Friday, February 10, 2012

Pak Pandir-Pak Pandir Moden dalam Parti PAS..Lambang Hijau Bulan sudah Terjunam!..



Pada pendapat Ee bukan Nik Abdul Ajis Nik Mat sahaja Mursyidul Am tetapi ada dua lagi mursyidul am mereka adalah Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.Pada Ee tidak perlu nak ulang cerita bagaimana Anwar memberi pelbagai alasan bila berdepan tuduhan termasuk mengaitkan ulama dan pemimpin dunia Islam yang tersohor.Begitu juga dengan Nik Ajis yang keluar macam-macam fatwa bagi mempertahankan dirinya dan PAS. Namun yang lebih menarik apabila gelaran itu juga patut diberikan kepada pemimpin DAP Karpal kerana beliau pernah menyuruh Anwar bertaubat bukan itu luar biasa bagi seorang yang bukan Islam berkata begitu.Ee ingat lagi bagaimana selepas kerajaan Perak ditadbir PAS, PKR dan DAP tumbang di Perak, Karpal menyelar dan mengecam Anwar kerana retorik politik 16 September hingga menyebabkan wakil rakyat PKR dan DAP lompat parti di negeri itu."Beliau telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat," itu antara luahan kecewa ahli parlimen Bukit Gelugor tersebut pada 8 Januari 2009.

Pendapat Ee bukan berakhir disitu saja bila mengatakan bahawa Karpal berhak mendapat gelaran mursidul am PAS
apabila Karpal meminta Tun Dr Malathir Mohamad bertaubat ekoran tulisan mantan Perdana Menteri itu yang menyatakan Pengerusi DAP itu patut gembira kerana pimpinan baru PAS lebih rapat dengan DAP, gelaran diberikan pemimpin PAS tersebut mungkin ada benarnya.Karpal menggesa Dr Mahathir berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.Apabila Dr Mahathir menulis bahawa Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.Apapun pada Ee, Karpal menunjukkan kehebatan beliau dan kemantangan politiknya dengan sanggup meminta Anwar dan Dr Mahathir bertaubat.Hehehe mungkin lepas ini kita hendak dengar pula bilalah agaknya Karpal akan meminta agar Nik Ajis pula bertaubat kerana pembohongan dalam memberikan fatwa dan suka bercakap berputar belit macam Lidah bercabang Biawak.

Ee mengajak semua agar merenungkan bait-bait nyanyian M.Nasir.." Jangan lihat dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung, kata M.Nasir. Dan burung melihat dari atas bumi. Ada juga burung mampu terbang sampai ke angkasaraya. Kata mereka itulah burung cenderawasih. Burung azimat. Manakala burung ababil juga adalah haiwan ajaib yang datang menolong tentera Islam menumpaskan tentera Abrahah bergajah.Lambang PAS kini telah menjadi Wau. Wau Bulan. Diterbangkan megah ke langit biru. Bila angin kuat menderu, maka bergemalah bunyi dengungnya.Salah seorang pemainnya adalah Datuk Hasan Ali tatkala wau bulannya semakin gah di udara angkasa sana, tiba-tiba... terputus talinya.Maka melayang-layanglah PAS tanpa arah tujuan menuju kejatuhan samada tersangkut di pohon,dalam gaung,dalam sungai.di tengah2 padang,dalan hutan mahupun lautan luas."Lambang Hijau Bulan sudah hampir terjunam!", jerit seorang penyokong tegar PAS.Penyokong Pembangkang sudah menjadi huru-hara tingkah laku mereka. Lalu disumpah menjadi lembu-lembu dan berbaringlah mereka di atas jalan dan ada yang disumpah menjadi beruk mak nyeh terkinja-kinja melompat-lompat.

Ee ingin bertanya betul ke Pas nak laksanakan Hudud?.. Satu persoalan yang harus PAS jawab memandangkan soal hukum HUDUD nie tidak pernah tersenarai pun dalam Buku Jingga, Kitab yang menjadi pegangan puak-puak Pakatan Pembangkang sejak akhir-akhir nie..dan lagi satu sekejab cerita hudud..kini beralih pula pada cerita pemecatan seorang pejuang Islam dalam isu murtad,arak,judi dan maksiat demi menegakan maruah Islam kena pecat pula..inilah PAS tidak pernah konsisten dalam perjuangan mereka..Pada Ee PAS ni ibarat melukut di tepi gantang. Percayalah, jangan harap PAS dapat laksanakan hukum hudud jika mereka masih bersama DAP dan PKR sedangkan jawatan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor  pun tak dapat inikan pula nak laksana hudud.

Pada Ee pemimpin2 PAS nie macam Pak Pandir dalam menghadapi isu bersama Pakatan Pembangkang selalu saja kena kelentong dik Anwar mahupun DAP.Mereka Anwar dan DAP buat busuk PAS yang kena hidu menghilangkan segala kebusukan mereka sehingga sanggup mengadaikan maruah parti dan sanggup kehilangan pengikut setia seperti Hasan Ali yang benar-benar berjuang demi memertabatkan maruah Islam.Untuk melepaskan tengkuk yang kena kait dik DAP dan PKR mereka tuduh UMNO pula.Tuduhan PAS kepada UMNO untuk menyelamatkan diri, bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ini juga Pas turut menuding pihak lain jika dilihat perkara itu boleh memberi kesan kepada hubungannya dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.

Pada Ee PAS nie bolehlah dianggap sebagai sebuah Parti Sesumpah, boleh bertukar apa sahaja, kalau dulu sebagai parti Islam, kini jadi parti berkebajikan, ini semua hendak pasti mereka dapat duduk bersama dengan DAP dalam melunaskan hawa nafsu untuk berkuasa.PAS kini sudah tidak punyai hala tuju, sejak mereka bersama DAP dan PKR, PAS sudah hilang suara dalam memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu di negara ini, mereka terpaksa tunduk kepada DAP untuk kepentingan politik.

Pada Ee memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu dan Islam adalah perjuangan UMNO. UMNO konsisten dalam perkara ini, namun kepentingan kaum dan agama lain turut dipertahankan bagai memastikan rakyat negara ini hidup aman.Ee dapat lihat isu membabitkan agama dan kaum di negara ini sejak dari baru merdeka sehingga kini, sudah ada persefahaman antara UMNO dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional apabila membabitkan isu keagamaan.Oleh itu Ee sarankan agar rakyat negara ini menolak saja pakatan pembangkang pada PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa,ini semua demi keharmonian kita bersama.Janganlah kita mendengar segala pembohongan janji manis dajjal2 pembangkang semata menjadikan kita hilang segala yang kita kecapi bersama hari ini.Berfikirlah dengan matang,marilah kita bersatu di bawah 1Malaysia..

Monday, February 6, 2012

Pada Ee Tidak hairan Kelak jika ada yang Menyamakan Nik Ajis dengan Tuhan dan PAS itu Agama..Nau'zubillahiminzalik..



Ee ingin mengimbas kembali sejarah negara yang hampir kita semua lupa bagaimana semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.Mereka pemimpin2 PAS menjalankan pelbagai cara untuk mengagalkan rancangan menuntut kemerdekaan.Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAS yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.

UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAS terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAS kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAS sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..

Apa yang dapat Ee katakan bahawa dendam kesumat parti PAS terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAS hanya mendapat 1 kursi sahaja.Pada pendapat Ee atas sebab itulah pemimpin2 mereka sehingga kini begitu membenci UMNO dan berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu yang telah membawa pelbagai banyak kejayaan kepada rakyat dan negara.mereka sanggup menabur fitnah dan pelbagai propaganda asalkan dapat memecahbelahkan rakyat dan mendapat keuntungan politik murahan mereka.Mereka pemimpin PAS sanggup menjual agama semata ingin melunaskan tuntutan nafsu untuk berkuasa.Mereka yang memperjuangkan Islam seperti Datuk Hasan Ali mereka campakkan kelautan tetapi mereka yang menyokong Yahudi seperti Anwar Ibrahim diangkat sebagai wira Islam.Begitu juga mereka begitu teruja mengangkat komunis sebagai wira negara semata untuk memancing undi kaum Cina terutama DAP.

Ee dan hampir semua rakyat beragama Islam negara ini berpendapat bahawa bukan PAS saja yang berhak memperjuangkan Islam di negara ini,Islam sebenarnya telah subur di bumi Malaysia ini sejak dari sebelum Merdekah dan kini setelah merdekah semakin subur kerana sering disiram dengan baja2 yang baik dari pemimpin2 UMNO yang begitu menyayangi sehingga mengangkat martabat Islam Malaysia begitu baik dan kini antara yang terbaik di dunia.Bagi Ee kita berjuang untuk Negara,Agama dan Bangsa jadi PAS jangan angkuh kononnya mereka saja yang berjuang untuk Islam.Sepatutnya PAS harus menerima hakikat bahawa kita semua menyumbang kepada perkembangan Islam dan negara melalui cara-cara yang tersendiri.Jadi pada Ee PAS tidak boleh mendabik dada kononnya mereka saja yang memperjuangkan Islam selama ini hakikatnya tidak ada apa yang mereka perjuangkan melainkan membawa Perpecahan Ummah yang telah terbena sekian lama sejak dari sebelum merdekah sehingga kini.

Ee berpendapat bahawa Kalau dulu sebelum merdeka orang Melayu terkenal dengan sifat pemalunya.Hakikatnya setelah 54 tahun merdeka,orang2 Melayu sudah berubah dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan.Pada Ee sepatutnya kita semua harus berterima kasih atas sumbangan pemimpin2 Umno terdahulu dalam menubuhkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru,Sekolah-sekolah, Majlis Amanah Rakyat serta universiti untuk kemajuan rakyat khususnya umat Islam dari di belenggu oleh permasalahan buta ilmu dan kemiskinan.Jika dulu sebaik merdeka pembangkang terutama PAS menghasut rakyat agar jangan kesekolah dengan pelbagai momokan kononnya akan menjadi kafir kerana bersekolah orang kafir dan sebagainya namun dengan penuh kecekalan pemimpin2 UMNO meneruskan hasrat murni dan kini hasilnya bukan saja anak2 orang UMNO tetapi anak2 orang pembangkang juga mendapat hasilnya.

Kadang-kadang Ee ketawa apabila rakyat diperbodohkan oleh pemimpin2 PAS terutama Nik Ajis dan Hadi Awang dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bukannya membawa kemajuan sebaliknya membawa kemunduran kepada Islam itu sendiri jangan pula sampai mereka yang bukan Islam menjadi pelik dan mentertawakan kebodohan umat Islam Malaysia yang menelan bulat2 segala fatwa Nik Ajis yang pada Ee jelas melalut dan mengelirukan.Agama di perkudakan semata keran mengikut bisikan hawa nafsu dan syaitan yang bertenggek kerana telah bersumpah dengan Tuhan untuk menyesatkan umat Islam.Ee juga kekadang ketawa dengan kebodohan dan ketaksuban penyokokong PAS jika dulu mereka mengangkat Nik Ajis sebagi seorang ulama' kini mereka semakin menunjukan kebodohan dan ketaksuban yang semakin menjadi-jadi apabila Nik Ajis disamakan dengan Nabi.Ee dapat rasakan ketaksuban yang melampau sebahagian penyokong PAS yang sanggup meletak gambar Nik Ajis dalam dompet ditampal merata tempat dalam rumah seolah Nik Ajis ini terlalu agong kepada mereka.Pada Ee tidak hairan kelak jika ada yang menyamakan Nik Ajis dengan Tuhan Nau'zubillahiminzalik..

Ee harap agar rakyat  buka hati dan minda kemudian nilaikanlah siapa PAS adakah PAS sebuah parti politik memperjuangakan Islam dan dalam masa yang sama sebuah pertubuhan yang menyesatkan orang Islam dengan kekeliruan agama yang ditimbulkan PAS.Mereka sebenarnya bukan pejuang Islam tetapi memperkudakan atau menakut2kan rakyat yang beragama Islam dengan dosa dan pahala.Mereka tidak lebih dari parti politik yang memperdagangkan Islam untuk mengaut keuntungan politik cetek mereka.Ee ingin bawakan sebahagian petikan fatwa dari Presiden PAS Hadi Awang semasa memberi ceramah di Masjid Rusila satu masa dulu:--

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima"Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Katanya, akibat itu perjuangan Umno hanya setakat dunia sahaja.

