Monday, May 30, 2011

Benarkah Ahli PAS Pejuang Islam?..atau PAS hanya memperkudakan Islam semata kerana Gila Kuasa...

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam, Hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya. Itu asas kepada penyertaan ramai ahli PAS kerana mereka percaya PAS menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. PAS segala yang benar, dan UMNO segala yang salah.

Dolak Dalih PAS..

Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi. 

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.

Dipendekkan cerita, PAS semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan. Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 ahli Parlimen.

Malangnya itu bukan nawaitu mereka. Tidak, tujuan utama mereka menjadi Ahli Politik dan Pemimpin tidak langsung mahu menegakkan agama Allah. Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23PAS, 16PKR, 4BEBAS, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hokum Islam sebagai undang-undang Negara.

Saya yakin, jika ia dilakukan dengan ikhlas pasti berjaya, kerana ia boleh dilakukan secara satu persatu dan bukan seluruh hukum hudud. Contoh kecil, adalah mudah untuk mendapatkan sokongan MP bukan Islam untuk menangkap rakyat Islam yang tidak menunaikan Solat Jumaat justeru hukuman lebih berat bagi yang tertangkap lebih 3 kali. Bayangkan jika undang-undang syariah ini diiktiraf undang-undag sivil dan didokong oleh semua “enforcement”, bayang Negara Islam sudah terbit. Masalahnya adalah keikhlasan.

بسم الله الرحمن الرحيم

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur.

Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan Negara Islam adalah menegakkan kebenaran an meruntuhkan penipuan. Benarkah Ahli PAS perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Dato Seri Nik Aziz dan Dato Seri Hadi Awang untuk mendesak Azmin menafikan tuduhan menjual Isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim? Mereka bertiga adalah orang Islam dan dituduh melakukan maksiat, dan mereka harus tampil membersihkan nama apa lagi mereka adalah pemimpin Islam.

Malah tuduhan ini melibatkan seorang anak yang tidak berdosa. Tidak mahukah pejuang Allah melihat kebenaran ditegakkan? Atau Pejuang PAS hanya memilih untuk menegakkan hukum Allah apabila ia memanfaatkan mereka sahaja. Beginikah ajaran Islam, jika ya maka saya berasa malu dengan agama Islam. Bangunlah Ketua Pejuang PAS yang sanggup baring di jalan untuk dilanggar kenderaan, kerana kebenaran itu amat hampir.

Kebenaran akan tuduhan Ummi Hafilda keatas Anwar, Azmin, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar adalah mudah untuk diurai. Lakukan ujian DNA keatas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar?Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Dato Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah.

Jika tidak cukup juga, Dato Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah diatas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu. Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain.

Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan Bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Dato Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya.

Bangunlah ahli PAS, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji ALLAH, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan Syurga anak gadis yang tidak berdosa itu..

Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin mereka terutama Nik Aziz menerima ajakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak PAS kembali bersatu dan bekerjasama dengan UMNO demi agama dan bangsa tanpa sebarang syarat.Perpecahan antara Islam tidak menguntungkan sesiapa pun,terutama orang Melayu Islam.Islam tidak mengajar umatnya berpecah belah sebaliknya bersatu dalam semua perkara yang baik.Letakan agenda agama Islam yang teratas dan bukannya kerana kuasa dan pengaruh untuk memerintah negara.

Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.. Bersatulah! wahai bangsaku..

Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah  Shahih Bikhari yang bererti:--

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).

Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.

Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar dan mengetahui tujuan sebenar mengapa DAP sanggup membantu PAS dalam memerangi UMNO.PAS juga tahu bahawa musuh nombor satu DAP ialah UMNO. Sudah hampir lebih 50 tahun DAP cuba menghapuskan kuasa politik orang melayu/Islam. Pada PRU12 yang lepas mereka telah berjaya dalam misi nya. Kuasa politik melayu/Islam berpecah tiga.

Kuasa politik melayu hampir musnah di peringkat pusat. Tetapi mereka berjaya memusnahkan kuasa politik melayu/Islam dalam tiga buah negeri iaitu P Pinang, Perak dan Selangor.Kaum melayu/Islam di negeri Perak bernasib baik kerana terselamat dari bencana buruk itu.

Kaum melayu/Islam tahu siapa itu DAP dan siapa UMNO. Sekarang kita sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(cina) dan UMNO(melayu/Islam). Malang sungguh bagi kaum melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisi ini. Sedangkan DAP(cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(cina).

Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.
Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.

