Wednesday, February 20, 2013

PAS umpama Ketam Menyepit bila ada Tangan2 cuba membetulkan Jalannya..So..kamu fikirlah sendiri..





Ee tidak hairan dengan sifat kafir laknatullah dari sejak turun temurun mendendami agama Islam apabila melihat Islam mengancam ugama mereka. Dari hari ke hari di benua Eropah, banyak yang memeluk agama Islam selepas tidak ada jalan keluar dalam penyelesaian mencari arah hidup dari agama mereka dan mendapat ketenangan selepas memeluk agama Islam.Apa yang Ee nampak pelbagai cara dan taktik digunakan untuk menghina Islam secara terang-terangan atau secara halus tanpa disedari oleh umat Islam.Ee merasa sakit hati sebagai orang Islam yang sayang kepada agmanya melihat agama sendiri agama Islam dihina melalui gambar-gambar yang dikutip dari internet. Walaupunpun agama Islam dan penganutnya dihina, kita masih bersabar dan berdoa kepada Allah swt supaya mereka dilaknati melalui doa kita semua dan hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang kita tidak ketahui. Allah Maha Mengetahaui lagi Maha Bijaksana akan menurunkan kemurkaannya melalui pelbagai cara samada disedari atau tidak saja.

Apa yang mendukacitakan ada di kalangan orang-orang Islam yang sanggup menghina agama sendiri dan bangsa sendiri kerana kurang keimanan dan terpengaruh dengan kawan-kawan Nasrani dan Yahudi yang senantiasa memesong akidah serta menyesatkan melalui media-media elektronik secara terang-terangan dan secara halus tanpa disedari.Dalam permasalahan ini bukan Ee nak menunding jari terhadap sesiapa tapi setelah diteliti secara halus dan dikaji dengan mendalam di negara kita sendiri penghinaan terhadap Islam begitu meluas dan begitu menjijikan.Apa yang dilakukan oleh PAS yang kononnya mendabik dada sebagai pejuang Islam sebenar tidak lebih hanya sebagai topeng untuk kejayaan politik mereka.Terbaru pada 8hbJanuary 2013 Hadi Awangselaku Presiden PAS telah menyokong kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam..tapi kerana desakan dari Ahli Majlis syura PAS dan Harun Din selaku timbalan Mursidul Am buat fatwa "Kuffur" kepada sesiapayang menyokong kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam maka beliau cepat2 U-Turn.
Ee katakan sejak dari mula penubuhannya sebelum merdekah mereka begitu lancang menghina agama Islam samada disedari atau buat2 tidak sedar.Pada Ee PAS sepatutnya memegang segala yang diajar oleh Nabi saw dan meneruskan dakwa tanpa mempunyai sebarang motif politik bersesuaian dengan nama Islam yang tercatat pada partinya.Namun hakikat ini jauh tersasar dan terpesung jauh dari landasan apa yang diperjuangkannya.Dalam Islam 'Perpaduan Ummah' sangat2 dituntut namun sebaliknya PAS begitu konsisten memperjuangkan perpecahan ummah dengan menghasut rakyat sejak dari sebelum merdekah dengan melagakan sesama seagama dan sebangsa dengan 'Fatwa Sakti' mereka "Orang-orang Islam berkongsi dengan orang kafir memerintah negara adalah kafir atau haram"..fatwa ini dikeluar sebaik saja Almarhum Tengku Abdul Rahaman yang mewakili UMNO,MCA dan MIC membentuk perikatan bertindak menuntut kemerdekaan dari kerajaan British dan terpaksa ke London namun kekurangan dana.Fatwa sakti mereka tidak berakhir disitu saja bila merasakan tidak mendapat pengaruh dari masyarakat Melayu Islam selepas merdekah dan mengalami kekalahan teruk setiap kali PRU mereka mengeluarkan fatwa menghasut rakyat yang sama pada Ogos 1963 semasa persidangan Dewan Ulama' PAS di kediaman Menteri Besar di Kelantan dan bersetuju sebulat suara "Orang-orang Islam berkongsi dengan orang kafir memerintah negara adalah kafir atau haram"..fatwa itu ditujukan kepada UMNO yang menjadi pemimpin kepada MCA dan MIC memimpin negara.

