Friday, April 29, 2011

Ingat Sejarah ..Pelajari dan Halusilah Tragedi 13 Mei 1969.. Jangan tiupkan Sentimen Perkauman...

Negara kta telah terjajah selama 446 tahun lamanya.Selama itulah otak anak bangsa kita telah dijajah dan diperbodohkan oleh bangsa asing segala hasil bumi dan kekayaan negara mereka rampas.Selama itulah anak bangsa kita telah menjadi hamba di negara sendiri.

Kini negara kita telah merdeka dan terlepas dari cengkaman penjajah.Negara kita telah merdeka hasil dari pengorbanan pejuang-pejuang yang berhempas pulas mengorbankan nyawa,harta benda semata ingin memastikan jenerasi akan datang dapat dibebaskan dari dijajah.Setelah 54 tahun merdeka segala pengorbanan pejuang negara telah menampakkan hasil,kini negara kita semakin makmur dan menuju kearah negara maju hasil dari pemerintahan kerajaan yang begitu mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat dan negara.

Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah Shahih Bikhari yang bererti:--

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum). 

Pemimpin-pemimpin Parti pembangkang terutama DAP,PKR dan PAS mula mempermainkan sentimen perkauman demi untuk mendapatkan kuasa memerintah.PAs yang semakin mirip Puak Khawarij mengunakan agama untuk menjatuhkan pemerintahan Islam yang diketuai oleh UMNO.Mereka sanggup memutar belitkan agama dan melagakan sesama Islam dengan tidak mengiktiraf negara sebagai salah satu negara Islam.Ini semua dilakukan oleh PAS kerana dendam dan kuasa.

Parti PKR pula menggunakan segala dakyah,pembohongan,fitnah dan pelbagai propaganda untuk menghancurkan kerajaan semata untuk memperjuangkan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.DAP yang merasa begitu berkuasa pula memperkudakan PKR dan PAS untuk menguasai negara dengan berperanan menghasut kaum Cina untuk membenci kerajaan dengan meniupkan sentimen perkauman.

Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.Ingatlah jangan kita meniupkan perkauman di negara yang berbilang kaum semata kerana kemaruk nak berkuasa.Ada otak fikir,ada akal guna,ada mulut kunyah.ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Thursday, April 28, 2011

Mengapa HamPAS mengikut segala Bisikan Iblis Setan Laknatullah....

Apakah HamPas lupa akan kewujudan Iblis yang cuba menyesatkan secara sedar mahu pun tidak..Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.

FirmanNya dalam Al Baqarah ayat 90 yang bererti :--

Alangkah jahatnya (tindakan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) yang diturun Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda.Dan untuk orang-orang yang kafir siksaan yang menghinakan (amat berat).

Apabila disebut kafir saja kita mula memandang orang-orang Cina,India dan sebagaianya.. Kafir / kafirun bermaksud ingkar.sebenarnya kita yang ingkar dengan segala firmanNya.Kita ingkar dengan kurniaNya keatas negara ini yang telah diberi begitu banyak keistimewaan berbanding negara-negara lain di dunia ini.

HamPAS Ingkar dengan menentang kurnia Allah menjadikan negara ini begitu aman, damai,makmur,maju jaya dan rakyatnya hidup dalam keadaan bersatu dan rukun.
HamPAS ingkar dengan menentang kurnia Allah dengan membuat pelbagai kemusnahan yang telah ada dengan menghasut,memfitnah,propaganda dan pelbagai perkara semata untuk mendapat nama atau kuasa.

HamPAS-HamPAS juga menjadi buta segalanya kerana hendakkan kuasa sehingga sanggup bersetongkol dengan musuh yang pernah mencaci maki Islam.Musuh yang pernah dilabelkan oleh nik Aziz sebagai bapak segala Setan.Kenapa dan mengapa mereka yang menjadi musuh ketat pada suatu masa dulu kini begitu diagongkan.HamPas yang selama ini kononnya memperjuangkan Islam sanggup pula mencerca mencaci mereka yang seagama.Apakah ini ajaran Islam ???..

FirmanNya dalam surah Al 'Araaf ayat 27 yang bererti :--
"Hai anak Adam! janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah (berhasil) mengeluarkan ibu-bapakmu dari surga.Dibukanya pakaian keduanya agar ian dapat memperlihatkan aurat mereka.Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu,sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka.Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu menjadi pemimpin orang yang tidak beriman.