FirmanNya dalam AT Taubah ayat 77-78 yang bermaksud :--

(Tingkah laku yang demikian) menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada hari mereka menemuinya (hari akhirat),kerana mereka memungkiri ikrar mereka dengan Allah dan juga kerana mereka berdusta.Apakah mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikkan mereka?.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal-hal ghaib.

Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika mereka sendiri tidak mengubahnya.Allah dan NabiNya juga amat menitik beratkan agar hamba2nya bersatu dan ini amat ditekankan dalam Al Quran mahupun hadis. Jadi mengapa kita harus ingkar dengan Allah dan RasulNya.

Allah mewajibkan umat Islam bersatu-padu seperti satu tubuh,jika sakit satu anggota maka seluruh tubuh itu merasakannya.Di larang berpecah belah dan bermusuhan satu golongan dengan golongan lainnya.Dalam penyatuan umat Islam maka terletaknya kekuatan umat Islam dari zaman Rasulullah hingga kini.

Wahai umat Islam bersatulah! Nescaya kamu akan menang dunia dan akhirat.Mengapa kita harus ikut segala bisikkan syaitan yang berupa mereka yang kononnya alim,bersih,tok guru dan pelbagai lagi mereka yang bertopengkan agama untuk meruntuhkan perpaduan antara kita.

FirmanNya dalam Ali Imran ayat 103 yang bererti :--

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah (Agama Islam),janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (Jahiliyah) bermusuh-musuhan.Maka Allah merukunkan hatimu,lalu kamu dengan nikmat Allah menjadi bersaudara.

Ingatlah amanah atau tanggungjawab setiap warganegara terhadap negaranya akan dituntut kelak.Ini semua dijelaskan dalam Al Quran mahu pun hadis.Selain dari menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan baik harus pula kita tanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah.Kerana sesungguhnya dengan kekuatan iman dan takwa kepada Allah maka rasa tanggung jawab terhadap negara itu akan lebih bertambah kekuatannya.

Dengan merasakan tanggungjawab terhadap negara ini sebagai satu kewajiban dari Allah dan mentaati undang-undang negara maka akan amanlah negara itu,tenteramlah masyarakat dan ini membolehkan agama Islam itu dapat diperkembangkan.Masyarakat yang beragama Islam akan lebih menumpukan dalam ibadat mereka terhadapNya tanpa perlu rasa takut.

FirmanNya dalam An Nisaa' ayat 58 yang bererti :--

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan / melaksanakan amanah (pertanggungjawaban) terhadap orang-orang yang diberi amanah itu.Dan apabila kamu menghukum antara manusia,lakukanlah dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang baik kepadamu,Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Hayatilah dan fahamilah akan makna yang tersirat mahupun yang tersurat dalam Al Quran mahupun hadis tidak ada satu pun surah mahupun anjuran agar kita berpecahbelah dan menentang pemerintah.Ingat putar belit musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata iaitu mereka yang bertopengkan agama akan sentiasa mencari kelemahan umat Islam semata untuk berkuasa dan seterusnya akan menghina agama kita.Bersatulah! dalam 1 Malaysia demi kepantingan maruah agama,bangsa dan negara..jangan jadi Petualang kepada anak cucu,cicit dan jenerasi akan datang kerana kecewa dan gila untuk berkuasa..

Saturday, May 28, 2011

Benarkah Ahli PAS Pejuang Islam ?..atau PAS hanya Perkudakan Islam..

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam, Hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya. Itu asas kepada penyertaan ramai ahli PAS kerana mereka percaya PAS menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. PAS segala yang benar, dan UMNO segala yang salah.

Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi. 

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.

Dipendekkan cerita, PAS semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan. Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 ahli Parlimen.

Malangnya itu bukan nawaitu mereka. Tidak, tujuan utama mereka menjadi Ahli Politik dan Pemimpin tidak langsung mahu menegakkan agama Allah. Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23PAS, 16PKR, 4BEBAS, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hokum Islam sebagai undang-undang Negara.

Saya yakin, jika ia dilakukan dengan ikhlas pasti berjaya, kerana ia boleh dilakukan secara satu persatu dan bukan seluruh hukum hudud. Contoh kecil, adalah mudah untuk mendapatkan sokongan MP bukan Islam untuk menangkap rakyat Islam yang tidak menunaikan Solat Jumaat justeru hukuman lebih berat bagi yang tertangkap lebih 3 kali. Bayangkan jika undang-undang syariah ini diiktiraf undang-undag sivil dan didokong oleh semua “enforcement”, bayang Negara Islam sudah terbit. Masalahnya adalah keikhlasan.