Dan Fatwa yang juga diungkapkan oleh Hadi Awang tidak berapa lama dulu sehinggakan rakyat berpecah belah dan terjadinya sesama Islam dan sekampung bersengketa sehingga pulau memulau antara satu sama lain.Suami menceraikan isteri,Sembahyang dua imam dan pelbagai perkara yang karut marut berlaku angkara fatwa ini.

"Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpaan kerjasama UMNO dan MCA".

Begitulah PAS sering melupakan apa yang mereka katakan atau fatwakan.Mereka sanggup bersetongkol dengan DAP yang merupakan musuh nombor satu Islam dan juga parti sekular yang mengamalkan perkauman.Mereka lupa dengan fatwa Nik Ajis yang berbunyi :-- "UMNO Kafir kerana bekerjasama dengan MCA yang nyata kufar".Kini mereka lebih teruk dari UMNO dengan menghalalkan apa yang mereka telah haramkan kerana mabuk untuk berkuasa dan demi dendam kesumat selama ini.Mereka lupa dengan ancaman dari Karpal Singh yang ditujukan khas buat mereka..Mereka mabuk dan sanggup bersetongkol dengan DAP yang jelas2 menolak negara Islam.Kini untuk menutup segala kelemahan mereka sanggup membuang perjuangan menubuhkan negara Islam kepada "Negara Berkebajikan" yang ditiru bulat2 dari UMNO.

"Langkah Mayatku,Jika ingin menubuhkan negara Islam"-petikan dari kenyataan Karpal Singh.

Kadang2 Ee merasa lucu dengan cara pemikiran pemimpin2 PAS dalam mengeluarkan pendapat sehingga pendapat mereka menjadi pegangan kepada penyokong2 taksub dan menjadikan ianya seumpama fatwa yang akan dikunci di dalam peti besi hati mereka.Nik Ajis sendiri dengan angkuh tidak boleh disentuh atau disanggah mengeluarkan beberapa fatwah yang Ee rasakan begitu memalukan kerana ianya dikeluarkan oleh mereka yang dikatakan kononanya seorang ulama'..UMNO Kafir kerana berkerjasama dengan bukan Islam,UMNO Syirik,UMNO Sekular,Allah Mencarut,Allah Samsing,Sembelihan Orang UMNO Haram,Darah Orang UMNO Halal Bagi Orang PAS dan sebagainya..Pada Ee ini semua jelas melalut dan mengelirukan akidah umat Islam.Kerana fatwa2 yang karut marutlah maka terjadi pemberontakan dalam trgedi Memali,Sembahyang dua Imam,Suami menceraikan Isteri,anak menderhaka kepada ibu bapa dan sesama sekampung bermasam muka.Ini semua bukannya memajukan Islan sebaliknya menjadikan islam itu mundur dan dipandang hina oleh bangsa lain.Bertaubatlah dan kembalilah kelandasan yang benar.Islam agama mudah jangan diperberatkan dengan pelbagai perkara yang karut marut.Islam mengajar kita agar bersatu dan berbaik-baik sesama manusia tanpa mengira kaum dan agamanya.Janganlah kerana orang tidak memilih parti PAS maka mereka memperkudakan Islam dengan bertopengkan agama,berjubahkan nafsu,berjanggutkan Syaitan,bertasbihkan fitnah,caci maki dan berserbankan dengan pembohongan yang berluasa.

Pada Ee kebodohan paling ketara penyokong PAS ialah menerima saja kata2 pemimpin PAS apabila penyokong mereka beranggapan atau lebih tepat lagi berakidah, dengan menyertai dan menyokong PAS, maka secara tidak langsung mereka telah bertemu dengan jalan Allah Taala.

Apa yang Ee pelajari selama ini dan mungkin juga semua tahu bahawa sebenarnya makrifat kepada Allah Taala adalah seluhur-luhur makrifat, bahkan yang semulia-mulianya. Sebabnya, makrifat kepada Allah Taala itulah yang merupakan asas yang di atasnya didirikan segala kehidupan kerohanian.Daripada makrifat kepada Allah Taala itulah bercabangnya makrifat kepada Nabi dan rasul serta hal-hal yang berhubungan dengan mereka, mengenai terlindungnya daripada dosa dan kemaksiatan, tugas-tugasnya, sifat-sifatnya, hajat ummat manusia terhadap diutuskan rasul-rasul dan para nabi itu, juga yang dimaksudkan sebagai persoalan yang erat hubungannya dengan para nabi dan rasul itu seperti masalah mukjizat, kewalian, kekeramatan dan kitab-kitab suci yang diturunkan dari langit.