Ingatlah Allah sentiasa memperingati manusia agar jangan masuk perangkap tipu daya syaitan.Orang yang tidak beriman mudah sekali ditipu syaitan sehingga ia dikendalikan kejalan yang sesat dan bahaya.Keimanan adalah sangat penting sebagai benteng atau pelindung dari di tembusi oleh syaitan.Ingatlah syaitan itu boleh menyerupai pelbagai rupa dalam membuat rayuan agar seseorang itu akur atau mengikuti mereka kejalan yang sesat.Ingatlah di dunia akhir zaman ini terlalu ramai manusia yang bertopengkan syaitan semata kerana ingin hajat mereka berjaya.Mereka ini bukan saja sanggup mempergunakan agama malahan menjual agama semata untuk mendapat apa yang mereka hajati.

Melayu HamPAS sanggup merendahkan martabat mereka sendiri dengan menghina sesama,yang lebih menghairankan mereka mencaci diri mereka sendiri tanpa disedari dan tidak secara langsung.Tidakkah mereka merasa mengkianati diri, bangsa dan agama ?.Tidakkah mereka merasa mengkianati keluarga sendiri,anak,isteri,adik,abang,kakak,ibu,bapa,datuk dan nenek ?. 
Tidakkah mereka merasa malu pada diri melakukan semua ini ?.Bukan semua ahli keluarga menyokong setiap perjuangan kita,jadi sedarlah wahai HamPas janganlah kerana mabuk untuk berjuang dan mabuk untuk mempertahankan parti masing-masing sehingga sanggup menjadikan diri sebagai pengkianat.Ingatlah tidak kira apa pun kaum,agama dan fahaman politik kita janganlah kita lupa akan asal usul kita.

HamPAs dan penyokongnya tidak sedar ini semua demi kuasa mereka lupa akan sejarah dan demi kuasa mereka sanggup membuat segalanya.DAp mempergunakan PKr juga,mereka tahu bahawa Anwar Ibrahim begitu gila nak jadi Perdana Menteri dan pengaruhnya begitu besar maka segala tindak tanduk Anwar Ibrahim semuanya sokong,walau mereka tahu akan hakikat yang sebenarnya namun demi merialisasikan impian mereka pejamkan mata dan buat-buat tidak nampak.Dalam sedar atau tidak pepecahan melayu kini mengundang seribu satu bencana kepada agama,bangsa dan negara.Perpecahan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh DAp untuk mendapat kuasa.Mereka DAp menggunakan pelbagai cara sama ada secara sihat mahupun kurang sihat.Dengan cara tarik tali antara PAs dan PKr ada masanya menyokong dan ada masanya membantah agar DAp akan dianggap pahlawan dikalangan orang2 Melayu dan kaum lainnya.
DAp begitu bijak dalam permainan tarik tali ini,mereka mengunakan apa saja hatta mencampuri urusan agama Islam untuk menarik perhatian secara tidak langsung PAs yang merupakan sahabat sejati mereka menyokong dengan mengeluarkan fatwa-fatwah dan sebagainya.Segala keritikan masyarakat terhadap tingkah laku mereka tenggelam begitu saja dan mereka tidak perlu bersusah payah menjawabnya kerana PAs dengan penyokong-penyokong taksubnya dengan sukarela menjawab dan mempertahankan apa saja yang akan dilakukan.Inilah keistimewaan yang didapati oleh DAp bila mempunyai sahabat sejati seperti PAs segala kesalahannya sanggup dipikul oleh PAs dan penyokong-penyokongnya.
Apa lagi kini penyokong-penyokong HamPAs sanggup bermatian mempertahankan segala tindak tanduk DAp maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh DAp yang telah mengkaji dan mengaji lebih dari PAs akan segala kemungkinan yang akan terjadi.Semua ini tidak nampak oleh PAs yang dipimpin oleh mereka yang bernafsu besar kemaruk untuk berkuasa.Apa yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin PAs adalah kuasa dan mereka sanggup kehilangan segalanya asalkan dapat berkuasa walaupun agama dan bangsa menjadi taruhannya.