بسم الله الرحمن الرحيم

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur.

Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan Negara Islam adalah menegakkan kebenaran an meruntuhkan penipuan. Benarkah Ahli PAS perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Dato Seri Nik Aziz dan Dato Seri Hadi Awang untuk mendesak Azmin menafikan tuduhan menjual Isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim? Mereka bertiga adalah orang Islam dan dituduh melakukan maksiat, dan mereka harus tampil membersihkan nama apa lagi mereka adalah pemimpin Islam.

Malah tuduhan ini melibatkan seorang anak yang tidak berdosa. Tidak mahukah pejuang Allah melihat kebenaran ditegakkan? Atau Pejuang PAS hanya memilih untuk menegakkan hukum Allah apabila ia memanfaatkan mereka sahaja. Beginikah ajaran Islam, jika ya maka saya berasa malu dengan agama Islam. Bangunlah Ketua Pejuang PAS yang sanggup baring di jalan untuk dilanggar kenderaan, kerana kebenaran itu amat hampir.

Kebenaran akan tuduhan Ummi Hafilda keatas Anwar, Azmin, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar adalah mudah untuk diurai. Lakukan ujian DNA keatas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Dato Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah.

Jika tidak cukup juga, Dato Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah diatas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu. Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain.

Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan Bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Dato Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya.

Bangunlah ahli PAS, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji ALLAH, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan Syurga anak gadis yang tidak berdosa itu..

Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin mereka terutama Nik Aziz menerima ajakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak PAS kembali bersatu dan bekerjasama dengan UMNO demi agama dan bangsa tanpa sebarang syarat.Perpecahan antara Islam tidak menguntungkan sesiapa pun,terutama orang Melayu Islam.Islam tidak mengajar umatnya berpecah belah sebaliknya bersatu dalam semua perkara yang baik.Letakan agenda agama Islam yang teratas dan bukannya kerana kuasa dan pengaruh untuk memerintah negara.

Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.. Bersatulah! wahai bangsaku..

Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah  Shahih Bikhari yang bererti:--

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).

Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.

Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar dan mengetahui tujuan sebenar mengapa DAP sanggup membantu PAS dalam memerangi UMNO.

PAS juga tahu bahawa musuh nombor satu DAP ialah UMNO. Sudah hampir lebih 50 tahun DAP cuba menghapuskan kuasa politik orang melayu/Islam. Pada PRU12 yang lepas mereka telah berjaya dalam misi nya. Kuasa politik melayu/Islam berpecah tiga.

Kuasa politik melayu hampir musnah di peringkat pusat. Tetapi mereka berjaya memusnahkan kuasa politik melayu/Islam dalam tiga buah negeri iaitu P Pinang, Perak dan Selangor.

Kaum melayu/Islam di negeri Perak bernasib baik kerana terselamat dari bencana buruk itu.

Kaum melayu/Islam tahu siapa itu DAP dan siapa UMNO. Sekarang kita sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(cina) dan UMNO(melayu/Islam). Malang sungguh bagi kaum melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisi ini. Sedangkan DAP(cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(cina).

Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.
Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.

FirmanNya dalam AT Taubah ayat 77-78 yang bermaksud :--

(Tingkah laku yang demikian) menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada hari mereka menemuinya (hari akhirat),kerana mereka memungkiri ikrar mereka dengan Allah dan juga kerana mereka berdusta.Apakah mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikkan mereka?.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal-hal ghaib.

Friday, May 27, 2011

Insaflah..PAS Jangan jadi Munafik dengan Mengingkari Allah SWT dan RasulNya..

Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--

"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".

Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka akan mengikuti segala apa yang telah Allah dan Rasulnya ajar didalam kalamNya.Andainya benar mereka antara orang2 yang bertakwa dan mengikuti segala anjuran Allah dan RasulNya.

Rukun Iman 6 perkara

1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Malaikatnya
3.Percaya kepada Kitabnya
4.Percaya kepada Rasulnya
5.Percaya kepada hari akhirat
6.Percaya kepada Qada' dan Qadar

Pemimpin2 PAS sering berdolak dalik apabila berkata,selain itu pemimpin PAS juga sering menidakkan apa yang tersurat mahu tersirat dalam Al Quran mahupun hadis.Sifat2  orang munafik jelas tergambar dalam firmanNya diatas begitu banyak terdapat pada pemimpin2 PAS.Mereka pemimpin PAS bukan saja tidak mengamalkan apa yang telah disarankan oleh Allah dan NabiNya.

