajaan akan mati syahid.Apabila polis yang mengepung dan cuba menangkap Ibrahim Libyah maka berlakulah petempuran yang tidak diingini dan ramai yang terkorban termasuklah ketuanya Ibrahim Libyah.Apabila berlaku perkara begini maka kerajaan yang dipersalahkan..semuanya akan mempersalahka kerajaan.Perkara begini jika tidak dibendung dari awal akan mengakibatkan perkara yang lebih besar dan akan mengakibatkan rusuhan akan berlaku.Inilah kemuncak apabila mengeluarkan fatwa sesuka hati akibatnya bukan saja rakyat malah agama Islam dipandang serong oleh bukan Islam.

Ingatlah gunakanlah akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk kebaikan bersama bukannya untuk memecah belahkan perpaduan sesama kita rakyat negara ini.Ingatlah janganlah kita terikut segala fitnah, propaganda,pembohongan mereka petualang-petualang negara yang begitu cemburu dengan keamanan, kedamaian,kemakmuran dan ekonomi rakyat dan negara yang kita nikmati kini.Marilah kita semua bersatu dalam satu kelompok bagi menyahut seruan kerajaan di bawah 1 Malaysia menuju wawasan 2020 tanpa mengira kaum atau apa pun agamanya.Marilah kita bersatu demi agama,bangsa dan negara.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah.. ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...