Saturday, May 5, 2012

"PAS 4 ALL" rasanya sama tak dengan "ISRAEL 4 ALL'..Ikut PAS Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..








Ee hairan bin ajaib bila ramai orang muda diseret ke mahkamah atas tuduhan khalwat walaupun hanya berpegang tangan atau bercumbu cumbuan di taman bunga, tempat awam atau terbuka dan keluar pula dalam akbar maka ulama'2 PAS dan penyokong2 taksubnya mempersoalkannya dan menyalahkan kerajaan kononnya kurang islamik dan sebagainya. Persoalan sekarang, mengapa isu video seks yang melibatkan orang besar tertentu baru2 ini mendapat perlindungan ulama PAS.Ee ingin bertanya apakah di sisi Allah SWT kelak orang besar yang mendapat perlindungan ulama' PAS ini akan menjadi insan yang istimewa daripada PAS berbanding yang lainnya?.Ee ingin bertanya adakah ulama PAS menghalalkan perbuatan zina demi kepentingan politik dan sebaliknya dengan senang wenang memfitnah Kerajaan?.. Ee ingin bertanya ulama PAS pakai ajaran apa sebenarnya?..

Ee berasa sangsi tujuan sebenar Presiden PAS Hadi Awang mengatakan bahawa bukti video tidak boleh pakai. Namun pada Ee video itu merupakan bukti visual yang membuktikan pelaku itu melakukan persetubuhan dan adengan seks.Dan lagi Ee serta semua ketahui setakat ini, Polis juga mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah asli dan tidak ditokok-tambah.Ee merasa sungguh hairan mengapa Hadi meminta hukum qazaf dikenakan atas kes ini, yang meletakkan beban ke atas orang  yang menuduh membawa empat saksi. Walhal sistem syariah di Malaysia gunapakai hukum takzir bila membawa pertuduhan  khalwat. Hukum takzir benarkan bukti video dan DNA.Pada Ee inilah yang peliknya dengan ulama'2 PAS apabila membela mereka yang terang lagi bersuluh dan terbukti kebenarannya melalui rakaman video namun kerana berkepentingan politik sanggup menghalalkan apa yang telah terang haramnya..

Ee ingin bertanya kepada semua apakah maksud sebenar ungkapan Anwar dalam Wall Street Journal seperti yang didedahkan oleh media baru2 ini ?.."Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel", begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Ee terangkan sekali lagi bahawa semua memahami bahawa kerajaan Malaysia merupakan antara satu2nya Kerajaan didunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.Ee ingin terangkan dengan sejelas-jelasnya di dalam paspot antarabangsa Malaysia yang Ee miliki dan yang ada pada sesiapa yang memilikinya tercatat jelas bahawa rakyat  Malaysia dilarang mengunjungi Israel!.. Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel jelas dan konsisten sejak merdeka lagi!..Namun hakikat ini tidak pernah ada pada akal fikiran seorang Anwar yang jelas ingin mengampu Amerika agar membolehkan dirinya mendapat sokongan bagi mengejar cita2 haramnya hendak menjadi seorang Perdana Menteri.Anwar memang bijak mengalihkan perhatian dari segala apa yang telah dilakukannya dari kes liwatnya sehinggalah kepada kes video sex dengan Cina doll.Satu perkara yang membuatkan Ee hairan bin Ajaibnya pula segala sikap buruk Anwar sentiasa mendapat pembelaan dari ulama'2 PAS terutama Nik Ajis sehingga mengeluarkan fatwa menghalalkan hubungan dengan Israil dengan penuh putar alam macam Anwar yang sentiasa menari ligat atas badan Amoi Cina spt dlm video yang diperjuangkan oleh ulama2 PAS tidak berapa lama dulu.Pelik..Pelik..hakikat nyata seorang ulama' tua PAS..

Sekali lagi Ee terangkan manusia Anwar inilah dengan angkuhnya pada satu waktu dulu menghasut rakyat terutama puak HamPAS tegar menghentam kerajaan pimpinan UMNO dengan fitnah APCO!..memfitnah kononnya menerima penasihat Yahudi melalui APCO Worldwide dan memfitnah pasukan keselamatan PDRM kononnya telah diresapi oleh Yahudi melalui APCO Worlwide.Ee terangkan dengan jelas-sejelasnya bahawa APCO Worldwide bukan milik Yahudi tetapi APCO Worldwide adalah badan perunding yang ditubuh oleh sebuah syarikat guaman Amerika bernama Arnold-Procter Company (membawa kepada singkatan APCO) untuk membantu klien dan anakguam mereka dalam soal perundingan dan konsultansi.Dan Ee terangkan juga sebuah lagi badan bernama APCO, iaitu akronim kepada American Protocol Communication Outfit (APCO), badan yang menyediakan perkhidmatan rundingcara dan pembekalan bahan-bahan hubungan radio dua-hala (walkie talkie contohnya). Inilah antara badan yang memberi khidmat nasihat kepada pihak PDRM dalam hal hubungan radio dua-hala.Inilah kerja Anwar Ibrahim melalui talibarut nya HamPAS menakut-nakutkan rakyat yang beragama Islam dan yang bukan Islam yang kurang faham akan selok belok makna sesuatu singkatan diputar belitkannya dengan lakunan berimejkan janggut sejemput kononnya pembela Islam namun hakikatnya "Kapal Selam'..Namun Ee katakan disini bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan segala hal samada di langit mahupun didalam hati manusia dengan kekuasaanNya Yang Maha Besar segala pembohongan Anwar dan pemuka2 PAS terbuka dengan kehendak yang Maha Esa melalui mulutnya sendiri yang sering berdusta kepada umat Islam Malaysia dan dunia..dan cuba lihat bukti penglibatan PAS dengan Israil terang tak perlu bersuluh "PAS 4 ALL" rasanya sama tak dengan "ISRAEL 4 ALL'..

Apabila Ee katakan bahawa PAS telah jauh tersasar dari pejuangan Islam,maka anjing2 belaan PAS akan menyalak memaki  hamun dan mencarut kerana tidak puas hati kononnya PAS itu adalah agama yang perlu mereka pertahankan. Bila S.Ambiga yang satu waktu dulu menjadi peguam murtad kes Lina Joy mereka berarak membawa sepanduk kehulu hilir,mereka kepung mahkamah dan terjerit,terlolong membantah.Anjing2 PAS menyalahkan kerajaan pimpinan UMNO kononnya tidak Islamik sebab tak sokong hudud dan sebagainya.Mereka hasut rakyat agar membenci kerajaan UMNO,segala fitnah mereka lemparkan kepada UMNO.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana maka dibukanya segala pembohongan PAS terhadap rakyat negara ini tiba2 meletup pula S.Ambiga menjadi penganjur dalam LBGT ingatkan PAS akan mengajak rakyat buat protes tetapi sebaliknya mereka menyokong secara diam dan tutup mulut.Kini sekali lagi S.Ambiga menghasut rakyat mengulingkan kerajaan dalam bersih 2.0 dan bersih 3.0 maka berlumba-lumba pula anjing2 PAS ini menyokongnya.Secara terang tidak berselindung Nik Ajis membuat fatwa "Wajib menyertai bersih 3.0" menipu rakyat dengan membuat fatwa yang mengelirukan.Nik Ajis sanggup mengunakan pengaruhnya yang kononnya ulama' Islam memutar belitkan kenyataan dengan hadis dan surah Al Quran yang diputar belitkan.Maka terjerit terlolong lagi Anjing2 PAS memaki hamun kerajaan pimpinan UMNO.Anjing2 PAS jadi pasukan paling depan mempertahankan S.Ambiga menjadi pengempur kumpulan pemberontak nak gulingkan kerajaan pimpinan UMNO mereka bertindak ganas dan liar dengan membuat kacau merosakan harta benda awam dan mencederakan sesama bangsa seagama ini semua adalah mengikut segala fatwa Nik Ajis.Jika inilah yang dikatakan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W jelas tersasar dari landasan Islam kerana Baginda tidak suka kepada keganasan dan Islam juga tidak mengajar begitu.

Fikir2kanlah..Marilah kita semua bersatu dalam 1 Malaysia dengan memberikan sokongan kepada kerajaan pimpinan UMNO yang telah terbukti begitu banyak jasanya kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agamanya..Bersatulah!..

No comments:

Post a Comment