Mereka percaya kepada Allah namun mengingkari apa yang disarankan olehNya didalam Al Quran.Segala peringatan yang Allah beri mereka permainkan dan memperolok.Kata-kata Nik Aziz yang mereka anggap sebagai ulamak berkata bahawa Allah Tuhannya mencarut jadi tidak salah mereka pengikut PAS mencarut.Layakkah Allah disamakan dengan sifat manusia yang serba kekurangan ?.

Begitu juga dalam soal dasar Allah dan NabiNya menyeru agar setiap hambaNya mentaati pemerintah dan bersatu padu Sesama Islam.Namun pemimpin2 PAS menolaknya dengan menyeru pengikut2nya agar menentang kerajaan dengan pelbagai cara mereka cuba menjatuhkan kerajaan.

"Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu".
An Nisa' ayat 59.

Mereka percaya kepada RasulNya tetapi mereka ingkar dengan saranan baik dari apa yang mereka percayai.Demi kuasa mereka sanggup memutarbelitkan apa yang dikatakan oleh Allah dalam kalamNya dan Rasul dalam Nasnya.Mereka memusuhi UMNO dan menghasut agar rakyat membenci kerajaan ,sedangkan pemimpin2 UMNO itu sediri adalah seorang Islam dan telah banyak membawa kebaikkan kepada Islam dengan menjadikan negara sebagai salah satu negara Islam terbaik dan mendapat pengistirafan antarabangsa.

Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"

Mereka pemimpin PAS lebih rela bersetongkol dengan DAP musuh Islam dan bangsanya nyata dari berbaik dengan UMNO.Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS sebulat suara mengatakan "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara,menjadi kafir atau haram".

Mereka yang memberi hukum namun mereka yang mengingkarinnya dengan bersetongkol dengan DAP.Dalam tahun 1969 akibat dari  persetongkolan itu maka terjadilah peristiwa rusuhan kaum iaitu 13 Mei,inilah akibatnya bila hukum dipermainkan dan rakyat dihasut.Apakah ini bukan mempermainkan hukum Allah dan NabiNya???.

Pada 4 Ogos 2001 Nik Aziz berkata "Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan b aca perlembagaan itu".

Begitulah kemunafikan para pemimpin PAS sehingga agama dipermainkan demi kuasa.Mereka sanggup berbohong dengan rakyat dan memutar belitkan apa yang telah dikata.Mereka lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang dikata walau hanya dengan bisikkan saja.Jika nak dihuraikan pembohongan pemimpin PAS kepada rakyat ,jika ditaip satu naskah penuh pun tidak tertaip,jika mengunakan dakwat satu tong besar pun tidak akan cukup.

 Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.

Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan.

Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.
Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,
"Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”

Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.

Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.

Pengakuan Naib Presiden PAS semalam dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.
Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen.
Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.
Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim

Mereka kata percaya kepada Qada' dan Qadar Allah tetapi mereka menafikannya dengan menghasut,membohong, manipulasi dan sebagainya aslkan mereka dapat berkuasa walau tergadai maruah diri,agama dan bangsa.

Sifat2 munafik pemimpin PAS sangat merbahaya dalam masyarakat.Tidak boleh dipercayai.Lain dimulut lain dihatinya.Musuh dalam selimut ,musang berbulu ayam kepada agama dan bangsa.Sikap mereka ini lebih merbahaya dari orang-orang kafir musuh yang nyata.

Sifat kemunafikannya begitu ketara dengan membuat rakyat berpecah belah dan ini sangat tidak baik kepada agama,bangsa dan negara.Segala seruan dan pengajaran yang diberi samada dari KalamNya mahupun hadis supaya mengikut jalan yang benar tidak mereka hiraukan.Apa yang ada dalam pemikiran hanya untuk menghancurkan pemimpin yang ada dan seterusnya berkuasa sehingga segala yang diharamkan dalam Al Quran dan hadis mereka permainkan.

Begitulah mendalamnya sifat munafik dalam hati mereka pemimpin dan pengikut PAS.Sifatnya suka menjilat dan pembohong dengan mengikut saja apa telunjuk DAP dan PKR.Mereka pemimpin mahu pun pengikut PAS sering memutar belitkan apa yang dikatakan oleh pemimpin2 UMNO lain yang dikata lain pula mereka pesongkan.

