Berfikir biar logik,berbicara biar bertempat,berpolitik biar berpada,menulis biar berisi,berdakwah biar betul...pangkat dan harta bukan segalanya...
Tuesday, May 8, 2012
"Your Allah is my Allah"..Ikut PAS Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..
Apa yang Ee nampak apabila Adun DAP yang lelaki memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis memaki hamun bangsa Melayu, Adun yang perempuan pula turut menjajakan "Your Allah is my Allah" dengan membuat banyak lawatan ke surau dan masjid mengalahkan Dewan Muslimat.Maka terkinja2lah Pak2 Lebai PAS bertakbir sehingga ada yang melelehkan air mata kegembiraan mendengar Islam agamanya dan Melayu bangsanya diperhina.Mereka suka kerana yang menghina itu adakah sekutu mereka dan yang dihina itu pula adalah musuh segama dan sebangsanya.
Pada pendapat Ee apa yang DAP nampak bila bekerjasama dengan PAS dan PKR ini akan memberikan mereka peluang untuk capai cita-cita memerintah negara dan menjadi Perdana Menteri lebih cerah..Jika dulu mereka sendirian sekarang dah ada kawan..Pulau Pinang dah dapat berkat bantuan PAS dan PKR yang jadi lembu..mungkin pada PRU 13 kelak dapat berkuasa dengan majoriti tawan Malaysia pula dengan adanya bantuan dari lembu2 PAS dan PKR...Apa yang Ee nampak sebenarnya mereka itu(Pakatan Haram) semua itu belajar dari Barisan Nasional (BN) yang sering mereka caci sebelum bergabung dalam satu pakatan haram.Pada Ee kita semua harus ingat bahawa sebelum ini, PAS pernah mengutuk UMNO kerana bekerjasama dengan MCA tetapi sekarang PAS menerima DAP.Pada Ee UMNO bergabung dalam satu pakatan yang sah dan berdaftar dan UMNO sebagai penerajunya sebaliknya PAS bergabung dalam satu pakatan haram tidak berdaftar dan hanya menjadi budak penghantar surat kepada DAP.Inilah bezanya UMNO dan PAS.Kerajaan pimpinan UMNO dari dulu hingga kini masih berperdana menterikan Melayu dan agama rasminya Islam hakikat yang berbeza PAS baru setahun jagung berpakat dengan DAP dan PKR jika ditakdirkan berkuasa pada PRU 13 kelak negara akan berperdana menterikan kalangan Lim dan agama rasminya Kristian..Ini kerana PAS tidak cukup kuat nak jadi PM kerana kerusi yang ditandinginya tidak cukup...hehehe..ciputlah..
Ee ingin bertanya kepada semua kenapa pemimpin2 dan penyokong pembangkang mahu menggulingkan kerajaan secara kekerasan, tidak dengan demokrasi melalui pilihanraya?.. walaupun tiada dalam tuntutan tetapi matalamatnya ke situ jua. Kalau pilihanraya tidak berjaya menukar kerajaan, itu adalah pilihan rakyat, Kalau sistem pemilihan dituduh tidak adil, bagaimana lima buah negeri boleh jatuh kepada pembangkang? Adakah pilihanraya dikatakan adil apabila kerajaan jatuh kepada pembangkang? Demokrasi yang diamalkan 60 tahun di negara ini nampaknya tidak diiktiraf oleh pembangkang kecuali setelah mereka berjaya. Nampaknya pemikiran pembangkang sudah tidak rasional lagi.Jika tidak berapa lama dulu mereka cuba gulingkan kerajaan melalui perhimpunan Bersh 2.0 namun dapat dipatahkan..kini mereka cuba pula menghasut rakyat dengan ramuan yang sama perhimpunan Bersih 3.0..Kononnya duduk cara aman tapi hakikatnya liar dan ganas cuba mengulingkan kerajaan pilihan rakyat dengan membuatkan negara kacau bilau.Apa yang kita semua nampak kerajaan pimpinan UMNO berkerjasama untuk mendisiplin rakyat agar bersatu padu dan saling hormat menghormati antara kaum dan agama supaya negara jadi aman makmur sebaliknya Pakatan Haram Pembangkang menghasut rakyat untuk memberontak dan mengulingkan kerajaan melalui pelbagai perhimpunan yang dirancang rapi.Alangkah celakanya otak2 pemimpin pembangkang yang mengajar anak2 penyokong mereka yang masih muda supaya tidak berdisiplin sedangkan anak2 mereka sendiri disorokannya pula..Alangkah ruginya negara kerana mempunyai rakyat yang suka ditambat batang lehernya macam lembu diseret kehulu..kehilir oleh dajjal2 pembangkang untuk menentang dan mengulingkan kerajaan pimpinan UMNO dengan membuat kehancuran kepada agama,bangsa dan negara melalui Bersih 3.0 membantah kerajaan berpanas,berhujan dan jika berlaku rusuhan mungkin ada yang tercedera dan berkemungkinan mati..namun dalam pada itu mereka pemimpin2 pembangkang duduk di kerusi empuk berhawa dingin sambil tersenyum membayangkan Putrajaya..
Jangan jadi bodoh! dan diperbodohkan!..
Ee ingatkan kepada semua bahawa PRU 13 tidak berapa lama lagi.Ee ingatkan agar semua parti pembangkang bila tiba masanya berkempenlah bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan untuk memilih kerajaan baru. Waktu itu buatlah dasar apa sekalipun setelah dipilih oleh rakyat.Janganlah jadi pengecut membuat kacau menghasut rakyat agar berdemonstrasi kononya marahkan kerajaan kerana dituduh pilihanraya tidak telus. Kenapa perlu menunggu selepas sekian lama..kenapa tidak dilakukan sebaik selesai PRU 12 yang lalu?..Kenapa kerana dah dapat memerintah beberapa buah negari masa tu adil pula?..Kenapa kini dekat pilhanraya baru hendak adakan demonstrasi ?.. Nampak sangat ini semua telah dirancang untuk agenda lain tetapi menggunakan isu pilihanraya tidak bersih...berfikirlah wahai rakyat terutama bangsaku!..berfikirlah jangan ikutkan segala hasutan dajjal2 pembangkang yang sentiasa dengki dan kerana terlalu kemaruk nak menguasai negara.. sanggup melakukan apa saja hatta membunuh agama dan bangsa sendiri..Bersatulah! marilah kita berikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada semua tanpa mengira bangsa dan agamanya..Bersatulah!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment