Monday, January 21, 2013

PAS dan PKR Jual Agamanya kepada DAP kerana kuasa..




Ee ingatkan kepada semua bahawa apa yang ada dalam bible itu langsung tidak ada kaitan dengan keagungan Allah SWT.Mereka para pendita Kristian telah mengubahsuainya dari kitab asal Injil yang megEsa Allah.Ee katakan kita sebagai penganut Islam hendak berpegang teguh bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain...Lakodkafara allazina koluu innallaha huwalmasihubnu maryam.wakolalmasihu yaabanii israailakbudullaha robbii warobbakum.Innahuu mayyushrik billahi fakod harramallahu 'alaihil jannata wamakwaa hunnar.wamaa lizdholimina min ansor...Sesungguhnya kafirlah orang2 yg berkata,"Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam".Sedangkan Al Masih sendiri berkata,"Hai Bani Israil! Sembahlah Allah,Tuhanku dan Tuhanmu.Sesungguhnya siapa yang mempersekutukan Allah,maka sesungguhnya Allah mengharamkan surga baginya.Dan tempat tinggalnya ialah neraka.Dan orang2 aniaya tidak ada penolongnya".

Ee katakan marilah kita menolak sekerasnya penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Melayu yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin2 PAS,PKR dan DAP.Ee katakan Allah itu tiada satu unsur dari yang tiga seperti yang terdapat dalam bible."Allah itu Esa"..Ee ingatkan kepada semua janganlah kita dekati dan menjadi orang yang subahat bila bersama menjadi penyokong kepada PAS dan PKR yg menjadi duri dalam daging kepada agamanya,bangsanya dan negaranya..
Lakodkafa allazina koluu innallaha salisu salaasa.Wamaamin ilaahin illaah ilaahuwwaahid.Waillam yantahuu 'ammaa yakuluna layamassannallaziina kafaruu minhum 'azabun 'alim..Sesungguhnya kafirlah orang2 yang mengatakan,"Bahawasanya Allah salah satu unsur seorang dari yang tiga".Padahal tidak ada Tuhan selain dari Allah Yang Maha Tunggal.Jika mereka tidak menghentikan perkataannya,nescaya azab yg berat akan menimpa orang2 kafir diantara mereka..


Ee terangkan sejelasnya kelakuan buruk pemimpin2 pembangkang terutama PAS bila mereka tersebit akibat dari dosa pembohongan mereka pada rakyat segala kesalahan akan dipikulkan di bahu pemimpin UMNO.Ee masih ingat bila isu Mat Sabu mengangkat komunis menjadi wira dalam Bukit Kepung apabila tersepit dgn kemarahan rakyat,pemimpin PAS akan putar kenyataan menyalahkan UMNO.Ee tidak faham bagaimana rakyat mudah ditipu oleh pemimpin2 PAS sehingga ada yang sanggup menderhaka kepada ibu-bapa dan memusuhi saudara mara sendiri.Allah SWT telah memberi akal fikiran yang sihat kepada hamba2nya agar dpt memikirkan yang mana baik atau tidaknya..
Wa mayyaksibkhotiiatan aw isman summa yarmibihii bariian fakodih tamala buhtaa nawwa ismammubinaa..Siapa yang berbuat kesalahan dosa kecil atau dosa besar,kemudian dilemparkan kesalahan itu kepada orang tidak bersalah,maka sesungguhnya ia telah melakukan kebohongan dan dosa yang nyata...Apa yang Ee nampak pembohongan demi pembohongan kepada rakyat dilakukan oleh pembangkang dengan mengunakan agama sebagai usaha menakut-nakutkan penganut Islam..Surga dan Neraka dijadikan senjata untuk menghasut rakyat..Ee katakan Allah maha Adil lagi Maha Bijaksana segala pekong pembohongan pembangkang terutama PAS diburaikan apabila mereka menyokong kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain..


Mereka lupa cuba menipu Allah tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri..Mereka lupa dengan Keagungan Allah SWT..Innallaha laayaghfiru ayyushroka bihii wayaghfiru maaduna zaalika limayyasyaak.wamayyushrika billahi fakod dholla dhoolan ba iidaa..SesungguhnyaAllah tidak akan mengampunkan dosa syirik(mempersekutukan Allah dengan yang lain).Dan Dia akan mengampuni dosa yang lain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah,sesungguhnya ia telah jauh sekali tersesat..Jadi bila saja ulama PAS Harun Din menjatuhkan hukum 'Kufur' kepada sesiapa yang menyokong kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain bermakna beliau telah menjatuhkan hukum kepada pemimpin tertinggi PAS Hadi Awang dan bermakna Harun Din dan lain ulama PAS tercalit sama kerana bersubahat tidak meninggalkan kepimpinan Hadi Awang atau keluar dari PAS..


Ee katakan kepada mereka..Walaa tujaadil 'anillaziina yakhtaana anfusahum.innallaha laayuhibbu mankaana khowwaanan asiimaa..Janganlah kamu membela orang2 yang khianat terhadap diri mereka sendiri,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat lagi berdosa...Ee ingatkan kepada Harun Din dan para ulama PAS lainnya janganlah kamu bersubahat dengan mereka pengikut syaitan dan menjual diri serta agama semata gilakan dunia dan kekuasaan yang sedikit.Ee katakan kamu juga terlibat sama..Mereka menyembunyikan(kesalahannya) dari manusia,tetapi mereka tidak dapat menyembunyikan dari Allah,(kerana) Dia bersama mereka.Waktu mereka suatu malam memutuskan perbuatan yang tidak disukai Allah.Dan Allah Maha Mengetahui ilmuNya tentang apa saja yang mereka kerjakan..An Nisaa 108..Bertaubatlah!..Jauhilah PAS dan PKR yang menyesatkan...

No comments:

Post a Comment