Bahkan daripada makrifat kepada Allah Taala itu juga bercabangnya makrifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini, seperti malaikat, jin dan roh.Juga daripada makrifat kepada Allah Taala itu pulalah timbunya makrifat perihal apa yang terjadi setelah kehiduapn di dunia ini berakhir, juga mengenai kehidupan di alam barzakh, kehidupan di alam akhirat yang berupa ba'ats (kebangkitan kembali dari kubur), hisab (perhitungan amal), pahala, siksa, syurga dan neraka.

Namun kini para pemimpin PAS mengajar sama ada secara langsung kepada penyokong2 mereka atau tidak langsung bahawa untuk menemui Allah Taala, haruslah dengan jalan berparti politik. Sama ada secara sedar atau tidak, dorongan ke arah itu sebenarnya adalah perbuatan mensyirikkan golongan mubtadi yang bolehlah dianggap begitu bodoh dan begitu dangkal.Apa yang Ee pelajari selama ini persoalan ilmu tauhid sebenarnya sangat rinci dan perinciannya tidak sekadar kulit atau syariat yang di dalamnya termasuklah hukum hudud dan qisas sebaliknya intinya yakni hakikat. Untuk kembali kepada Allah Taala, bukanlah dengan menyertai parti politik dan berjuang terjerit-jerit di dalamnya dengan kononnya berpakaian zuhud dan berlaku alim, bahkan ia lebih jauh dari itu.

Ee berpendapat dan memegang teguh dengan pendapat bahawa menjunjung Islam, mewujudkan Iman dan mengharapkan Ihsan tiada langsung dalam kamus aktiviti PAS. Memang benar ada kelas-kelas kerohanian yang disediakan oleh PAS, namun PAS tidak membawa manusia menuju kepada Allah Taala, sebaliknya mereka menjadikan Allah Taala sebagai alasan untuk mereka mendapatkan kuasa. Bahkan lebih dahsyat lagi, mereka menyengutukan Allah Taala dengan cara membesar-besarkan parti mereka berbanding Allah Taala sepertimana yang dilakukan oleh kaum Syiah yang membesar-besarkan Dzat Ali untuk memperolehi Nur Muhammad bagi mendekatkan pula Nur Allah....Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Renung2kanlah dan fikir2kanlah..

Sunday, February 5, 2012



Firman Allah dalam At Taubah ayat 107 yang bermaksud :--

Dan orang2 yang mendirikan masjid (di antara orang munafik) untuk menimbulkan malapetaka (di kalangan orang mukmin),kekafiran dan perpecahan antara orang mukmin dan untuk menanti kedatangan orang yang dari dahulu memerangi Allah dan RasulNya.Mereka bersumpah,dengan mengucapkan,"Kami tidak bermaksud selain kebaikan".Dan Allah menjadi saksi bahasanya mereka pendusta.

Dan firmanNya lagi dalam At Taubah ayat 119 yang bermaksud :--

Hai orang2 beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama (barisan) orang2 yang benar.

Ee pernah ceritakan tentang perangai sebenar Anwar Al Juburi semasa di dalam ABIM satu masa dulu. Orang-orang lama didalam politik mesti cukup faham bagaimana Anwar mempergunakan rakan-rakannya yang bijak beragama di dalam ABIM untuk kepentingannya sendiri.Antara rakan-rakan Anwar didalam ABIM dulu ialah…Arwah Fadzil Nor, Nakhaei Ahmad, Kamarudin Mohd Nor, Fuad Hassan, Kamarudin Jaafar, Ghazali Nawawi, Abdul Ghani Shamsudin, Sidiq Fadzil, Abdul Hadi Awang dan beberapa orang lain yang mungkin Ee tidak berapa kenal. Tetapi semua mereka ini tidak berjaya seperti Anwar. Kenapa? dan Mengapa?..

Satu perkara yang kita semua kenal pasal Anwar ialah, dia mengamalkan politik cantas-mencantas ataupun dalam bahasa Kelantannya Cah keting.Kita semua sedia maklum bahawa Anwar akan memenggal kepala siapa saja yang dia rasa nak penggal asalkan dia mendapat kuasa.Apa yang Ee nampak hanya Tun Mahathir saja yang Al Juburi tidak dapat nak penggal dia punya kepala sebab "Kepala Otak Tun Bergeliga dapat Membaca Segala Auta Si Maharaja Pembohong Anwar Al Juburi".

Semasa Anwar dalam UMNO beliau sangat bijak mengunakan Pengaruh dan juga Politik Wang untuk menjatuhkan sesiapa saja yang dia rasakan tidak suka.Ee masih ingat lagi kalau tidak kerana Politik Wang dan sikap suka mencatas Al Juburi masakan Tun Ghaffar Baba akan kalah oleh manusia pembelit Nombor Wahid ini.Pada Ee Anwar memang bijak memanipulasikan sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi sendiri. Antara yang terawal permainan politik radikal Anwar ialah Demonstrasi Membantah Kemiskinan di Baling yang kemudiannya disahkan tidak benar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Pada Ee inilah manusia Anwar yang tidak kering dik perasaan tamakkan kuasa sehingga sanggup berbohong sepanjang masa tanpa memikirkan resiko yang akan menimpa keatas rakyat.Apa yang difikir hanya nak jadi Perdana Menteri pembohongan melampau sehingga sanggup memburukan rakyat dan negara keseluruh dunia meraih simpati.Ee dapat rasakan inilah sikap Anwar Al Juburi yang suka membangkang,menipu hatta memfitnah jika segala kemahuannya tidak dituruti,yang peliknya sebahagian rakyat begitu bodoh tidak dapat memikirkan yang mana betul atau tidaknya kata2 Al Juburi ni..Ingatlah Allah memberi kita akal yang baik untuk membuat kebaikan bukannya keburukan..
Jangan jadi Pak Angguk je macam HamPAS-HamPAS yang jadi Keldai Tunggangan DAP.Hehehe..apa yang mereka dapat hanya "Bau Busuk Kentut Pemimpin DAP yang tidak pernah dibasuh hanya lap saja..Segala haruman kasturi DAP Sedut.

Pada Ee PAS ni tidak lebih dari Seekor Biawak yang membawa kitab Al Quran dan Hadis Nabi saja kepada Pakatan Pembangkang kerana kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali..mereka hanya pandai cakap pusing sana pusing sini lidah bercabang macam biawak.Pada Ee perkara itu amat memalukan serta merugikan Pas kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai Pas.Pada Ee ini menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan Pas daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.Lihat sajalah macam "Sebelum ini, di Pulau Pinang, ADUN PAS di Permatang Pasir iaitu Salleh Man langsung tidak diberi apa-apa portfolio walhal pakatan pembangkang dahulu menjanjikan beliau jawatan Exco Hal Ehwal Islam atau Pengerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang pada Ee inilah yang dikatakan yang mengusung Al Quran dan Hadis.

"Pada Ee ini satu penghinaan besar kepada PAS kerana dalam Al-Quran, Allah ada berfirman bahawa akan ada masanya kita melihat pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada tanggungjawab itu ibarat keldai yang membawa kitab, bawa sahaja tapi kuasanya tidak ada..Pada Ee mereka PAS lebih cenderung menjaga hati "Bapak Segala Syaitan DAP..Hehehe.." bukan Ee cakap tapi Nik Ajis yang cakap" dari menjaga hati sesama Islam.Pada Ee sensitiviti PAS terhadap permasalahan yang besar khususnya berkaitan akidah umat Islam tidak ada sehinggakan terpaksa akur dan patuh kepada rentak rakan sekutu terutamanya Bapak Segala Syaitan DAP demi kepentingan politik sendiri berbanding permasalahan umat.Pada Ee "Nampak sangat Pas tidak boleh buat keputusan sendiri apatah lagi untuk berpegang teguh pada pendirian asal malahan sebaliknya sanggup pula membuang jauh Hasan Ali yang beria-ria memperjuangkan Islam,ini semua kerana ketamakan mereka untuk berkuasa dengan menghalalkan apa saja.