Ingatlah politik-politik juga hati perasaan yang lain harus dijaga terutama keluarga,rakan-rakan,jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.Janganlah kita sesama mencaci,maki berlebihan sehingga orang benci dan meluat bukan saja kepada kita namun melibatkan semuanya dari keluarga sehinggalah apa yang kita perjuangkan.Melayu penuh dengan budiperketi,adap dan sopan santun.Janganlah disebabkan berlainan fahaman kita bermusuhan sehingga membenci sesama hamba Allah.Jika hendak menegur gunakanlah teguran yang baik,jika tidak suka jauhilah dan janganlah kita lebih sudu dari kuahnya.

Katakanlah! "Hai orang-orang kafir!.Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.Untukmulah agamamu dan untuk akulah agamaku."

Fahamilah akan maksud surah tersebut.Jika kita halusi adalah menjadi satu kesalahan kepada kita jika kita memperlekehkan agama kaum lain.Jadi sekiranya kita tidak mahu agama kita diperlekehkan janganlah kita campur adukan ianya dalam berpolitik yang melibatkan pelbagai kaum dan agama lainnya.Ini adalah disebabkan mereka tidak memahami agama kita.Begitu juga Allah melarang kita dari mencaci agama lain kerana takut nanti mereka akan mencaci agama kita pula.Sungguh halus pengajaran yang diberi oleh Allah melalui kalamnya.Mengapa pula kita yang kata sayang akan agama kita harus ingkar dengan peringatan Allah yang dibuat secara halus.

Begitu juga bukan semua ahli politik dan penyokong-penyokong politik melayu yang benar-benar faham tentang hukum hakam agama takut nanti tersalah apa bila berhujah.Bukan semua orang melayu itu bersekolah aliran agama dan bukan semua orang melayu itu faham tentang agama kebanyakan mereka hanya tahu asas agama sahaja.Untuk itu janganlah mem politikan agama untuk tujuan berpolitik.Perkara ini sepatutnya mereka yang dikatakan arif tentang agama perlu memikirkannya janganlah kerana kuasa kita sanggup mengunakan agama.

Ketaksuban penyokong PAS ini jika diarahkan oleh pemimpin mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan fitrah pemikiran mereka,itu pun sanggup mereka lakukan tanpa mengirakan kesan kepada mereka mahu pun pada yang lainnya.Inilah yang dikatakan sifat keakuan yang menebal dalam diri penyokong PAS,sikap sebeginilah yang akan menjahanamkan mereka.Kembali kefikiran manusia normal janganlah kita sebagai manusia sentiasa mengikuti segala bisikan iblis.

Ketaksuban pengikut PAS terhadap apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka sehinggakan segala kemudahan, kemewahan,pembangunan dan segala apa yang baik walau depan mata mereka tidak nampak ataupun buat-buat tak nampak.Mereka akan ambil segala keperluan yang disalurkan kepada mereka namun mereka lupa akan hak sebagai penerima.Mereka mendapat segalanya namun lupa berterima kasih,sifat ini bertentangan dengan fitrah manusia yang membalas segala kebaikan dengan kebaikan.Namun mereka penyokong PAS akan membalas pula dengan segala cemuhan dan makian.Sikap-sikap mereka inilah seperti kata bidalan melepaskan "melepaskan anjing yang tersepit". Orang yang melepaskannya namun orang itu pula yang disalaknya.

Inilah yang dikatakan mementingkan diri semata segala kemudahan mereka ambil hingga licin tanpa memandang kiri dan kanan selepas habis mereka kata tidak betul.Perbuatan seperti inlah yang menjadikan mereka hilang harga diri mereka dan dihina oleh masyarakat serta tidak dihiraukan oleh sebahagian penduduk.Namun jika tidak diberikan kepada mereka ,mereka akan menyalak dengan mengatakan itu tidak adil dan sebagainya.Dalam kontek ini mereka penyokong PAS tidak pernah bersyukur atas kurnia Allah dan mereka sering mempertikaikan segala sesuatu tanpa memikirkan kebaikan untuk semua.

Mereka pemimpin-pemimpin pembangkang yang faham akan hati dan pemikiran orang-orang melayu yang biasanya setia, mengambil kesempatan dengan keadaan ini dengan membuat propaganda,memfitnah,pembohongan dan sebagainya asalkan cita-cita politik sempit mereka untuk berkuasa mendapat kejayaan.Melayu yang dikatakan bendul tetap bendul,ikut apa saja kata pemimpin mereka tanpa memikirkan betul atau tidaknya.Ingatlah wahai HamPas-HamPas bahawa Iblis itu wujud dan sentiasa menyesatkan tanpa kita sedari..Mengapa HamPAS harus ikut tunjuk ajar Iblis Setan laknatullah..Ada Otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri.keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

by Ee Si Kucing on Thursday, April 28, 2011 at 8:35pm

Wednesday, April 27, 2011

Pembelit yang membelit...HamPAS..

Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub mengakui PAS telah membuat tafsiran semula terhadap ayat 34 Surah An Nisa’ yang berbunyi,
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.
Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan. Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.
Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,
“Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.
Pengakuan Naib Presiden PAS semalam dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.
Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen. Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.
Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Ada juga yang bertanya sama ada PAS telah gagal menjelaskan tentang Islam kepada seorang bekas Naib Presiden PAS yang secara terbuka bersalam dengan Teresa Kok dari DAP di hadapan para jurufoto di lobi Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2007.
Jika nak dikirakan begitu banyak kesilpan-kesilapan yang telah di buat oleh PAS dalam mentafsir samada Al Quran mahupun Hadis.Namun kepincangan ini tidak pernah disuarakan oleh mereka kerana tidak mahu dituduh sebagai pengkianat.Inilah yang dikatakan HamPAS yang sanggup membelitkan segalanya asalkan dapat memancing pengundi untuk  berkuasa.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Thursday, April 21, 2011

Banyak Persamaan antara Puak Khawarij dan PAS dalam Menghancurkan Negara Islam seperti Malaysia...

Apakah PAS menyamai sikap Puak Khawarij dalam usaha mereka untuk menghancurkan negara dengan bertopengkan Islam.Mereka PAS sanggup melakukan apa saja asalkan cita-cita mereka tercapai.Pemimpin-pemimpin PAS juga sanggup membelitkan apa jua termaksud Al Quran dan Hadis semata kemaruk untuk berkuasa.Puak Khawarij juga seringkali menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, PAS mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.Mereka HamPAS sering menghasut Rakyat dengan pelbagai cara.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon PAS menang, maka PAS menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong PAS. Tetapi jika calonnya kalah, PAS tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya.Dan menyalahkan SPR ,mereka juga sering mendakwa adanya pengundi hantu.Di sini siapa yang sebenarnya jadi hantu.

Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Tenang,Merlimau,Kerdau dan yang terbaru di PRN Sarawak. PAS langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut.

Kerap kali juga PAS memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon PAS kalah.

Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu.

Persamaan PAS dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika PAS menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS.

Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang PAS menyertai BN.

Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, PAS sangat kuat menentang dan Nik Ajis mengepalai kumpulan penentang dalam PAS terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan.

Kes PAS menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin PAS hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang PAS.

Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang PAS gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan PAS yang cakap tak serupa bikin.Kemunafikan PAS juga dapat dilihat dalam isu Anwar Ibrahim.Mereka bukan saja membelitkan fakta malahan Nik Ajis pula mengeluarkan kenyataan yang begitu mengelirukan.

Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!.Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka.Pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka tercapai.Fikirkanlah...

Friday, April 15, 2011

Kalam Allah dan Hadis Nabi melarang dari menentang Pemerintah kenapa harus Ingkar jika kita orang2 yang Beriman.. by Ee Si Kucing on Saturday, April 16, 2011 at 12:45am "Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu". An Nisa' ayat 59. ____________________________________________________________________________________________________ Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah.Dalam soal mentaati pemerintah ini Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :-- "Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu" Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita.Bukannya kita mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya. Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad Aimmatu Ahlu hadis,P.50).Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum. Ingatlah sesiapa yang Ingkar akan perintah Allah dan RasulNya adalah terdiri mereka yang didalam kerugian.Sesungguh nya segala perintah Allah dan RasulNya di dalam Al Quran dan Hadis adalah benar janganlah kita mempertikaikannya atau kita memutar belitkannya semata kerana dunia atau pun semata kerana untuk mendapatkan kuasa.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Fahamilah dan hayatilah segala ajaran yang terkandung didalam Al Quran dan Hadis serta perbanyakkanlah membacanya agar ia dapat menjadi pedoman dunia dan akhirat.Ada otak fikir...ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

"Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu".
An Nisa' ayat 59.
____________________________________________________________________________________________________
Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah.Dalam soal mentaati pemerintah ini Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"

Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita.Bukannya kita mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya.

Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad  Aimmatu Ahlu hadis,P.50).Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum.

Ingatlah sesiapa yang Ingkar akan perintah Allah dan RasulNya adalah terdiri mereka yang didalam kerugian.Sesungguh nya segala perintah Allah dan RasulNya di dalam Al Quran dan Hadis adalah benar janganlah kita mempertikaikannya atau kita memutar belitkannya semata kerana dunia atau pun semata kerana untuk mendapatkan kuasa.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Fahamilah dan hayatilah segala ajaran yang terkandung didalam Al Quran dan Hadis serta perbanyakkanlah membacanya agar ia dapat menjadi pedoman dunia dan akhirat.Ada otak fikir...ada akal guna..ada mulut kunyah ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Thursday, April 14, 2011

Al Quranul Karim menjadi petunjuk kepada mereka yang menjual diri,agama,bangsa dan negara...Petunjuk kepada mereka yang takwa..

                                 بسم الله الرحمن الرحيم

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur."

Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.

FirmanNya dalam Al Baqarah ayat 90 yang bererti :--

Alangkah jahatnya (tindakan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) yang diturun Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda.Dan untuk orang-orang yang kafir siksaan yang menghinakan (amat berat).

Apabila disebut kafir saja kita mula memandang orang-orang Cina,India dan sebagaianya.. Kafir / kafirun bermaksud ingkar.sebenarnya kita yang ingkar dengan segala firmanNya.Kita ingkar dengan kurniaNya keatas negara ini yang telah diberi begitu banyak keistimewaan berbanding negara-negara lain di dunia ini.

Kita Ingkar dengan menentang kurnia Allah menjadikan negara ini begitu aman, damai,makmur,maju jaya dan rakyatnya hidup dalam keadaan bersatu dan rukun.
Kita ingkar dengan menentang kurnia Allah dengan membuat pelbagai kemusnahan yang telah ada dengan menghasut,memfitnah,propaganda dan pelbagai perkara semata untuk mendapat nama atau kuasa.

Janganlah kita menjadi hambaNya yang menderhaka dengan mengingkari segala kurniaNya keatas negara ini dengan membuat pelbagai olah semata untuk mendapat kuasa.Ingatlah wahai hamba-hamba Allah segala apa yang ada pada kita termasuk dunia ini hanya sementara saja,akhiratlah tempat yang kekal abadi oleh itu janganlah kita berasa dengki dengan kurnia Allah.Janganlah kita menjual diri, maruah agama,maruah bangsa dan maruah negara semata dengki dengan kurnia Allah kepada sesiapa dikalangan hambaNya.Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri, keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Wednesday, April 13, 2011

Dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukan dengan nafsu bisikan syaitan... by Ee Si Kucing on Wednesday, April 13, 2011 at 9:26pm

Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Dalam soal pemberian kurnia ini kita sebagai manusia tidak boleh iri dengan kurnia yang Allah beri kepada sesiapa yang dikehendaki.Dan ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur segala yang dilangit mahupun di bumi .Mungkin kita merasa bahawa apa yang dikurniakan oleh Allah itu kepada seseorang yang dikurniakan itu berlebihan namun Allah Maha Mengetahui apa yang harus dilakukanNya.Kita sebagai manusia buatlah kerja kita sebagai manusia dan janganlah kita mencampuri urusan Allah yang mentadbir semesta alam.Fahamilah hakikat kita sebagai manusia tidak ada sebesar kuku pun keupayaan kita dengan sifat Allah Yang Maha Esa.

Surga dan Neraka itu milik Allah. Dialah yang berhak menentukan sesiapa saja sebagai penghuniNya.Kita sebagai manusia hanya mampu beribadat dan berdoa agar di kurniakan Surga dan di jauhi dari neraka.Jauh sekali kita sebagai manusia untuk menentukan surga atau neraka kepada sesiapa saja.Apa yang perlu kita lakukan hanya beribadat dan menjauhi segala laranganNya agar kita memperolehi rahmatnya.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur dan menentukan hak hamba-hambaNya.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

Dalam soal dosa mahupun pahala itu semua adalah kerja Allah.Kita sebagai manusia tidak berhak menentukan dosa atau pahala seseorang.Apa yang perlu kita hanya berdakwah dan memperbetulkan jika ada berlaku perkara-perkara yang mungkar.Begitu juga kita tidak boleh menghukum seseorang itu kafir atau sebagaimana pun sedangkan orang itu masih lagi taat pada Allah dan menjalankan perintahNya.Ingatlah kita ini hanya manusia yang tidak ada sedikit pun hak untuk menentukan pahala,dosa,surga dan neraka kepada sesiapa saja.Itu semuanya kerja Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 Dalam soal menjatuhkan hukum bahawa seseorang itu layak atau tidaknya mendapat surga mahu pun neraka junjungan kita Nabi Muhammad saw pun tidak pernah menghukum seseorang itu,apa lagi kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan.Begitu juga Rasulullah saw melarang kita semua dari mengatakan seseorang itu kafir pada hal mereka itu masih beriman kepada Allah.Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam kerana itu adalah sumpahnya untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam.Ingatlah dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukannya dengan nafsu  bisikan syaitan yang menyesatkan melalui mereka yang telah disesatkannya.

FirmanNya dalam surah Al 'Araaf ayat 27 yang bererti :--
"Hai anak Adam! janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah (berhasil) mengeluarkan ibu-bapakmu dari surga.Dibukanya pakaian keduanya agar ian dapat memperlihatkan aurat mereka.Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu,sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka.Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu menjadi pemimpin orang yang tidak beriman.

Ingatlah Allah sentiasa memperingati manusia agar jangan masuk perangkap tipu daya syaitan.Orang yang tidak beriman mudah sekali ditipu syaitan sehingga ia dikendalikan kejalan yang sesat dan bahaya.Keimanan adalah sangat penting sebagai benteng atau pelindung dari di tembusi oleh syaitan.Ingatlah syaitan itu boleh menyerupai pelbagai rupa dalam membuat rayuan agar seseorang itu akur atau mengikuti mereka kejalan yang sesat.Ingatlah di dunia akhir zaman ini terlalu ramai manusia yang bertopengkan syaitan semata kerana ingin hajat mereka berjaya.Mereka ini bukan saja sanggup mempergunakan agama malahan menjual agama semata untuk mendapat apa yang mereka hajati.Ingatlah fikirlah dengan baik sebelum menerima apa saja pelajaran dari guru-guru agama mahu pun mereka yang bergelar ulamak.
Fahamilah halusilah segala pelajaran yang mereka ajarkan,jangan nanti kita hendak mendekati Allah namun yang dapat hanya kemurkaan Allah.

Monday, April 11, 2011

Perpecahan Islam akibat Politik sempit sejak dari 37 Hijrah lagi...

Malaysia sebuah negara Islam yang mengamalkan Islam secara sederhana dengan membenarkan rakyat yang lain dari Islam bebas beragama di sebabkan rakyatnya yang berbilang kaum.Pendekatan yang dibuat oleh kerajaan ini bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara terjamin.Oleh itu sesiapa saja bebas dan terjamin untuk beribadat dengan tenang tanpa merasa takut atau terancam.

Namun pendekatan yang telah dibuat oleh kerajaan ini sering disalah ertikan oleh mereka-mereka yang kecewa dengan mengadu domba dan perkauman. Ini sebenarnya tidak baik untuk rakyat dan negara.Di dalam islam sendiri peranan masjid sering disalah gunakan oleh mereka yang mengunakan Islam sebagai landasan politik.Sepatutnya masjid digunakan untuk tempat beribadat bagi umat Islam dan berperanan sebagai jambatan perhubungan penyatuan ummah bukannya untuk berpolitik atau sebagai tempat memecah belahkan ummat.

Fungsi masjid adalah untuk mencari ketenangan dengan beribadat dan mendapatkan kekusyukhan di samping merapatkan lagi perpaduan Islam bukannya dijadikan pentas politik yang akan menyebabkan perpecahan kerana berlainan fahaman politik.Ingatlah Allah serta Rasulnya amat benci kepada perpecahan sesama umat Islam.Mahu pun Al Quran dan Hadis Nabi tetap melarang keras umatnya dari berpecah belah.