Allah SWT mengutuk mereka dengan terumbang ambing penuh kesesatan bersama DAP ibaratnya berdagang selalu rugi.
Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Fahamilah dan Halusilah segala yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam Al Quran mahupun Hadis.Bacalah dengan kusyuk dan penuh pemahaman gunakanlah akal yang diberi demi agama,bangsa dan negara.

Monday, May 23, 2011

Demi Yassin intipati Al Quran bertaubatlah kembalilah ke Pangkal Jalan fikirkan demi agama,bangsa dan negara..

س . والقرءان الحكيم Apakah masih ada harapan untuk pemimpin2 PAS dan pengikut nya bertaubat dan kembali ke pangkal  jalan..انك لمن المرسلين.Untuk menerima kebenaran dalam segala tindak tanduknya.على صرط مستقيم.Demi agama dan bangsa mengikut jejak langkah UMNO menegakkan agama di persada dunia dan memertabatkan bangsa seiring dgn bangsa2 lain serta memajukan negara bertaraf dunia.

Mahukah PAS meninggalkan DAP yang bermuka-muka semata untuk menghancurkan perpaduan Melayu dan seterusnya berkuasa dan menguasai politik tanah air ini?.Maruah agama dan bangsa akan terhina dan dihina jika mereka berkuasa sedarlah..Apakah PAS tidak sedar bahawa mereka selama ini dipergunakan ?. Apakah PAS tidak sedar bahawa selama ini mereka telah terkeliru oleh bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan dan menjadikan PAS sebagai keldai tunggangan untuk melemahkan Islam dengan meruntuhkan perpaduan sesama Islam itu sendiri.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

لقدحق القول على أكثرهم فهم لايؤ منون  Masih berimankah mereka pemimpin-pemimpin (PAS) jika mendahului Allah dan NabiNya memutuskan seseorang itu tidak akan masuk surga jika tidak mengundi mereka.Apakah pemimpin2 PAS seperti Nik aziz dan Hadi Awang setaraf dengan Nabi dan apakah mereka mendapat wahyu dari Allah dengan mengeluarkan fatwah-fatwah yang begitu mengelirukan ?.Bukankah ini semata untuk tujuan memecahbelahkan sesama Islam dan semata untuk memancing undi semata untuk berkuasa.Kini mereka bersetongkol dengan DAP bagi memastikan mereka beroleh kuasa.Sedangkan tanpa mereka sedar telah membantu musuh Islam dan bangsa untuk berkuasa dan seterusnya akan menghancurkan Islam itu sendiri.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata

ويقولون متى هذاالوعدان كنتم صدقين  Apakah mereka (PAS) tidak memikirkan bahawa segala fatwah yang dikeluarkan itu begitu menyesatkan tetapi bagi sebahagian penyokong mereka mengatakan ianya benar.Mereka sebenarnya telah buta atau telah dibutakan mata,hati dan pendengarannya oleh Allah untuk menerima kebenaran dan hanya mengiakan saja apa saja kata-kata pemimpin mereka di sebabkan terlalu taksub.Fikirlah dengan baik kembalilah kepangkal jalan demi agama,bangsa dan negara.Janganlah kerana tamakkan kuasa dan keduniaan sanggup melakukan apa saja walaupun tergadai maruah diri.maruah agama dan maruah bangsa.Ingatlah hidup ini hanya sekali akhiratlah tempat kekal abadi.

Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan hanya kepadaNyalah kita sembah dan kita memohon pertolongan.Cukuplah hanya Allah yang menjdi wakil kepada kita dan janganlah sekali-kali kita melebihi segala kekuasaan Allah SWT dan NabiNya..Berdoalah kepadaNya..

Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari tertimpanya kesukaran dan cemuhan iaitu ejekan dari musuh-musuh Mu.Wahai Zat yang kekal lagi sentiasa berdiri sendiri.Wahai yang mempunyai kebesaran dan kurnia.Wahai Tuhan kami lenyapkanlah segala kepayahan pemimpin2 kami yang telah bersusah payah demi menegakkan agama mu,bangsa dan negara dari cercaan kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, taufik dan hidayah agar dapat memimpin kami semua kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.Ya Allah aman damaikankanlah negara kami dan hancurkanlah segala musuh2,pengkianat2 yang cuba menghancurkan negara kami..Ya Tuhan kami lenyapkanlah dari kami azab dunia dan akhirat sesungguhnya kami orang-orang yang beriman.Amin..Amin..Ya Rabbal a'lamiin..