"Pada Ee PAS, DAP dan PKR  seakan cuba melakonkan imej satu kabilah atau duduk dalam satu kapal sedangkan isu berkaitan agama adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dengan mana-mana pihak apatah lagi ia melibatkan akidah keseluruhan umat Islam. Itu adalah salah dan sepatutnya, Pas berterus terang kerana jika benar Pas tak bersetuju maka mereka mesti tinggalkan Pakatan kerana sebelum ini mereka pernah berjuang sendirian dan itu adalah lebih mulia dari diperlekehkan macam budak tidak cukup umur".Ee sentiasa tabik dengan Kompenan Barisan Nasional yang diKetuai oleh UMNO semuanya faham berdasarkan Perlembagaan Malaysia iaitu agama Islam adalah agama Persekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya termasuk untuk memaksa atau untuk cuba memesongkan akidah kepada mana-mana rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi dalam pada itu agama lain bebas untuk diamalkan, ia tidak pernah menjadi isu sebagaimana berlaku dalam pentadbiran pembangkang.Pada Ee inilah kelebihan Kerajaan UMNO hari ini berbanding dengan Pakatan Haram yang tidak senada dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh mereka.Pada Ee mereka ni bersekedudukan cara haram..tulah sebabnya segala yang tidak dibenarkan dalam agama pun mereka main langgar je..hehehe..

Ee bawakan Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 86 bermaksud:--

Merekalah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat.Maka tidaklah akan diringankan siksaan mereka dan mereka tidak akan tertolong.

Ee ingin mengajak rakyat negara ini cuba perhatikan betul-betul, Pas tidak lain hanya menjadi alat politik Anwar. Anwar tahu pemimpin-pemimpin PAS takkan mampu menandinginya dari segi kepimpinan dan putar belit.Ee pasti apa yang Ee katakan ini banyak kebenarannya.Nik Ajis yang kononnya ulama' tu sanggup membela dan mengeluarkan amanat atau fatwa kerana termakan dik tipu daya dan lakonan Anwar sekelas dengan pelakun filem Tamil penuh dengan belit sana belit sini.Ada juga yang mengatakan lakunan Anwar sekelas dengan Drama Senetron Indon yang sering dimainkan dikaca tv sebab beliau berkebolehan memujuk orang-orang Indon memberontak dengan membakar bendera Malaysia.Inilah kelebihan Anwar Al Juburi dalam memenangi hati mereka yang mudah tertipu.Bak kata orang Jawa Indon "Jempol"..

Apa yang Ee nampak Anwar lebihkan DAP didalam segala hal pemerintahan dan pentadbiran Pakatan. PAS hanya digunakan sebagai penasihat salah laku moral dan juga menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan oleh kroni-kroni Anwar dalam Pakatan.Cuba lihat apa yang terjadi pada Datuk Hasan Ali..Pada Ee PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini. Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam. Apakah PAS telah Lembik Syawat dan Lemah Tenaga Batin dalam pertarungan mereka secara haram dalam Pakatan Pembangkang, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut...ini semua tipu daya Anwar sehinggakan PAS sanggup mengorbankan orang yang banyak jasa kepada parti mereka semata kerana seorang Anwar.Apa yang Ee nampak Maharaja Pembohong ni kalau depan bini bukan main lagi jadi Bapak Anugerah buat muka sedih belakang bini Syaitan pun kalah..!Bila jumpa orang Melayu dan berceramah cakap lain..bila jumpa kaum Cina dan India cakap lain pula..lidah bercabang macam biawak..Wahai penyokong2 HamPAS "Berteduhlah di bawah pohon yang dahannya kuat..janganlah berteduh di bawah dahan yang rapuh jika dipukul angin dahannya patah akan menghempap kamu semua"..Marilah kita bersatu dibawah 1Malaysia pada PRU 13 yang akan diadakan bila2 masa demi maruah Agama,Bangsa dan Negara dan demi jenerasi akan datang..Negara telah aman makmur maju jaya janganlah kita hancurkan dengan mengikut saja segala tipu daya Dajjal2 Pembangkang yang membawa kerosak di bumi anugerah Allah ini.

Ee ingin agar semua merenungkan FirmanNya dalam Al Baqarah ayat 90 yang bermaksud:--

Alangkah jahatnya mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) yang diturunkan Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya.Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda.Dan untuk orang2 kafir siksaan yang menghinakan.

Renung2kanlah dan fikir2kanlah..Allah telah mengurniakan kita akal fikiran melebihi segala maklukNya yang lain..