Firman Allah dalam Ali IMran ayat 103 yang bererti :--

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika dulu kamu bermusuhan.Lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga nikmatnya kamu bersaudara. Sedangkan kamu berada dianjung neraka.Lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikanlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayatNya agar kamu mendapat petunjuk.

Perpecahan Islam disebabkan oleh fahaman politik sebenarnya telah berlaku sejak dari 37 hijrah dalam perang Siffin antara kumpulan Saidinah Ali dengan kumpulan Muawiyah.Berlakunya ini bukan berpunca dari soal agama sebaliknya soal politik.Berlakunya rebutan kuasa dan perkauman.seperti menurut Sheikh Ali al Nadwi dan Sheikh Arsalan juga berpendapat bahawa pepecahan ini adalah disebabkan oleh fahaman politik.

Mengikut pendapat mereka yang ariffin dalam soal Islam antara sebabnya berlaku perpecahan adalah disebabkan oleh beberapa faktor penyumbang :--

1.Wujudnya ulamak yang menyeleweng akidahnya.Dengan mengajar dan memberi fatwa-fatwa yang memesongkan. Setiap yang berlaku perpecahan dalam Islam pasti akan ada ulamak yang menjadi pemimpinnya dalam membentuk hala tuju kumpulantersebut dengan memberi segala fatwa agar mereka saling bercakaran sesama sendiri.Inilah yang paling di takuti dalam Islam iaitu peranan ulamak yang telah disesatkan oleh Iblis laknatullah.

2.Kejahilan yang semakin berleluasa dimana umat Islam tidak faham akan mengikut saja apa yang diajar tanpa memahami kerana kecetekan ilmu mereka.Mereka ini akan mengikut dengan tanpa memikirkan akan kebaikan atau keburukan yang akan berlaku kelak.Mereka ini mudah menjadi pengikut yang taksub menurut dengan membabi buta sahaja.

3.Mereka tidak faham akan maksud sebenar isi kandung Al Quran dan Hadis secara tepat.Mereka akan mengunakannya untuk meraih sokongan dan sebagainya.Jika mereka faham pun mereka akan memutar belitkannya demi keuntungan mereka.Ini adalah sangat bahaya kepa umat Islam dan agama Islam itu sendiri.

4.Di sebabkan oleh tuntutan Hawa nafsu dan tuntutan fahaman politik.Mereka ini biasanya termakan oleh nafsu besar untuk berkuasa dan juga untuk memenuhi impian politik mereka.Dalam soal ini mereka sanggup memperkudakan Islam asalkan apa yang mereka inginkan tercapai.

5.Tertanamnya sifat Hasad dengki yang semakin menebal.Mereka ini adalah golongan yang sangat membenci jika ada yang lebih dari mereka.mereka ini tidak boleh hidup senang selagi tidak dapat apa yang mereka citakan.Sebenarnya mereka ini dengki dengan kurnia Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih antara hambaNya.

6.Mereka yang suka kepada benda-benda yang bidaah dan khurarat.

7.akal yang melebihi nas-nas dan syarak.Kebanyakan mereka suka mengunakan akal fikiran yang telah terhasut oleh Iblis dalam banyak perkara terutama dalam mengeluarka apa yang dikatakan fatwa dan sebagainya tanpa mengikuti nas-nas mahupun syarak.

8.Menyebarkan dakyah-dakyah palsu,fitnah dan sebagainya semata untuk mendapatkan apa yang dihajatkan.. ini sangat merbahaya bukan saja pada diri malahan agama dan bangsa.

9.Pengaruh luar juga memainkan peranan dalam perpecahan umat ini.Mereka datang dalam pelbagai cara semata hendak melihat umat kita berpecah belah.

10.Isue Perkauman juga boleh membawa perpecahan dalam umat Islam.

Fikirkanlah tidak ada gunanya kita bercerai berai kerana fahaman politik yang begitu sempit.Apa yang perlu marilah kita bersatu demi agama,bangsa dan negara.Marilah kita bersatu dalam apa jua untuk memertabatkan agama Islam di dalam negara mahupun di pentas antarabangsa.Bersatulah dalam 1 Malaysia.Ingatlah jenerasi akan datang yang akan menyambung segala perjuangan yang tidak ada hujungnya.Bersatulah!..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...