Apa yang Ee coretkan dalam setiap artikel yang dikeluarkan adalah berfakta dan telah tercatat dalam sejarah.Namun puak2 "Lalat Hijau" sering menafikannya dan berusaha mengubah sejarah dengan menterbalikkan apa yang telah menjadi sejarah.PAS dalam memperjuangkan Islam secara tidak langsung menghina agama mereka sendiri.Segala fatwa sakti yang mereka keluarkan semata menghancurkan perpaduan ummah dan seterusnya meletakkan agama Islam sering dipandang remeh dan sering dihina oleh masyarakat Islam lainnya terutama dari DAP yang begitu membenci Islam dan masyarakat Islam.Semenjak dari sebelum merdekah PAS yang sering kecewa dan berdendam dengan UMNO bertindak mengkafirkan orang2 yang menyokong UMNO maka berlakulah perpecahan yang amat besar dalam masyarakat Melayu Islam.Namun apabila segala perancangan yang dirancang tidak menjadi dan melihat kejayaan UMNO mentadbir negara bersama MCA dan MIC terus mendapat sokongan rakyat,PAS mengambil pendekatan meniru UMNO bila mereka mula bergabung dengan DAP,Gerakan(sebelum masuk BN) dan PPP pada PRU 1969.Mereka mengambil pendekatan dengan melaga-lagakan antara kaum dan agama.PAS berkempen dikawasan Melayu Islam sementara DAP dikawasan masyarakat Cina.Perancangan mereka membuahkan hasil yang agak lumayan bila keputusan PRU dikeluarkan DAP telah mendapat 13 kerusi,Gerakan mendapat 8 kerusi,PAS mendapat 12 kerusi dan PPP mendapat 4 kerusi sementara Perikatan 66 kerusi. Apabila DAP dan Gerakan yang mewakili masyarakat cina merasa mereka telah kuat maka keangkuhan menebal dihati mereka.Melayu Islam dicaci dihina disana sini.Akibat dari itu maka berlakulah Tragedi hitam bila berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.Namun ketangkasan dan kebijaksanaan kerajaan pimpinan UMNO telah berjaya menangani rusuhan kaum dari terus berleluasa.Mereka PAS tidak nampak apa yang mereka lakukan dan akbat dari segala tingkah yang tidak difikirkan secara matang.PAS sering ambil mudah menangani sesuatu perkara.Mereka menghalalkan cara asalkan mereka akan mendapat keuntungan dari apa yang mereka lakukan.Pada Ee PAS begitu lancang mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam namun dalam itu mereka jugalah yang telah menghina agama Islam dan penganut Islam tanpa mereka sedari atau buat2 tidak sedar semata kerana kuasa dan duniawi.

Dalam bab menghina agama dalam sedar atau tidak disedari oleh PAS mereka semakin jauh menyimpang dari lunas2 Islam yang dibawa oleh Nabi saw.Dalam Islam kita semua diajar agar mematuhi,mentaati pemimpin namun pemimpin PAS pula jauh menyimpang.Begitu juga Islam tidak mengajar penganutnya dari bercakap dusta.. Islam mengajar penganutnya agar menepati segala janji namun dalam PAS mereka sering mendustai apa yang mereka sendiri ucapkan.Dalam Islam mengajar agar penganutnya bersopan,jangan mengumpat dan bercakap benar dilarang sama sekali membuat fitnah demi keharmonian Islam dan penganut Islam itu sendiri.. namun dalam PAS mereka menghalalkan memaki hamun,mencarut dan membuat fitnah sesama seagama asalkan mereka mendapat keuntungan.Apa yang Ee nampak pemimpin PAS suka bercakap tentang Islam namun mereka sendiri tidak pernah mengikuti apa yang disarankan oleh Islam.PAS seperti ketam yang mengajar anak-anaknya berjalan lurus tapi sebagai pemimpin mereka sendiri menyenget dari landasan kebenaran Islam itu sendiri.Ketam yang berjalan menyenget bila ada tangan-tangan yang cuba membetulkan jalannya maka akan disepit jari yang cuba membetulkannya.Hakikat inilah yang Ee nampak dalam parti PAS yang telah mereka amalkan sejak dari turun temurun,mana2 individu yang menjadi ahli PAS dilarang sama sekali mempertikaikan apa yang pemimpin atasan mereka katakan akibatnya amat parah akan diterajang jauh dari PAS.Pada Ee jika ketam kayu jika digunakan dengan betul ianya akan menjadikan kayu atau papan yang bengkuk atau tidak lurus kembali cantik namun hakikatnya bila jatuh ketam kayu ini ketangan PAS pastinya kayu yang tidak lurus itu semakin bengkuk akibat terlebih mengketamnya.Begitulah yang Ee nampak apabila ramai pemimpin2 PAS yang cuba membetulkan perjalanan PAS akan ditendang terajang dan dihina dan ramai pemimpin2 PAS yang sedar dan telah keluar dari kesesatan bersama parti yang mereka sanjung selama ini.

Dalam kedukaan kita semua menghadapi penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Dunia Barat terhadap agama Islam dan yang terbaru melalui filem Innocent of Muslims  sebenarnya kita semua rakyat Malaysia yang beragama Islam telah lama terluka dan dilukakan samada sengaja atau tidaknya oleh mereka yang dikatakan pejuang Islam hakikat sebenarnya mereka sendiri yang menjatuhkan maruah Islam itu sendiri.Kemunafikan pemimpin PAS dalam memperjuangkan Islam dan hudud semakin jelas tidak perlu bantuan dari lampu suluh dari mana2 pehak luar..amat terang kerana mereka sendiri yang menyuluh apa yang mereka bohongi selama ini.Kemunafikan mereka dalam memperjuangkan Islam terbukti dalam muktamar PAS tidak lama dulu bila Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan nada angkuh menolak segala perjuangan menegakkan negara Islam dan hudud dan meneruskan perjuangan Negara Berkebajikan yang ditiru bulat2 dari UMNO.Segala yang diperkatakan oleh Hadi awang apabila menyedari hakikat memperjuangkan negara Islam dan tidak mendapat restu dari isteri2 haram yang dinikahi cara batin ( DAP dan PKR).Namun apabila perjuangan telah dibuang jauh kini mereka cuba pula memperjuangkannya kembali bila setiap kali menjelang PRU.Bila pula Karpal menolak hudud yang telah mereka sepak terajang barulah mereka nak perjuangkan kembali setelah disedarkan dari mimpi indah diulit isteri muda DAP dan PKR.Dari apa yang Ee nampak dan sedari setelah dikaji selidik sehalusnya layak untuk pemimpin2 PAS diangkat setaraf duduk dalam kelompok Abdullah bin Ubai tokoh munafik di zaman Rasulullah saw.Jika Ee nak dicatatkan segala kemunafikan yang telah bersarang dalam dada pemimpin2 PAS dan telah menjadi sejarah kepada negara terlalu banyak mungkin tidak larat tangan nak menulisnya, sekiranya selaut tinta rasanya akan kering akibat terlalu banyaknya pembohongan PAS kepada umat Islam negara ini. 

Mungkin filem Innocent of Muslims dibuat untuk memburukan Islam dan menghina Islam namun bagi mereka yang kuat pegangan Islamnya tidak akan terpengaruh..Jiwa dan hati umat Islam begitu kuat sejak dari zaman Nabi saw segala penghinaan dapat ditangkis dengan ketaatan terhadap Islam setelah apa yang diikrarkan ditasdikkan dihati dan dilakukkan dengan perbuatan namun berlainan bila segala yang telah dipegang dan dipertahankan sejak sekian lama dihakis sedikit demi sedikit oleh mereka yang bertopengkan Islam seperti PAS.Apa yang Ee nampak Pemimpin2 PAS yang berjubah,berserban,bertasbih, berdahi hitam dan janggut sejemput bila bersembahyang penuh penipuan.. bila mengaji penuh kemunafikan dan apabila berzikir penuh kemungkaran menjadi ikutan kepada mereka yang kurang memahami Islam dan cuba mendekati Islam.Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipinta dalam Islam penuh dengan dendam dan kebencian lalu ditanam sedalamnya dihati rakyat.Mereka ikut membantah filem yang menghina Islam namun dalam mereka tidak sedari telah menghina sendiri akan agama yang mereka anuti.Mereka sendiri bertakbir bila saja kalangan DAP membaca keratan Al Quran dan Hadis menghina bangsa seagama..mereka bertakbir bila saja kalangan DAP bercakap tentang Islam yang tidak pernah diketahui dan difahami selama ini..namun mereka mencaci ,menghina,memaki hamut penuh kebencian dan melemparkan jauh-jauh bila mana Hassan Ali memperjuangkan soal aqidah umat Islam dalam isu murtad..begitu juga bila Nasharuddin Mad Isa yang berjuang mempertahankan Islam dari dihina oleh DAP(Karpal) bukannya takbir yang disambut sebaliknya maki hamun umpat keji namun nasib Nasharuddin tidak seburuk nasib Hassan Ali.Nasharuddin Mad Isa walau pun telah disingkirkan sebagai ulama tetapi masih ahli PAS walaupun mengalami nasib yang sama dengan Hassan Ali kena sepak terajang keluar dari kawasan gol PAS oleh pemimpin2 PAS yang terlebih Islam bila bersama semeja dengan pemimpin DAP dan PKR(Anwar Ibrahim @ Anwar Al Juburi).Islam yang diperjuangkan oleh PAS penuh kemunafikan semata mengejar duniawi.Hebat sangatkah atau apakah Anwar Ibrahim terlebih Islam atau apakah Anwar Ibrahim setaraf dengan wali2 seperti mereka pemimpin2 PAS maka segala kata2nya umpama fatwa yang tidak boleh disanggah?.. Ingatlah menganut PAS kamu akan sesat selamanya..Menganut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete